Monday, May 18, 2009

Dah Takde Tawar-Menawar Daahh...


"Bang.,baju ni bpe ringgit ye sehelai?"
"Oh,yang tu RM25 sehelai dik.."
Allah,RM25...mahalnyer...
"Yang ni plak,bpe bang??"
"Yang tu murah je..RM10 sehelai..tapi kalau adik beli 3 helai,abg bg RM25 je..Cne.,boleh??"
3 helai RM25.....Hurrmmm..,"kalau sy beli 3,boleh tak abg bg RM20..??"
"Hah,RM20...Sorila dik.xpulang modal la abg mcm ni..Nak cari mkn kat sini pun payah.Bkn menentu ekonomi skrg ni.."
"Ala bang..tlgla..Sy x bwak byk duit ni..Bolehla bang eih.??"
"Hmm..mcmnila..3 helai abg bg RM23..cincai kira..ok?"
"Haa...boleh-boleh..."

Itulah salah satu sketsa hidup manusia..Tawar-menawar dlm urusan jual beli.Andai pandai mengampu,untungla jawabnya..Lebih-lebih lagi kalau ada kroni..Berlipat gandalah pulangan yg diterima..Mudah shj utk mendapat pertolongan,mendapat harga yg lebih murah atau mendapat sebarang projek..
*oppss,xde kne mengena dgn kerajaan @ sesiapa..

Sampai bila kita boleh tawar-menawar??Sedarlah,tawar-menawar hanya laku di dunia shj..Kerana di alam kubur dan di alam akhirat kelak,sudah tiada lagi istilah tawar-menawar bg kita semua.Segalanya menjadi kuasa mutlak Allah Taala yg Maha Kuasa..Andai baik 'saving' kita.,baiklah jawapannya..Andai busuk 'saving' kita..,buruklah padahnya..

Allah telah nukilkan di dlm firmanNya di mana kita semua sudah tiada lagi peluang utk kembali ke dunia ini utk memperbanyakkan amalan hatta sesaat pn.Dikala itu,manusia merintih-rintih utk kembali ke dunia dek kerana amalan tika di dunia dulu tidak cukup utk menggapai redhaNya utk masuk ke syurga..Semasa hayat di dunia,tiada sedikitpun rasa bersalah di dlm dirinya membelakangkan hukum-hakam Allah.Tika di dunia dulu,dialah yg paling terkehadapan mencerca para ulama' sedangkan ulama'lah pewaris nabi utk membimbing manusia ke arah keredhaanNya..Dan semasa di dunia dulu,aurat didedah,solat pun punah...Suruhan Allah dianggap terlalu mudah..Andai dia seorang pemimpin,jawatan dijadikan sebagai pakaian utk meninggikan kedudukan diri dan kaum kerabat.Bukan utk menegakkan agama Allah utk disampaikan kepada seluruh rakyat agar sentiasa patuh & taat kpd Allah!

Sedarlah kita semua..Tiada apa yg kita rugi seandainya Islam diletakkan sebagai panduan utama dlm segala tindakan.Yakinlah bahawa kita akan selamat di dunia dan akhirat sekiranya meletakkan Islam sebagai teras diri ini..Semoga kita sama-sama berusaha ke arah mencapai redhaNya..Amiiin

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template