Tuesday, March 31, 2009

Di Sini Bermula...

0 comments
Serentak dgn pertukaran kepimpinan UMNO yg baru,para pejuang 'totok' Melayu yg tidak sukakan Bahasa Melayu ini terus dihamparkan dgn ujian sulung yg bakal menguji sejauh mana kemampuan barisan kepimpinan yg diterajui oleh Najib Razak & konco-konconya.Umum sudah mengetahui berkenaan 3 pilihanraya yg melibatkan 3 buah negeri di Malaysia iaitu Bkt Gantang,Bkt Selambau & Batang Ai.Ramai yg telah menyimpan tekad di dlm hati bahawa keputusan pilihanraya inilah yg akan menentukan tarikh 'pengebumian' UMNO...

Sewaktu penamaan calon kelmarin,Bkt Gantang & Bkt Selambau telah menunjukkan satu penguasaan di luar jangkaan Pakatan Rakyat di mana jutaan rakyat turun memberi sokongan kpd calon-calon PR.Setiap pelusuk tempat penamaan dikuasai oleh penyokong PR.Ini sedikit sebanyak telah memberi gambaran awal terhadap keputusan PRK yg bakal berlangsung pd 7hb April ini.Dan didoakan agar situasi ini bakal menjadi kenyataan apabila rakyat di Bukit Gantang selesai menunaikan amanah mereka pd hari pembuangan undi nanti...InsyaAllah

Dalam pada itu,akhbar hari ini telah menyatakan bait-bait keresahan yg mula menjiwai dada org kedua tertinggi UMNO iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin..Beliau mengatakan bahawa masyarakat tidak sepatutnya mengambil keputusan pilihanraya ini sebagai batu asas utk menafsirkan keupayaan barisan pimpinan terbaru UMNO terutama Najib Razak kerana mereka baru di awal 'saingan'...Secara kasarnya kita boleh tafsirkan Muhyiddin sememangnya mengakui kepincangan,kelemahan,keburukan serta ketidakadilan UMNO/BN yg perlu mereka baiki setelah 52 thn memerintah.Sekiranya mereka telah menjalankan tugas dgn seamanah mungkin,rakyat tidak akan menentang mereka sehebat ini.Keputusan di Bkt Gantang juga akan menjadi penunjuk sebenar situasi demokrasi di Perak.Rakyat Perak akan menafsirkan siapakah pihak yg benar & siapakah pihak yg salah melalui undi mereka.

Sama-sama kita nantikan..Di sinilah segalanya akan kembali bermula....

Sunday, March 29, 2009

Safety First! Ulama' First!!

1 comments
Setiap daripada kita mudah utk melafazkan hasrat hati utk selamat (Safety First) di dunia & juga akhirat.Tapi itu semua hanya sekadar mainan lagu indah di mulut sahaja.Hakikatnya apa yg di ajar oleh agama tidak dipatuhi sama sekali.Apa itu agama???Agama bukanlah sekadar sembahyang,puasa,zakat dan mengerjakan haji sahaja.Tetapi agama adalah satu himpunan undang-undang yg dtg dari Allah Taala ke atas Rasulnya.Undang-undang Allah Taala mencakupi sekalian hal.Sekecil adab ke tandas sehinggalah sebesar-besar amanah memerintah sebuah pentadbiran kerajaan berlandaskan agama Islam!Itulah agama..

Oleh kerana itulah seringkali kita diingatkan bahawa pemerintahan @ politik bukanlah 'anak tiri' bagi Islam.Ia termasuk dlm perkara utama dlm agama yg perlu ditegakkan supaya setiap apa yg dilakukan oleh umat Islam di dlm sesebuah negara itu sentiasa di bawah naungan rahmat & keredhaan Allah Taala.Untuk merealisasikan ini semua memerlukan kita kepada mengenali Allah Taala itu sendiri.Kenal sifat-sifatNya.Barulah lahir rasa takut akan azabNya serta lahir rasa syg utk sentiasa melaksanakan suruhanNya..Bagaimana utk mengenali Allah Taala???Itulah hikmah diturunkan nabi-nabi agar mereka dapat menyampaikan ajaran-ajaran Allah Taala.Mengajar kpd sekalian umat akan Allah Taala supaya kita semua tahu bahawa hikmah penciptaan kita ini adalah dari kuasa yg maha perkasa iaitu Allah Taala,tiada yg lain yg setanding dgnNya.Nabi-nabi juga diutus agar menyampaikan amanat-amanat Allah Taala yg termaktub di dlm undang-undangNya tadi supaya setiap manusia ini melaksanakannya..

Bagaimana pula hendak mengenal nabi??Sekarang nabi sudah tiada..???
Disinilah pentingnya ULAMA'!!
Ulama' merupakan pewaris anbia'..Pewaris nabi-nabi..Atas sebab itulah saya ingin bersama-sama mengingatkan kita semua bahawa utk kita letakkan "Safety First" itu tidak salah.Cuma masih ada perkara lain yg perlu kita utamakan iaitu "ULAMA' FIRST!"
Ulama' merupakan golongan yg akan membimbing kita semua ke arah keselamatan dunia & akhirat.Mengajar & membimbing kita menelusuri jalan sebenar utk ke syurga Allah.Mengajar kita mengenal para nabi & seterusnya mengajar kita utk mengenal akan Allah Taala..Jadi,wajarkah utk kita menolak ulama'???Zaman kita sekarang cukup mencabar.Pelbagai ajaran yg muncul yg bisa mengelirukan kita semua dgn mudah yg akhirnya menjerumuskan kita ke lembah murtad!Ulama'lah yg diturunkan oleh Allah utk membetulkan kita semua.Andai kita menolak golongan ini,bersiap sedialah kita utk menghadapi azab Allah Taala yg tidak terperi sakitnya..

Atas dasar itulah sekali lagi saya menyeru kepada kita semua agar jgn sekali-kali memperlekeh & membelakangkan golongan ulama'..Berdiri teguhlahlah kita di bawah kepimpinan mereka kerana merekalah yg akan menjamin kita menggapai redha & syurga Allah.Merekalah pewaris nabi utk membimbing kita ke arah kebenaran..Merekalah yg akan mengajar kita mengenal akan Allah Taala dan segala sifat kekuasaanNya..Moga kasih dan rahmat Allah sentiasa bersama kita.Sama-sama kita doakan agar insan-insan yg masih membelakang & menentang golongan ulama' ini akan memperoleh hidayah dariNya sebelum ajal menjelang tiba...

