Saturday, May 30, 2009

:: Diari Hidupku :: < 1 >

0 comments
30 Mei 2009

Hari ini aku akan pulang ke kampung sblh mak yg terletak di Kg Meraga Beris,Kijal,Kemaman Terengganu..Aku akan bertolak pagi ini ke sana bersama kakak..Anak sulung Pak Teh akan melangsungkan perkahwinan pada esok hari..Jadi perlu utk balik awal tolong-tolong apa yg patut.Cadangnya nak balik hari Khamis lagi,tapi disebabkan beberapa masalah,rancangan terpaksa dibatalkan..

Aku akan berada selama beberapa hari di sana.Mungkin 3 atau 4 hari..Sepatutnya hari ini juga aku perlu menghadiri satu perjumpaan penting melibatkan mahasiswa-mahasiswa anak Jengka.Mohon seribu kemaafan atas ketidak hadiran.Semoga apa yg bakal diperbincangkan membuahkan gerak kerja yg mantap & maha hebat.Jadi sepanjang aku di Terengganu,kalam-kalam di dlm blog ini juga akan 'terhenti' buat seketika,insyAllah...Wallahu'alam

Perlunya Rebranding..

0 comments
Penjenamaan semula di dlm sesuatu urusan perniagaan amat penting bagi memastikan kelangsungan keuntungan syarikat.Penjenamaan semula bakal menarik minat pelanggan-pelanggan agar mereka tidak merasa jemu dgn produk-produk penghasilan syarikat kita..Pelbagai cara boleh utk kita 'rebranding'kan mengikut kepada kekreatifan masing-masing..

Begitu juga dgn dakwah..Dakwah perlu juga utk dijenamakan semula..Membawa maksud perlunya dipelbagaikan uslub-uslub dakwah ataupun cara-cara kita menyampaikan dakwah.Ia perlu dilihat juga kepada persekitaran.Perlu juga dilihat kepada kondisi sasaran serta keupayaan kita untuk menggerakkan dakwah tersebut..Andai uslubnya hebat & sesuai utk target sasaran tetapi kita tidak mampu utk melaksanakannya,juga bakal menggagalkan proses rebranding dakwah tersebut..Jadi,beberapa aspek perlu utk diperhatikan bagi menjayakan proses rebranding ini agar 'pengguna' tidak merasa jemu dan bosan dengan cara kita berdakwah..All in all.,rebranding tidak dapat dinafikan amat-amat penting utk segala perkara..

Atas saranan itu jugalah saya mengambil inisiatif utk melakukan proses rebranding ke atas blog ini..Tema blog ini drpd 'Pengemis Redha Ilahi' telah ditukar kpd 'Coretan Kalam Pemuda' dan menjurus kepada 'Nurturing The Best Leader'.Membawa harapan agar penulisan-penulisan drpd anak muda ini bakal mengikut jejak langkah pemimpin hebat di serata dunia.Proses penjenamaan semula ini bukanlah hanya utk penulis,tetapi ia juga didoakan agar harapan tersebut dipanjangkan kpd sidang pengunjung sekalian..Dan nantikan sedikit sebanyak lagi pembaharuan di dlm blog ini.Semoga sidang pengunjung sekalian dapat terus mengunjungi blog ini dan mendoakan agar penulis terus istiqamah menceburi bidang penulisan ini.Akhir kalam,mohon maaf atas segala kekurangan & kesulitan di dlm blog ini..Penulis hanya meluahkan pandangan penulis menerusi penulisan,gambar-gambar & apa juga yg ada di dlm laman ini utk tatapan pengunjung sekalian.Dan sukacita utk penulis izinkan kembali utk anda semua menghantar sebarang komen di artikel-artikel yg telah dan akan di 'publish'kan..Salam penulisan,salam perjuangan..Wallahu'alam

Friday, May 29, 2009

Kematian Itu Pasti.Tapi...

0 comments
Hari ini telah berlaku satu kematian di tempat sy..Alhamdulilah,jenazah meninggal dunia pada hari Jumaat,penghulu segala hari.Diberitahu bahawa kematian tersebut adalah disebabkan penyakit barah yg telah sekian lama ditanggung oleh jenazah menyebabkan berat badannya menjadi susut yg teramat sgt..Apapun,sy mengharapkan agar kita semua dpt menyedekahkan alfatihah & mendoakan agar jenazah ditempatkan bersama-sama org yg mendapat perlindungan drpd Allah di akhirat kelak..Alfatihah..

Kematian tidak dpt lari dr kamus setiap makhluk ciptaan Allah Taala..Manusia,tumbuhan,haiwan,bumi,planet-planet & apa shj yg bergelar ciptaan Allah pasti musnah satu hari kelak..Selaku manusia biasa,sy berasa 'takut' akan kematian.Takut sekiranya amalan masih tidak mencapai 'gred' A+ bg menggapai redha Allah utk merasai nikmat syurgaNya yg kekal abadi..Dan kematian yg berlaku pd hari ini seakan memuhasabahkan kembali diri ini akan amal ibadat yg dilakukan..Adakah cukup sbg bekalan?Atau masih terdapat sedikit lagi kekurangan utk mengecap nikmat syurga seandainya nyawa dicabut ketika ini..??

Seusai solat Jumaat td,solat jenazah didirikan utk si mati..Namun,inilah yg 'memeningkan' sy..Tatkala mayat masih terbujur kaku di dlm masjid,sudah terdengar suara jemaah yg bergelak ketawa.Seakan-akan tiada apa-apa yg berlaku..Yang menjadi bertambah hairannya,bkn kanak-kanak.,tapi org tua yg secara logik akalnya memang dah tak berapa lama lagi utk mengikut jejak langkah si mati..Perlakuan tersebut bkn shj tidak menghormati jenazah,tapi tak menghormati masjid sedangkan khutbah hari ini baru shj berbuih bercakap ttg adab-adab di masjid..

Mungkin inilah hakikat akhir zaman..Seringkali juga kita mendengar kisah-kisah org yg hadir ke rumah-rumah org yg meninggal dunia,selesai shj membaca Yaasin di atas rumah,turun rumah terus berasap,hisap rokok & bersembang..Bkn setakat bersembang,tapi bergelak ketawa tanpa ada sedikitpun rasa keinsafan di dlm diri..Entahlah dunia...Semoga diri ini dihindari drpd sifat begitu..Amiin Ya Rabbal 'Alamiin

Tuesday, May 26, 2009

Faham Islam Dari Tasawwurnya

0 comments
Sy baru shj pulang dr Bandar Jengka..Dlm perjalanan pulang.,sempat utk sy mendengar ceramah yg dikeudarakan menerusi siaran Radio Malaysia Pahang yg disiarkan setiap hari selepas azan Zohor..

Tajuk hari ni agak menarik.Ya,cukup menarik!Kalau Tok Jib pasang radio negeri dia ni,mesti best..heh.Ini antara yg dapat sy ulaskan drpd ceramah yg sempat sy dengari tadi iaitu penceramah menyatakan bahawa kita perlu kenal Islam ni drpd tasawurrnya..Kena kenal Islam ni drpd 'asal-usulnya'..Bila kita kenal Islam drpd usulnya.,kita akan faham akan tanggungjawab kita selaku org Islam.Kita akan laksanakan segala suruhan Allah bkn kerana paksaan,tetapi atas dasar amanah selaku seorang Islam yg wajib mengabdikan diri kpd Allah..

Penceramah juga menyentuh para pemimpin..Walau kita ni kecil kedudukannya..Walau kita ni besar ke.,tapi dgn Allah Taala WAJIB kita tunduk & laksanakan suruhanNya.Walau di mana kita berada.Buat segala suruhanNya.Tapi kebanyakan org masa kini mengenal Islam drpd musuh mereka..Apabila kita kenal Islam drpd musuh.,maka kita akan laksanakan Islam sekadar utk lawan musuh je laa..Bkn atas sbb kita betul2 berasa bertanggungjawab utk mengabdikan diri kpd Allah..Atas kerana itulah perlu utk kita kenal Islam drpd tasawwurnya yg sebenar...
Wallahu'alam..Sekadar berkongsi

Puasa Sunat & Mogok Lapar

0 comments
Hari ini akan bermulanya 'program' berpuasa sunat & mogok lapar khususnya di Perak sebagai bantahan kpd kerajaan kudeta Be End di Perak serta sebagai usaha utk memohon istana membubarkan DUN Perak..

Sekonyong-konyong.,maka ramailah mufti yg bersuara mengenai hal ini..Dlm Utusan Malaysia yg haru-BIRU,mufti Johor mengulas akan mogok ini.Katanya.,Allah tak bagi/melarang buat macam tu..Disebelah dia,ada YB 'katak' lama dari Kelantan yg nak juga utk memberikan komen..Kata dia pulak,biarkanlah mogok tu dibuat.Kalau buat,buatlah dgn bersungguh-sungguh sampai mati.Nanti kita akan taburkan bunga sbg tanda menghormati mereka sbg pejuang demokrasi..Dan sebelum itu juga..,mufti Perak juga menyanggah akan 'program' ini...

