Tuesday, April 28, 2009

Aku Siapa...Siapa Aku...

2 comments
Sayangnya aku pada jamaah..!!Kasihnya aku pada keluarga..!!!Keluarga????Jamaah???Mana satu yg harus diutamakan???Hati keluarga??Hati jamaah??Hati sahabat-sahabat...??Hati sendiri pulak,macamna????

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yg menyeru kpd kebajikan, menyuruh berbuat yg ma'ruf dan mencegah dari yg mungkar..Dan mereka itulah org-org yg beruntung.."

"..jgn takut dan jgnlah bersedih..,sesungguhnya Allah bersama kita.."

"..dan berbelanjalah kamu di jalan Allah dan jgnlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.."

"Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah Allah apabila kamu berjanji,dan jgnlah kamu merombak(mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah) sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu.,sesungguhnya Allah sedia mengetahui apa yg kamu lakukan..."

"Wahai org-org yg beriman!mahukah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yg dapat menyelamatkan kamu dari azab yg pedih?Yaitu kamu beriman kpd Allah dan RasulNya dan berjihad di jln Allah dgn harta & jiwamu.Itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.."

"Sesungguhnya Allah membeli dari org-org mu'min baik diri mahupun harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka.Mereka berperang di jln Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh,sebagai janji yg banar dr Allah di dlm Taurat,Injil dan AlQuran.."

Allahuakbar.............

Sunday, April 26, 2009

'Jejak Kasih' Dlm Perjuangan...

5 comments
Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku,aku dan org-org yg mengikutiku mengajak kamu kpd kpd Allah dgn yakin,maha suci Allah dan aku tidak termasuk org-org yg musyrik.." Yusuf:108

Inilah antara alunan merdu firman Allah Taala yg membangkitkan ruh perjuangan di dlm diri setiap pejuang Islam,tidak terkecuali diri ini.Nabi S.A.W dah katakan bahawa ini shjlah jln baginda,jln memperjuangkan agama Allah bg memastikan segala hukum-hakam & syariat Allah tertegak di muka bumi ini.Dek kerana itulah saya merasakan,patut ke saya tidak mengikut jejak langkah nabi sedangkan mulut ini berbuih-buih menghafal rukun-rukun Iman yg bisa mengukuhkan ikatan aqidah,ikatan terpenting bg diri yg mengaku menjadi seorang Islam..So,bg anda yg lain,bagaimana??Ayat ini juga memberitahu kita bahawa dlm apa keadaan sekalipun tak kiralah kita ni seorang pelajar ke,seorang pekerja ke,seorang penganggur ke..kita perlu berada di atas jln ini.Tidak boleh menjadi pihak berkecuali...

Itu sekadar nak memperingatkan semua why we are here,on this way supaya kita duduk atas jln yg susah ni tidak membuta tuli..Oklah,beberapa hari lepas,saya seolah-olah menghadiri satu rancangan 'jejak kasih' yg dipopularkan oleh TV3..Rancangan ini betul-betul berjaya mengumpulkan 'keluarga-keluarga' yg telah terpisah sekian lamanya..Dlm rancangan tu,keluarga kami yg terpisah menjadi 3 bakal disatukan kembali tidak lama lagi..Tiada apa yg sy inginkan selain ingin melihat kami dpt meneruskan hidup di 'rumah' yg baru dgn lebih bahagia.Kami tak sanggup melihat ada adik-beradik yg 'meninggal' dlm masa yg sesingkat cuma kerana perkumpulan semula kita ini baru shj bermula..

Inilah jalanku..,inilah keluargaku...
Bertuah diri ini mempunyai 'ibubapa' yg hebat dan dibantu oleh adik-beradik yg mantap..Abang-abang & kakak-kakak yg saya miliki kini bukanlah calang-calang manusia rupanya..Alangkah indahnya sekiranya kami dpt merasai segala perjalanan hidup ini sehingga ke akhirnya..Kesusahan jgn diminta.Tidak diminta pun,pasti kan ketemu jua...Inilah gunanya ikatan keluarga..Kita ikat tali keluarga ini dgn tali pengharapan padaNya.Susah senang kita janji akan hadapi bersama..Janji juga bahawa kita akan hidup di 'rumah' yg baru dgn penuh bahagia tanpa ada sebarang prasangka,bermasam muka..Taraf kita sama.Andai terbit perasaan tersebut,kita punyai 'ibubapa'..Luahkan kpd mereka.Mereka punyai formula ramuan yg diadun hebat tersedia..Semata-mata utk dieratkan pertalian keluarga ini menggapai cebisan redhaNya..

3 keluarga menjadi satu!!Jom kita gegarkan 'rumah' baru kita!!Allahuakbar!!!

Thursday, April 16, 2009

Siap Sedia Semua!!

0 comments
Sila bersiap sedia!!
PRK Dun Penanti pula bakal mengambil tempat...
Dun Penanti merupakan senarai terbaru utk mengisi koleksi pilihanraya kecil pasca PRU 12..
Sama-sama kita gegarkan Malaysia!!
Takbiiirrr!!

Hebatnya Subky Latif

0 comments
Hari ni hari Khamis..Kebiasaannya kat tempat aku ni jual Harakah awal sehari dari edisi sebenar..
Aku akan pastikan aku tidak terlepas membelinya.Jadi seperti sediakala,aku perlu menyusun 'strategi' utk membeli Harakah..(nak beli Harakah pun kena ada strategi..darurat,darurat.hehe)

Seawal jam 7 pagi,aku ke kedai makan membeli sedikit juadah utk sarapan,berhampiran dgn kedai yg menjual Harakah..Tapi kedai tu stil tutup."Aduss..,problem nih."Takpe2...,pasang plan kedua."Setelah pulang ke rumah & mengemas apa yg patut,aku kembali semula ke kedai tadi..Tengok dari jauh,mcm xde paper Harakah..Yang ada hanya Wasilah & Suara Keadilan..Cadangnya,nak beli dah Wasilah,rupa2nya Harakah ada jauh sikit..Dah tinggal satu je dah pun.."Fuh,nasib baik ada lagi.."legaaa..."Pelik2..ramai jugak rupanya peminat Harakah kat Jengka aku ni.Tapi,knape la x menang2 lagi..??hmmm.."

