Friday, May 29, 2009

Kematian Itu Pasti.Tapi...


Hari ini telah berlaku satu kematian di tempat sy..Alhamdulilah,jenazah meninggal dunia pada hari Jumaat,penghulu segala hari.Diberitahu bahawa kematian tersebut adalah disebabkan penyakit barah yg telah sekian lama ditanggung oleh jenazah menyebabkan berat badannya menjadi susut yg teramat sgt..Apapun,sy mengharapkan agar kita semua dpt menyedekahkan alfatihah & mendoakan agar jenazah ditempatkan bersama-sama org yg mendapat perlindungan drpd Allah di akhirat kelak..Alfatihah..

Kematian tidak dpt lari dr kamus setiap makhluk ciptaan Allah Taala..Manusia,tumbuhan,haiwan,bumi,planet-planet & apa shj yg bergelar ciptaan Allah pasti musnah satu hari kelak..Selaku manusia biasa,sy berasa 'takut' akan kematian.Takut sekiranya amalan masih tidak mencapai 'gred' A+ bg menggapai redha Allah utk merasai nikmat syurgaNya yg kekal abadi..Dan kematian yg berlaku pd hari ini seakan memuhasabahkan kembali diri ini akan amal ibadat yg dilakukan..Adakah cukup sbg bekalan?Atau masih terdapat sedikit lagi kekurangan utk mengecap nikmat syurga seandainya nyawa dicabut ketika ini..??

Seusai solat Jumaat td,solat jenazah didirikan utk si mati..Namun,inilah yg 'memeningkan' sy..Tatkala mayat masih terbujur kaku di dlm masjid,sudah terdengar suara jemaah yg bergelak ketawa.Seakan-akan tiada apa-apa yg berlaku..Yang menjadi bertambah hairannya,bkn kanak-kanak.,tapi org tua yg secara logik akalnya memang dah tak berapa lama lagi utk mengikut jejak langkah si mati..Perlakuan tersebut bkn shj tidak menghormati jenazah,tapi tak menghormati masjid sedangkan khutbah hari ini baru shj berbuih bercakap ttg adab-adab di masjid..

Mungkin inilah hakikat akhir zaman..Seringkali juga kita mendengar kisah-kisah org yg hadir ke rumah-rumah org yg meninggal dunia,selesai shj membaca Yaasin di atas rumah,turun rumah terus berasap,hisap rokok & bersembang..Bkn setakat bersembang,tapi bergelak ketawa tanpa ada sedikitpun rasa keinsafan di dlm diri..Entahlah dunia...Semoga diri ini dihindari drpd sifat begitu..Amiin Ya Rabbal 'Alamiin

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template