Entahlah..malas nk ulas tentang mufti-mufti ni.Kalau hal si 'katak' tu.,lantak dia lah.Ni,halnya tuan2 yg mufti ni..Nak ckp lebih2 nanti,mereka ni 'ulama'..*arap2 jgn ular dlm semak sudah laa...Mereka lebih 'banyak' ilmunya drpd sy.Masakan boleh diangkat menjadi mufti.Tapi.,kenapa dlm hal mcmni br terpampang muka & kenyataan2 mufti.Mana kenyataan2 berkenaan hukum rasuah dlm Islam.Mana kenyataan berkenaan hukum aurat dlm Islam..Terutama pemimpin2 dan isteri2 pemimpin yg nak memimpin masyarakat ke arah Islam..Dgn bangganya menayang2kan aurat mereka..Mana???Mana kenyataan berkenaan ini??Ni yg hairan & 'memanaskan' suhu badan ni...Satu lagi.,memang dasar manusia..Suka tgk salah org.Tengok pd 'mogok' shj.Tapi tak ulas pun tentang puasa sunat tu...Heh.Ikut andalah...bak kata org.,
"kubur asing-asing..." =)

Monday, May 25, 2009

Ada Apa Dengan Kalimah Syahadah..?? <..Vol 2..>

1 comments
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah Taala & masih mengizinkan diri ini utk meneruskan beberapa coretan di ruangan ini.Insyallah sy akan meneruskan perbincangan mengenai aqidah/kalimah syahadah..

Kali ini kita masuk kepada kalimah syahadah iaitu kalimah agung,kalimah yg tersangat 'mahal' & kalimah yg sungguh terpuji yg bukan shj bisa membezakan diri sebagai seorg islam,tetapi juga dpt membezakan seorang muslim-mu'min dan seorang mu'min-muttaqin.LAAILAHA ILLALLAH..
Kalimah ini 'terpecah' kpd dua bahagian..

i. Laailaha -tiada Tuhan yg disembah..
ii.Illallah -melainkan Allah..

Permulaan kalimah ini kita
NAFIKAN SEKERAS-KERASNYA bahawasanya tiada sebarang 'Tuhan' pun yg layak disembah.Tiada satu barang pun di dunia ini yg berhak kita sembah.Tiada satu benda pun yg kita boleh sembah.Tiada!Sama ada batu yg keras,gunung-ganang yg terpasak gagah,pokok yg tinggi menjulang & teguh berdiri..,semuanya tidak layak sama sekali utk kita menyembahnya!Patung,binatang,tumbuhan,hatta manusia sekalipun-Abuya,Ayah Pin,Hj Kahar dsb bukanlah benda yg hebat!Bukanlah brg yg layak utk kita semua jadikan sembahan!Sikit pun tak layak!Kita nafikan semuanya....

Tetapi kemudian kita sambungkan kalimah ini dengan menyatakan...
"..kecuali ALLAH SUBHANAHUWATAALA..."

Hanyasanya Allah shjlah yg perlu disembah!Hanya Allah shjlah yg layak disembah!Hanya Allah shjlah yg maha perkasa,maha gagah ,maha kuat,maha tinggi,maha Esa,maha adil dan segala jenis kekuasaan hanya milik Allah S.W.T yg menjadikan Dia sahajalah yg layak utk kita semua sembah serta tunduk & patuh sekerdil-kerdilnya!Sehina-hinanya!Sekeji-kejinya di hadapan Allah Taala!!Tiada satu barang pun yg setanding atau setara dgnNya.Dialah yg berkuasa menciptakan semuanya!Dialah yg perkasa menguasai semuanya!Dialah yg maha teratur mentadbir semuanya!Dan kita ini adalah hanya 'cebisan' ciptaanNya.Masih terdapat lagi perkara yg lebih hebat diciptakan oleh Allah Taala..Menunjukkan betapa kerdilnya kita utk dibandingkan dgn Allah Taala....ALLAHUAKBAR!

Oleh kerana itulah,bisanya kalimah ini utk kita selaku seorg Islam memegang & menghayatinya.Kita tanam!Kita pasak!Kita paterikan kalimah ini sekukuh-kukuhnya di dlm hati.Apabila ia telah mencengkam erat di dlm hati kita,ia akan menafikan segala jenis kekuasaan lain di dlm diri kita dan meletakkan Allah segala-galanya..Hasilnya,kita akan sentiasa yakin dgn Allah.Yakin dgn hukum-hakamnya!Kita akan sentiasa yakin melaksanakan syariat perintahNya!Kita akan yakin akan pertolonganNya!Setiap suruhan & larangannya pasti terselit hikmah disebaliknya..Dia tidak memerlukan kita tetapi kita yg memerlukan Dia..

Dengan memegang sungguh-sungguh akan kalimah ini,kita akan letakkan Allah mengatasi segala-galanya..Dan apabila Allah diletakkan mengatasi segalanya,jadilah kita sebenar-benar hamba yg tunduk patuh pd suruhanNya,takut akan azab seksaanNya & menentang keras golongan yg cuba utk menafikan syariatNya.Lahirlah kita sebagai seorg Islam yg bukan sekadar nama,sekadar pusaka atau puaka.,tetapi kita akan menjadi seorg Islam yg tegar imannya,taat sifatnya & juga betul-betul yakin dgn ajaran Islam.Inilah KUNCI kpd aqidah.Aqidah diibaratkan seperti akar tunjang keIslaman kita.Ia perlu dibaja,disiram & dijaga rapi dgn amalan-amalan yg baik & soleh..Apabila kita telah bajai,sirami & jagainya..,maka akan tumbuhlah cabang-cabang & dedaun serta buah-buah akhlak yg masak ranum,cantik dipandang mata,segar isinya & bisa menjadi tarikan manusia yg lain..Inilah hasil apabila IBU aqidah kita fahami.Allah juga telah nukilkan menerusi firmanNya di dlm surah Ibrahim,ayt ke-24 yg bermaksud..:

"..tidakkah kamu mengira bahawa Allah telah membuat perumpamaan kalimah yg baik (kalimah tayyibah) seperti pohon yg baik.Akarnya teguh,dan cabangnya menjulang ke langit..."

Semoga penghayatan kalimah ini kembali subur di dlm diri kita bersama & mengukuhkan lagi ikatan aqidah disepanjang jalan dunia ini..Ilalliqa'

Sunday, May 24, 2009

Pesan Nabi.,Jangan Kedekut,Jgn Buruk Siku

1 comments
Seringkali kita dapat tonton filem lama P.Ramlee yg bertajuk Labu-Labi.Di dlmnya terdapat seorang pelakon yg digelar Hj Bakhil..Seorang yg kaya,punyai harta yg byk dan mempunyai sebuah kedai kain.Satu perkara yg sy cukup kagum dgn pelakon ini adalah,sebakhil-bakhil dia pun masih ada peluang utk mengerjakan haji dan digelarlah Hj Bakhil..Dia tegas,tapi tak kena tempat..Hidupnya makin berubah setelah kematian isterinya.Mula tercabut serbannya dan semakin pandai melawa..Heh..setiap kali menonton filem-filem P.Ramlee,rasa cukup seronok.Macam baru hari ni ditonton.,walhal sudah berulang kali diulang tayang..Tetap menghiburkan hati.Kadang-kadang kita sendiri pun dah tau part mana yg akan ada lawak.Biasanya.kalau dah tau,mesti kita takkan tersentuh.Tapi,filem-filem beliau tetap mencuit hati..hehe

Whatever yg ada di dlm filem P.Ramlee tu,bknlah tumpuan sebenar yg ingin sy coretkan di sini.Tetapi sekadar satu contoh agar kita tidak jadi seperti si bakhil tersebut..Sifat bakhil atau kedekut amat di caci & dibenci oleh Allah Taala.Bukan itu shj.,sifat kita yg sudah memberi tetapi kemudiannya meminta semula pemberian kita juga di keji oleh Allah Taala & Rasulullah S.A.W.

Terdapat sebuah kisah yg berkait dgn hal ini di mana seorg shbt nabi telah memberi seekor kuda kpd seseorg yg tidak mempunyai sebarang binatang tunggangan sedangkan beliau mempunyai beberapa ekor kuda.Lantas,kerana Allah beliau memberilah seekornya kpd org tersebut.Tapi,lama-lama diperhatikan,org tadi langsung tak pernah menggunakan kuda tersebut.Hanya ditambat di sisi rumahnya shj.So,apabila dilihat seperti tidak memerlukan kuda tersebut,si shbt pun bercadang membelinya semula serta sanggup membayar dgn berapa2 dirham yg diminta.Dan perkara ini diceritakannya kpd Nabi S.A.W..Sejurus selepas itu,nabi bersabda..:

" Jgn kamu beli kuda yg sudah kamu sedekahkan kepada org ,bahkan jgn kamu ambil semula (buruk siku) apa2 brg yg telah disedekahkan sekalipun dia akan menjualnya kpd kamu walau dgn hanya satu dirham shj.Kerana org yg mengambil semula sedekah yg telah diberikan walaupn dgn membelinya semula,adalah umpama anjing yg menjilat semula muntahnya sendiri.."