*serba sedikit kronologi utk penulis mendapatkan Harakah dlm hidup..=)

Berbalik kpd tajuk,saya tertarik dgn penulisan penulis hebat-Sdr Subky Abdul Latif di bwh tajuk "Sekadar Hendak Memalukan Pas".Cerita berkisar tentang shbt sePakatan-Nga Kor Ming membaca ayat suci AlQuran semasa kempen di Perak...Saya terfikir2 juga bagaimana cara penerangan terbaik utk memahamkan manusia yg tak faham lebih2 lagi kpd manusia berdarah biru bersenjatakan keris..Setelah membaca penulisan ini,inilah antara penerangan yg boleh kita guna pakai utk menjawab perihal isu ini..

Pihak 'seberang' takkan berhenti utk terus memburukkan imej Pas selaku pihak yg sentiasa taat memperjuangkan Islam..Pertalian 'ukhuwah' bersama DAP amat membimbangkan mereka dari dulu lagi dan hasilnya kita boleh lihat kejayaan PR pada hari ini.Dulu Pas sudah pernah bergabung dgn DAP di dlm BA.Setelah diapi-apikan oleh pihak seberang,maka berpecahlah Pas-DAP..Kali ini,bergabung kembali disertai juga oleh KeADILan..

Hasil penggabungan ini,maka tertimbullah isu ini..Buat anda semua,fikirlah dari kaca mata Islam.Ini merupakan dakwah yg berjaya kita ke atas shbt yg bkn Islam..Islam tidak pernah sekali-kali menghalang sesiapa drpd membaca ayat suci alQuran.Kecuali bagi sesiapa yg membaca utk mempermainkannya atau membaca dan kemudian mentafsirkan ayat tersebut berlawanan dgn maksud yg sebenar.Tetapi,sdr Kor Ming mentafsirkan ayat yg dibacanya dgn jelas,'sebijik' dgn apa yg ada di dlm tafsir.Jika hendak menghukum dia atas 'kepelatan' pembacaannya,itu tidak adil.Berapa ramai manusia Islam di Malaysia ni yg membaca Quran dgn bunyi yg sungguh 'syahdu'..(hasil keberjayaan Islam Had Hari).Itu org Islam,org yg bukan Islam bagaimana??Sudah tentu bunyinya lagi 'syahdu'..

Org yg bukan Islam sudah mahu berjinak2 dgn sumber utama kita.Seandainya betul kita mahu menarik mereka mengenali Islam,cara membuat laporan polis bukanlah uslub(method) dakwah yg terbaik.Pergi ke balai polis siap dgn berserban lagi!Apa maksudnya serban putih anda tu??!!Itu bukan nak mendaulatkan Islam,itu nak mengotorkan Islam!Fikirlah wahai shbt seummatku!(bukan seBANGSAku.klu bangsa,belum tentu lagi dia Islam)
Memetik sedikit penulisan Sdr Subky,
'Bagi puak yg mencerca Kor Ming,tiada apa yg dapat kita buat.Pada mereka,Tok Guru(Nik Aziz) yg membaca & gunakan AlQuran dgn betul & berusaha mendaulatkannya,juga mereka kata tidak betul..Mereka cerca & kutuk perjuangan Tok Guru,sudah tentu(comfirm) mereka menolak Nga Kor Ming..'

Org yg baca betul pun mereka hentam,inikan pula org yg pelat bacaannya..Jelas,semua itu utk kepentingan politik!Bkn semata-mata utk menjaga kesucian AlQuran..!
Wallahu'alam.Tahniah Sdr Subky atas artikel yg hebat!

Segalanya Ada Hikmah..Berserah

0 comments
Sebagai insan biasa,
Diri ini tak dpt lari dari menerima pelbagai ujian..
Yang bisa meruntun hati...
Seakan banyak perkara yg perlu diberikan perhatian & perlu diselesaikan segera
Agar diri ini dapat hidup seperti sediakala...

Namun insan ini kerdil..
Makin difikirkan,makin kusut pula jadinya..
Hati seakan semakin tertekan..
Tak selesa..

Tak mengapalah...
Aku sudah diasuh utk menghadapi semua ini...
Cuma tinggal diri ini shj yg perlu mengaplikasikannya..
Dia takkan membiarkan hambaNya sekadar mengaku sudah beriman..
Sedangkan mereka tidak diuji apapun..
Jadi ujian2 itulah yg menjadi jambatan keimanan..

Segalanya tentu ada hikmah..
Takkan dibiarkan hambanya terseksa tanpa diselitkan hikmah..
Diri ini penuh dosa..
Dosa padaNya & dosa sesama manusia..
Justeru amat berpatutan la diturunkan pelbagai masalah..
Supaya diri ini sedar akan kekuasaan Allah..
Kembali semula kenali tujuan menyembah..
Bukan sekadar mencari penat & lelah..

Mungkin ikhlas bkn pakaian diri ini selama ini..
Perlu berusaha memperteguhkan amalan..
Terus meniti mengemis redhaNya..
Yang amat tinggi pulangannya di akhirat kelak..
Jadi....
Hanya padaNyalah aku berserah...............

"Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH!!"

Wednesday, April 15, 2009

Kibaran Bendera Pas Hilang??

0 comments
Sejak bendera besar Pas dipasang di Jengka 15,terasa bangga diri ni setiap kali melihatnya berkibar megah.Malah mulut ini kadang-kadang dgn sendirinya terpacul laungan takbir memuji kebesaran Allah seperti yg sering diterapkan oleh Pas.,bukannya 'Hidup Melayu'..
Dengan saiznya yg besar,terasa seakan-akan Pas pula yg memerintah kawasan-negeri-negara ini....

Tapi...,
Bagi sesiapa yg masih tak tau,kelmarin bendera gergasi tersebut telah diturunkan oleh Majlis Daerah Maran (MDM).Pelik juga..Apakah sebenarnya motif penurunan bendera tersebut.??Takut??Gentar??Bacul??Takkan hanya dgn 'sebidang' kain beserta dua jenis warna & bulat di tengah pun takut..????Kain tu boleh makan org ke??Atau terlalu byk kemalangan yg terjadi selepas pengguna jlnraya melihat kain tersebut berkibar megah??Ataupun MDM ambil utk dipasang di pejabat mereka dek kerana teruja dgn kehebatan auranya??

