Thursday, July 30, 2009

Coretan Kembali Menghiasi..

1 comments
Langkahan demi langkahan perlu diatur dgn cermat & penuh gagah agar corak hiasan hidup ini bakal menyinari keseluruhan kehidupan.Alhamdulillah syukur kpd Ilahi kerna dgn limpahan rahmat & kasih sayangNya jualah diri ini masih bernyawa & diberi peluang menggarap langkah-langkah bg menuju ke destinasi yg sebenar kelak.Hidung masih bernafas,nadi masih berdenyut & perut masih berisi.Namun hati??Kadang-kadang lupa utk diisi..Sekadar secebis muhasabah.

Tanggal 7 Julai lalu,termaktublah kehadiran diri ini utk meneruskan pengembaraan ilmu di kampus utama UIAM,Gombak.Masa dirasakan begitu cepat.Umur tanpa disangka sudah jauh meningkat..Sepanjang berada di kampus ini,sudah terlalu byk peristiwa di sekeliling yg berlaku & tidak sempat utk dikupas bersama.Adat kehidupan,pasti memerlukan masa utk meniti setiap langkahan yg ada..Dek kerana itulah tidak sempat utk sama-sama berkongsi isu semasa.Utk mencipta langkahan yg gagah perkasa,pasti perlu bermula dgn step pertama iaitu merangkak.Begitulah jua kehidupan di kampus baru.Dalam jangkamasa sebulan saya letakkan utk melalui proses merangkak-memerhatikan gelagat rakan di kampus baru.Memerhatikan suasana kehidupan pelajar-pelajar lain terutamanya pelajar-pelajar dari luar negara yg mempunyai pelbagai corak kehidupan & fahaman/mazhab,serta menyesuaikan diri ini dgn kehidupan di 'alam' yg baru..Ternyata ianya cukup penat & berat utk dilalui.

Proses ini amat penting..Jgn dipandang enteng walau sehebat mana sekalipun anda.Berpeganglah dgn kata-kata ini.,

"Kejayaan yg besar tercipta dr kejayaan yg kecil.Dan utk memperoleh setiap kejayaan,tawanlah diri anda terlebih dahulu.."

Apabila diri telah berjaya ditawan,sudah berdaya menyesuaikan diri dgn suasana,maka langkahan yg lebih yakin bakal dicorakkan dgn lebih mudah...Langkahan inilah yg bakal memandu diri ke arah mana yg ingin dibawa.Tambahan lagi,amanah yg bakal dihadapi lebih besar cabarannya berbanding sebelum ini.Jadi.,inilah yg akan menjadi pasak utk menghadapi kesemua amanah yg bakal terpikul kelak..Semoga kalian para pengunjung sekalian dapat mendoakan kesejahteraan serta dipermudahkan olehNya utk saya mengorak langkah di bumi UIAM Gombak ini..Wallahu'alam

Friday, July 3, 2009

Perginya Sebutir Lagi Permata Islam

2 comments
Alfatihah....
Tepat jam 12 tgh mlm tadi,seorang sahabat akrab sy,Mohd Nabil Marwan telah menghembuskan nafasnya yg terakhir setelah beberapa lama menderita penyakit yg ditanggung.Allahyarham akan dikebumikan di Batu 23,Sg Nibong,Sekinchan dlm jam 10 pagi ini..

Seperkenalan saya bersama arwah,terlalu byk kenangan yg tidak dapat dilupakan.Arwah merupakan seorang yg periang & mudah bergaul.Merupakan seorang yg aktif di dlm persatuan & kami pernah bekerjasama di dlm menggerakkan beberapa program ketika di CFS IIUM.Semoga usaha gigih arwah di dlm perjuangan Islam ditambah dgn keberkatan sayyidul ayyam;hari Jumaat ini bisa meletakkan arwah bersama golongan yg soleh & mendapat rahmat perlindungan drpd Allah S.W.T. di akhirat kelak..Alfatihah

Wednesday, July 1, 2009

Kalau Sudah Kaki Kelentong..

1 comments
Alkisah terdengar berita mengatakan ada seekor sesumpah nak menyertai sebuah parti politik..Bertambah 'seronok'nya cerita ini,parti yg dikatakan itu adalah sebuah parti yg memperjuangkan Islam..Wah!Magik!Sejak bila binatang pun ada hati nak masuk parti politik..??Akhir zaman...macam-macam perkara pelik berlaku..

Baca punya baca.,rupanya Pak Cik Ezam Noor empunya dirinya.

Pak Cik Ezam Noor + Sesumpah = No Komen..
Bermadah PCEN,andai Pas dpt membuktikan bahawa parti itu adalah kuasa dominan di dlm PR,hari ini juga beliau akan menyertai Pas!Sakit mental ke apa dia ni??Mana tidaknya..Hanya org yg waras shj berkata sebegini rupa.Oleh sebab itu para alim ulama hatta agama kita sekalipun menyuruh kita utk sentiasa mencermin diri sendiri,ukur baju di badan sendiri dlm melakukan apa-apa perkara di dlm kehidupan..Boleh utk PCEN menyertai Pas,tetapi hanya sekadar ahli biasa shjlah.Itupun sudah lebih memadai drpd tidak sertai langsung ditambah dgn mempersendakan golongan ulama yg benar-benar ikhlas berjuang utk menegakkan agama.At least ketika mengundi,bertambahlah satu undi manusia yg ingin lihat bagaimana 'Islam Memimpin Perubahan'.Tugas PCEN,kala menjelang pilihanraya,bolehlah PCEN turun bersama ahli-ahli yg lain utk menggantung bendera,menampal poster,mengutip derma tika berlangsungnya ceramah-ceramah & tukang mengibarkan bendera Pas.Itu pun sudah byk pahalanya..Kita ni,nak jadi ulama,jauh langit dgn bumi.So,tersangat eloklah kita menjadi penyokong kpd ulama itu.Moga-moga kita boleh mengikut jejak langkahan mereka terselamat dari azab seksaan yg maha pedih kelak.Andai tak dpt semua,paling tidak kita dapat merasai 'bauan' ulama tersebut..Ibaratnya,berkawan dgn tukang besi,kita akan terpalit dgn debu-debu besi,hangatnya besi & panasnya besi.Tetapi,andai kita berkawan dgn penjual minyak wangi,terpalitlah kita dgn wangian bau minyak tersebut...Jadi,jika itulah yg PCEN inginkan,pintu utk masuk ke Pas memang sentiasa terbuka.Tak payah tunggu Pas keluarkan statement.Sekarang pun boleh..
Kenyataan PCEN ni memang cukup dangkal..Cuba kita bayangkan,Pak Jib peminat bola sepak EPL,bersungguh-sungguh memuji pasukan Arsenal yg diminatinya ketika ini dek kerana sedang mengungguli persada liga.Kadang-kadang lebih dia drpd Arsene Wenger mencorak atur taktik pasukan.Tapi,pada season seterusnya,bertukar.Sokong Liverpool pulak dah!Sebab Liverpool mengungguli liga.Liverpool sudah hebat!Tambah lagi merupakan juara Champions League..=)Apakah persepsi kita terhadap Pak Jib??Adakah sama situasi Pak Jib dgn situasi PCEN??Yes,sama!Lebih-lebih lagi mereka berdua ni memang kaki kelentong.Cakap lebat...Wallahu'alam
 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template