Nabi memberikan bandingan kpd golongan2 ini dgn menggunakan anjing sbg 'gantiannya'..Menunjukkan betapa hinanya manusia yg tergolong dlm kumpulan 'buruk siku' & juga bakhil...Sudahlah diumpamakan dgn anjing.,perlakuan menjilat muntah sendiri pun sudah meloyakan dan sgt jijik!Mohon perlindungan drpd Allah agar dijauhkan drpd sifat ini..Wallahu'alam

p/s:kalau jilat muntah hantu,boleh jgk jadi badang..gagah perkasa.mudah sikit nak angkat usung keluar mana2 speaker =)

Rangkuman Isu Semasa Kini..

0 comments
Slm perjuangan buat semua.Mohon maaf di atas kekangan masa yg dihadapi membataskan sy utk meneruskan penulisan di dlm blog ini.Semua telah maklum negara sedang mengalami beberapa perkara yg hangat diperkatakan.

1.Ir.Nizar vs Zambry *bkn Camry...

Jumaat lepas hakim Mahkamah Rayuan telah menyangkal keputusan 'sahabat' mereka yg mengesahkan bahawa Ir.Nizar adalah MB Perak yg sah.Dengan keputusan itu,Zambry *bkn Camry kembali 'merampas' kerusi MB Perak..Hal ini sudah dijangkakan.Sy tertarik dgn ulasan atau pandangan YB Husam Musa berkenaan perkara ini & sy rasakan betul apa yg bakal berlaku selepas ini.Walauapapun,Ir.Nizar tidak akan membiarkan rakyatnya mengaku kalah.Justeru,kes ini dipanjangkan pula ke Mahkamah Persekutuan walaupun peluang utk menang agak tipis.,tetapi demi rakyat,perlu utk diteruskan perjuangan ini.Kita sama-sama nantikan 'sketsa' seterusnya politik Perak..

2.ADUN Manek Urai Kembali Ke Rahmatullah

Alfatihah utk ADUN Kelantan yg byk berjasa,Paksu Mail.Beliau yg sgt disenangi oleh rakyat Kelantan khususnya di DUN Manek Urai telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pd jam 5.50 pg,hari Jumaat di hadapan 2 org anak lelakinya..Pemergian Pak Su Mail amat dirasai bkn shj oleh penduduk,tetapi Mursyidul Am sendiri,YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku MB Kelantan tidak dapat menahan air mata yg menitis mengenangkan pemergian arwah.Arwah telah 5 penggal memegang jawatan sebagai ADUN Manek Urai,salah satu kubu kuat Pas di Kelantan..semoga ruh ditempatkan bersama golongan yg soleh di sisi Allah Taala.Amiiinn......

3.Program di Jengka

Hari ini juga,Jumaat telah diadakan program Pemimpin Bersama Rakyat..Ceh,ingatkan program apa.Rupanya program doktrin UMNO.Maka datanglah Ahli Parlimen K.Krau & YB Wan Salman ke Jengka 16.Program ini diadakan di Dewan Balairaya..*tak menyalahgunakan ke ni??
Ingatkan tengahari dah habis..Rupanya selepas solat Jumaat masih diteruskan.Kali ini,mereka turun ke rumah peneroka.Menurut maklumat,program ini digelar program 'Makan Sambil Bersantai Bersama YB'..Maka,dapatlah saya mkn percuma tghari tu mengiringi ayahnda beta..heh.Majlis yg dianjurkan oleh proksi UBN-Kemas itu mensasarkan utk merapatkan hubungan antara YB & rakyat serta bolehlah diadakan perbincangan UMNO secara tertutup..So,berbagai perkaralah yg sy telah dengari drpd org2 UMNO di sini..Paling seronok apabila mendengar Pak Imam masjid yg masih berserban di kepala meluahkan perasannya terhadap UMNO dgn penuh 'romantisnya'..hahaha.Begitu bersemangat gayanya memperjuangkan UMNO.Tidak kurang juga ada yg menyentuh berkenaan belia di sini.Mereka perlu diadakan program2 utk menarik minat terhadap UMNO.Menambah,persoalan turut dikemukakan.,mengapa pihak sana(Pas) boleh mengatur pelbagai program bkn shj utk pemuda,tp utk semua ahli mereka tetapi UMNO tidak..*bangga sekejap rasanya dgrkn luahan ini..=) Dan bermacam-macam lagi yg diluahkan.Apapun,bg sy..Mereka sebenarnya sudah lemah.Utk pejuang-pejuang Hijau,mereka akan terus istiqamah melaksanakan tugas,ikhlas kerana Allah Taala.Bkn utk kepentingan politik semata..Dgn berdiri megahnya Balai Islam itu nanti,bertambah gerunlah pihak keris di sini..haha

4.PRK Dun Penanti

Semalam,penamaan calon telah berlangsung & keputusannya,Dun Penanti akan ditentang 4 penjuru.1 calon keADILan/PR & 3 calon Bebas.Be End buat pertama kalinya tidak meletakkan calon di dlm pilihanraya..Sememangnya menuju Ending time..Jimat duit rakyat la katakan..Bagus kerajaan kita ni.Amat syg kpd rakyatnya..Kalau mereka menyertai PRK ini,mereka perlu membuat projek-projek yg boleh menarik mata rakyat.Sebab itulah mereka tak masuk.Projek-projek itu bukannya murah..Dah la mahal,bertanding nanti,kalah pulak..Sesia je buat projek..Jadi,tak usah bertanding.Jimatlah duit 'rakyat'..*padahal duit poket..heh

Friday, May 22, 2009

ADUN Manek Urai Meninggal Dunia

1 comments

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sebelum ini beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan dan beliau juga telah menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dgn itu,satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan di negara kita..Sama-sama kita mendoakan agar allahyarham ditempatkan bersama golongan yg mendapat keredhaan Allah Taala..Amiiin

Wednesday, May 20, 2009

Ada Apa Dengan Kalimah Syahadah..?? <..Vol 1..>

4 comments
Alhamdulillah..sy masih berkesempatan utk mencoret sepatah dua perkongsian sementara nikmat umur ini masih dipanjangkan.Ada yg meminta utk diperbincangkan berkenaan ilmu aqidah di dlm blog ini..Jadi,utk meraikan permintaan itu,sy skn cuba sedikit sbyk menyentuh perihal ilmu aqidah setakat yg sy mampu..Untuk mempelajari dgn lebih mendalam,bolehlah merujuk kpd 'tuan guru' sy,Al-Akh Abdullah di ..Agak terkilan kerana tidak sempat mengkhatamkan sepenuh pengajian Kitab Misbahul Munir bersama beliau.Moga beliau berkesempatan lagi utk mengulang kitab tersebut.Amiiinn..

Sebelum melangkah jauh,niat sy bukanlah menjurus kpd puak 'wahabi'.Sy bknlah insan yg terlalu arif membincangkan berkenaan puak wahabi.Bagi sy,cukup utk sy YAKIN dgn pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Andai inginkan kupasan mengenai Wahabi,sy akan cuba dptkan drpd guru Abdullah ataupun Fadhlullah yg sy kira lebih arif utk mengulasnya.Setakat yg sy pelajari,'pengasas' kpd wahabi ini terputus sanad gurunya.Membawa maksud fahaman in
i dibawa oleh seorang yg digelar 'AlBani'..*sila perbetulkan andai berlaku kesilapan.Beliau tidak mempunyai guru.Terputus sanad guru di sini.Wallahu'alam

Ingin sy mulakan perihal membicarakan ilmu aqidah ini dgn mengingatkan kita kepada kalimah syahadah.Kalimah tayyibah inilah yg menjadi IBU kepada pegangan aqidah kita.Pentingnya IBU utk melahirkan kita.Lengkapnya jari dgn IBU jari.Anak kunci,pasti ada IBU kuncinya..Dan pelbagai lagi perkara yg sgt2 perlu kpd IBU.Dan aqidah kita juga ada IBUnya iaitu, kalimah syahadah.Sebab itu IBU kpd rukun Islam yg lima adalah kalimah syahadah.Kalimah i
nilah yg akan menentukan kita sama ada kita Islam ataupun tidak.Kalimah inilah yg akan menentukan keIslaman kita ini Islam nama shj kah,Islam pusaka kah,Islam baka kah ataupun Islam puaka!Sekiranya kalimah ini tidak dilafaz dan difahami secara mendalam akan maksudnya.,kerana itulah akan lahir seorang Islam yg sekadar menerima Islam di dlm ICnya,tetapi aurat terbuka atau perihal lain yg bertentangan dgn ajaran Islam.Utk mengetahui akan pentingnya kalimah syahadah ini,mari kita cuba satu analogi mudah...:


Pegang sesuatu benda yg anda rasakan berharga seperti anda rasa berharganya dapat melafazkan kalimah syahadah dan menjadi seorang Islam.Pegang seperti di dlm gmbr.Setiap jari mewakili setiap rukun Islam.Mulakan angkat jari kelingking membawa maksud anda tidak melakukan rukun Islam ke-5.Bagaimana dgn brg yg anda pegang tersebut?Masih kukuh?Ya,alhamdulillah.masih ok.Tapi tak berapa kukuh seperti yg asal.Letak kembali jari itu.Angkat pula jari manis.Bagaimana?Lakukan perkara yg sama menggunakan jari-jari berikutnya..Apa yg terjadi kpd brg tersebut??Anda masih mampu memegang brg tersebut tetapi dlm situasi yg tidak berapa stabil.Cuba angkat jari penghabisan menandakan anda tidak melaksanakan IBU kpd rukun Islam..Apa yg terjadi??