Mengemis RedhaNya,Ulama' Diutama..!

Selesai Penamaan Calon...

0 comments
Alhamdulillah selesai sudah penamaan calon bagi dua kawasan pilihanraya kecil: Dun Bukit Selambau & Parlimen Bukit Gantang.Yang pastinya dua biji mata kita akan lebih tertumpu ke Parlimen Bkt Gantang kerana keputusan inilah yg akan mencerminkan kedudukan sebenar demokrasi di Perak & keputusan di kawasan ini jugalah yg akan menentukan hala tuju sebenar politik UMNO seusai pemilihan pucuk pimpinan baru mereka semalam.Ini diakui sendiri oleh Muhyiddin Yasin melalui ucapan ulasannya berkenaan PRK ini.Dari sinilah kita akn lihat sejauh mana kekebalan Najib Razak menerajui kepimpinan UMNO yg baru.Bersungguh benar berucap dlm PWTC semalam.Tegang urat-urat tekak..Harapnya apa yg diluahkan itu merupakan suatu kenyataan.Walaubagaimanapun,penulis tidak akan sama sekali berkurang keyakinan & pengharapan agar calon-calon Pakatan amnya & Pas khususnya memperoleh kejayaan dlm PRK ini.Moga pertolongan Allah sentiasa bersama..Wallahu'alam

Friday, March 27, 2009

Apabila Ayam Berkokok...

0 comments
"Dan takutlah kamu pada hari kamu semua akan dikembalikan kepada Allah lalu ditunaikan kepada tiap-tiap diri kamu apa yg dilakukan & diusahakan dalam keadaan mereka itu tidak dizalimi sedikitpun.."
-Al Baqarah: 281

"Demi Allah,aku tidak bimbang kamu menjadi fakir,tetapi aku bimbang dibentangkan kepada kamu dunia sebagaimana ia dibentangkan kepada umat-umat terdahulu drpd kamu lalu kamu berkelahi sebagaimana mereka berkelahi,maka dunia mebinasakan kamu sebagaimana dia pernah membinasakan umat terdahulu.."
-Laungan Amaran Dari Rasulullah S.A.W

Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a mengingatkan kepada kita semua agar kita menelusuri terlebih dahulu laluan utk menggapai hidayah Allah Taala.Perkara ini telah dinukilkan di dlm buku Bidayatul Hidayah:Permulaan Jalan Hidayah..Ini adalah sekadar permulaan bagi kita utk mendapat hidayah Allah.Saya tertarik dgn isi yg terkandung di dlm buku ini..

Banyak perkara yg menyentuh hati naluri ini mengingatkan bahawa cukup kerdil diri ini utk mendapat sekelumit cuma hidayah Allah.Sebagai sedikit perkongsian buat semua,Imam Ghazali menggariskan beberapa perkara yg perlu kita kerjakan sebaik sahaja 'ayam berkokok' sehinggalah ayam kembali ke tempat 'peraduannya' utk kita mulakan langkah menggapai hidayah dr Allah Taala..

1. Selesai sudah solat Subuh,Isyraq & Dhuha,adalah afdhal bg kita utk pergi menuntut ilmu yg bermanfaat.Dikatakan ilmu yg bermanfaat itu adalah ilmu yg semakin mendekatkan diri kita kpd Allah Taala,menambahkan rasa takut kita kpdNya seandainya kita tidak menyempurnakan segala suruhanNya.Imam Ghazali telah menyebutkan segala ilmu itu terkandung di dlm kitab Ihya' Ulumiddin yg perlu utk kita utamakan mentadabburnya berbanding ilmu-ilmu cabang atau ilmu Masail Khilafiyah.Betapa penting utk kita utamakan belajar ilmu-ilmu usul drpd ilmu-ilmu furu'..Setelah kita selesai mencari ilmu yg bermanfaat,tidak mengapalah utk kita menuntut ilmu Masail Khilafiyah tersebut..

2. Memperbanyakkan berzikir,membaca AlQuran & bertasbih kerana inilah darjat seorang 'Abid dan merupakan cara hidup org yg soleh.Beruntunglah kita andai ini yg kita sering laksanakan setiap hari.

3. Buatlah sebarang pekerjaan yg dapat memberi kebaikan kpd org-org Islam dan dpt menggembirakan hati org-org beriman.Selain itu kita digalakkan utk membantu org yg soleh di dlm pekerjaan mereka terutama membantu para ulama' & ahli-ahli agama dlm melaksanakan tugasan mereka.

4. Sekiranya kita tidak dapat melaksanakan mana-mana satu dari 3 pekerjaan di atas,cukuplah bg kita utk melakukan perkara yg dapat menyempurnakan hajat kita sendiri & mencari nafkah bg diri & keluarga asalkan tidak mengganggu kehidupan org lain atau lidah & tangan kita ini tidak digunakan utk menyusahkan kehidupan org lain.

Allah..!!Betapa kerdil rasanya diri ini.Bolehkah aku mencapai taraf sebenar-benar 'Abid yg sentiasa meletakkan Allah sebagai tujuan dlm hidupku dlm keadaan iman yg sentiasa berbolak-balik ini???Ini baru langkah mula utkku menggapai hidayah Ilahi,sudah terasa berat utk kusempurnakan..Apakah hidayahNya sentiasa bersamaku dlm kehidupanku seharian??

Mulakan Langkah Mengemis RedhaNya...

Pewaris Generasi Felda

1 comments
Agak byk komen yg penulis terima berkenaan isu Felda..Terima kasih kpd para pelawat yg sudi memberikan idea-idea serta nasihat-nasihat buat diri penulis.InsyaAllah penulis tidak akan sekali-kali lupakan nasihat tersebut..

Buat pengetahuan semua,saya bukanlah insan yg hebat utk bermadah bicara berkenaan isu Felda & juga isu-isu lain.Sekadar melemparkan pandangan berteraskan pemahaman yg telah Allah Taala anugerahkan buat diri ini & tidak salah saya kira utk dikongsikan bersama kalian kerana Islam sendiri membuka seluas-luasnya pintu munaqasyah sesama umatnya,sama-sama kita tenung & renung hikmah & kebaikan yg terlindung disebaliknya semata-mata utk menggapai redhaNya,bukan utk memecahbelahkan umat Islam itu sendiri.Yang menjadi masalahnya adalah apabila kita menilai sesuatu itu berlandaskan nafsu,perasaan & ghairah semata-sama.Bukan atas dasar keikhlasan utk sentiasa meletakkan pandangan dari kaca mata Islam sebagai keutamaan.Natijahnya,nafsu akan mudah dikuasai syaitan lalu mewujudkan persengketaan yg amat merugikan umat Islam itu sendiri...

