Monday, May 4, 2009

Ingat.,Allah Perhatikan Muktamar...


Salam seaqidah perjuangan buat semua..Sudah agak lama blog ini tidak di 'update' kn..Saya perlu menghadiri satu program penting selama beberapa hari yg lepas.Jadi tak dapatlah nak letak entry baru.Alhamdulillah hari ini masih dipanjangkan umur oleh Allah & masih berkesempatan utk menghantar entry baru di laman ilmu ini..

Semakin hangat massa memperkatakan tentang Muktamar Tahunan Pas ke-55 yg bakal berlangsung di Selangor.Dlm keseronokan menanti berlangsungnya muktamar tersebut,tak dapat dinafikan hati ini juga sedikit sebanyak risau dgn perkembangan Pas..Doa dan harapan yg tinggi dipanjatkan kepada Allah agar apa yg terlintas di hati & fikiran ini hanyalah mainan syaitan shj..

Terbukanya hati ini menerima perjuangan Pas adalah kerana dasarnya..Diperkuatkan lagi Pas ini dgn mengutamakan kepimpinan ulama yg menjadi panduan utama dlm menetapkan sebarang keputusan parti.Ini kerana ulama' adalah pewaris nabi-nabi..Zaman kini sudah tiada nabi.Dan ulama'lah yg menggantikan mereka semua.Tidak dapat tidak merekalah wakil utama dari Allah utk rakyat semua yg akan memandu diri ini menuju syurga dgn berbekalkan redha drpdNya..Jadi,layakkah diri ini utk membelakangkan golongan ulama'??Tidak takutkah aku dgn azab Allah yg pedih kelak??Jadi ulama'lah yg akan membimbing kita semua.Mereka ini arif di dlm hal urusan agama..Termasuklah urusan politik yg tidak dapat dipisahkan dari Islam..So,if we want to involve in politics,lets join politics with guidance from ulama' supaya setiap perjalanan urusan kepimpinan diri,keluarga,masyarakat dan negara tidak lari dari suluhan jalan Islam..

Tapi akhir-akhir ini muncul golongan2 yg ingin melaga-lagakan ulama'..Sedih dan bimbang saya memikirkan perihal ini.Anda sudahlah bukan ulama'..Nak pula melaga-lagakan ulama'..Tidak takutkah anda akan kesan yg bakal dihadapi seandainya ulama' dilagakan.??Perpecahan akan berlaku khususnya dlm kalangan umat Islam.Gerakan memperjuangkan Islam juga akan sedikit sebanyak mengalami kerencatan..Saya tidak bimbangkan sangat keadaan ulama' itu.Mereka bisa mengatasi perkara ini dgn ilmu agama yg terpasak kukuh di dlm diri mereka.Tetapi sebagai seorang saudara seIslam,yg saya bimbangkan adalah puak yg melaga-lagakan ulama' itu.Allah...Bimbang sekiranya dosa yg kalian debitkan di dlm akaun dosa pahala tidak dapat dibersihkan..Amat besar kemurkaan Allah terhadap golongan ini walaupun anda sudah menjadi 'veteran' di dlm barisan perjuangan Islam..Hanya dgn perlakuan ini,luput habis pahala2 anda sepanjang bersusah payah anda memperjuangkan gerakan Islam.

Impak ini akan menular kepada proses kebangkitan Islam.Kini,kita dapat lihat sahabat2 bukan Islam sudah boleh menerima Pas/Islam..Ini satu petanda keajaiban.Jangan kita menjadi golongan yg melambatkan kemenangan Islam dgn melakukan perkara2 bodoh yg boleh menggagalkan proses awal kemenangan Islam di Malaysia..Saya mohon kepada semua golongan manusia di dlm Pas sama ada anda pimpinan tertinggi,pimpinan negeri,cawangan,kawasan,ahli atau 'pencacai' dlm gerakan Islam ini supaya sentiasa ingat bahawa naik tingginya status Pas ini bukanlah disebabkan usaha anda sangat pun..Setakat mana sangatlah usaha anda di dlm Pas utk dibanggakan..Tetapi yg menjadi penyebab utama berjayanya gerakan ini adalah disebabkan rahmat kasih sayang Allah.Kita perlu sentiasa ingat,jatuh bangunnya Pas ada di 'tangan' Allah.Justeru,jgn dibuat kerja2 yg boleh memburukkan proses agamaNya disanjung lantas menimbulkan kebencian & kemurkaanNya..

Untuk muktamar yg bakal berlangsung,mohon dihindari insiden2 yg boleh mencacatkan Pas.Selaku gerakan yg memperjuangkan Islam,jawatan bukanlah pakaian kita.Janganlah direbut-rebutkan seperti sebuah parti itu.Andai kita pun berebut jawatan.,tunggulah sejuta tahun lagi,barulah Pas akan kembali dipandang tinggi.Jawatan ini amanah.Siapa yg sanggup memikul amanah,Allah sudah jelaskan bahawa dialah yg zalim lagi jahil!Semoga proses muktamar berjalan lancar dan Pas terus menjadi pemacu perpaduan rakyat negara ini!Takbir!

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template