Anda masih mampu digelar seorang Islam andai anda tidak menyempurnakan rukun-rukun Islam yg lain tetapi tidak akan ada Islam bg anda sekiranya anda tidak mengucap kalimah syahadah.Akan tetapi jgn disalah anggap.Jgn anggap hanya dgn mengucap shj sudah cukup utk anda berjaya menjadi seorang Islam.Inilah yg sering berlaku dewasa kini.Dia mengucap,tetapi solat entah ke mana.Dia mengucap,tp tak puasa.Dia mengucap,tp tak byr zakat.Dia mengucap,tp tak kerjakan haji walaupun dah jadi seorang menteri..Maka,akan lahirlah Islam pusaka & Islam puaka!Menjahanamkan agama Islam..Menentang hukum Allah.Tidak percaya dgn hukum Allah dll..

Cukup buat kali ini utk kita kembali memperteguhkan keyakinan kpd kalimah syahadah di dlm diri kerana kalimah ini merupakan kalimah yg sgt-sgt penting kpd kita selaku seorang yg mengaku Islam.Ramai org yg tahu kalimah ini,tetapi tidak tahu meyakini & mengimani kalimah ini..Ilalliqa'

Tuesday, May 19, 2009

Markas PAS Jengka 16 Makin Berseri

5 comments
Alhamdulillah,syukur kpd Allah krn masih dipanjangkan usia & masih dpt menghirup udara segar secara PERCUMA ini..
Hampir setiap hari aku memerhatikan proses pembikinan markas baru Pas di Jengka 16 yg terletak di simpang keluar di sini.Gembira bercampur 'sedih' mengenangkan usaha-usaha yg dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam di sini membanting tulang membina bangunan yg bakal memacu Islam di kawasan ini.Kalau dilihat kpd bangunan 'Ameno',sekelip mata shj ia dibina..Sekarang pun dah jd macam apa dah..Tapi,pembinaan markas ini sememangnya memakan masa yg agak lama.Inilah pengorbanan & keikhlasan ahli-ahli di sini.Sedikit-sedikit mereka akan menambah seri markas ini.

Aku bertanya kpd beberapa insan yg dikenali,dari mana peruntukkan pembinaan markas ini diperoleh..Kata beliau,ia banyak dikumpul hasil sumbangan ahli & juga kutipan ceramah yg dianjurkan..Sebab itulah andai ada kewangan,kita akan tambah sikit-sikit..Tambah membuatkan rasa terharu & kagum,aku dimaklumkan bahawa terdapat sumber-sumber yg tidak dikenali menyumbang utk membina markas ini.Ada lori hantar pasir,tapi tidak tahu & tidak diumumkan siapakah yg menyumbangnya..Kipas,lampu dan barangan elektrik yg lain telah disumbangkan oleh seorang insan hingga mencecah RM 4***...Besar sungguh pengorbanan kalian.Inilah yg akan menjadi pahala yg tidak akan putus-putus buat anda sehinggalah kiamat.

Malu rasa diri ini kerana masih tidak dapat menyumbang apa-apa terhadap perjuangan Islam di sini..Kini,markas ini makin berseri.Baru-baru ini telah diadakan ceramah sulung di markas ini dan dikhabarkan mendapat sambutan yg amat luar biasa..Jauh di lubuk hati ini tersimpan satu impian utk melihat pelbagai lg aktiviti akan dianjurkan di markas ini apabila siap kelak.Mungkin setiap pagi Jumaat,markas ini akan sesak dgn kehadiran masyarakat utk mendengar kuliah seperti yg diadakan di Kelantan..Dan juga markas ini bisa membingitkan suasana kawasan Felda ini dgn ceramah-ceramah yg lantang drpd pemimpin-pemimpin Pas.Usrah ahli,usrah pemuda & usrah muslimat bakal berselang-seli menyinari hari-hari di markas ini..Dan mungkin satu hari nanti kebangkitan Pas di Jengka adalah bermula di sini!

Mohon maaf kpd pimpinan-pimpinan di sini andai diri ini masih menyepi.Kekuatan dan tapak yg kuat masih perlu utkku kumpulkan.Tersemat di dlm jiwa ini,suatu hari nanti,akan kupastikan kedua kakiku terjejak di markas ini!Bila dan bagaimana,masa akan menentukan...Amiiin

PM/Politik Malaysia Makin Klakar..!!

0 comments
UMNO/BN takkan meletakkan calon di Dun Penanti..Tok Jib kata ada 3 sebab kenapa UBN tidak meletakkan calon..

1. Kekosongan kerusi itu bknlah diperuntukkan oleh perlembagaan tapi satu usaha PKR menyelesaikan masalah dalaman mereka

2. Ini merupakan satu mainan politik pembangkang.

3. Kera jaan lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat & langkah-langkah memulihkan ekonomi.(xnk membazir)

Hahaha..Seronok melihatkan situasi ini.Bukan senang nk tengok UBN mengaku kalah.Kalau tak silap,ini merupakan pilihanraya pertama UBN tak bertanding.Bayangkan,kerajaan tak bertanding??Mereka bukannya miskin..Media-media semua mereka bolot.Nak guna apa utk kempen,cakap.Semua boleh pakai utk pastikan kemenangan.Kalau nk jimat duit,itu tak masuk akal..Mereka selalu katakan kerajaan pembangkang x adil & x pandai memerintah.Merekalah kerajaan yg diterima rakyat.Kalau begitu,adakah mereka sanggup biarkan rakyat di Penanti hidup di bwh sebuah kerajaan yg tak adil,tak pandai memerintah dan tak dpt bela hidup rakyat semata-mata nak jimat duit???Sbb tu tak masuk akal....

Tapi,ada betulnya juga mereka tak mahu membazir..Semua dah mafhum perangai UBN bila tiap kali pilihanraya.Pasti ada projek 'mee segera'..Malam2 mesti ada kerja menurap jalan dsb.Hah,itulah yg membazir..So,kalau UBN tak bertanding,maka tak adalah projek2 tu lagi...Nampak gayanya.,agak 'rugi'la rakyat Penanti tak dapat projek macam pilihanraya sebelum2 ini..Sabar jelaa..

Dahla..Cukuplah setakat itu celoteh utk PRK Penanti..Utk UBN,terima kasih kerana memberi laluan yg agk mudah utk PR.Semoga anda mengulanginya di Perak dan di dlm PRU 13 nanti utk PR pula memerintah.Tapi,kita dah faham sgt dah.Pasti ada skrip jawapan yg baru pula drpd anda..Wallahu'alam

Monday, May 18, 2009

Dah Takde Tawar-Menawar Daahh...

0 comments
"Bang.,baju ni bpe ringgit ye sehelai?"
"Oh,yang tu RM25 sehelai dik.."
Allah,RM25...mahalnyer...
"Yang ni plak,bpe bang??"
"Yang tu murah je..RM10 sehelai..tapi kalau adik beli 3 helai,abg bg RM25 je..Cne.,boleh??"
3 helai RM25.....Hurrmmm..,"kalau sy beli 3,boleh tak abg bg RM20..??"
"Hah,RM20...Sorila dik.xpulang modal la abg mcm ni..Nak cari mkn kat sini pun payah.Bkn menentu ekonomi skrg ni.."
"Ala bang..tlgla..Sy x bwak byk duit ni..Bolehla bang eih.??"
"Hmm..mcmnila..3 helai abg bg RM23..cincai kira..ok?"
"Haa...boleh-boleh..."

Itulah salah satu sketsa hidup manusia..Tawar-menawar dlm urusan jual beli.Andai pandai mengampu,untungla jawabnya..Lebih-lebih lagi kalau ada kroni..Berlipat gandalah pulangan yg diterima..Mudah shj utk mendapat pertolongan,mendapat harga yg lebih murah atau mendapat sebarang projek..
*oppss,xde kne mengena dgn kerajaan @ sesiapa..

