Tuesday, March 24, 2009

Parlimen Bukit Gantang


Alhamdulillah berkat kesabaran para ahli & saf pimpinan menunggu dgn penuh thiqah,maka calon Pas bg Parlimen Bukit Gantang telah diumumkan.YB Nizar Jamaluddin diletakkan sbg calon bagi mengekalkan kawasan ini di tangan Pas.InsyaAllah seluruh ahli pendokong & penyokong gerakan Islam ini akan memberi sepenuh kepercayaan & thiqah ke atas pemilihan yg telah dilaksanakan oleh majlis syura..
Kemenangan di Parlimen Bukit Gantang akan menjadi bukti sama ada kerajaan negeri kini 'halal' @ 'haram' & secara umumnya akan memperlihatkan berapa lama lagi nafas UMNO mampu bertahan menanggung penyakit barah yg sedang mereka alami dlm sistem demokrasi yg dicipta oleh mereka ini..Sama-sama kita doakan proses pilihanraya ini akan berjalan dgn telus & tiada unsur-unsur menindas & rasuah yg menjadi 'pakaian' pihak lawan..
Saya tinggalkan kalian di dlm post ini dgn satu kisah yg perlu kita semua 'cakna'..

"Seorang pesakit telah disahkan mengalami penyakit kanser hati.Semakin lama,kanser tersebut semakin kronik..Sudah lebih 50 tahun dia menderita penyakit ini,tapi masih mampu bertahan dgn menggunakan segala 'alat' yg ada.Dan alhamdulilah dlm jangka masa terdekat ini,ada seorang insan yg sanggup utk 'menderma' hatinya bagi menggantikan hati pesakit ini.Riang gembira pesakit ini mendengarkan berita tersebut..Malangnya pesakit ini tidak tahu bahawa penderma ini pun mengidap kanser.Bukan itu shj.Kudis buta,kurap,kusta,heart attack,batu karang & yg seangkatan dgnnya mewarnai kehidupan penderma ini..Tapi,disebabkan semangatnya yg kental utk menderma,dgn rasa tak sedar diri dia pun akan meneruskan pendermaan ini tak lama lagi..Kesian pesakit ini ditempatkan di hospital yg doktor-doktornya bodoh,tidak pandai menilai mana yg baik,mana yg buruk!"


Siapakah pesakit itu??Dan siapakah penderma itu??Apakah yg bakal terjadi kepada pesakit itu???Adakah dia akan selamat??Berjayakah si penderma menyelamatkan pesakit tersebut???Sama-sama kita nantikannya!!!

"ISLAM PASTI GEMILANG!TAKBIR!"

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template