Tuesday, May 19, 2009

Markas PAS Jengka 16 Makin Berseri


Alhamdulillah,syukur kpd Allah krn masih dipanjangkan usia & masih dpt menghirup udara segar secara PERCUMA ini..
Hampir setiap hari aku memerhatikan proses pembikinan markas baru Pas di Jengka 16 yg terletak di simpang keluar di sini.Gembira bercampur 'sedih' mengenangkan usaha-usaha yg dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam di sini membanting tulang membina bangunan yg bakal memacu Islam di kawasan ini.Kalau dilihat kpd bangunan 'Ameno',sekelip mata shj ia dibina..Sekarang pun dah jd macam apa dah..Tapi,pembinaan markas ini sememangnya memakan masa yg agak lama.Inilah pengorbanan & keikhlasan ahli-ahli di sini.Sedikit-sedikit mereka akan menambah seri markas ini.

Aku bertanya kpd beberapa insan yg dikenali,dari mana peruntukkan pembinaan markas ini diperoleh..Kata beliau,ia banyak dikumpul hasil sumbangan ahli & juga kutipan ceramah yg dianjurkan..Sebab itulah andai ada kewangan,kita akan tambah sikit-sikit..Tambah membuatkan rasa terharu & kagum,aku dimaklumkan bahawa terdapat sumber-sumber yg tidak dikenali menyumbang utk membina markas ini.Ada lori hantar pasir,tapi tidak tahu & tidak diumumkan siapakah yg menyumbangnya..Kipas,lampu dan barangan elektrik yg lain telah disumbangkan oleh seorang insan hingga mencecah RM 4***...Besar sungguh pengorbanan kalian.Inilah yg akan menjadi pahala yg tidak akan putus-putus buat anda sehinggalah kiamat.

Malu rasa diri ini kerana masih tidak dapat menyumbang apa-apa terhadap perjuangan Islam di sini..Kini,markas ini makin berseri.Baru-baru ini telah diadakan ceramah sulung di markas ini dan dikhabarkan mendapat sambutan yg amat luar biasa..Jauh di lubuk hati ini tersimpan satu impian utk melihat pelbagai lg aktiviti akan dianjurkan di markas ini apabila siap kelak.Mungkin setiap pagi Jumaat,markas ini akan sesak dgn kehadiran masyarakat utk mendengar kuliah seperti yg diadakan di Kelantan..Dan juga markas ini bisa membingitkan suasana kawasan Felda ini dgn ceramah-ceramah yg lantang drpd pemimpin-pemimpin Pas.Usrah ahli,usrah pemuda & usrah muslimat bakal berselang-seli menyinari hari-hari di markas ini..Dan mungkin satu hari nanti kebangkitan Pas di Jengka adalah bermula di sini!

Mohon maaf kpd pimpinan-pimpinan di sini andai diri ini masih menyepi.Kekuatan dan tapak yg kuat masih perlu utkku kumpulkan.Tersemat di dlm jiwa ini,suatu hari nanti,akan kupastikan kedua kakiku terjejak di markas ini!Bila dan bagaimana,masa akan menentukan...Amiiin

5 comments:

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi on May 20, 2009 at 8:27 PM said...

salam.. ha.. dah siap markas tu ye... hari tu datang tak siap lagi... markas umno macam mane...???

kalampemuda on May 20, 2009 at 8:55 PM said...

xde la da siap.tp tinggal nk psg siling n gril je dgr kte..xlme lg meriah lah kg koi nh..
hehe

Btree Jengka on May 26, 2009 at 9:01 AM said...

Hujan yg turun mmpcepatkn bangunan ini siap.Kenapa?inilah masa ahli ahli tak pegi ladang.kami akn gtg ryong bsama sama.
Hr ni pun ada gtg ryg,plaster dnding pjabat.Crmh baru ni bukanlah ptama kali.masa baru ikat bata untuk dinding kita dah mula buat cramah.antara yg pnah cramah Us Azman Syapawi Naib Ktua DPPP,Us Abu Bakar Soleh KP DPP Marang,Abdullah Karim Exco DPPP,Us Suhaimi KP Phg,Us Shahril KP K.Krau,Nasaie KP Lmbh Pantai,Dt Tuan PJ Phg,Ustzah Salmiyah K.Muslimt Phg.teakhir YB Amirudin & Bala.aktiviti lain jamuan raya puasa,jamuan ksyukuran PRK K.Tganu,kuliah mingguan mslmt.Mlm esok pgram tarbiyyah utk ahli bsama Ust Fadzil Nor Abd Karim Exco DPPPhg.Sekadar makluman,kamipun fhm kdudukan sdr.

kalampemuda on May 26, 2009 at 2:08 PM said...

wah..ha,tgk.bkn men byk da rupanya progrm dkt balai islam ni.patutla hari tu mse pegi prog yb w.salman kt umah pneroka tu,bkn men byk dorg kte pas bwt progrm..tahniah2!

kalampemuda on May 26, 2009 at 2:11 PM said...
This comment has been removed by the author.
 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template