Saturday, April 4, 2009

Alangkah Bagusnya Kalau.....


Sepanjang fatrah cuti ni,tak dpt utkku ke mana-mana melainkan terpaksa terus berada di samping bonda tersayang yg semakin pulih drpd pembedahan..Bagiku,tiba saat giliranku pula memberi khidmat buat bonda setelah bonda melalui pelbagai kepayahan utk membesar & mendidik diri ini.Tak dapat disangkal juga bahawa hati ini cukup meronta dek kerana pelbagai rancangan yg dicanang sebelum cuti,gagal utk dilaksanakan..Impian utkku menuntut ilmu di pondok bersama beberapa org lagi shbt bagi mengisi serba sedikit ilmu di dada terpaksa dilupakan.Begitu juga sesi pembelajaran di Darussyifa' juga tidak dapat diteruskan...Ku cukup teruja utk mempunyai guru-guru 'alim.Dapat sentiasa berdamping dgn ulama'2..Menerima nasihat2 secara 'live' drpd Tok Guru dgn harapan diri ini tidak mudah alpa dgn permainan dunia yg bisa menenggelamkan diri ini di dlm arusnya.Tapi..,tidak mengapa.Semuanya ku buat ikhlas semata-mata utk bonda tercinta.Semoga usaha yg tak seberapa ini dapat ku jadikan hujah tika berhadapan dgnNya kelak..Amiiin Ya Rabbal 'Alamiin....

Gersang sungguh hati ini apabila semakin lama duduk di rumah.Tiada majlis ilmu seperti biasa yg kuhadiri sewaktu di kampus.Hatta sayup2 suara ceramah pun tak dapat ku dengari apabila ku duduk di rumah.Inilah yg membuatkan aku 'malas' utk berada di rumah..Lagi-lagi aku datangnya dari family Biru.hari-hari menatap paper Utusan.Menyampah!Payah utkku menyusup keluar ke tempat-tempat yg ada menganjurkan kuliah-kuliah atau ceramah-ceramah...Nak beli Harakah pun seperti nak pergi merompak.Bimbang kalau langkah-langkah terpasung di tgh jalan lantas menggagalkan tugasan dakwah buat family.Tetapi jiwaku kosong.Ku perlukan semua itu sbg pengisian diri ini.Allah shj yg tahu perasaan hati ini.Mujur internet dapat dijadikan teman.Kuliah Tn Guru Nik Aziz dptlah di dgr di YouTube.'Bertemu' shbt2 di ruangan siber & mencoret beberapa kalam di blog ini sebagai melepaskan isi hati.Nak bersembang dgn org di sini ttg politik,jgn diharap...Harakahdaily.net merupakan laman wajib setiap saat internet dilayari.Tetapi itu semua tidak cukup!!Sekadar melihat wajah Tok Guru di atas skrin tidak sama dgn menatap sendiri wajahnya secara live....

Ku pasrah atas semua ini.Sepanjang ku mengikuti perkembangan PRK,terutama Bukit Gantang,timbul satu perasaan 'dengki' di dlm diri ini terhadap rakyat negeri Perak.....Ku dengki kerana rakyat Perak sangat bijak memilih pemimpin!Ku dengki Pas beroleh pecahan kuasa di Perak!!Ku dengki suasana masyarakat Melayu,Cina & India di Perak dapat bersatu menyokong calon Parti Islam.!!Ku dengki di Perak terdapat banyak ceramah agama yg boleh dihadiri!

Alangkah bagusnya kalau.......
Negeri itu adalah negeriku

Alangkah bagusnya kalau...
'Nizar' muncul pula di Pahang

Alangkah bagusnya kalau......
Masyarakat di Pahang berubah seperti itu

Alangkah bagusnya kalau....
Pas Pahang menang dlm pilihanraya bersama Pakatan Rakyat

Alangkah bagusnya kalau......
Terdapat byk kuliah agama di Pahang

Alangkah bagusnya kalau......
Pas Pahang yg memperhebatkan kuliah-kuliah di negeri ini terutama di kawasan aku

Alangkah bagusnya kalau.......
Ayahku menyertai Pas

Alangkah bagusnya kalau......
Alangkah bagusnya kalau......
Alangkah bagusnya kalau......

Semua itu hanya harapan dari isi hatiku..Tetapi tak mustahil utk menjadi realiti.Ku akui amat payah utk digapai kerana Pahang mempunyai banyak Felda yg semua maklum amat mudah 'termakan' dgn pemberian dari pihak kerajaan.Mereka adalah talian hayat kerajaan.Apapun,ku yakin dgn kuasa Allah!!Berbekalkan keazaman yg tinggi & gerak kerja yg mantap dari semua lapisan pejuang Pas Pahang khususnya & Pakatan Rakyat di Pahang amnya,segala ini bakal menjadi kenyataan seperti di Perak.Doa terus ku panjatkan semoga impian ini dapat ku lihat suatu hari nanti...
TAKBIIIRRRRR!!!!!

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template