Laporan polis telah dibuat oleh Pj Pas Pahang,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.Beliau memberi masa selama 48 jam utk MDM memasang kembali bendera tersebut...

Adakah ini simbolik kepada kebangkitan Pas Pahang??
We Wait & See...!!

Ayuh!Kita melangkah!!Musuh sudah gentar dgn bendera kita!!!
Takbiiirrr!!!

Monday, April 13, 2009

Macam-macam Kalau Nak Hidup...

0 comments
" A go0d pLan 4 tOday is bEttEr than a gReat plan 4 tOmOrroW...,
sO loOk bAckward wIth satIsfaCtion & lOok fOrwaRd with cOnfidEnce..."

inilah hidup......
kadang-kadang ada benda yg boleh menggembirakan..
kadang-kadang amat menyakitkan..
dan kadang-kadang jugak xde bg apa-apa rasa langsung...
hadapi perkara yg gembira..,alhamdulillaaah
tapi,nak hadapi perkara yg menyakitkan..,na'uzubillaah

walauapapun...
kena tahu laa kita ni ad Allah....
sume yg terjadi pasti terselit hikmah..
so,kena terima setiap yg dtg dgn tabah...
baru la boleh jd org yg punyai iman yg gagah..

"....sesungguhnya Allah x akn mengubah nasib sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum,maka x ada siapa yg dapat menolaknya dan x ada pelindung bg mereka selain Dia..."
- Ar-Ra'd:11

so,
kembalilah kepada Allah...
percaya & yakinlah dgn kuasa dan janjiNya..
pandanglah ke hadapan dgn penuh KEYAKINAN!!
TAKBIR!

Sunday, April 12, 2009

Hidup Seorang Pengemis..

0 comments

Aku dilahirkan tanpa sebarang keistimewaan..
Tiada harta,tiada rupa yg menawan..
Tiada apa yg dapat dibanggakan..
Terus melangkah setapak demi setapak..
Mengharungi arus hidup di dunia ini..
Tanpa tujuan yg sebenar..


Tatkala diri meningkat dewasa..
Ku seakan temui sinar dunia yg sebenar..
Sinar yg menghubungkan jambatan ke sana..
Sinaran inilah yg mendewasakan aku..
Menjadi sebenar-benar insan..
Yang perlu sentiasa taat & patuh..
Kepada segala perintah Tuhan..
Penguasa sekalian alam..

Barulah ku sedar..
Erti hidup berTuhan..
Setiap detik,setiap saat..
Pasti ada yg memerhatikan..
Barulah ku sedar..
Berkuasanya Dia Tuhan..
Setiap apa yg terjadi..
Pasti itulah ketentuan..

Sinaran yg kutemui ini juga merupakan ketentuan..
Ku merangkak sedikit demi sedikit..
Meniti membina kefahaman..
Memperkukuhkan kepercayaan..
Menguatkan semangat & keazaman..
Kerna ku sedar..
Sinaran ini bukanlah warisan..
Tetapi akulah yg perlu perjuangkan..

Pelbagai pengalaman aku timbakan..
Bahkan masih tidak cukup utkku lengkapkan..
Bertukar-tukar insan..
Yang memberikan bimbingan..
Marah,cacian,kutukan & sindiran...
Sememangnya menguji kemarahan..
Dan juga sifat kejantanan..
Namun ku masih takkan serik...
Semuanya itu adalah sebagai bekalan..
Ku harus sedar..
Hidup ini lebih dahsyat..
Andai tidak ditarbiyahkan..

Terus merangkak menuju alam remaja..
Pasti pelbagai ujian datang bertandang..
Ku ingatkan diri & hati..
Aku produk pentarbiyahan..
Kukuhkan iman,sematkan perjuangan..
Jgn dicampur haq & kebatilan..

"Ya Allah,
Thabatkanlah hati ini..
Menempuh hari-hari yg masih berbaki..
Agar dpt ku turuti impian hati..
Utk menyusuli lorong-lorong ulama' & syuhada'..
Yang Engkau kasihi..."

Ku mohon semua turut memahami..
Inilah realiti sebenar hidup..
Seorang bergelar Pengemis..
Bagi mengejar Redha Sang Ilahi....

Tulus Ikhlas: Alfaqirbillah
120409:12:02pm

Saturday, April 11, 2009

Pengubat Iman Yg Terhakis...

0 comments
"Di zaman Rasulullah dulu,Nabi boleh cium bau mulut org yg mengumpat.Bau busuk!Tapi mengapa sekarang kita tak boleh cium bau org mengumpat??Sebaaaabb,kita dah tenggelam dlm bau tu sekali...Oleh kerana kita pun dah tenggelam dlm bau busuk tu,so bau busuk org lain pun kita dah tak bau dah...Oklah,mcmni.Umpama kita nak buang air besar.Sebelum turn kita,ada dah org lain yg mengqada'kan hajatnya.Kita yg baru masuk ni mesti bau busuk!(tak puas hati)..Tapi bila kita dah masuk lama dah & kita pulak yg mengqada'kan hajat,kita dah tak bau lagi dah busuk tadi.Sebab ap??Sebab kita pun dah mengeluarkan juga bau yg sama.... "

Antara bait2 kuliah yg disampaikan oleh Us.Rujhan Ghazali di masjid mlm td..Sudah lama tak ku hadiri kuliah2 seperti itu.Ku ambil kesempatan tersebut utk mengubat kembali kulit iman yg kian terhakis..Antara perkara yg disentuh oleh ustaz pd mlm td berkisar tentang nasihat serta pesanan2 yg perlu kita ambil pengajarannya.

1. Sabda Nabi S.A.W: Sesuatu perkara/ungkapan yg terbaik adalah kata2 yg singkat/pendek,tetapi dapat memberi petunjuk hidayah kpd manusia (mudah diterima).

2. Pesan Luqman AlHakim: "Duduklah kamu (berdamping,ikut telunjuk) ulama'..Dengarlah(fokus) kata2 (pesanan2) hukama'..Kerana Allah Taala akan menghidupkan hati kita yg telah mati..."

3. Tanda hati yg mati adalah apabila dia terlepas melakukan sesuatu perkara baik,dia tidak berasa ralat/terkesan sedikitpun.Apabila melakukan perkara jahat/maksiat,dia langsung tidak berasa menyesal atas perbuatan tersebut.