Berbalik kpd isu Felda.Saya sejujurnya katakan bahawa saya tidak sentiasa memandang kpd buruknya Felda tersebut.Tetapi saya ingin tafsirkan kehidupan masyarakat Felda dari sudut kehidupan sebagai seorang Islam.Semua daripada kita sedia maklum bahawa komposisi masyarakat Felda adalah org Melayu/Islam sebagai majoritinya.Ini merupakan satu kelebihan dan satu peluang yg cukup besar buat bangsa Melayu apabila dikumpulkan di dlm satu rancangan.Mengukuhkan perpaduan sesama bangsa Melayu...

Tapi,cuba kita renungkan mereka ini dari kaca mata hidup Islam.Dalam blog ini telah saya ingatkan beberapa kali bahawa Islam itu yg perlu diberikan keutamaan.Bukan bangasa kerana di akhirat kelak kita tidak dibezakan mengikut kehebatan bangsa tetapi dibezakan dari sudut ibadah,tahap ketaqwaan kita kepadaNya.Jadi,apabila kita lihat kepada terbentuknya Felda yg mengumpulkan majoriti org Islam di dlmny,tidakkah sepatutnya kawasan ini yg menjadi kawasan yg kuat pengaruh Islamnya??Tidakkah masyarakat di sini yg sepatutnya tinggi ilmu agamanya???Tidakkah sepatutnya penduduk-penduduk Felda ini yg memenuhi masjid-masjid & surau-surau yg ada,sekiranya mereka betul-betul dikumpulkan dan diberi kefahaman yg mendalam akan ilmu ajaran Islam????

Hah,inilah yg menyedihkan saya!Sekiranya kita ikhlas utk lihat Islam itu bangkit kembali,Islam itu boleh menguasai negara & dunia,sepatutnya peluang-peluang seperti ini tidak dilepaskan 'bodoh' begitu sahaja!Hari ini,ke mana kita lihat perginya warisan-warisan generasi Felda ini??Kadar jenayah terutama dadah dipelopori oleh siapa kalau bukan dari Felda.Pecah rumah & bermacam-macam lagi kes jenayah,byk berlaku di kawasan ini.Tidak sedihkah anda melihat keadaan ini???Layakkah kita membiarkan sahaja??Inilah yg akan terjadi apabila kita tidak meletakkan Islam itu sebagai keutamaan.Datanglah sendiri ke kawasan ini.Lihat & renunglah sendiri kehidupan penduduk Felda berlandaskan ajaran Islam yg utama itu.Kita boleh berbangga dgn kemajuan Felda,tetapi kita jauh sekali tidak boleh berbangga dgn Islam yg wujud di Felda!

Terus Mengemis Redha Ilahi!

Wednesday, March 25, 2009

Wah!Aku Perjuangkan MELAYU!

0 comments
Artikel ini penulis nukilkan utk berkongsi rasa 'terhibur' penulis dgn para pelawat sekalian.Mana tidaknya.Umum mengetahui,ramai yg memberi komen ttg isu PPSMI yg telah penulis rungkaikan beberapa hari lalu..Beberapa kali penulis rasa tercuit-cuit hati ini apabila merasakan diri ini semacam terlalu bersungguh utk mempertahankan kedaulatan bahasa MELAYU semata-mata demi ketinggian bangsa penulis di mata dunia.Baiklah,buat semua pelawat,penulis hanya menyatakan kerisauan penulis seandainya dasar ini diteruskan.Apabila dasar ini diteruskan,sememangnya dgn izin Allah ramai rakyat Malaysia yg boleh menguasai Bahasa Inggeris dan boleh bertutur dlm Bahasa Inggeris setanding dgn bangsa Inggeris itu sendiri.Tetapi,sekarang kita membicarakan tentang kedudukan bahsa kita yakni Bahasa MELAYU.Ke mana akan perginya bahasa kita ini dlm suasana rakyatnya hebat menuturkan Bahasa Inggeris..??Ke mana akan perginya penilaian manusia seantero dunia kepada bangsa kita,bangsa MELAYU sekiranya kita sendiri pun menolak kehebatan bahasa kita sendiri???Mohon sama-sama kita selami seikhlas mungkin.Bukan niat penulis utk menjadi penentang tegar kpd kerajaan kerana penulis sememangnya ingin 'menegakkan kebenaran' selari dgn motto blog ini..Sama-samalah kita telusurinya...

Perkara yg membuatkan penulis berasa tercuit hati adalah kerana jalan perjuangan yg penulis pilih bukanlah perjuangan berteraskan bangsa MELAYU.Tetapi komen-komen yg penulis terima berkenaan bahasa MELAYU ini seolah-olah penulis seorang yg begitu taksub dgn perjuangan bangsa MELAYU..Aneh?????

Saudara-saudari sekalian.
Inilah yg dikatakan cantiknya apabila kita berjuang atas dasar ISLAM..ISLAM walaubagaimana cara sekalipun tetap perlu ditegakkan,diselamatkan & diperjuangkan.Justeru itu penulis letakkan perjuangan atas dasar ISLAM sebagai keutamaan.Bukan bangsa!Anda dapat lihat.Sekiranya anda berjuang utk ISLAM,bangsa anda tidak akan ditinggalkan ke belakang.Secara automatik bangsa anda akan terjamin kedudukannya hatta akan lebih dipandang tinggi 'darjatnya' di sisi manusia.Mengapa??Kerana ISLAM menggariskan supaya umatnya bersikap dgn sikap yg mahmudah.Setiap perlakuan kita ada hukumnya sama ada kita menerima rahmat atau azab dari ALLAH Taala..Tetapi,apakah yg akan berlaku sekiranya anda perjuangkan bangsa??Adakah ISLAM itu akan terjamin kedudukannya?Sistem-sistemnya??Hukum-hakamnya??Undang-undangnya???'Tepuk dada,tanyalah iman..'

