Sunday, May 24, 2009

Rangkuman Isu Semasa Kini..


Slm perjuangan buat semua.Mohon maaf di atas kekangan masa yg dihadapi membataskan sy utk meneruskan penulisan di dlm blog ini.Semua telah maklum negara sedang mengalami beberapa perkara yg hangat diperkatakan.

1.Ir.Nizar vs Zambry *bkn Camry...

Jumaat lepas hakim Mahkamah Rayuan telah menyangkal keputusan 'sahabat' mereka yg mengesahkan bahawa Ir.Nizar adalah MB Perak yg sah.Dengan keputusan itu,Zambry *bkn Camry kembali 'merampas' kerusi MB Perak..Hal ini sudah dijangkakan.Sy tertarik dgn ulasan atau pandangan YB Husam Musa berkenaan perkara ini & sy rasakan betul apa yg bakal berlaku selepas ini.Walauapapun,Ir.Nizar tidak akan membiarkan rakyatnya mengaku kalah.Justeru,kes ini dipanjangkan pula ke Mahkamah Persekutuan walaupun peluang utk menang agak tipis.,tetapi demi rakyat,perlu utk diteruskan perjuangan ini.Kita sama-sama nantikan 'sketsa' seterusnya politik Perak..

2.ADUN Manek Urai Kembali Ke Rahmatullah

Alfatihah utk ADUN Kelantan yg byk berjasa,Paksu Mail.Beliau yg sgt disenangi oleh rakyat Kelantan khususnya di DUN Manek Urai telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pd jam 5.50 pg,hari Jumaat di hadapan 2 org anak lelakinya..Pemergian Pak Su Mail amat dirasai bkn shj oleh penduduk,tetapi Mursyidul Am sendiri,YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku MB Kelantan tidak dapat menahan air mata yg menitis mengenangkan pemergian arwah.Arwah telah 5 penggal memegang jawatan sebagai ADUN Manek Urai,salah satu kubu kuat Pas di Kelantan..semoga ruh ditempatkan bersama golongan yg soleh di sisi Allah Taala.Amiiinn......

3.Program di Jengka

Hari ini juga,Jumaat telah diadakan program Pemimpin Bersama Rakyat..Ceh,ingatkan program apa.Rupanya program doktrin UMNO.Maka datanglah Ahli Parlimen K.Krau & YB Wan Salman ke Jengka 16.Program ini diadakan di Dewan Balairaya..*tak menyalahgunakan ke ni??
Ingatkan tengahari dah habis..Rupanya selepas solat Jumaat masih diteruskan.Kali ini,mereka turun ke rumah peneroka.Menurut maklumat,program ini digelar program 'Makan Sambil Bersantai Bersama YB'..Maka,dapatlah saya mkn percuma tghari tu mengiringi ayahnda beta..heh.Majlis yg dianjurkan oleh proksi UBN-Kemas itu mensasarkan utk merapatkan hubungan antara YB & rakyat serta bolehlah diadakan perbincangan UMNO secara tertutup..So,berbagai perkaralah yg sy telah dengari drpd org2 UMNO di sini..Paling seronok apabila mendengar Pak Imam masjid yg masih berserban di kepala meluahkan perasannya terhadap UMNO dgn penuh 'romantisnya'..hahaha.Begitu bersemangat gayanya memperjuangkan UMNO.Tidak kurang juga ada yg menyentuh berkenaan belia di sini.Mereka perlu diadakan program2 utk menarik minat terhadap UMNO.Menambah,persoalan turut dikemukakan.,mengapa pihak sana(Pas) boleh mengatur pelbagai program bkn shj utk pemuda,tp utk semua ahli mereka tetapi UMNO tidak..*bangga sekejap rasanya dgrkn luahan ini..=) Dan bermacam-macam lagi yg diluahkan.Apapun,bg sy..Mereka sebenarnya sudah lemah.Utk pejuang-pejuang Hijau,mereka akan terus istiqamah melaksanakan tugas,ikhlas kerana Allah Taala.Bkn utk kepentingan politik semata..Dgn berdiri megahnya Balai Islam itu nanti,bertambah gerunlah pihak keris di sini..haha

4.PRK Dun Penanti

Semalam,penamaan calon telah berlangsung & keputusannya,Dun Penanti akan ditentang 4 penjuru.1 calon keADILan/PR & 3 calon Bebas.Be End buat pertama kalinya tidak meletakkan calon di dlm pilihanraya..Sememangnya menuju Ending time..Jimat duit rakyat la katakan..Bagus kerajaan kita ni.Amat syg kpd rakyatnya..Kalau mereka menyertai PRK ini,mereka perlu membuat projek-projek yg boleh menarik mata rakyat.Sebab itulah mereka tak masuk.Projek-projek itu bukannya murah..Dah la mahal,bertanding nanti,kalah pulak..Sesia je buat projek..Jadi,tak usah bertanding.Jimatlah duit 'rakyat'..*padahal duit poket..heh

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template