Monday, April 6, 2009

Bodoh Dalam Jahil..!!


Tersentak hati ni setelah membaca artikel berkenaan satu laporan polis yg telah dibuat oleh UMNO/BN terhadap PR..Laporan polis tersebut dibuat atas sebab UMNO mendakwa org DAP telah mempermainkan ayat Quran dgn membacanya di dlm ceramah2 sempena kempen pilihanraya.Allah...Inilah yg dikatakan 'bodoh dlm jahil' ni..Tak dinafikan laporan polis ini dibuat pastinya untuk meraih undi golongan atas pagar terutama bangsa Melayu.Apabila isu berkenaan agama dimainkan,sudah tentunya ia akan membakar jiwa sesiapa pun yg bergelar Islam walaupun masjid/surau hanya dijejak sekali shj dlm seminggu(solat jumaat)..

Jahil!Jahil!Jahil!
Jauh betul dari petunjuk ajaran Islam.Tak ada langsung sinaran2 dakwah dlm hati org yg busuk ni.
Memetik drpd sumber yg sahih,ini ulasan yg sebenar berkenaan hal ni.Dari sudut benar atau salah, memanglah UMNO salah. Mereka hanya membuktikan kebodohan apabila membangkitkan isu ini. Tetapi dari sudut kesannya kepada pengundi,kita tak boleh pandang remeh.UMNO yang tak pernah peduli tentang agama itu sentiasa licik menggunakan isu agama untuk membunuh imej pihak lawan. Pas ditakuti dan dibenci oleh pengundi non-muslim sejak dulu kerana UMNO berjaya melekatkan imej agama yang ganas dan kolot kepada Pas. Alhamdulilah penipuan UMNO itu beransur terbongkar kebelakangan ini. Sembahyang dua imam, amanat Hj. Hadi, taliban dan anti kemajuan adalah contoh eksploitasi isu agama yang berjaya mengukuhkan UMNO.

Oleh itu PR khususnya Pas tidak wajar terlalu defensif. Isu DAP baca ayat Quran ini perlu difahamkan secepat mungkin dalam tempoh satu hari yang terakhir ini.

Pemimpin DAP yang membaca ayat Quran itu juga membacakan terjemahannya yang betul seperti teks terjemahan yang asal. Mereka membaca ayat-ayat itu secara serius dan dengan maksud yang nyata. Bukan secara bermain-main atau dengan gaya memperolok-olokkannya. Tiada nas Quran atau Hadith yang melarang non-muslim membaca ayat Quran. Logiknya pun, kalau mereka ditegah membaca Al-Quran maka bagaimana kita nak menyeru mereka kepada Islam sedangkan sumber utama Islam ialah Al-Quran. Umar Al-khattab membuat keputusan memeluk Islam setelah dia membaca ayat Quran surah Taha di rumah adiknya. Ketua Biro Penyelidikan Majlis Gereja Sedunia, Garry Miller memeluk Islam setelah bertahun-tahun membaca dan mengkaji ayat Al-Quran. Sekarang dia adalah pendakwah yang aktif dengan nama baru Abdul Ahad Omar. Beribu-ribu pelajar non-muslim di sekolah menengah negara kita ni belajar mata pelajaran Pendidikan Islam sehingga ramai yang lulus cemerlang A1 bagi subjek Pendidikan Islam SPM. Pelajar-pelajar itu belajar Al-Quran dan membacanya selama bertahun-tahun. Mengapa kerajaan UMNO tidak menghalang mereka?

Sebenarnya UMNO hanya cuba menggunakan isu ini untuk mengelirukan pengundi atas pagar. Mereka cuba menyemai perasaan membela kesucian Al-Quran secara songsang. Al-Quran memang suci. Kesucian Al-Quran wajib dipertahankan. Perlakuan mempermainkan Al-Quran mesti ditentang habis-habisan. Hampir semua umat Islam akan terguris hati jika Al-Quran diperolok-olokkan. Maka UMNO pun cuba memesongkan fakta peristiwa pemimpin DAP membaca ayat Quran itu. UMNO cuba menggambarkan perlakuan pemimpin DAP itu sebagai tindakan menghina Quran. UMNO cuba membentuk persepsi bahawa PAS bacul kerana membiarkan non-muslim mempermainkan ayat Allah.

Kita mesti beritahu pengundi tentang fakta sebenar peristiwa ini. Pemimpin DAP baca ayat yang sebenar. Pemimpin DAP baca terjemahan yang sebenar. Pemimpin DAP mengaplikasi maksud ayat-ayat yang dibaca itu secara bertepatan dengan maksud yang sebenar. Maka tak ada apa-apa yang salah.Inilah keberkesanan Quran,Islam & dakwah.Apabila non-muslim yang berkawan dengan kita sudah mula mahu membaca Al-Quran, itu merupakan antara kejayaan awal dakwah kita. Maka sepatutnya kita bersyukur apabila mereka tampil dikhalayak ramai membacakan ayat Quran. Mudah-mudahan lambat laun mereka akan menerima hidayah untuk menjadi muslim.

Kita juga mesti faham bahawa siapa sbnrnya yang menolak Al-Quran. Islam yg ada skrg hanyalah Islam syiar. Islam mereka itu hanya pada masjid dan sekolah agama. Islam mereka hanya pada pejabat agama dan tengok anak bulan. Islam mereka hanyalah pada pusat Islam dan pusat pungutan zakat. Islam mereka hanyalah pada sambutan maulidur rasul dan sambutan maal hijrah.Berarak mengalahkan tentera perang!!

Mereka tak peduli pada halal haram yang ada dalam Quran. Mereka mempersetankan ayat Quran tentang aurat.Mereka tak pedulikan ayat Quran tentang riba dan rasuah. Mereka menghina ayat Quran tentang hudud dan qisas. Mereka memandang sinis ayat Quran tentang tarbiah dan tazkirah. Mereka mempersendakan ayat Quran tentang khilafah. Mereka mentertawakan ayat Quran tentang siasah dan daulah. Apabila ada org beragama lain mahu berjinak2 dgn Quran,mereka menuduhnya mengotori kitab suci Quran demi kepentingan politik.Apa ni???Pendek kata, merekalah yg memusuhi Al-Quran.!!

Sedih mengenangkan hal ini.Lebih sedih lagi apabila ada insan terhampir yg menyokong mereka2 ini.!Bukalah mata ,minda & hati..!!Apa yg dicoretkan ini bknlah utk memburuk2kan tetapi adalah utk penghayatan kita bersama demi Islam tercinta.Jgnlah jadi org yg
"Bodoh Dalam Jahil..!!"

1 comments:

Anonymous said...

bukan bodoh je umno nie..
tp peNipu besar!

ade ke ptut dia kte pmimpin DAP tu bca ayat yg xde dlm AQ...
alahai...nk tipu pon biarlh bijak skit umno wei....
xkn lah pmimpin dap tu jahat sgt smpai nk reka2 ayt sndir...
alahai umno...
kcik2 xnk mampus,dah bsar myusahkn rkyat!

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template