Justeru,yakinlah dgn perjuangan ISLAM..Penulis bukanlah pejuang tulen bangsa,tetapi ISLAM mengajar supaya perlu dijaga kemaslahatan bangsa agar tidak dipalit dgn fitnah-fitnah daripada bangsa lain yg kafir..

Salam Mengemis Redha Ilahi......

Tuesday, March 24, 2009

"Product Made In Jamaah": Di Mana Kelebihannya??

0 comments
'Hidup ini merupakan satu persinggahan dan kita akan kembali pada yg menciptakan..'-memetik huraian bait lagu di dlm blog ini..
Hakikatnya,kehidupan sebenar kita adalah kehidupan di akhirat kelak.Bahagialah hidup kita selamanya andai termasuk dlm golongan yg berjaya 'mengemis' redha sang pencipta tetapi malang semalang-malangnyalah kita seandainya tercampak ke jurang api neraka yg tidak terjangkau dek akal fikiran akan seksaannya.Segalanya tertumpu di dunia.Di sinilah tempat kita berladang.Menanam benih-benih ibadah utk disemai dan dikutip hasilnya di kilang akhirat..Semakin banyak biji-biji benih yg ditanam,semakin yakinlah kita bahawa keuntungan hasilnya semakin hampir.Tetapi barang diingat,sekiranya kita tidak mendapat restu dari 'empunya tanah',biji-biji yg ditanam pasti menjadi satu kerja yg sia-sia.Hanya penat yg dikerahkan,hanya peluh yg dijejekkan.Tetapi hasilnya 'dikaut' semua oleh 'tuan' empunya tanah lantas dicampak ke tempat yg setaraf baginya..Inilah perkara yg saban hari manusia terleka utk mengetahui betapa pentingnya utk kita semua merendahkan diri,menjadi seorang pengemis yg sentiasa dgn penuh pengharapan tunduk kepada sang empunya tanah agar tanaman yg disemai mendapat restu dan hasilnya dapat menjadi tiket utk mengaut keuntungan abadi.....

Allah banyak menukilkan di dlm AlQuran berkenaan pentingnya manusia mengikut langkah-langkah yg sebenar utk menggapai syurgaNya..Bahkan step-step ini sering diulang beberapa kali di dalam surah-surah yg berbeza.

"Berimanlah kamu kepada Allah & RasulNya dan berjihadlah(berjuang) kamu di atas jalan Allah dgn dgn harta kamu & diri kamu......"

Beriman kepada Allah & RasulNya-diletakkan tanggungjawab tersebut ke atas bahu setiap individu muslim utk merealisasikannya tetapi utk berjihad di atas jln Allah S.W.T,ia melibatkan diri & juga org lain sepertimana firmanNya..:

" Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yg berjihad di jalanNya dalam barisan yg teratur,mereka seakan-akan seperti satu bangunan yg tersusun kukuh.."

Lantas,terbinalah satu jamaah Islam yg menggerakkan jihad ini supaya dapat digarapkan perencanaan yg padu & jitu bagi memastikan kelangsungan jihad semata-mata utk mencari redha Ilahi & syurga yg abadi..Di sinilah bermulanya sistem tarbiyah.Ia disusun dgn penuh teliti dan digerakkan dgn penuh berkualiti agar didikan yg diadun bisa melahirkan para pejuang yg kuat imannya,kental jiwanya serta tinggi semangatnya..Mereka tidak sekali-kali cuai,culas atau mudah utk dicantas tetapi mereka terbina dgn memiliki hati yg cekal,cekap dan tangkas!

Tarbiyah yg disemai merupakan adunan ramuan-ramuan yg berhubungan langsung dgn Allah Taala.Didikan yg diberi merupakan peringatan-peringatan akan amanah yg ditaklifkan oleh sang pencipta terhadap hambaNya yg perlu dilaksanakan.Produk keluaran tarbiyah ini akan sentiasa disuntik dengan kesusahan-kesusahan yg semestinya menjadi asam garam dalam memperjuangkan Islam sebagaimana firmanNya:

"Alif Lam Mim..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dgn hanya mengatakan, 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji?"

Mereka yg teradun dgn resipi ini akan tepu dgn kesusahan,tegar dgn ketabahan serta kental dgn provokasi-provokasi musuh yg sentiasa mencucuk jarumnya utk merobek & mengganggu gugat kebenaran Islam.Perjuangan yg dilakarkan adalah semata-mata utk Allah Taala,penguasa sekalian alam.Tiada yg terhebat drpdNya.Dialah yg maha kuasa ke atas segala sesuatu.Maka hasilnya,terbentuklah bungkusan-bungkusan produk tarbiyah yg setia serta ikhlas berjuang,bukan atas dasar nama.Bukan atas dasar jawatan & pangkat.Bukan atas dasar kewangan.Bukan atas dasar keturunan.Dan yg terpenting bukan atas dasar BANGSA!Mereka akan tahu bahawa kesusahan dlm perjuangan ini adalah hanya atas dasar ISLAM!Perjuangan atas dasar ini sahajalah yg diterima oleh Rabbi.Perjuangan inilah yg bakal ditanya olehNya di akhirat kelak.Perjuangan inilah sebenar-benar perjuangan.Perjuangan inilah yg paling hampir denganNya.Perjuangan Islamlah yg perlu diutamakan,bukan bangsa yg perlu diutamakan!

Bersatu dan berjihadlah wahai kaum muslimin dgn semangat & roh kebenaran..
Bersama kita kembalikan izzah Islam.Yakinlah kita dgn kekuatan Islam.Yakinlah kita dengan janji Allah Taala bahawa suatu hari nanti,Islam pasti kembali gemilang.Untuk itu,bersamalah kita terus menggarap idea-idea semata-mata utk Islam tercinta.Bertahanlah kita semua dengan serangan-serangan musuh.Kita bina kekuatan kita.Jangan bergantung kepada kelemahan musuh kerana kitalah produk... "MADE IN JAMAAH!!"

