Friday, March 27, 2009

Pewaris Generasi Felda


Agak byk komen yg penulis terima berkenaan isu Felda..Terima kasih kpd para pelawat yg sudi memberikan idea-idea serta nasihat-nasihat buat diri penulis.InsyaAllah penulis tidak akan sekali-kali lupakan nasihat tersebut..

Buat pengetahuan semua,saya bukanlah insan yg hebat utk bermadah bicara berkenaan isu Felda & juga isu-isu lain.Sekadar melemparkan pandangan berteraskan pemahaman yg telah Allah Taala anugerahkan buat diri ini & tidak salah saya kira utk dikongsikan bersama kalian kerana Islam sendiri membuka seluas-luasnya pintu munaqasyah sesama umatnya,sama-sama kita tenung & renung hikmah & kebaikan yg terlindung disebaliknya semata-mata utk menggapai redhaNya,bukan utk memecahbelahkan umat Islam itu sendiri.Yang menjadi masalahnya adalah apabila kita menilai sesuatu itu berlandaskan nafsu,perasaan & ghairah semata-sama.Bukan atas dasar keikhlasan utk sentiasa meletakkan pandangan dari kaca mata Islam sebagai keutamaan.Natijahnya,nafsu akan mudah dikuasai syaitan lalu mewujudkan persengketaan yg amat merugikan umat Islam itu sendiri...

Berbalik kpd isu Felda.Saya sejujurnya katakan bahawa saya tidak sentiasa memandang kpd buruknya Felda tersebut.Tetapi saya ingin tafsirkan kehidupan masyarakat Felda dari sudut kehidupan sebagai seorang Islam.Semua daripada kita sedia maklum bahawa komposisi masyarakat Felda adalah org Melayu/Islam sebagai majoritinya.Ini merupakan satu kelebihan dan satu peluang yg cukup besar buat bangsa Melayu apabila dikumpulkan di dlm satu rancangan.Mengukuhkan perpaduan sesama bangsa Melayu...

Tapi,cuba kita renungkan mereka ini dari kaca mata hidup Islam.Dalam blog ini telah saya ingatkan beberapa kali bahawa Islam itu yg perlu diberikan keutamaan.Bukan bangasa kerana di akhirat kelak kita tidak dibezakan mengikut kehebatan bangsa tetapi dibezakan dari sudut ibadah,tahap ketaqwaan kita kepadaNya.Jadi,apabila kita lihat kepada terbentuknya Felda yg mengumpulkan majoriti org Islam di dlmny,tidakkah sepatutnya kawasan ini yg menjadi kawasan yg kuat pengaruh Islamnya??Tidakkah masyarakat di sini yg sepatutnya tinggi ilmu agamanya???Tidakkah sepatutnya penduduk-penduduk Felda ini yg memenuhi masjid-masjid & surau-surau yg ada,sekiranya mereka betul-betul dikumpulkan dan diberi kefahaman yg mendalam akan ilmu ajaran Islam????

Hah,inilah yg menyedihkan saya!Sekiranya kita ikhlas utk lihat Islam itu bangkit kembali,Islam itu boleh menguasai negara & dunia,sepatutnya peluang-peluang seperti ini tidak dilepaskan 'bodoh' begitu sahaja!Hari ini,ke mana kita lihat perginya warisan-warisan generasi Felda ini??Kadar jenayah terutama dadah dipelopori oleh siapa kalau bukan dari Felda.Pecah rumah & bermacam-macam lagi kes jenayah,byk berlaku di kawasan ini.Tidak sedihkah anda melihat keadaan ini???Layakkah kita membiarkan sahaja??Inilah yg akan terjadi apabila kita tidak meletakkan Islam itu sebagai keutamaan.Datanglah sendiri ke kawasan ini.Lihat & renunglah sendiri kehidupan penduduk Felda berlandaskan ajaran Islam yg utama itu.Kita boleh berbangga dgn kemajuan Felda,tetapi kita jauh sekali tidak boleh berbangga dgn Islam yg wujud di Felda!

Terus Mengemis Redha Ilahi!

1 comments:

Anonymous said...

berAT tugas kita syeikh,tp tindakan yang istiqhamah perlu ada..ana seorg anak felda,realitinya ape yg anta ckpkan tu betol la tu..tapi kita kn bersikap adil,,ade tindakan follow up....dlm perjuangan kita takleh menyuarakan suarahati je,,kn ade tindakan follow up..mcm enta klu dah ade slution pendekatannya,,alhamdulillah,,klu blom ade wat lg,,kn bermula dr skang,,klu bkn skang,,bila lg..klu bkn kita siapa lagi kan???nak ubah mindset n mentaliti individu yg mmg agak lama membudayakan satu perkara yg batil,,mmg pyh,bg mereka kebaikan yg dtg adalah perkara baru kebarangkalianya..xpe suburkan baik sangka..mayb hidayah belum sampai...mari kita bincangkan hal ni..bkn utk anak felda je,tp utk ummah..nabi dlu pun bukan sng dlm brdakwah,ujian tu la membawa kpd perkembangan n kejayaan dakwah..amik iktibar.ana bukanlah seorg yg berilmu sgt dan bknlah sorg yg arif dlm institusi dakwah,,tp ade kesedaran,ade ksungguhan,,kita leh laksanakan.insyaAllah..

nnt ana podting lg,,da margrib..asif ya..

mcm kat felda ade kegiatan aktiviti belia..perlu kita dampingi mereka..

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template