4.Pesanan Imam Ghazali: Hati org beriman berada di rumah Allah & hati org munafik juga berada di rumah Allah.Tetapi hati org beriman itu sentiasa berasa tenang (dlm masjid) seumpama ikan di air sedangkan hati org munafik sentiasa resah seperti burung yg tinggal di dlm sangkar

5. Pesanan Hukama': Manusia ada 4 permata berharga tetapi akan dimusnahkan oleh 4 perkara:
* AKAL- akan terhapus dgn sifat marah
*IMAN- akan terhapus dgn hasad dengki
*AMAL SOLEH- akan terhapus dgn ghibah(mengumpat)
*MALU- akan terhapus dgn sifat tamak

Itulah serba sedikit ilmu yg dpt saya kongsikan bersama kalian.Tenang rasanya hati berkesempatan menghadiri majlis ilmu sebegini..Wallahu'alam...

Kembali Ke Sekolah...

3 comments
Pada hari kelmarin,Khamis bersamaan 9 April 2009,penulis telah dijemput utk membacakan doa di majlis perasmian hari sukan tahunan sekolah lama saya,Sekolah Kebangsaan Jengka 16..Meriah sungguh majlis tersebut dgn celoteh2 & gelagat2 yg mencuit hati drpd adik2 comel yg menyertai acara2 yg dipertandingkan..Keadaan padang yg becak akibat hujan pd malam sblmnya mengundang pelbagai aksi yg melucukan..Ada yg terjatuh tersungkur,ada yg jatuh macam cempedak busuk dan ada juga yg sedang berlari,sempat lagi utk stop kejap utk tgk lopak air di atas padang...heh..


Terkenang penulis ketika zaman sekolah dulu..Mungkin penulis pun lebih kurang macam ni jgk telatahnya..Sebelum pulang,sempat juga penulis meronda-ronda di sekitar sekolah yg telah byk perubahan yg berlaku.Maklumlah,tergolong dlm sekolah2 cemerlang Felda seluruh Malaysia,semestinya byk peruntukan yg diterima utk menaiktaraf sekolah ini.

All in all,buat guru2 yg sudi menjemput diri ini,sekalung penghargaan penulis ucapkan.Semoga anda semua sentiasa dirahmati & diberikan perlindungan oleh Allah Taala dlm kehidupan seharian..Amiiin


*Lagu Sekolah
Sekolah Kebangsaan Jengka 16

Sudah ternama

Muridnya rajin berusaha,bekerjasama

Sekolah gedung pengetahuan

Memberi harapan
Demi mencapai wawasan

Dibidang pendidikan

Friday, April 10, 2009

Macam Ada Something Wrong Je...

0 comments
Semalam jgk mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Azilah & Sirul Azhar atas sbb membunuh Altantuya..Namun antara mereka berdua ada yg telah mengaku di kambinghitamkan oleh pihak2 tertentu.Kalau kita perasan,muka kedua-dua tertuduh langsung tak pernah diperlihatkan oleh mana2 media sepanjang kes ini berlangsung..Kebiasaannya wajah penjenayah dlm kes besar seperti ini akan diperlihatkan wajah mereka..Wajah mereka akan menjadi mahal..

Sebab itulah wujud teori yg mengatakan hukuman gantung yg dikenakan nanti bukanlah dijalankan ke atas kedua-dua tertuduh ini,tetapi dijalankan kepada org lain.Apabila selesai hukuman ini,mereka akan dihantar ke luar negara & ditukarkan maklumat peribadi.Jadi rakyat akan menganggap mereka ini telah pun mati & tertutuplah kes besar ini yg turut melibatkan Najib..Pada hakikatnya,mereka masih hidup tetapi diberi perlindungan oleh 'pihak' yg tertentu itu utk tinggal di luar negara.

Ini sekadar teori semata...Kita tak tahu akan kesahihannya.Walaubagaimanapun,kita yakin dgn kredibiliti pihak polis yg menguruskan kes ini.Dan kita yakin dgn Allah Taala.Dia berkuasa memperlihatkan kebenaran..Wallahu'alam

Kabinet Dapur...

1 comments
Smlm telah disiarkn secara langsung pengumuman barisan kabinet baru di bwh teraju Najib Razak..Seperti dijangkakan pasti berlaku beberapa perkara yg 'menggembirakan' drpd senarai kabinet ini..

"Satu Malaysia,Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan"

Kalau mengikut kepada senarai yg dikeluarkan Najib,beliau telah lari dari prinsip di atas.Jadi,bolehlah saya katakan beliau tidak lebih hanya bermain kata2 shj.Indah ayat drpd pelaksanaan.Ini baru di peringkat awal pemerintahan..After this..???'Tak tau la cek nak habaq..'

Jika benar Najib ingin mendahulukan kita semua sebagai rakyat.,mengapa dinaikkan nama2 yg telah kalah di dlm PRU lepas.Apabila kalah dlm PRU,menunjukkan rakyat dah tak brapa percaya dah dgn kebolehan mereka bahkan boleh dikatakan sudah tak percaya langsung dgn khidmat mereka..Jadi,mana perginya "rakyat didahulukan"???Sbb itu sy nyatakan di sini hanya indah dari sudut bahasa shj...Awal2 lagi dah tak pegang pd prinsip..So,lagu mano nih??

Dlm kabinet ini juga memperlihatkan seramai 8 org menteri digugurkan dan digantikan dgn muka yg baru..Heh.,ini yg agak mencuitkan hati ni.Antaranya,kisahnya KJ yg langsung tidak dinaikkan di dlm kabinet ini walaupun telah memenangi kerusi ketua pemuda AmNo baru2 ini.Sedangkan anak Che Det,Mukhriz yg kalah dlm perebutan kerusi tersebut dilantik menjadi Timb.Menteri..Satu lagi halnya,Muhyiddin selaku TPM atau nak lebih sedap bunyinya lagi,org besar no.2 negara Malaysia hanya ditugaskan sbg Menteri Pelajaran..Alaaahhaii..Taraf itu je ke??Buat pengetahuan semua.,Kementerian Pelajaran ni bknlah satu kementerian yg tersenarai sbg kementerian yg sgt2 mencabar..Antara kementerian yg sepatutnya dipegang oleh insan bergelar TPM ni,bagilah Kementerian Pertahanan (Zahid Hamidi) ke,Kementerian Dalam Negeri (Hishamuddin) ke atau Kementerian Kewangan (Najib)...Jadi,di mana letaknya kekuatan Muhyiddin selaku TPM??