Parlimen Bukit Gantang

0 comments
Alhamdulillah berkat kesabaran para ahli & saf pimpinan menunggu dgn penuh thiqah,maka calon Pas bg Parlimen Bukit Gantang telah diumumkan.YB Nizar Jamaluddin diletakkan sbg calon bagi mengekalkan kawasan ini di tangan Pas.InsyaAllah seluruh ahli pendokong & penyokong gerakan Islam ini akan memberi sepenuh kepercayaan & thiqah ke atas pemilihan yg telah dilaksanakan oleh majlis syura..
Kemenangan di Parlimen Bukit Gantang akan menjadi bukti sama ada kerajaan negeri kini 'halal' @ 'haram' & secara umumnya akan memperlihatkan berapa lama lagi nafas UMNO mampu bertahan menanggung penyakit barah yg sedang mereka alami dlm sistem demokrasi yg dicipta oleh mereka ini..Sama-sama kita doakan proses pilihanraya ini akan berjalan dgn telus & tiada unsur-unsur menindas & rasuah yg menjadi 'pakaian' pihak lawan..
Saya tinggalkan kalian di dlm post ini dgn satu kisah yg perlu kita semua 'cakna'..

"Seorang pesakit telah disahkan mengalami penyakit kanser hati.Semakin lama,kanser tersebut semakin kronik..Sudah lebih 50 tahun dia menderita penyakit ini,tapi masih mampu bertahan dgn menggunakan segala 'alat' yg ada.Dan alhamdulilah dlm jangka masa terdekat ini,ada seorang insan yg sanggup utk 'menderma' hatinya bagi menggantikan hati pesakit ini.Riang gembira pesakit ini mendengarkan berita tersebut..Malangnya pesakit ini tidak tahu bahawa penderma ini pun mengidap kanser.Bukan itu shj.Kudis buta,kurap,kusta,heart attack,batu karang & yg seangkatan dgnnya mewarnai kehidupan penderma ini..Tapi,disebabkan semangatnya yg kental utk menderma,dgn rasa tak sedar diri dia pun akan meneruskan pendermaan ini tak lama lagi..Kesian pesakit ini ditempatkan di hospital yg doktor-doktornya bodoh,tidak pandai menilai mana yg baik,mana yg buruk!"


Siapakah pesakit itu??Dan siapakah penderma itu??Apakah yg bakal terjadi kepada pesakit itu???Adakah dia akan selamat??Berjayakah si penderma menyelamatkan pesakit tersebut???Sama-sama kita nantikannya!!!

"ISLAM PASTI GEMILANG!TAKBIR!"

Monday, March 23, 2009

Ada Apa Dengan PPSMI..??

3 comments
Isu PPSMI menjadi salah satu perkara yg besar mewarnai senario politik tanah air kini.Walaupun agak terlewat utk saya mengulas berkenaan perkara ini,saya akn cuba merungkai isu ini dari sudut pandangan Islam..
Menyebarkan ajaran Islam(berdakwah) merupakan satu perkara yg menjadi tuntutan kepada setiap individu muslim yg sehari-harian mentadabburkan diri kpd yg maha kuasa serta mengucap dua kalimah syahadah yg menjadi pegangan paling utuh sebagai seorang yg bergelar muslim..Ulama' juga ada yg menetapkan hukum wajib utk setiap umat Islam berdakwah.Tidak dpt tidak utk semua umat Islam menguasai ilmu-ilmu agama dengan mendalam agar ajaran Islam boleh diterima oleh semua bangsa,agama,kaum,puak,suku dsb..Jadi,suka utk saya ulang sekali lagi bahawa semua umat Islam perlu menguasai ilmu-ilmu agama supaya suruhan Allah utk menyebarluaskan agamaNya dpt difahami oleh segenap lapisan masyarakat dunia..Berbalik kpd isu PPSMI,saya dpt lihat dua kelemahan yg direncanakan sendiri oleh Kementerian Pelajaran khasny & kerajaan amnya melalui isu ini.

1. Kalau betul belajar dlm B.Inggeris itu akan memberi kelebihan kpd kita utk menyaingi negara-negara maju lain,kenapa pihak kerajaan tidak mengutamakan pembelajaran Pendidikan Islam tu dlm B.Inggeris terlebih dahulu??Bukankah ulama' telah mengatakan wajib utk kita berdakwah/sebarkan Islam.?So,bila belajar ttg Islam tu dlm B.Inggeris,tak ke lebih mudah utk kita sebarkan dakwah??Sebarkan agama Islam dgn belajar Matematik & Sains,mana yg perlu kita utamakan???Belajar Matematik & Sains itu hanyalah fardhu kifayah.Fardhu kifayah ni bermaksud bila telah ada org yg boleh menguasai perkara tersebut,maka terlepaslah tanggungjawab itu ke atas kita.Di negara kita ni berlonggok org yg da pakar dlm hal ni..Tapi utk dakwah Islam,boleh hantar wakil je ke??Tidak!Dakwah utk sebarkan Islam terletak di atas bahu setiap individu muslim.Setiap org akn dipersoalkn di akhirat kelak.Jadi,dlm isu PPSMI ni,kita dapat lihat bahawa pihak kerajaan tidak ada sensitiviti utk mengutamakan ajaran Islam.Mereka lebih suka rakyat mengagung-agungkan pembelajaran fardhu kifayah & hari ini telah terbukti perencanaan mereka berjaya.Kita masing-masing mabuk mengejar pelajaran-pelajaran sedangkan ajaran Islam terus lenyap dlm diri utk dikuasai.

2.Ini perkara nature,fitrah..Memanglah kita akan jadi hebat sekiranya kita boleh menguasai B.Inggeris,lagi-lagi dlm subjek ni..Tapi dalam pembelajaran Matematik & Sains ni,dia ada byk formula & istilah-istilah penting yg perlu kita fahami utk kita kuasai sesuatu perkara dlm subjek tersebut.Kita perlu ingat.Kita ingin lahirkan orang yg pakar & mahir dlm bidang tersebut.Bukan org yg hebat menghafal teori-teori dlm bidang tersebut.Fitrah dunia,utk kita mudah faham perkara tersebut,mestilah kita kena guna bahasa yg kita selalu guna dlm kehidupan seharian.Mahirkan diri kita dulu dgn perkara tersebut,barulah belajar dlm bahasa lain.Bahasa ni kulit je sebenarnya.Yang penting kita kena faham isi yg ada kat dlm tu iaitu teknik-teknik dia.So,utk mudah faham & kuasai teknik-teknik tu,gunalah bahasa harian kita.Bila dah faham tentang perkara tu,terpulanglah kpd kita selepas tu utk belajar dlm bahasa apa pun..Barulah akan lahir insan yg betul-betul pakar dlm perkara tersebut.Bukan sekadar pelajar yg hebat menghafal teori semata-mata.


