Wednesday, May 13, 2009

13 Mei 1969 ~ 13 Mei 2009


Alhamdulillah,syukur pd Allah Taala yg masih mengizinkan diri ini merasai saat-saat akhir penghabisan alam dunia.Moga diri ini akan terus-terusan mengabdikan diri pdNya & terus bersama para pejuang yg inginkan agamaNya didaulatkan agar pengakhiran yg akan dilalui kelak adalah pengakhiran yg diredhai olehNya..

Hari ini merupakan hari 'istimewa' yg perlu kita selaku rakyat Malaysia ingati kerana pd hari yg sama 40 tahun dahulu,negara kita diletakkan dlm keadaan darurat.Sejarah hitam ini telah berlaku di mana satu rusuhan kaum tercetus lantas menyebabkan keadaan negara kita kucar kacir.Rakyat hidup dlm keadaan yg tidak selesa,tidak aman & dlm ketakutan.Memperingati detik hitam ini sgt penting bg kita semua kerana ia perlu diambil sebagai pengajaran besar agar peristiwa ini tidak berulang.

SEJARAH INI BISA BERULANG

Kalian harus sedar,detik hitam ini bila-bila masa shj boleh berulang kembali,meragut keamanan yg kita uar-uarkan & bangga-banggakan selama ini.Bagaimana ia boleh berulang?Sejarah ini dgn mudahnya akan berulang apabila kita memperjuangkan semangat perkauman.Melayu memperjuangkan bangsa Melayu.Cina memperjuangkan kaum Cina dan India memperjuangkan kaum India.Menjadikan kita semua seakan hidup 3 dlm 1.Apabila perjuangan bangsa/kaum menjadi teras,inilah yg akan meragut keamanan kita.Masing-masing ingin memperjuangkan kehebatan sendiri & ingin melebihkan kaum masing-masing.Tiadanya satu titik pertemuan yg IKHLAS utk menyatukan kaum-kaum ini dlm sebuah negara.Saya ulangi.Tiadanya satu titik pertemuan yg IKHLAS utk menyatukan kaum-kaum ini.Saya gunakan perkataan IKHLAS.Membawa maksud,telah ada usaha penggabungan kaum-kaum ini,namun tidak ikhlas dan bisa diragui sama sekali!Penggabungan hanya utk memenuhi kehendak diri,kehendak parti,kehendak politik.Bukannya bersungguh-sungguh utk melihat kaum-kaum di negara ini bersatu & sama-sama maju.

TALAM DUA MUKA

Cuba kalian bayangkan apabila perjuangan bangsa diutamakan.Apabila berada di majlis melibatkan satu bangsa contohnya Melayu,kita mengagung-agungkan bangsa Melayu.Ceritakan betapa pentingnya kita kuatkan Melayu kerana ini Tanah Melayu.Lawan sesiapa shj yg menganggu 'kedaulatan' Melayu.Lantas membelakangi kaum-kaum yg lain.Ibarat mereka musuh yg nyata.Kemudian,apabila berada di majlis yg melibatkan semua kaum,kita mula menceritakan tentang masyarakat majmuk.Perlunya kita bersatu-padu.Hidup aman harmoni.Saling tolong menolong,bantu membantu.Kita sama,tiada beza...Bla..Bla..Bla...Tidakkah ini talam dua muka?Di sini cakap lain,di sana cakap lain....

ISLAM PENYATU SEMUA- ISLAM FOR ALL

Inilah jalan sebenar yg boleh menyatukan kita semua-Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dll..Apabila agama Islam dijadikan panduan asas dlm pentadbiran sesebuah negara,tiada apa yg dapat kita sangsikan lagi.Agama Islam bukanlah kepunyaan khusus utk sesiapa.Agama Islam adalah utk semua kaum.Melayu boleh menganut Islam.Cina boleh menganut Islam,India boleh menganut Islam dan kaum-kaum lain pun boleh menganut Islam.Tapi,bolehkah Melayu masuk Cina?Bolehkah Cina masuk India?Bolehkah India jadi Kadazan??Tidak!Inilah kelebihan apabila agama yg menjadi pasak perjuangan.Tetapi,kita perjuangkan Islam bukanlah bererti 'diwajibkan' kaum-kaum lain menganut Islam.Tiada paksaan dlm menganut Islam..Anda boleh terus dgn agama anda masing-masing.Yang kita inginkan adalah semua kaum dapat menerima sistem yg Islam anjurkan yg semestinya adil buat semua.Anda hanya melalui sistem pentadbiran Islam shj.Tetapi anda bukanlah penganut Islam.Dan dgn Islam,pasti keadilan di pihak anda,keadilan di pihak semua..Tiada yg lebih,tiada yg kurang..Yang paling cantiknya,Islam mengajar penguasa-penguasa kerajaan agar menjaga semua kaum dgn baik.Tak kira Melayu,Cina atau India,seandainya kaum-kaum ini tidak mendapat pembelaan yg sewajarnya,Allah Taala akan mengazab penguasa ini dgn azab yg cukup pedih di akhirat kelak.Inilah yg akan menjadi garis panduan apabila Islam dijadikan asas.Dosa pahala sentiasa menjadi peringatan.Bukan harta kewangan yg menjadi kejaran kerna harta kewangan inilah yg akan menjadi ungkitan di akhirat kelak.

Kembali & terimalah Islam.Pasti kita semua akan selamat,di dunia & akhirat.Percayalah..Sekian

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template