Sampai bila kita boleh tawar-menawar??Sedarlah,tawar-menawar hanya laku di dunia shj..Kerana di alam kubur dan di alam akhirat kelak,sudah tiada lagi istilah tawar-menawar bg kita semua.Segalanya menjadi kuasa mutlak Allah Taala yg Maha Kuasa..Andai baik 'saving' kita.,baiklah jawapannya..Andai busuk 'saving' kita..,buruklah padahnya..

Allah telah nukilkan di dlm firmanNya di mana kita semua sudah tiada lagi peluang utk kembali ke dunia ini utk memperbanyakkan amalan hatta sesaat pn.Dikala itu,manusia merintih-rintih utk kembali ke dunia dek kerana amalan tika di dunia dulu tidak cukup utk menggapai redhaNya utk masuk ke syurga..Semasa hayat di dunia,tiada sedikitpun rasa bersalah di dlm dirinya membelakangkan hukum-hakam Allah.Tika di dunia dulu,dialah yg paling terkehadapan mencerca para ulama' sedangkan ulama'lah pewaris nabi utk membimbing manusia ke arah keredhaanNya..Dan semasa di dunia dulu,aurat didedah,solat pun punah...Suruhan Allah dianggap terlalu mudah..Andai dia seorang pemimpin,jawatan dijadikan sebagai pakaian utk meninggikan kedudukan diri dan kaum kerabat.Bukan utk menegakkan agama Allah utk disampaikan kepada seluruh rakyat agar sentiasa patuh & taat kpd Allah!

Sedarlah kita semua..Tiada apa yg kita rugi seandainya Islam diletakkan sebagai panduan utama dlm segala tindakan.Yakinlah bahawa kita akan selamat di dunia dan akhirat sekiranya meletakkan Islam sebagai teras diri ini..Semoga kita sama-sama berusaha ke arah mencapai redhaNya..Amiiin

Saturday, May 16, 2009

Kuliah Subuh Di SKJ 16

2 comments

Alhamdulillah pagi td sy telah berkesempatan dijemput utk memberikan kuliah Subuh bersempena kem ibadah yg dianjurkan oleh pihak sekolah,SKJ 16.Peserta terdiri drpd pelajar2 tahun 4,5 dan 6.. Kem ini diadakan selama 2 hari 1 mlm & telah dijayakan oleh seorg shbt lama sy.,Sdr Mohd Iqbal Zahin Ismail bersama shbt2nya di dlm PKPIM..
Tahniah & syabas sy ucapkan atas usaha yg telah dicurahkan bg membantu pihak sekolah menjayakan program ini..Tajuk yg telah sy bawakan di dlm kuliah td berkisar tentang 'Peranan serta Hakikat Kita Selaku Seorang Islam'

Disebabkan berhadapan dgn pelajar2 sekolah rendah.,kuliah hanya berkisar kpd perkara2 yg agak 'ringan' tetapi penting utk semua fahami.Menyentuh berkenaan rukun Islam khususnya kpd kalimah sya
hadah.Peri pentingnya kalimah tayyibah ini dijadikan pegangan sepanjang masa agar disepanjang jln kehidupan ini,diri sentiasa melebihkan & mengagungkan Allah Taala,meletakkan agama Islam sebagai priority dlm sebarang tindakan..

Terima kasih sekali lagi diucapkan kpd pihak pengajur di atas kesudian menjemput sy berkongsi serba sedikit ilmu yg ada,demi memperteguhkan jiwa2 kita yg bila2 masa shj boleh tergelincir dr perjuangan Islam..Wslm

Happy Teacher's Day..!!!

0 comments

Selamat Hari Guru sy ucapkan kpd semua guru di seluruh Malaysia..Khususnya kpd guru2 sy di SKJ 16,SAR J16 & di SMAP Kajang serta sesiapa shj yg pernah membimbing diri ini menjadi seorg insan yg bergelar 'orang'...
Semoga kalian sentiasa berada di bawah pengawasan rahmat & hidayah Allah Taala..
Mohon maaf di atas segala kesilapan selama sy menerima ilmu yg dicurahkan..

Selamat Maju Jaya..!!

Thursday, May 14, 2009

Hakikat Budi,Jasa..Tiada Siapa Memilikinya

0 comments
Fitrah kehidupan kita dewasa kini seringkali menganggap sesuatu perkara baik yg dilakukan oleh seseorang terhadap kita merupakan suatu budi yg harus dipuja,disanjung dan dihormati.Tidak terkecuali usaha-usaha yg dilakukan oleh pihak kerajaan kini.Tulisan ini cuma ingin membuka satu kesilapan kita apabila sering mengganggap pemberian sesuatu pihak adalah menjadi satu jasa yg tertanggung di atas bahu kita yg sentiasa perlu disanjung.Hakikatnya...Tiada siapapun yg berbudi di dunia ini.

Analogi,apabila kita mengusahakan tanah ladang dgn tanaman dan kemudian tumbuh sayuran atau buah-buahan lalu kita menjualkannya dan mendapat keuntungan berlipat kali ganda.Hidup kita senang dgn kemewahan hasil tanaman tadi.Adakah kita berbudi dgn tanah tersebut?Atau tanah itu berbudi dgn kita?Sama juga di pihak yg memerintah.Pemerintah menyediakan kemudahan air,elektrik,jalanraya,perumahan dan sebagainya..Lantas,adakah itu budi atau jasa yg mereka telah lakukan yg perlu kita sanjung tinggi??Ya,ia juga dinamakan 'budi'.Tapi,budi di sini hanyalah satu tuntutan akhlak.Islam mengajar berakhlak mulia dgn berterima kasih kpd orang telah membantu kita.Dia memberi dan kita merasa,dia telah berbudi dan kita pula berbahasa..Namun,budi itu bukanlah tiket utk diungkit pada suatu masa.

Hakikat sebenar yg berbudi adalah Allah Taala.Allah Taala yg maha berbudi.Tanaman subur yg kita terima adalah hasil 'budi' Allah.Air,elektrik,jalanraya dan lain-lain juga hasil 'budi' Allah Taala.Justeru Allah sahajalah yg berhak menerima sanjungan.Sebab itulah dikatakan pihak-pihak tadi hanya tuntutan akhlak.Bukan utk sanjungan atau utk kita rasa terlalu terhutang budi.Kita terhutang budi sebenarnya adalah dgn Allah,punca yg memberikan segalanya..Sebab itulah,walau sebanyak mana kemudahan yg disediakan oleh pihak pemerintah,perlu utk kita berterima kasih selaku memenuhi tuntutan akhlak,tetapi bukanlah utk kita berasa terhutang budi yg tinggi.Bertambah teruk lagi,andai mereka tidak mahu mengikut sepenuhnya suruhan,ayat-ayat Al Quran,hukum-hakam,dan ajaran yg Maha Berbudi,lagilah tidak perlu langsung kita terasa terhutang budi!Mereka lupa udara(oksigen) PERCUMA yg Allah berilah yg membolehkan mereka hidup hingga kini,membolehkan mereka memerintah hingga kini.Sebaliknya,suruhan Allah pula yg ditentang!!Di mana letaknya pula budi mereka??!!Layakkah mereka utk kita hormati sedangkan Yang Maha Berbudi pun mereka tentang??!!

Sucikan kembali pemikiran kita.Inilah merupakan salah satu perkara yg kita sering salah anggap..Hak Allah Taala seringkali dibelakangkan lantas memuja-muja hak manusia..Apalah nasib kita di akhirat kelak,tika berhadapan dgn sang Maha Berbudi......

Wednesday, May 13, 2009

13 Mei 1969 ~ 13 Mei 2009

0 comments
Alhamdulillah,syukur pd Allah Taala yg masih mengizinkan diri ini merasai saat-saat akhir penghabisan alam dunia.Moga diri ini akan terus-terusan mengabdikan diri pdNya & terus bersama para pejuang yg inginkan agamaNya didaulatkan agar pengakhiran yg akan dilalui kelak adalah pengakhiran yg diredhai olehNya..

Hari ini merupakan hari 'istimewa' yg perlu kita selaku rakyat Malaysia ingati kerana pd hari yg sama 40 tahun dahulu,negara kita diletakkan dlm keadaan darurat.Sejarah hitam ini telah berlaku di mana satu rusuhan kaum tercetus lantas menyebabkan keadaan negara kita kucar kacir.Rakyat hidup dlm keadaan yg tidak selesa,tidak aman & dlm ketakutan.Memperingati detik hitam ini sgt penting bg kita semua kerana ia perlu diambil sebagai pengajaran besar agar peristiwa ini tidak berulang.