Ayuh!!Berikan sokongan yg padu agar sistem pembelajaran ini dapat dimansuhkan dan bersama-sama kita mendaulatkan bahasa ibunda kita!Biar kita jadi insan hebat yg lahir dari bahasa ibunda!!

Sunday, March 22, 2009

Ke Mana Tumpahnya Perjuangan Mahasiswa

2 comments
Bung Karno bermadah.,"Berikan aku 10 org pemuda.Akan ku gegarkan dunia ini!"
Di zaman Nabi S.A.W.,pemuda-pemuda merupakan front liner dlm setiap peperangan menentang puak kafir.Hatta Usamah Zaid misalnya telah dilantik utk mengetuai satu peperangan seusia 16 tahun lagi.Menunjukkan pemuda pada ketika tersebut merupakan penggerak utama kepada kebangkitan Islam & pemudalah golongan tertinggi yg bisa merobah panorama dunia.Hidup pemuda di ketika itu bukan hidup jasad semata,tetapi hidupnya mereka disebabkan hati yg disulam dgn ruh Tauhid utk terus mendaulatkan agama Allah.Jiwa mereka tidak lekang dari sentiasa meletakkan Allah sbg tujuan akhir mengharapkan secebis keredhaan dariNya...

Ke mana perginya pemuda-pemuda zaman kini?Lebih-lebih lagi pemuda yg menggelarkan diri mereka sebagai mahasiswa.Apabila disebut shj mahasiswa,pasti golongan ini golongan yg tinggi daya pemikirannya.Dalam ilmu yg dimiliki serta hebat perwatakannya.Tak kira dicampak ke mana sekalipun,pasti mereka hidup.Bukan hidup jasad,tetapi hidup segala-galanya.Golongan ini juga akan sentiasa dipandang 'mulia' oleh masyarakat.Namun dewasa kini kita dapat lihat bahawa golongan pemuda bertopengkan mahasiswa ini sudah jadi ibarat sampah & tidak salah sekiranya saya katakan mereka juga tergolong dlm kumpulan sampah masyarakat!Ilmu yg diperdalami entah hilang dicampak ke mana..Langsung hilang kredibiliti selaku insan yg bergelar mahasiswa seperti ciri-ciri yg telah saya katakan tadi..Useless!!

Jika dulu golongan pemuda/mahasiswa diangkat,disanjung & diberi penghormatan yg tinggi oleh segenap lapisan masyarakat,tapi kini terbukti golongan ini hanya menjadi penyeri-penyeri di setiap kampus-kampus yg tumbuh ibarat cendawan dlm negara kita.Lebih malang lagi ajaran agama yg menjadi panduan utama utk kejayaan dunia akhirat sedikit demi sedikit lenyap di jiwa golongan ini.Natijahnya,lahirlah golongan mahasiswa yg menjadi peserta Akademi Fantasia,Malaysian Idol,memenuhi pusat-pusat hiburan di serata Malaysia,memenuhi taman-taman dlm keadaan berdua-duaan tanpa ikatan yg sah & lebih menjijikkan terpampang di dada-dada akhbar golongan ini jugalah yg melahirkan anak luar nikah & menjuarai kes-kes perzinaan!!Tidak salah bukan mereka semua ini digelar sampah masyarakat?

Apakah sebabnya..??
"Aku tinggalkan kalian semua dgn dua perkara yg sekiranya kamu berpegang dgnnya tidak akan menyesatkan kamu iaitu,AlQuran & Sunnahku.."
Inilah punca utama yg menyebabkan hal ini terjadi.Para pemuda telah 'dilarikan' drpd mendalami sedalam-dalamnya berkenaan agama.Sekiranya terdapat golongan yg ke arah ini mereka akan dikecam & akan dikenakan pelbagai tindakan-tindakan yg termaktub di dlm undang-undang sekolah & kampus.Semakin mereka meningkat dewasa,mereka menjadi semakin lemau utk mengadap buku-buku agama.Jiwa mereka semakin pudar utk menerima ajaran agama.Nafsu makin membuak-buak menyebabkan ia berjaya menguasai diri & akhirnya lahirlah golongan pemuda/mahasiswa yg bertopengkan syaitan dgn melakukan perkara yg bercanggah dgn syariat!!Adakah ini golongan yg diharap-harapkan bagi membarisi teraju kepimpinan utama sebuah negara??Tetapi inilah realiti sekarang.Manusia yg penuh dgn kegiatan-kegiatan yg bertentangan dgn agama inilah yg akan membarisi kepimpinan negara dan golongan yg mempunyai pengetahuan agama akan terus ditentang & terus dipinggirkan..

Wahai para mahasiswa!!
Kembalilah kpd ajaran Islam!Islamlah yg bakal membawa kalian ke jalan sebenar dlm menongkah hidup ini & juga menghadapi hari penentuan kelak..Hidupkanlah jiwa-jiwa kalian dgn cahaya panduan Islam..bernaunglah kalian semua di bawah kepimpinan yg dipandu oleh ulama' kerana nabi telah mengingatkan kita bahawa ulama' adalah pewaris nabi-nabi yg akan 'menyelamatkan' kita semua drpd lembah kehinaan & juga seksaan api neraka yg tidak dapat digambarkan kedahsyatan azabNya.
Hidupkan Kembali Roh Mahasiswa!!!

Saturday, March 21, 2009

Kerajaan Perpaduan...PAS-BN????

0 comments
Masih tak habis-habis cadangan pembentukan kerajaan antara Pas-Bn..Penulis kadang-kadang jadi naik muak mendengar setiap cadangan-cadangan yg diusulkan untuk pembentukan kerajaan ini..Ingin penulis tegaskan di sini,penulis menyokong penuh keputusan Mursyidul Am,Tuan Guru Nik Aziz yg menolak pembentukan kerajaan ini!