Secara kesimpulan drpd saya,senarai kabinet ni tak ubah mcm 'kabinet dapur'..Kita boleh create sendiri designny mcmne dan isi dlm kabinet tu apa2 shj yg kita mahu.Cantik memang nampak cantik,tapi diisi dgn brg dapur atau brg2 yg tak terpakai..Silap haribulan tikus pun menyusup masuk & merosakkan brg2 tersebut.Harap2 jgnlah menteri2 ni dirosakkan oleh tikus tu..Walau apapun,tahniah & syabas sekali lagi buat ayahnda Najib..Kita tengok apa pulak selepas ini..Tungguuuu....


Wednesday, April 8, 2009

Takbiirrr!!Makkal Sakhtiii!!!!Reformasiii!!!

0 comments
Inilah ketentuanNya..Siapa yg berada di pihak yg benar,Dia akan sentiasa menguji & terus menguji & yakinlah dgn kesabaran yg tinggi,kejayaan pasti menanti.Pakatan Rakyat telah memenangi Pilihanraya Kecil Dun Bukit Selambau & Parlimen Bukit Gantang tetapi tidak dpt menggondol kemenangan hatrik di PRK kali ini apabila tewas di Dun Btg Ai,Sarawak.Walaubagaimanapun,kemenangan 2-1 PR membuktikan perjuangan berteraskan bangsa sudah tidak relevan masa kini..Berikut analisis keputusan:

DUN BATANG AI


Malcolm 3907






Jawah Gerang 2053
Majoriti (1854)
*2008 : 860


DUN BUKIT SELAMBAU



S.Ganesan 10229





S.Manikumar 12632
Majoriti 2403
*2008 : 2362


PARLIMEN BUKIT GANTANG



Ismail Saffian 19071





Dato' Seri Ir Nizar 21860
Majoriti 2789
*2008 : 1566



Inilah kemenangan RAKYAT!!Kemenangan ISLAM!! Kemenangan SEMUA!!

Tahniah & syabas diucapkan kpd semua tenaga kerja & penggerak jentera parti yg sentiasa ikhlas tanpa dibayar hatta satu sen pun utk membantu melancarkan perjalanan kempen.Kedatangan anda dari jauh serata Malaysia semata-mata bg membantu calon PR amatlah disanjung tinggi & dikagumi.Walaupun diprovok dgn pelbagai perkara yg menyakitkan hati,tetapi anda membuktikan kesabaran adalah peluru utama kemenangan.!!

Teruskan Momentum Kemenangan Ini!!
Takkkbiiiirrr!!!Makkal Sakhtiii!!Reformasiiii!!!

Tuesday, April 7, 2009

Hari Penentuan...

0 comments
Akhirnya,tibalah hari yg dinantikan oleh semua rakyat Malaysia.Tepat jam 8 pagi,kesemua pusat pengundian akan dibuka di Bukit Gantang,Bukit Selambau & Batang Ai.Setelah hampir 10 hari berkempen dgn pelbagai ragam & isu2 yg dibangkitkan,maka hari inilah yg menjadi penentuan.Selamat mengundi diucapkan kepada seluruh masyarakat di Bukit Gantang, Bukit Selambau & Batang Ai.Buatlah pilihan yg terbaik utk kesejahteraan di dunia & akhirat.Pilihlah pemimpin yg jujur & amanah dlm melaksanakan tugasnya..Sama-sama kita nantikan keputusannya...



Monday, April 6, 2009

Bodoh Dalam Jahil..!!

1 comments
Tersentak hati ni setelah membaca artikel berkenaan satu laporan polis yg telah dibuat oleh UMNO/BN terhadap PR..Laporan polis tersebut dibuat atas sebab UMNO mendakwa org DAP telah mempermainkan ayat Quran dgn membacanya di dlm ceramah2 sempena kempen pilihanraya.Allah...Inilah yg dikatakan 'bodoh dlm jahil' ni..Tak dinafikan laporan polis ini dibuat pastinya untuk meraih undi golongan atas pagar terutama bangsa Melayu.Apabila isu berkenaan agama dimainkan,sudah tentunya ia akan membakar jiwa sesiapa pun yg bergelar Islam walaupun masjid/surau hanya dijejak sekali shj dlm seminggu(solat jumaat)..

Jahil!Jahil!Jahil!
Jauh betul dari petunjuk ajaran Islam.Tak ada langsung sinaran2 dakwah dlm hati org yg busuk ni.
Memetik drpd sumber yg sahih,ini ulasan yg sebenar berkenaan hal ni.Dari sudut benar atau salah, memanglah UMNO salah. Mereka hanya membuktikan kebodohan apabila membangkitkan isu ini. Tetapi dari sudut kesannya kepada pengundi,kita tak boleh pandang remeh.UMNO yang tak pernah peduli tentang agama itu sentiasa licik menggunakan isu agama untuk membunuh imej pihak lawan. Pas ditakuti dan dibenci oleh pengundi non-muslim sejak dulu kerana UMNO berjaya melekatkan imej agama yang ganas dan kolot kepada Pas. Alhamdulilah penipuan UMNO itu beransur terbongkar kebelakangan ini. Sembahyang dua imam, amanat Hj. Hadi, taliban dan anti kemajuan adalah contoh eksploitasi isu agama yang berjaya mengukuhkan UMNO.

Oleh itu PR khususnya Pas tidak wajar terlalu defensif. Isu DAP baca ayat Quran ini perlu difahamkan secepat mungkin dalam tempoh satu hari yang terakhir ini.