SEJARAH INI BISA BERULANG

Kalian harus sedar,detik hitam ini bila-bila masa shj boleh berulang kembali,meragut keamanan yg kita uar-uarkan & bangga-banggakan selama ini.Bagaimana ia boleh berulang?Sejarah ini dgn mudahnya akan berulang apabila kita memperjuangkan semangat perkauman.Melayu memperjuangkan bangsa Melayu.Cina memperjuangkan kaum Cina dan India memperjuangkan kaum India.Menjadikan kita semua seakan hidup 3 dlm 1.Apabila perjuangan bangsa/kaum menjadi teras,inilah yg akan meragut keamanan kita.Masing-masing ingin memperjuangkan kehebatan sendiri & ingin melebihkan kaum masing-masing.Tiadanya satu titik pertemuan yg IKHLAS utk menyatukan kaum-kaum ini dlm sebuah negara.Saya ulangi.Tiadanya satu titik pertemuan yg IKHLAS utk menyatukan kaum-kaum ini.Saya gunakan perkataan IKHLAS.Membawa maksud,telah ada usaha penggabungan kaum-kaum ini,namun tidak ikhlas dan bisa diragui sama sekali!Penggabungan hanya utk memenuhi kehendak diri,kehendak parti,kehendak politik.Bukannya bersungguh-sungguh utk melihat kaum-kaum di negara ini bersatu & sama-sama maju.

TALAM DUA MUKA

Cuba kalian bayangkan apabila perjuangan bangsa diutamakan.Apabila berada di majlis melibatkan satu bangsa contohnya Melayu,kita mengagung-agungkan bangsa Melayu.Ceritakan betapa pentingnya kita kuatkan Melayu kerana ini Tanah Melayu.Lawan sesiapa shj yg menganggu 'kedaulatan' Melayu.Lantas membelakangi kaum-kaum yg lain.Ibarat mereka musuh yg nyata.Kemudian,apabila berada di majlis yg melibatkan semua kaum,kita mula menceritakan tentang masyarakat majmuk.Perlunya kita bersatu-padu.Hidup aman harmoni.Saling tolong menolong,bantu membantu.Kita sama,tiada beza...Bla..Bla..Bla...Tidakkah ini talam dua muka?Di sini cakap lain,di sana cakap lain....

ISLAM PENYATU SEMUA- ISLAM FOR ALL

Inilah jalan sebenar yg boleh menyatukan kita semua-Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dll..Apabila agama Islam dijadikan panduan asas dlm pentadbiran sesebuah negara,tiada apa yg dapat kita sangsikan lagi.Agama Islam bukanlah kepunyaan khusus utk sesiapa.Agama Islam adalah utk semua kaum.Melayu boleh menganut Islam.Cina boleh menganut Islam,India boleh menganut Islam dan kaum-kaum lain pun boleh menganut Islam.Tapi,bolehkah Melayu masuk Cina?Bolehkah Cina masuk India?Bolehkah India jadi Kadazan??Tidak!Inilah kelebihan apabila agama yg menjadi pasak perjuangan.Tetapi,kita perjuangkan Islam bukanlah bererti 'diwajibkan' kaum-kaum lain menganut Islam.Tiada paksaan dlm menganut Islam..Anda boleh terus dgn agama anda masing-masing.Yang kita inginkan adalah semua kaum dapat menerima sistem yg Islam anjurkan yg semestinya adil buat semua.Anda hanya melalui sistem pentadbiran Islam shj.Tetapi anda bukanlah penganut Islam.Dan dgn Islam,pasti keadilan di pihak anda,keadilan di pihak semua..Tiada yg lebih,tiada yg kurang..Yang paling cantiknya,Islam mengajar penguasa-penguasa kerajaan agar menjaga semua kaum dgn baik.Tak kira Melayu,Cina atau India,seandainya kaum-kaum ini tidak mendapat pembelaan yg sewajarnya,Allah Taala akan mengazab penguasa ini dgn azab yg cukup pedih di akhirat kelak.Inilah yg akan menjadi garis panduan apabila Islam dijadikan asas.Dosa pahala sentiasa menjadi peringatan.Bukan harta kewangan yg menjadi kejaran kerna harta kewangan inilah yg akan menjadi ungkitan di akhirat kelak.

Kembali & terimalah Islam.Pasti kita semua akan selamat,di dunia & akhirat.Percayalah..Sekian

Ceramah Perdana!Jom Ke Sana..!

1 comments


Sesiapa yg mempunyai kelapangan masa,datanglah beramai-ramai mendengar penjelasan sebenar berkenaan situasi di Perak kini.Allah menyaksikan pengorbanan kalian.Takbiirr!

Tuesday, May 12, 2009

Surat Khas PJ Pas Pahang..

0 comments
Slm perjuangan.Di sini saya paparkan surat terbuka Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kpd shbt lamanya sewaktu menuntut dulu yg kini memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

SURAT TERBUKA BUAT JAMIL KHAIR BAHAROM.


Assalamualaikum wrh wbt.

Kepada sahabat lama Jamil Khair Baharom,

Semoga Allah mem
berkati mu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihannya ke atasmu.

Terlebih dahulu Aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tida
k lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.

Tetapi jauh lebih mem
bimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan ‘terpaksa’ menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredai kemungkaran yang diizinkan pemerentah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.

Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tetanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilengkungi oleh bukan ahlinya.

Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan diakhrat.

Wassalam.

Sahabat Lama;
Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mahkamah Rayuan Pulak Daahh...

0 comments
Lepas satu,satu...Kita semua dah boleh agak,kerajaan PERAGUT takkan berdiam diri begitu shj apabila brg HARAM mereka dirampas.Kali ini,satu lagi 'proksi' kerajaan PERAGUT telah digunakan.Setelah mahkamah tinggi memutuskan smlm bahawa YB Nizar adalah MB Perak yg sah,hari ini mahkamah rayuan pula memunculkan diri.Kata Pak Jib,mereka akan buat sesuatu utk mengemukakan bantahan terhadap keputusan tersebut.Ya!Mereka sememangnya boleh melakukan sesuatu!!Sehingga sanggup menggadaikan keamanan sebenar negara asalkan kekuasaan dipegang & periuk nasi terjamin..

Pihak mahkamah telah menerima rayuan kerajaan PERAGUT.Sekejap tadi MB Perak yg SAH bersama Exco-exco telah diarahkan keluar semula dr bangunan SUK..

Nampaknya satu lagi tekanan telah diterima oleh pejuang2 keadilan di Perak.But,don't worry!
Selama mana sangatlah PERAGUT itu boleh menggunakan kuasa mereka..Kita punyai KUASA SEGALA KUASA!Kuasa yg kita miliki lebih besar drpd kuasa mereka.Gunakanlah apa shj senjata,'kambing2',alat2 dan apa juga perkara yg anda rasa boleh menjamin kuasa anda wahai PERAGUT!Selagimana anda menolak KUASA sebenar yg kami miliki,anda takkan ke mana2..Tunggu shjlah PENGUASA kami meledakkan kuasaNya yg sebenar..Pasti!Anda TAK Mampu Mengubahnya...!!

Monday, May 11, 2009

Terus Bersemangat..!!

2 comments
Baru-baru ini aku menghadiri satu majlis gilang-gemilang sebuah syarikat korporat negara.Dalam byk-byk acara yg diselitkan,aku sememangnya ternanti-nanti ucapan 'kepala' syarikat ini yg sentiasa penuh dgn pelbagai motivasi di dada..

Alhamdulillah.,malam tersebut,kehadiranku berbaloi..Dan penantianku utk mendengar ucapan si ketua juga berbaloi..
Tertarik hati ini mendengar bait-bait ucapan si ketua mengulang-ulang tema majlis pada mlm tersebut..:

The More You Give,The More You Get!

Si ketua telah mengisi ucapannya dgn 2 cerita menarik..Saya petik salah satu ceritanya..Ceritanya berbunyi begini..:

Satu hari,seorang wanita berhenti di hdpn sebuah kedai kain.Cuaca ketika itu hujan lebat.Salesman di kedai itu terlihat kelibat wanita itu yg sedang meredah hujan utk ke kedainya.Lantas dia menuju ke arah wanita itu utk memayungi beliau sampailah ke kedainya..Setibanya di kedai tersebut,wanita itu berkata,"Sori ye.Sy bkn nk membeli kain kamu.Sy just nk tgk2 shj(window shopping).."Jawab salesman.,"Owh,tak mengapa cik!Cik boleh lihat kain2 yg ada di dlm kedai sy ini.Dan saya tak keberatan utk membawa cik ke kedai2 lain yg ada disekitar sini."Selesai wanita itu melihat kain2 yg ada,dia mahu ke kedai lain."Mari,saya tunjukkan cik kedai2 kain pilihan di sekitar sini."Lalu dipayungnya wanita itu ke kedai2 yg berhampiran...Lepas satu,satu kedai salesman itu perkenalkan..