1.Penolakan pembentukan kerajaan ini bukanlah atas sebab kita bersungguh2 menganggap mereka musuh kita.Tidak!Kita semua sedar bahawa mereka juga mad'u kita.Tapi seandainya mereka tidak ada sedikit pun usaha utk mengubah cara & sistem hidup kerajaan kepada Islam,kita tidak akan ke mana-mana dlm pembentukan ini.Percayalah!Mereka tak menunjukkan sikit pun nak berubah kepada sistem Islam.Kita pulak yg kena tunggu mereka lama-lama utk terima cadangan ini.Hey,kalau betul mereka nakkan islam,buat apa tangguh-tangguh??Jawapan boleh diberi sekelip mata jer.Kita yg di pihak yg benar ni pulak yg terhegeh-hegeh nak ajak mereka,buat apa??!!Kita bukan tak pernah ajak mereka sebelum ni,bahkan kita telah terperangkap dlm jerat yg mereka ciptakan suatu masa dahulu.Takkan kita nak lagi??Hati & jiwa mereka memang dah totok dgn perjuangan mereka.Kalau mereka menerima kita sekalipun,tunggulah satu hari nanti mereka akan 'boring' dgn kita dan akhirnya kita akan ditendang semula macam cempedak busuk!Saya berani cakap begini sebab saya sendiri hidup dlm keluarga dr sebelah sana.Jujurnya saya tak nampak pembentukan ini akan memudahkan kemenangan Islam di Malaysia.Bahkan akan melambatkan lagi kemenangan Islam..

2.Mengulas pandangan Tuan Guru Nik Aziz..Saya juga bersetuju.Dalam muktamar lepas,kita sebulat suara mengatakan kita akan terus memperkuatkan Pakatan Rakyat.Itu keputusan muktamar.Kalau keputusan muktamar pun kita tak nak ikut,apa lagi gunanya kita bermuktamar.Hilang terus sinar kredibiliti muktamar Pas di negara ini.Nothing from that!Keputusan muktamar itulah yg menjadi garis panduan kpd kita utk meneruskan gerak kerja selepas ini...

3.Cadangan kita utk membentuk kerajaan perpaduan ini saya lihat bakal memberi impak negatif yg besar kpd Pas..Hubungan kita dlm PR akan menjadi keruh.Sahabat2 dari parti lain akan hilang sedikit sebanyak kepercayaan mereka kpd kita.Seolah-olah kita mempermainkan mereka dlm penggabungan ini.Kita bergabung semata-mata utk memperoleh kerusi yg lebih dlm negeri & kemudian boleh menjalankan agenda kita dgn lebih berjaya.Kita seperti mementingkan diri sendiri..Tolong.Ini bukan wajah Pas!Saya mohon setinggi-tinggi padaNya agar Pas dihindari dari topeng ini.!

Seandainya pembentukan ini berjaya,kita akan kehilangan ramai sahabat dari PR.Tak berdosakah kita pada mereka yg telah bersama-sama susah payah membentuk kerajaan dlm PR??Apabila suara kita dah boleh didengar ramai hasil kejayaan dlm PR,kita nak tinggalkan mereka pula utk membentuk kerajaan dgn BN.Apa ni??Katakanlah kita berjaya membentuk kerajaan dgn BN,tiba-tiba sampai satu masa mereka menendang kita.Situation ini membuatkan kita terkontang-kanting sorang2.Sudah tiada kawan utk diajak bergabung sedangkan itulah cara terbaik utk sebarkan Islam di negara ni..Makin bertambah pihak-pihak yg perlu kita hadapi.Adakah ini strategi terbaik utk memenangkan Islam??Mustahil...

Saya thiqah setinggi-tingginya pada pimpinan yg diketuai oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang.Saya yakin pasti ada perancangan sebenar yg saya tidak ketahui.Coretan saya di atas adalah berdasarkan maklumat yg saya dapat & saya sendiri sukar utk menerimanya.Tapi,seandainya maklumat itulah perkara sebenar yg berlaku sekarang.,Allah.....Apapun,coretan di atas sebagai revision kita bersama hanya semata-mata utk kesucian perjuangan ini.Takbir!

Friday, March 20, 2009

Felda: Peneroka Terhutang Budi??

6 comments
Kadang-kadang rasa bertuah juga dilahirkan dlm kalangan penduduk Felda kerana pelbagai limpahan 'nikmat' diterima drpd kerajaan..kadang-kadang jelaa..Tapi bila sudah merantau ke negeri-negeri orang & tercampak di merata-rata tempat sejak umur 13 tahun,barulah dapat rasa sendiri makna nikmat yg dikecap bila duduk di Felda.Betullah pepatah kata;jauh perjalanan,luas pandangan..memang luas pun pandangan yg dpt penulis lihat.seluas-luasnya & suka utk penulis berkongsi pandangan ini bersama rakyat-rakyat Felda yg masih lagi tak keluar-keluar dari pertapaan mereka di sana.

Hari ni,20 Mac 2009 bersamaan hari Jumaat,tercatat satu sejarah barangkali buat para peneroka Felda apabila mereka berkumpul beramai-ramai di Felda Jengka 23 dek kerana ingin 'membalas' perhimpunan yg dilakukan oleh Anak yg diketuai oleh Sdr Mazlan Aliman & Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bersama peneroka-peneroka yg lain.Penulis mendapat byk maklumat mengenai perhimpunan ini kerana penggerak utama yg menggerakkan perhimpunan ini hanya tinggal sebumbung shj dgn penulis..hehe.Berdasarkan maklumat,sepatutnya majlis ini diadakan di Dewan Balora Mastika,tapi terpaksa ditukar kerana keadaan dewan tersebut yg amat dhaif lagi nazak.Dgr kata,program tersebut mendapat sambutan yg menggalakkan dgn kehadiran peneroka-peneroka yg ramai dari seluruh negara..wallahu'alam.Penulis sempat la juga mencuri-curi pandang tentatif yg digarap utk majlis tersebut.Penulis tertarik dgn satu slot shj iaitu di penghujung majlis;Ikrar para peneroka utk memberi sepenuh taat setia kpd Felda...heh,tercuit juga hati ni..Mana tidaknya.Bait-bait ikrar tu pun penulis dah membacanya lebih awal dari ikrar tersebut dibacakan..Dan kalau diamati,seolah-olah peneroka-peneroka ni sanggup diperbuat apa sahaja oleh majikan mereka nh.Kalau majikan buat baik,alhamdulillah laa..berbaloi la berikrar taat setia.tapi kalau majikan tipu???hahaha,jadi bahan jela peneroka-peneroka ni..

