Thursday, April 2, 2009

Awas Kalian..!!!


Setiap org diciptakan Allah dgn matlamat utk berbakti kpd Allah dan berbuat baik terhadapNya serta bertindak mengikut apa yg diredhai oleh Allah supaya Allah mengasihinya.Oleh itu manusia mesti menyeru kpd yg ma'ruf dan mencegah kepada yg mungkar..Inilah konsep pengabdian kepada Allah & ketaqwaan kpdNyayg merupakan ciri utama dlm kehidupan seorang muslim..

Yakinlah kita bahawa apabila hidup tidak berpaksikan kpd agama Islam,hidup di dunia akan menjadi punah-ranah dan akhirat pula mendapat seksaan Allah yg sering tercatat di dlm AlQuran akan berat & kerasnya seksaan Allah terhadap org yg membelakangi agamaNya...Tetapi tidak dinafikan bahawa ada juga segolongan manusia yg hidupnya dirasakan aman tenteram,bahagia,senang lenang tanpa sebarang mudharat yg mendatang sedangkan mereka tidakpun mengutamakan agama dlm setiap apa yg dilakukan..Hukum hakam yg telah ditetapkan Allah langsung tidak berbekas.Mereka terus-terusan mengatur segala perancangan tanpa sekelumit rasa takut kpd azab Allah yg bakal menjelang di yaumiddin-hari AGAMA:hari yg diperhitungkan segala amalan berteraskan AGAMA,hari terbongkarnya segala rahsia yg dilakukan utk AGAMA,hari utk dipertontonkan pentingnya berpaksikan AGAMA dan macam-macam lagi urusan yg membabitkan AGAMA!Dan segala-galanya pada hari ini bukanlah mulut yg menjadi raja,tetapi anggota-anggota lain yg 'bangsat' inilah yg akan membongkarkan segala-galanya terutama bagi mereka yg sering memperlekeh,membelakangi & menjauhkan diri dr landasan AGAMA.

Sudah tiada status Raja.Tiada status Sultan.Tiada status Agong.Tiada status Perdana Menteri.Tiada status Menteri Besar.Tiada status Ketua Pemuda,Ketua Wanita,Ketua Puteri,Mursyidul Am,Presiden dan bermacam-macam lagi jawatan yg sering dipertaruhkan di muka bumi ini.Tetapi semua mereka yg memegang jawatan-jawatan tersebut akan menjadi setaraf apabila memasuki wilayah yaumiddin sbg pencacai pengemis di hdpn RAJA segala RAJA kelak.Inilah yg menjadi kebimbangan kita apabila mereka yg memegang pangkat-pangkat tersebutlah yg merupakan antara golongan terawal yg akan dihisab nanti..Bagaimanalah keadaan mereka seandainya agama Islam tidak didahulukan dlm setiap keputusan yg dibuat..Apakah jawapan yg akan dibongkarkan oleh sang anggota di hadapan KETUA HAKIM kelak...Lepaskah mereka melangkah memasuki jannah Allah yg tersergam indah.Atau kaki terus laju melangkah merasai panas-panas azab yg perit bernanah!!Abadan abadaa.............................

Kita insafi sepenuh hati..
Seandainya kitalah golongan yg senang hidupnya tatkala agama sering dibelakangi,sedarlah bahawa itulah istidraj yg Allah tanamkan ke lubuk hati ini!!!Kita rasa nikmat semakin melimpah ruah seakan hidup penuh dgn rahmat Allah.Tetapi sedarlah bahawa itulah 'umpan' kail yg Allah turunkan untuk mengganjarkan neraka buat kita di sana..Di waktu dajjal menjelang tiba,kitalah yg akan menjadi pengikut yg setia.Apabila Nabi Allah Isa turun kembali ke dunia,di manakah kita???Tidak mustahil kitalah yg bakal mengisi senarai penentang Nabi Isa!!
AWAS KALIAN!!!

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template