Sunday, March 29, 2009

Selesai Penamaan Calon...


Alhamdulillah selesai sudah penamaan calon bagi dua kawasan pilihanraya kecil: Dun Bukit Selambau & Parlimen Bukit Gantang.Yang pastinya dua biji mata kita akan lebih tertumpu ke Parlimen Bkt Gantang kerana keputusan inilah yg akan mencerminkan kedudukan sebenar demokrasi di Perak & keputusan di kawasan ini jugalah yg akan menentukan hala tuju sebenar politik UMNO seusai pemilihan pucuk pimpinan baru mereka semalam.Ini diakui sendiri oleh Muhyiddin Yasin melalui ucapan ulasannya berkenaan PRK ini.Dari sinilah kita akn lihat sejauh mana kekebalan Najib Razak menerajui kepimpinan UMNO yg baru.Bersungguh benar berucap dlm PWTC semalam.Tegang urat-urat tekak..Harapnya apa yg diluahkan itu merupakan suatu kenyataan.Walaubagaimanapun,penulis tidak akan sama sekali berkurang keyakinan & pengharapan agar calon-calon Pakatan amnya & Pas khususnya memperoleh kejayaan dlm PRK ini.Moga pertolongan Allah sentiasa bersama..Wallahu'alam

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template