Sunday, May 10, 2009

Aku Ahli Yang Tak Boleh Pakai..???


Agak terkesan jgk diri ini apabila ada yg melabelkan aku sebagai seorang ahli jamaah yg suka mengkritik..Ada juga yg memperlekehkan diri ini disebabkan tak tahu jawatankuasa jamaah..Boleh terimakah???Bagi aku,aku tak kisah.Mereka tak tahu situasi sebenar aku..Mujur kena selalu beringat,berjuang bkn kerana manusia atau semangat..Tetapi berjuanglah adalah atas dasar utama perjuangan iaitu Islam..

Andai dilayan tanggapan2 manusia..Aku bisa 'mati tak hidup-hidup' dlm jln ini.Kalau aku nak mati,terlalu mudah.Ibarat terhidang di depan mata.Andai dilayan kehendak semangat utk terus berada di jln ini.,selama mana sgtlah semangat itu akan berkobar..Kelak akan padam juga akhirnya...

Aku tak kisah dgn pandangan kalian terhadap diri ini..Diri ini tak ingin lebih.Cuma ingin menumpang sedikit belas ruang di jalan ini.Ingin berada di belakang para ulama' & pejuang2 seperti kalian..Suka utkku berikan apa yg termampu utk memperkemaskan lagi jln ini.Cuma inginku berpesan kpd pejuang-pejuang yg cukup setia dan bersemangat dgn perjuangan ini..Bukan seperti diriku.Aku hanya penumpang..

Janganlah kalian mudah melatah..Janganlah mudah menilai seseorang dgn persepsi yg negatif..Jalan ini jln mulia.Jadi,isikanlah 'hiasan' jalan ini dgn bunga perlakuan yg juga mulia..Jln ini memerlukan qudwah.Jln ini memerlukan tuturan2,nasihat2 & 'sindiran2' yg bisa mencairkan hati yg keras,separa keras dan juga tak terkecuali hati yg lembut..Qudwah beserta tuturan lembut penuh ketegasan amat penting bagi kalian selaku pejuang tulen gerakan Islam..Kita perlu tegas!Tapi tak perlu panas melenting sehingga terlalu bijak melabel2kan orang..Sebab apa??Sebab kita belum pasti lagi di mana pengakhiran kita..Jalan ini adalah wasilah mudah utk kita menggapai pengakhiran yg baik..Ingat!Sekadar wasilah..Bukan jaminan..Andai kita salah pengaplikasian di atas jln ini,kita juga tidak akan terlepas dari pengakhiran yg buruk..

Mungkin insan berhati keras tadi adalah penghuni syurga,sedangkan kita bukan..
Mungkin insan berhati separa keras tadi adalah penghuni syurga,sedangkan kita bukan..
Mungkin insan yg kita telah melabelkan dgn label negatif tadi adalah ahli syurga,sedangkan kita bukan..

Tidak dapat dinafikan..Kadang2 manusia yg berada di ats jln ini semacam syok sendiri dgn perjuangan mereka..Lantas mengecam atau terus memandang sebelah mata akan org yg tidak berada di jln ini..Ya!Secara kasarnya kita berada di landasan yg benar..Tetapi kita tidak tahu penilaian sebenar Allah akan keterlibatan kita di jln ini..

Teruskanlah berjuang..Hiasilah diri selaku tiang2 seri gerakan ini dgn suri teladan yg dapat menambat hati sesiapa sahaja..Kita bkn perjuangkan parti,tetapi kita perjuangkan agama & nilai2 kesucian di dlmnya..Terus berjuang memburu syahid!Takbir!Ku doakan para pejuang sekalian sentiasa berada dlm lembayung redha Ilahi..Hanya itu bantuan yg selalu ku hulurkan buat kalian...Amiiin

6 comments:

Anonymous said...

Islam is our life...Mardhotilllah is our Goal

kritikan org ni "Ibarat Chewing Gum"
amek faedahnya dan tolak kebelakng yang mana kritikan meruntuh.....

rijal88 on May 11, 2009 at 6:31 AM said...

"Kritikan is Chewing gum"

itulah yg aku pgg...nk dpt sume redha makhluk...impossible..bagiku kritikan tanda Syg Allah pd ku ...masakan tidak, Dia tlh menegur ksilapan kita di muka bumi sblm kita bertemuNYA

'abid on May 11, 2009 at 11:43 AM said...

Yes,ia ibarat chewing gum atau bubble gum atau ap2 lg gum..itu bknny mnjdi kbimbngn sy.tp yg mmbmbngkan sy kritikan itu lahir dr manusia yg sme mengunyh chewing gum itu td..bkn kritkn utk mmbina,tapi mnjatuhkn.itu yg sy bmbg.sy xtujukn kpd sesiapa.hrp jln ini xdiisi oleh pengunyah chewing gum yg sebegini.trima kasih.

tanpa nama said...

salam.
astagfirullahaAzim..dik,mgkin blh muhasabah balik diri..teguran dan kritikan dlm apa skali pun mesti di ambikdgn penuh " husnu zon".cubalah untuk ke arah itu..mgkin blh terus mujahadah dan ajar diri unt tunduk dan berlapang dada dgn pndapat dn teguran org..x rugi dik..andai ada teguran, tengoklah dgn penuh hikmah..hidup di jalan ini perlukn hati "Besi"..x mudah terasa, demi unt islam..maaf, hanya skdr pndpt dn teguran..sama2 kt bersihkan blk hati.cari hikmah dr setiap apa y berlaku pd kita. ok,slm penuh juang.

'abid on May 11, 2009 at 6:05 PM said...

slm to 'tanpa nama'
mungkin anda tidak faham dgn penjelasan sy.atau anda ckp cmtu disebbkn tidak mndgr intonasi sy.heh..

tapi,x mengapa..apa2pn sy sentiasa menerima nasihat2 sebegini.syukran utk 'tanpa nama'..=)

Ana Farhanah on May 14, 2009 at 10:09 PM said...

erm..ana stuju yg kita tidak boleh melabel org sbb tidak tahu apa pengakhirannya nanti..sabar je mir..biasa lah..hati insan...kdg2 mgkn terlepas juga wpun xde niat nak melabel org..wallahualam..positif kan diri anda..mgkn dia juga xsengaja melabel..moga sama2 muhsbah kmbali diri..insha Allah (d tujukan untuk ana juga)..

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template