Pemimpin DAP yang membaca ayat Quran itu juga membacakan terjemahannya yang betul seperti teks terjemahan yang asal. Mereka membaca ayat-ayat itu secara serius dan dengan maksud yang nyata. Bukan secara bermain-main atau dengan gaya memperolok-olokkannya. Tiada nas Quran atau Hadith yang melarang non-muslim membaca ayat Quran. Logiknya pun, kalau mereka ditegah membaca Al-Quran maka bagaimana kita nak menyeru mereka kepada Islam sedangkan sumber utama Islam ialah Al-Quran. Umar Al-khattab membuat keputusan memeluk Islam setelah dia membaca ayat Quran surah Taha di rumah adiknya. Ketua Biro Penyelidikan Majlis Gereja Sedunia, Garry Miller memeluk Islam setelah bertahun-tahun membaca dan mengkaji ayat Al-Quran. Sekarang dia adalah pendakwah yang aktif dengan nama baru Abdul Ahad Omar. Beribu-ribu pelajar non-muslim di sekolah menengah negara kita ni belajar mata pelajaran Pendidikan Islam sehingga ramai yang lulus cemerlang A1 bagi subjek Pendidikan Islam SPM. Pelajar-pelajar itu belajar Al-Quran dan membacanya selama bertahun-tahun. Mengapa kerajaan UMNO tidak menghalang mereka?

Sebenarnya UMNO hanya cuba menggunakan isu ini untuk mengelirukan pengundi atas pagar. Mereka cuba menyemai perasaan membela kesucian Al-Quran secara songsang. Al-Quran memang suci. Kesucian Al-Quran wajib dipertahankan. Perlakuan mempermainkan Al-Quran mesti ditentang habis-habisan. Hampir semua umat Islam akan terguris hati jika Al-Quran diperolok-olokkan. Maka UMNO pun cuba memesongkan fakta peristiwa pemimpin DAP membaca ayat Quran itu. UMNO cuba menggambarkan perlakuan pemimpin DAP itu sebagai tindakan menghina Quran. UMNO cuba membentuk persepsi bahawa PAS bacul kerana membiarkan non-muslim mempermainkan ayat Allah.

Kita mesti beritahu pengundi tentang fakta sebenar peristiwa ini. Pemimpin DAP baca ayat yang sebenar. Pemimpin DAP baca terjemahan yang sebenar. Pemimpin DAP mengaplikasi maksud ayat-ayat yang dibaca itu secara bertepatan dengan maksud yang sebenar. Maka tak ada apa-apa yang salah.Inilah keberkesanan Quran,Islam & dakwah.Apabila non-muslim yang berkawan dengan kita sudah mula mahu membaca Al-Quran, itu merupakan antara kejayaan awal dakwah kita. Maka sepatutnya kita bersyukur apabila mereka tampil dikhalayak ramai membacakan ayat Quran. Mudah-mudahan lambat laun mereka akan menerima hidayah untuk menjadi muslim.

Kita juga mesti faham bahawa siapa sbnrnya yang menolak Al-Quran. Islam yg ada skrg hanyalah Islam syiar. Islam mereka itu hanya pada masjid dan sekolah agama. Islam mereka hanya pada pejabat agama dan tengok anak bulan. Islam mereka hanyalah pada pusat Islam dan pusat pungutan zakat. Islam mereka hanyalah pada sambutan maulidur rasul dan sambutan maal hijrah.Berarak mengalahkan tentera perang!!

Mereka tak peduli pada halal haram yang ada dalam Quran. Mereka mempersetankan ayat Quran tentang aurat.Mereka tak pedulikan ayat Quran tentang riba dan rasuah. Mereka menghina ayat Quran tentang hudud dan qisas. Mereka memandang sinis ayat Quran tentang tarbiah dan tazkirah. Mereka mempersendakan ayat Quran tentang khilafah. Mereka mentertawakan ayat Quran tentang siasah dan daulah. Apabila ada org beragama lain mahu berjinak2 dgn Quran,mereka menuduhnya mengotori kitab suci Quran demi kepentingan politik.Apa ni???Pendek kata, merekalah yg memusuhi Al-Quran.!!

Sedih mengenangkan hal ini.Lebih sedih lagi apabila ada insan terhampir yg menyokong mereka2 ini.!Bukalah mata ,minda & hati..!!Apa yg dicoretkan ini bknlah utk memburuk2kan tetapi adalah utk penghayatan kita bersama demi Islam tercinta.Jgnlah jadi org yg
"Bodoh Dalam Jahil..!!"

Sama-sama Kita Berdoa

3 comments
" Ya Allah ya Tuhan kami... Kami diserang dari segenap penjuru oleh musuh kami... Amat kuat serangan yg mereka datangkan dgn pelbagai cara... Oleh itu,kami memohon kepadaMu ya Allah..,Kau pertahankanlah agamaMu sebagaimana Kau mempertahankan rumahMu dari serangan tentera abrahah..."
Amin..,ya Rabbal 'alamiiinn
*Doa utk kemenangan Islam di Bkt Gantang,Bkt Selambau & Batang Ai

Saturday, April 4, 2009

Tolong!Buktikan Kita Betul-Betul Bijak..!!

0 comments
Belum terlambat rasanya utk saya mengucapkan jutaan tahniah kpd YAB Dato' Seri Najib Tun Razak di atas perlantikan beliau sbg Perdana Menteri Malaysia ke-6 & tidak lupa juga jutaan penghargaan buat Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi selaku mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5..

Satu pertukaran yg menarik yg saya kira juga bakal mencorak wajah Malaysia yg baru.Apakah wajah yg baru itu,kita sama-sama nantikan..Syabas buat Najib.Walau apapun,riak 'perubahan' dr Najib telah kelihatan.Seusai dilantik sebagai PM yg baru,Najib bijak dgn mengambil 2 langkah penting yg boleh mengaburi mata rakyat Malaysia.Langkah ini cukup licik,tetapi bijak!Pertama,Najib menarik semula penggantungan akhbar Harakah & Suara Keadilan tatkala massa sedang mempergiatkan gerak kerja menghadapi pilihanraya tanggal 7hb April ini.Kedua,pembebasan tahanan ISA seramai 13 org termasuk 2 org pimpinan Hindraf yg diutuk keras akan tindakan penahanan mereka.

Jika diamati,kedua-dua tindakan yg diambil oleh Najib ini bisa memberi simpati & keyakinan terhadap Najib & barisan kerajaan yg baru.Hal ini lantas akan memberi sedikit impak kemenangan kpd Be End (BN) di dlm pilihanraya terdekat nanti.Saya bimbang perkara ini akan menjadi suatu umpan yg akan dimakan oleh rakyat yg semakin menunjukkan bait-bait perubahan kpd Pakatan Rakyat.Sebab itu saya katakan,tindakan Najib ini licik,tetapi bijak!Bijak bg Najib,tetapi sebenarnya licik & jijik kpd rakyat.