Saya hentikan cerita setakat itu..Pada kita,tentu kita katakan salesman itu 'gila' sbb dia akan mengalami kerugian seandainya wanita tersebut membeli kain di kedai yg telah diperkenalkannya atau mungkin wanita itu bisa menjadi pelanggan tetap di salah sebuah kedai tersebut..Tetapi beliau telah memberikan lebih drpd yg sepatutnya beliau beri.Hasilnya...

Satu hari,wanita itu kembali semula ke kedainya..Beliau telah membeli hampir kesemua kain yg ada di kedainya utk dibuat langsir..Anda tahu siapa wanita itu??Dialah Queen Elizabeth..Istananya bkn kepalang besarnya.Utk dibuatkan langsir,tidak cukup hanya menggunakan kain yg ada di kedai salesman td..Cukup besar,cukup luas.

Dipendekkan cerita,cerita kedua juga adalah berkisar tentang ibrah yg diterima hasil kita menyumbang lebih daripada apa yg sepatutnya..

Inilah perjuangan!
Jom!Kita aplikasikannya di dlm jamaah..Kita akan lalui saat2 kekeringan wang!Kita pasti akan lalui saat2 kekurangan masa utk menumpukan perhatian kpd pelajaran!Tapi,demi satu perjuangan yg mulia dan suci,kita beri lebih drpd apa yg sepatutnya kita beri sehingga kita terpaksa tidur lewat utk meng'cover' masa2 study yg telah dikorbankan!Kita terpaksa meminimumkan duit makan kita utk disalurkan kpd perjuangan!Kita kadang2 terpaksa meninggalkan family tercinta demi sebuah perjuangan!Kita terpaksa demam!Pengsan!Sakit!Dan sebagainya....Tapi,ingatlah..

The More You Give!The More You Get!

Janji Allah pasti menanti...Terima kasih atas cerita yg bisa membangkitkan motivasi di dlm diri ini..Takbiirr!

Nizar MB Sah!!Takbiirrr!!

3 comments
Alhamdulillah,sebentar td mahkamah tinggi baru shj mengeluarkan kenyataan bahawa YB Ir Nizar merupakan MB Perak yg sah..
Inilah bukti kekuasaan Allah Taala.Sesiapa yg dizalimi,pasti mendapat haknya..Allah akan sentiasa memelihara jiwa2 yg bersungguh2 memelihara agamaNya..

Jadi,keputusan sudah terjawab..Macamna pula dgn si Zambry??Tak cukup malu lagi??
Tak mengapa..Sama-sama kita nantikan apa ulasan paper biru yg sememangnya haru-BIRU(Utusan...).Hehhe

Hidup Nizar!Hidup Islam!Takbirrr!!

Sunday, May 10, 2009

Aku Ahli Yang Tak Boleh Pakai..???

6 comments
Agak terkesan jgk diri ini apabila ada yg melabelkan aku sebagai seorang ahli jamaah yg suka mengkritik..Ada juga yg memperlekehkan diri ini disebabkan tak tahu jawatankuasa jamaah..Boleh terimakah???Bagi aku,aku tak kisah.Mereka tak tahu situasi sebenar aku..Mujur kena selalu beringat,berjuang bkn kerana manusia atau semangat..Tetapi berjuanglah adalah atas dasar utama perjuangan iaitu Islam..

Andai dilayan tanggapan2 manusia..Aku bisa 'mati tak hidup-hidup' dlm jln ini.Kalau aku nak mati,terlalu mudah.Ibarat terhidang di depan mata.Andai dilayan kehendak semangat utk terus berada di jln ini.,selama mana sgtlah semangat itu akan berkobar..Kelak akan padam juga akhirnya...

Aku tak kisah dgn pandangan kalian terhadap diri ini..Diri ini tak ingin lebih.Cuma ingin menumpang sedikit belas ruang di jalan ini.Ingin berada di belakang para ulama' & pejuang2 seperti kalian..Suka utkku berikan apa yg termampu utk memperkemaskan lagi jln ini.Cuma inginku berpesan kpd pejuang-pejuang yg cukup setia dan bersemangat dgn perjuangan ini..Bukan seperti diriku.Aku hanya penumpang..

Janganlah kalian mudah melatah..Janganlah mudah menilai seseorang dgn persepsi yg negatif..Jalan ini jln mulia.Jadi,isikanlah 'hiasan' jalan ini dgn bunga perlakuan yg juga mulia..Jln ini memerlukan qudwah.Jln ini memerlukan tuturan2,nasihat2 & 'sindiran2' yg bisa mencairkan hati yg keras,separa keras dan juga tak terkecuali hati yg lembut..Qudwah beserta tuturan lembut penuh ketegasan amat penting bagi kalian selaku pejuang tulen gerakan Islam..Kita perlu tegas!Tapi tak perlu panas melenting sehingga terlalu bijak melabel2kan orang..Sebab apa??Sebab kita belum pasti lagi di mana pengakhiran kita..Jalan ini adalah wasilah mudah utk kita menggapai pengakhiran yg baik..Ingat!Sekadar wasilah..Bukan jaminan..Andai kita salah pengaplikasian di atas jln ini,kita juga tidak akan terlepas dari pengakhiran yg buruk..

Mungkin insan berhati keras tadi adalah penghuni syurga,sedangkan kita bukan..
Mungkin insan berhati separa keras tadi adalah penghuni syurga,sedangkan kita bukan..
Mungkin insan yg kita telah melabelkan dgn label negatif tadi adalah ahli syurga,sedangkan kita bukan..

Tidak dapat dinafikan..Kadang2 manusia yg berada di ats jln ini semacam syok sendiri dgn perjuangan mereka..Lantas mengecam atau terus memandang sebelah mata akan org yg tidak berada di jln ini..Ya!Secara kasarnya kita berada di landasan yg benar..Tetapi kita tidak tahu penilaian sebenar Allah akan keterlibatan kita di jln ini..

Teruskanlah berjuang..Hiasilah diri selaku tiang2 seri gerakan ini dgn suri teladan yg dapat menambat hati sesiapa sahaja..Kita bkn perjuangkan parti,tetapi kita perjuangkan agama & nilai2 kesucian di dlmnya..Terus berjuang memburu syahid!Takbir!Ku doakan para pejuang sekalian sentiasa berada dlm lembayung redha Ilahi..Hanya itu bantuan yg selalu ku hulurkan buat kalian...Amiiin

Friday, May 8, 2009

Panas!Panas!Panas!!

4 comments
Bila teringat je,aku tergelak..
Bila teringat je,aku tersengih..
Bila teringat je,aku pun da tak tau nak buat apa..hehhe

Adoilaa Perak..
Sampai bila la nak aman..
Tu laaa....org suruh bubar,xnak bubar..
Kan da panas sidang DUN hari ni..
Hah,tu sampai bila la plak nak jadi mcm tu..
Skarang Perak dah jadi serba DUA
2 MB,2 Speaker,2 Sidang,2 tempat bersidang.....2,2,2,2.....
Macam2 dualah..
Kita tunggu lg selepas ni 2 apa plak yg muncul...

Tentang 3 'katak' tu.,aku risau sungguh..,
Yang Cina tu,xkisahlah..
Tapi yg Melayu/Islam tu..
Nak senang cerita,krisis di Perak ni adalah disebabkan mereka ni la..
Selaku sesama Islam,aku cukup2 risau..
Kalaulah mereka faham bab dosa/pahala...
Wah!Besar woo dosaaa!!
Disebabkan mereka,habis satu dewan punah!
Disebabkan mereka,habis satu Perak gelabah!
Disebabkan mereka,satu Malaysia susah!
Berapa ramai jiwa2 yg mereka berdua ni perlu minta maaf..
Itu belum dikira lagi dgn yg dah meninggal dunia,
Hah!mcmno ei jang???

Yang ni lagi PANASSS!!!!!(neraka)
Na'uzubillah..........................

Wednesday, May 6, 2009

Ke Mana Halatujuku Selepas Ini...

2 comments
Hari ini,bertambah lagi hembusan nafas berada di dalam jalan perjuangan Islam..Alhamdulilah.,ku bersyukur masih ditetapkan hati ini utk menelusuri perjalanan yg dijanjikan dgn onak,duri,cabaran & dugaan ini...
Tapi esok,lusa,tulat,5 hari,10 hari,100 hari atau beberapa hari lagi,adakah aku akan masih berada di atas jalan yg sama???Tak dapat utkku menjawabnya..Mengikut darah muda kini,ya!Aku masih bersemangat!Masih kurasakan faham akan erti memperhambakan diri dgn perjuangan Islam..

Tapi,cabaran & godaan2 di jalan ini tidak dapat utk kita jangkakan yg bisa memerangkap diri ini pada bila2 masa sahaja!Aku masih belum teruji dgn cercaan!Aku masih belum teruji dgn fitnah!Aku masih belum teruji dgn ugutan!Aku masih belum teruji dgn fitnah perempuan!Aku masih belum teruji dgn kesempitan kewangan!Dan banyak lagi ujian-ujian yg bakal menjelang,aku belum pasti dapat atau tidak meneruskan perhambaan diri ini utk Islam...

