Friday, May 22, 2009

ADUN Manek Urai Meninggal Dunia


Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sebelum ini beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan dan beliau juga telah menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dgn itu,satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan di negara kita..Sama-sama kita mendoakan agar allahyarham ditempatkan bersama golongan yg mendapat keredhaan Allah Taala..Amiiin

1 comments:

`Ammar Muhd on May 22, 2009 at 8:54 AM said...

lama xdengar khabar ye! nta sihat ke? emel abg nanti. amrzk7@yahoo.co.uk

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template