Sebijak-bijak Najib,kita lagi bijak!!
Tidak dapat dinafikan 2 tindakan yg diambil Najib itu bagus & terpuji.Tetapi saya khuatirkan akan jangka masa panjang hayat rakyat ini di bawah kepimpinan beliau.Kita sedia maklum,Pak Lah mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai seorang yg bersih peribadinya & disokong dek kerana waris keturunan ulama' serta memulakan gagasan baru Malaysia dgn Islam Hadhari yg betul-betul memberikan impak yg besar kpd senario politik negara.Tetapi,lama-kelamaan 'kuasa sakti' itu terhakis sedikit demi sedikit.Pelbagai masalah melanda negara.Kadar jenayah semakin meningkat & berleluasa..Itu Pak Lah yg dikatakan Mr Clean..Bagaimana pula dgn Najib??Beliau bkn Mr Clean sprti Pak Lah di awal pengambilalihan kuasa ini.

Pelbagai kes yg telah kita dengar melibatkan Najib.Justeru,amat tidak wajarlah utk kita menilai kepimpinan Najib menerusi 2 tindakan awal yg di buat oleh beliau.Saya sentiasa teringat kata-kata Tn Guru Nik Aziz...Memetik kata-kata beliau:

"Kita bukan menentang UMNO.Kita tentang dasar yg dibawa oleh UMNO iaitu dasar kebangsaan (puak).Bukan dasar Islam.Islam menolak dasar assobiyah (berpuak-puak).Jadi nak tak nak orang yg berada dlm UMNO yg terus menerus menegakkan dasar itu terpaksa kita jatuhkan agar dasar Islam dapat ditegakkan.."

"Pas & Umno ni adalah bekas shj.Seperti cawan/pinggan/mangkuk..Apa yg penting adalah barang yg kita isi di dlm bekas tersebut..Air ke,nasi ke.,bubur ke...Jadi dlm Pas kita isi Islam.Tapi dlm Umno,mereka isi bangsa.Mana boleh..."

Inilah serba sedikit ulasan drpd Tn Guru yg sering menjadi pegangan saya.Utk kes Najib tadi,begitulah gambarannya.Selagi Najib terus-terusan bersama dgn dasar tersebut,jgn dipinta utk Malaysia akan berubah.Lebih-lebih lagi dgn hanya memulakan pemerintahan awal beliau dgn 2 tindakan tadi,telah kita jadikan sbg batu asas utk kembali mempercayai kerajaan.Tidak!Jgn termakan dgn tindakan tersebut.Kecualilah Dato' Najib bertukar atau menukarkan dasar UMNO kpd Islam,barulah kita beri sepenuh sokongan padu kpd beliau.Islamlah penyelamat negara,bangsa & sudah pastinya AGAMA.Ini telah terbukti di dlm Pas sekarang.jadi,fikir-fikirkanlah..Buktikan kita betul-betul bijak..!!!!!

Alangkah Bagusnya Kalau.....

0 comments
Sepanjang fatrah cuti ni,tak dpt utkku ke mana-mana melainkan terpaksa terus berada di samping bonda tersayang yg semakin pulih drpd pembedahan..Bagiku,tiba saat giliranku pula memberi khidmat buat bonda setelah bonda melalui pelbagai kepayahan utk membesar & mendidik diri ini.Tak dapat disangkal juga bahawa hati ini cukup meronta dek kerana pelbagai rancangan yg dicanang sebelum cuti,gagal utk dilaksanakan..Impian utkku menuntut ilmu di pondok bersama beberapa org lagi shbt bagi mengisi serba sedikit ilmu di dada terpaksa dilupakan.Begitu juga sesi pembelajaran di Darussyifa' juga tidak dapat diteruskan...Ku cukup teruja utk mempunyai guru-guru 'alim.Dapat sentiasa berdamping dgn ulama'2..Menerima nasihat2 secara 'live' drpd Tok Guru dgn harapan diri ini tidak mudah alpa dgn permainan dunia yg bisa menenggelamkan diri ini di dlm arusnya.Tapi..,tidak mengapa.Semuanya ku buat ikhlas semata-mata utk bonda tercinta.Semoga usaha yg tak seberapa ini dapat ku jadikan hujah tika berhadapan dgnNya kelak..Amiiin Ya Rabbal 'Alamiin....

Gersang sungguh hati ini apabila semakin lama duduk di rumah.Tiada majlis ilmu seperti biasa yg kuhadiri sewaktu di kampus.Hatta sayup2 suara ceramah pun tak dapat ku dengari apabila ku duduk di rumah.Inilah yg membuatkan aku 'malas' utk berada di rumah..Lagi-lagi aku datangnya dari family Biru.hari-hari menatap paper Utusan.Menyampah!Payah utkku menyusup keluar ke tempat-tempat yg ada menganjurkan kuliah-kuliah atau ceramah-ceramah...Nak beli Harakah pun seperti nak pergi merompak.Bimbang kalau langkah-langkah terpasung di tgh jalan lantas menggagalkan tugasan dakwah buat family.Tetapi jiwaku kosong.Ku perlukan semua itu sbg pengisian diri ini.Allah shj yg tahu perasaan hati ini.Mujur internet dapat dijadikan teman.Kuliah Tn Guru Nik Aziz dptlah di dgr di YouTube.'Bertemu' shbt2 di ruangan siber & mencoret beberapa kalam di blog ini sebagai melepaskan isi hati.Nak bersembang dgn org di sini ttg politik,jgn diharap...Harakahdaily.net merupakan laman wajib setiap saat internet dilayari.Tetapi itu semua tidak cukup!!Sekadar melihat wajah Tok Guru di atas skrin tidak sama dgn menatap sendiri wajahnya secara live....

Ku pasrah atas semua ini.Sepanjang ku mengikuti perkembangan PRK,terutama Bukit Gantang,timbul satu perasaan 'dengki' di dlm diri ini terhadap rakyat negeri Perak.....Ku dengki kerana rakyat Perak sangat bijak memilih pemimpin!Ku dengki Pas beroleh pecahan kuasa di Perak!!Ku dengki suasana masyarakat Melayu,Cina & India di Perak dapat bersatu menyokong calon Parti Islam.!!Ku dengki di Perak terdapat banyak ceramah agama yg boleh dihadiri!

