Tuesday, March 31, 2009

Di Sini Bermula...


Serentak dgn pertukaran kepimpinan UMNO yg baru,para pejuang 'totok' Melayu yg tidak sukakan Bahasa Melayu ini terus dihamparkan dgn ujian sulung yg bakal menguji sejauh mana kemampuan barisan kepimpinan yg diterajui oleh Najib Razak & konco-konconya.Umum sudah mengetahui berkenaan 3 pilihanraya yg melibatkan 3 buah negeri di Malaysia iaitu Bkt Gantang,Bkt Selambau & Batang Ai.Ramai yg telah menyimpan tekad di dlm hati bahawa keputusan pilihanraya inilah yg akan menentukan tarikh 'pengebumian' UMNO...

Sewaktu penamaan calon kelmarin,Bkt Gantang & Bkt Selambau telah menunjukkan satu penguasaan di luar jangkaan Pakatan Rakyat di mana jutaan rakyat turun memberi sokongan kpd calon-calon PR.Setiap pelusuk tempat penamaan dikuasai oleh penyokong PR.Ini sedikit sebanyak telah memberi gambaran awal terhadap keputusan PRK yg bakal berlangsung pd 7hb April ini.Dan didoakan agar situasi ini bakal menjadi kenyataan apabila rakyat di Bukit Gantang selesai menunaikan amanah mereka pd hari pembuangan undi nanti...InsyaAllah

Dalam pada itu,akhbar hari ini telah menyatakan bait-bait keresahan yg mula menjiwai dada org kedua tertinggi UMNO iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin..Beliau mengatakan bahawa masyarakat tidak sepatutnya mengambil keputusan pilihanraya ini sebagai batu asas utk menafsirkan keupayaan barisan pimpinan terbaru UMNO terutama Najib Razak kerana mereka baru di awal 'saingan'...Secara kasarnya kita boleh tafsirkan Muhyiddin sememangnya mengakui kepincangan,kelemahan,keburukan serta ketidakadilan UMNO/BN yg perlu mereka baiki setelah 52 thn memerintah.Sekiranya mereka telah menjalankan tugas dgn seamanah mungkin,rakyat tidak akan menentang mereka sehebat ini.Keputusan di Bkt Gantang juga akan menjadi penunjuk sebenar situasi demokrasi di Perak.Rakyat Perak akan menafsirkan siapakah pihak yg benar & siapakah pihak yg salah melalui undi mereka.

Sama-sama kita nantikan..Di sinilah segalanya akan kembali bermula....

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template