Wednesday, March 25, 2009

Wah!Aku Perjuangkan MELAYU!


Artikel ini penulis nukilkan utk berkongsi rasa 'terhibur' penulis dgn para pelawat sekalian.Mana tidaknya.Umum mengetahui,ramai yg memberi komen ttg isu PPSMI yg telah penulis rungkaikan beberapa hari lalu..Beberapa kali penulis rasa tercuit-cuit hati ini apabila merasakan diri ini semacam terlalu bersungguh utk mempertahankan kedaulatan bahasa MELAYU semata-mata demi ketinggian bangsa penulis di mata dunia.Baiklah,buat semua pelawat,penulis hanya menyatakan kerisauan penulis seandainya dasar ini diteruskan.Apabila dasar ini diteruskan,sememangnya dgn izin Allah ramai rakyat Malaysia yg boleh menguasai Bahasa Inggeris dan boleh bertutur dlm Bahasa Inggeris setanding dgn bangsa Inggeris itu sendiri.Tetapi,sekarang kita membicarakan tentang kedudukan bahsa kita yakni Bahasa MELAYU.Ke mana akan perginya bahasa kita ini dlm suasana rakyatnya hebat menuturkan Bahasa Inggeris..??Ke mana akan perginya penilaian manusia seantero dunia kepada bangsa kita,bangsa MELAYU sekiranya kita sendiri pun menolak kehebatan bahasa kita sendiri???Mohon sama-sama kita selami seikhlas mungkin.Bukan niat penulis utk menjadi penentang tegar kpd kerajaan kerana penulis sememangnya ingin 'menegakkan kebenaran' selari dgn motto blog ini..Sama-samalah kita telusurinya...

Perkara yg membuatkan penulis berasa tercuit hati adalah kerana jalan perjuangan yg penulis pilih bukanlah perjuangan berteraskan bangsa MELAYU.Tetapi komen-komen yg penulis terima berkenaan bahasa MELAYU ini seolah-olah penulis seorang yg begitu taksub dgn perjuangan bangsa MELAYU..Aneh?????

Saudara-saudari sekalian.
Inilah yg dikatakan cantiknya apabila kita berjuang atas dasar ISLAM..ISLAM walaubagaimana cara sekalipun tetap perlu ditegakkan,diselamatkan & diperjuangkan.Justeru itu penulis letakkan perjuangan atas dasar ISLAM sebagai keutamaan.Bukan bangsa!Anda dapat lihat.Sekiranya anda berjuang utk ISLAM,bangsa anda tidak akan ditinggalkan ke belakang.Secara automatik bangsa anda akan terjamin kedudukannya hatta akan lebih dipandang tinggi 'darjatnya' di sisi manusia.Mengapa??Kerana ISLAM menggariskan supaya umatnya bersikap dgn sikap yg mahmudah.Setiap perlakuan kita ada hukumnya sama ada kita menerima rahmat atau azab dari ALLAH Taala..Tetapi,apakah yg akan berlaku sekiranya anda perjuangkan bangsa??Adakah ISLAM itu akan terjamin kedudukannya?Sistem-sistemnya??Hukum-hakamnya??Undang-undangnya???'Tepuk dada,tanyalah iman..'

Justeru,yakinlah dgn perjuangan ISLAM..Penulis bukanlah pejuang tulen bangsa,tetapi ISLAM mengajar supaya perlu dijaga kemaslahatan bangsa agar tidak dipalit dgn fitnah-fitnah daripada bangsa lain yg kafir..

Salam Mengemis Redha Ilahi......

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template