Alangkah bagusnya kalau.......
Negeri itu adalah negeriku

Alangkah bagusnya kalau...
'Nizar' muncul pula di Pahang

Alangkah bagusnya kalau......
Masyarakat di Pahang berubah seperti itu

Alangkah bagusnya kalau....
Pas Pahang menang dlm pilihanraya bersama Pakatan Rakyat

Alangkah bagusnya kalau......
Terdapat byk kuliah agama di Pahang

Alangkah bagusnya kalau......
Pas Pahang yg memperhebatkan kuliah-kuliah di negeri ini terutama di kawasan aku

Alangkah bagusnya kalau.......
Ayahku menyertai Pas

Alangkah bagusnya kalau......
Alangkah bagusnya kalau......
Alangkah bagusnya kalau......

Semua itu hanya harapan dari isi hatiku..Tetapi tak mustahil utk menjadi realiti.Ku akui amat payah utk digapai kerana Pahang mempunyai banyak Felda yg semua maklum amat mudah 'termakan' dgn pemberian dari pihak kerajaan.Mereka adalah talian hayat kerajaan.Apapun,ku yakin dgn kuasa Allah!!Berbekalkan keazaman yg tinggi & gerak kerja yg mantap dari semua lapisan pejuang Pas Pahang khususnya & Pakatan Rakyat di Pahang amnya,segala ini bakal menjadi kenyataan seperti di Perak.Doa terus ku panjatkan semoga impian ini dapat ku lihat suatu hari nanti...
TAKBIIIRRRRR!!!!!

Thursday, April 2, 2009

Hidup ISLAM Di Bawah UMNO!!

1 comments
Ntah apa lagi yg nak saya perkatakan pada org yg masih menyokong perjuangan UMNO ni..Termasuklah bapak den.Anda lihat dan tafsirlahsendiri gambar di bawah.Saya pun rasa segan nak taruk kat blog ni.Baru gambar..Belum tengok real lagi macam menteri AGAMA Zahid Hamidi tu...Gambar ni diambil semasa 'Ust' Zahid Midi turun utk berkempen di Kuala Sepetang...


Mengulas soalan yg ditanya oleh wartawan.,"BN stil akan menggunakan cara beginikah utk tarik pengundi?"
'Ust' Zahid ckp..,"kita perlu hormati budaya kaum Cina.Ini merupakan salah satu budaya Cina..."
Betul ke ni budaya cina???Biar betul ekau ni Zahid............

Lihat,Pandang,Tafsir..,PANGKAHlah IJAU!!!!

Awas Kalian..!!!

0 comments
Setiap org diciptakan Allah dgn matlamat utk berbakti kpd Allah dan berbuat baik terhadapNya serta bertindak mengikut apa yg diredhai oleh Allah supaya Allah mengasihinya.Oleh itu manusia mesti menyeru kpd yg ma'ruf dan mencegah kepada yg mungkar..Inilah konsep pengabdian kepada Allah & ketaqwaan kpdNyayg merupakan ciri utama dlm kehidupan seorang muslim..

Yakinlah kita bahawa apabila hidup tidak berpaksikan kpd agama Islam,hidup di dunia akan menjadi punah-ranah dan akhirat pula mendapat seksaan Allah yg sering tercatat di dlm AlQuran akan berat & kerasnya seksaan Allah terhadap org yg membelakangi agamaNya...Tetapi tidak dinafikan bahawa ada juga segolongan manusia yg hidupnya dirasakan aman tenteram,bahagia,senang lenang tanpa sebarang mudharat yg mendatang sedangkan mereka tidakpun mengutamakan agama dlm setiap apa yg dilakukan..Hukum hakam yg telah ditetapkan Allah langsung tidak berbekas.Mereka terus-terusan mengatur segala perancangan tanpa sekelumit rasa takut kpd azab Allah yg bakal menjelang di yaumiddin-hari AGAMA:hari yg diperhitungkan segala amalan berteraskan AGAMA,hari terbongkarnya segala rahsia yg dilakukan utk AGAMA,hari utk dipertontonkan pentingnya berpaksikan AGAMA dan macam-macam lagi urusan yg membabitkan AGAMA!Dan segala-galanya pada hari ini bukanlah mulut yg menjadi raja,tetapi anggota-anggota lain yg 'bangsat' inilah yg akan membongkarkan segala-galanya terutama bagi mereka yg sering memperlekeh,membelakangi & menjauhkan diri dr landasan AGAMA.

Sudah tiada status Raja.Tiada status Sultan.Tiada status Agong.Tiada status Perdana Menteri.Tiada status Menteri Besar.Tiada status Ketua Pemuda,Ketua Wanita,Ketua Puteri,Mursyidul Am,Presiden dan bermacam-macam lagi jawatan yg sering dipertaruhkan di muka bumi ini.Tetapi semua mereka yg memegang jawatan-jawatan tersebut akan menjadi setaraf apabila memasuki wilayah yaumiddin sbg pencacai pengemis di hdpn RAJA segala RAJA kelak.Inilah yg menjadi kebimbangan kita apabila mereka yg memegang pangkat-pangkat tersebutlah yg merupakan antara golongan terawal yg akan dihisab nanti..Bagaimanalah keadaan mereka seandainya agama Islam tidak didahulukan dlm setiap keputusan yg dibuat..Apakah jawapan yg akan dibongkarkan oleh sang anggota di hadapan KETUA HAKIM kelak...Lepaskah mereka melangkah memasuki jannah Allah yg tersergam indah.Atau kaki terus laju melangkah merasai panas-panas azab yg perit bernanah!!Abadan abadaa.............................

Kita insafi sepenuh hati..
Seandainya kitalah golongan yg senang hidupnya tatkala agama sering dibelakangi,sedarlah bahawa itulah istidraj yg Allah tanamkan ke lubuk hati ini!!!Kita rasa nikmat semakin melimpah ruah seakan hidup penuh dgn rahmat Allah.Tetapi sedarlah bahawa itulah 'umpan' kail yg Allah turunkan untuk mengganjarkan neraka buat kita di sana..Di waktu dajjal menjelang tiba,kitalah yg akan menjadi pengikut yg setia.Apabila Nabi Allah Isa turun kembali ke dunia,di manakah kita???Tidak mustahil kitalah yg bakal mengisi senarai penentang Nabi Isa!!
AWAS KALIAN!!!
 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template