Aku insan lemah..
Aku perlu sentiasa sematkan di hati bahawa perjalanan hidupku ini bakal menemui kesusahan yg mungkin tidak dapat diterima akal..Aku perlu sentiasa sematkan utkku yakin dgn jalan ini!Aku tetap akan memilih kesusahan ini utkku senang di akhir nanti..Tiada siapa yg boleh menghalang pilihanku ini.!
Aku perlu ingat,Islam wajibku pasakkan di dalam pilihanku ini sama ada i am a leader or i am a follower..Menjadi leader,ikut cara Islam ajrkan.Menjadi follower,juga ikut cara Islam ajrkan!Aku tak akan selalu menjadi pemimpin.Ada masa aku akan dipimpin..Bahkan,dipimpin adalah keutamaanku daripada memimpin!!Bukan mudah utk memimpin sebuah gerakan Islam.Silap langkah,padah!Kemenangan Islam pasti rebah!Aku tak mahu diri ini yg menjadi penyebabnya..

Esok,di mana tempatku??masih di sini.,atau di sana?
Aku tak dapat meyakininya..Doaku agar dithabatkan hati ini olehNya..Jgn dipalingkan hati ini walau sesaat cuma!Ku ingin bersama para syuhada' utk menemuiMu ya Tuhanku..
Peliharalah diriku ini menggapai impianku menatap wajahMu..Amiinn

Monday, May 4, 2009

Buatlah Usrah..Baru Kuat!

4 comments
Melibatkan diri ke dlm sebuah jamaah Islam merupakan satu tuntutan ke atas seorang individu muslim..Jamaah ini akan membimbing kita,membimbing diri,keluarga,masyarakat,negara dan akhirnya akan membimbing dunia agar sentiasa meletakkan Islam sebagai panduan utama dalam setiap tindak-tanduk seharian.Tapi,ramai yg tersalah anggap setelah menyertai jamaah..Mereka fikir hidup mereka akan menjadi lebih tenang,lebih kuat dan lebih mudah memperoleh kesenangan hidup kerana telah dianggap membantu agama Allah,jadi Allah juga akan mudah membantu mereka..Inilah satu penafsiran yg sering disalah anggap.Apabila kesalah tanggapan ini sering terjadi,maka inilah yg mencetuskan masalah dan akhirnya ramai yg akan lari dari jalan jamaah ini akibat tidak faham dgn apa yg dibawa.

Bagaimana untuk faham?

Di sinilah pentingnya usrah!Once kita telah melibatkan diri dgn jamaah,jgn diletakkan usrah pada posisi yg terkebelakang,tetapi usrahlah yg wajib diletakkan di hadapan.Usrah akan mengajar kita erti sebenar hidup berjamaah.Usrah akan mendidik kita erti sebenar perjuangan Islam.Usrah akan menguji tahap keimanan kita.Usrah akan menambahkan ilmu di dlm diri kita.Usrah akan menjadi panduan utk kita faham jalan perjuangan Islam through jamaah.
Segalanya di dlm jamaah adalah bermula dgn usrah.Utk kita faham ttg perjuangan Islam,kita perlu berusrah.Utk kita kuat jati diri,kuat keimanan,tetap pendirian dgn jamaah adalah melalui usrah..

Jadi,perkukuhlah usrah kerana cara ini adalah cara terbaik untuk kita berikan kefahaman tentang perjuangan Islam.Perhebatkan aktiviti usrah.Barulah kita akan kuat!Barulah jamaah kita akan kuat!Ini sekadar peringatan buat kita semua.Ambillah apa yg baik drpd penulisan ini utk kita sama-sama fikirkannya..Wallahu'alam

p/s: di tempat saya ni macam tak wujud je usrah..bimbang inilah sebabnya tak menang2..harap ada yg merespon akan hal ini.terima kasih

Ingat.,Allah Perhatikan Muktamar...

0 comments
Salam seaqidah perjuangan buat semua..Sudah agak lama blog ini tidak di 'update' kn..Saya perlu menghadiri satu program penting selama beberapa hari yg lepas.Jadi tak dapatlah nak letak entry baru.Alhamdulillah hari ini masih dipanjangkan umur oleh Allah & masih berkesempatan utk menghantar entry baru di laman ilmu ini..

Semakin hangat massa memperkatakan tentang Muktamar Tahunan Pas ke-55 yg bakal berlangsung di Selangor.Dlm keseronokan menanti berlangsungnya muktamar tersebut,tak dapat dinafikan hati ini juga sedikit sebanyak risau dgn perkembangan Pas..Doa dan harapan yg tinggi dipanjatkan kepada Allah agar apa yg terlintas di hati & fikiran ini hanyalah mainan syaitan shj..

Terbukanya hati ini menerima perjuangan Pas adalah kerana dasarnya..Diperkuatkan lagi Pas ini dgn mengutamakan kepimpinan ulama yg menjadi panduan utama dlm menetapkan sebarang keputusan parti.Ini kerana ulama' adalah pewaris nabi-nabi..Zaman kini sudah tiada nabi.Dan ulama'lah yg menggantikan mereka semua.Tidak dapat tidak merekalah wakil utama dari Allah utk rakyat semua yg akan memandu diri ini menuju syurga dgn berbekalkan redha drpdNya..Jadi,layakkah diri ini utk membelakangkan golongan ulama'??Tidak takutkah aku dgn azab Allah yg pedih kelak??Jadi ulama'lah yg akan membimbing kita semua.Mereka ini arif di dlm hal urusan agama..Termasuklah urusan politik yg tidak dapat dipisahkan dari Islam..So,if we want to involve in politics,lets join politics with guidance from ulama' supaya setiap perjalanan urusan kepimpinan diri,keluarga,masyarakat dan negara tidak lari dari suluhan jalan Islam..

Tapi akhir-akhir ini muncul golongan2 yg ingin melaga-lagakan ulama'..Sedih dan bimbang saya memikirkan perihal ini.Anda sudahlah bukan ulama'..Nak pula melaga-lagakan ulama'..Tidak takutkah anda akan kesan yg bakal dihadapi seandainya ulama' dilagakan.??Perpecahan akan berlaku khususnya dlm kalangan umat Islam.Gerakan memperjuangkan Islam juga akan sedikit sebanyak mengalami kerencatan..Saya tidak bimbangkan sangat keadaan ulama' itu.Mereka bisa mengatasi perkara ini dgn ilmu agama yg terpasak kukuh di dlm diri mereka.Tetapi sebagai seorang saudara seIslam,yg saya bimbangkan adalah puak yg melaga-lagakan ulama' itu.Allah...Bimbang sekiranya dosa yg kalian debitkan di dlm akaun dosa pahala tidak dapat dibersihkan..Amat besar kemurkaan Allah terhadap golongan ini walaupun anda sudah menjadi 'veteran' di dlm barisan perjuangan Islam..Hanya dgn perlakuan ini,luput habis pahala2 anda sepanjang bersusah payah anda memperjuangkan gerakan Islam.

Impak ini akan menular kepada proses kebangkitan Islam.Kini,kita dapat lihat sahabat2 bukan Islam sudah boleh menerima Pas/Islam..Ini satu petanda keajaiban.Jangan kita menjadi golongan yg melambatkan kemenangan Islam dgn melakukan perkara2 bodoh yg boleh menggagalkan proses awal kemenangan Islam di Malaysia..Saya mohon kepada semua golongan manusia di dlm Pas sama ada anda pimpinan tertinggi,pimpinan negeri,cawangan,kawasan,ahli atau 'pencacai' dlm gerakan Islam ini supaya sentiasa ingat bahawa naik tingginya status Pas ini bukanlah disebabkan usaha anda sangat pun..Setakat mana sangatlah usaha anda di dlm Pas utk dibanggakan..Tetapi yg menjadi penyebab utama berjayanya gerakan ini adalah disebabkan rahmat kasih sayang Allah.Kita perlu sentiasa ingat,jatuh bangunnya Pas ada di 'tangan' Allah.Justeru,jgn dibuat kerja2 yg boleh memburukkan proses agamaNya disanjung lantas menimbulkan kebencian & kemurkaanNya..

Untuk muktamar yg bakal berlangsung,mohon dihindari insiden2 yg boleh mencacatkan Pas.Selaku gerakan yg memperjuangkan Islam,jawatan bukanlah pakaian kita.Janganlah direbut-rebutkan seperti sebuah parti itu.Andai kita pun berebut jawatan.,tunggulah sejuta tahun lagi,barulah Pas akan kembali dipandang tinggi.Jawatan ini amanah.Siapa yg sanggup memikul amanah,Allah sudah jelaskan bahawa dialah yg zalim lagi jahil!Semoga proses muktamar berjalan lancar dan Pas terus menjadi pemacu perpaduan rakyat negara ini!Takbir!
 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template