Takpalah.kita tinggalkan dulu majlis tersebut.Biarlah mereka gembira dgn labu-labunya..Buat org yg tinggal di Felda,meh sini penulis nk cerita sikit realiti sebenar hidup anda di Felda..
Kalau anda tak sedar,Felda merupakan talian hayat yg paling kuat / talian hayat terakhir bg kerajaan@UMNO...Susah utk kita jumpa kawasan Felda ni dimenangi oleh pihak pembangkang..Sebab apa??Sebab anda semua telah didoktrinkan akal fikiran anda bahawa segala apa kemudahan yg telah diberi oleh pihak Felda merupakan satu jasa yg perlu dikenang & boleh diungkit bila-bila masa shj oleh mereka..Jadi,bila anda menentang walau sikit pun,anda akan dilabel sbg org yg telah menderhaka & tak mengenang budi!
"Dulu kau susah..sape yg tolong kalau bkn felda??""Apa lagi yg kau tk dpt duduk dlm Felda ni yg kau nak tentang sgt tu??tak reti bersyukur ke???""Dulu siapa kita,sekarang siapa kita kalau Felda tak tolong...""anak kau berjaya hasil bantuan sape?Feldaaaa..."bla..bla...antara dialog2 yg biasa didendangkan oleh org kuat Felda...

Inilah realitinya.maaf penulis katakan.Sebenarnya penduduk-penduduk Felda ni la yg paling 'enak' diperkotak-kaitkkan oleh kerajaan bg memastikan undi memihak kpd mereka.Jelas nyata.apabila tiba musim PRU,barulah mcm2 projek & imbuhan yg akan diterima oleh org Felda..Habis shj PRU,nothing..Senyap mcm tu je..

Insaflah wahai org Felda..!!Tidak dapat dinafikan pelbagai kemudahan kita terima hasil dari Felda.Kita dapat hidup senang duduk di Felda.Tapi,itukah semua yg kita cari selama hidup sebagai 'penumpang' yg sementara di muka bumi ni??Majikan kita laksanakan kerja atas dasar utk jasa-jasa tersebut dikenang,bkn atas dasar AMANAH dgn Allah.So,bila dibuat sedikit laporan berkenaan kesilapan Felda,terus melenting...Anda boleh lihat sendiri kehidupan di Felda2 yg ada..masyarakat jauh dari menerima ilmu-ilmu agama.Surau-surau & masjid tidak digerakkan dgn baik.Kuliah-kuliah agama payah nak dengar..Anak-anak muda bebas pergaulan mereka.Masjid cantik,besar..tapi jawatankuasanya pun dibarisi oleh org yg mcm chipsmore.Kejap ada kat masjid,kejap takde.Yg banyaknya,takde..Inikah semua yg anda impikan??Hidup mewah!Kereta boleh beli 4-5 buah!!Tapi jiwa kontang!!Jujur penulis katakan.Org yg hidup di Felda boleh jadi lebih kaya dari manusia yg tinggal di bandar.Rumah free..,tanah luas..Macam-macam boleh buat.Tapi,disebabkan dah rasa senang dgn bantuan2 yg diperoleh dr Felda,semua tu dah jadi tak berharga..Apa bekalan yg anda semua nak bawa kelak bila berhadapan dgn Dia???Paysheet??Sawit??Batang getah??Geran tanah???Cukup semua tu nak jawab soalan-soalan yg bakal diajukan di kubur nanti.??

"Dulu anda dtg dgn berjalan kaki.Mungkin rumah jauh utk ke surau.Takpa...Allah berikan nikmat dpt motor..so,bolehlah naik motor pergi ke surau..Takdalah penat.Hujan pulak..Allah bg pulak nikmat kereta utk mudah ke surau...Pun tk pergi jugak?????tak cukup lagi ke?????"
Patutnya soalan macam ni la diajukan kpd peneroka-peneroka Felda..Hidup ni biar la semata-mata nak cari redha Dia..bkn nak cari kesenangan hidup.Nak hidup senang.,alhamdulillah Allah da bagi hidup di Felda ni senang,so ambillah kesempatan utk hidup senang 'di sana' pula...jgn hanyut dengan kesenangan yg ditanam oleh majikan kita:FELDA!
AWAS!Kesenangan yg mereka berikan itu hanya setakat di dunia..Mereka tidak menyediakan utk kita kesenangan di akhirat..Jangan terpedaya!!!

Thursday, March 19, 2009

Alif Mim Nun Wau....@ sarkis

6 comments
Hangat skrg memperkatakan tentang sesi pemilihan UMNO yg bakal berlangsung tak lama lagi.Tak terkecuali,ayah penulis pun tgh bizi skrg menguruskan 'partinya' ini..bagi calon2 UMNO yg bertanding,masa yg berbaki ini merupakan masa2 penentuan bg mereka sama ada layak utk bertanding ataupun tidak dek kerana "ketelusan" pihak Lembaga Disiplin UMNO kian menjadi-jadi akhir2 ini..Pakat-pakat takut semuanya.Bimbang kalau2 rahsia yg selamat selama ini terkantoi hanya kerana ingin bertanding jawatan dlm UMNO..

Buat pengetahuan semua,jika diamati,sekiranya rahsia rasuah calon2 ini terbongkar dlm sesi pemilihan ini,impaknya adalah lebih besar drpd rahsia mereka 'dikantoikan' oleh pihak yg bertentangan @ parti lawan dlm pilihanraya..mana tidaknya.Kalau dikantoikan oleh parti lawan,bolehlah mereka berdalih mengatakan ini merupakan satu konspirasi jahat utk memburukkan calon UMNO..tapi sekarang,kes ini disiasat oleh 'kawan' mereka sendiri & hal ini mendapat liputan yg sgt meluas oleh media2.Senang cerita,kalau masih ada lagi rakyat negara ni yg tak tahu perkembangan sesi pemilihan UMNO nih,bolehla dikatakan serupa katak di bwh tempurung.tak pun memang sepupu sepapat tarzan yg hanya berkawan dgn binatang2 di hutan yg tebal.berbalik semula pd topik asal..seandainya didapati bersalah oleh lembaga disiplin,takkan calon2 UMNO ni nak marah kot??impak selebihnya,mereka boleh digantung keahlian UMNO ataupun boleh dibuang terus dari UMNO..Fuhh!!!Dahsyat nih..!!kalau difikirkan balik semula impak yg bakal diterima,lebih baik tak payah bertanding langsung.rugi besar!!jadi calon,kena selidik dek lembaga disiplin.kalau bersalah,habis periuk nasi!kalau tak bertanding,tak kena selidik.so,buat rasuah pun tak kisah......itulah "Alif Mim Nun Wau" punya ahli & pimpinan..

Hai Ali Rustam...apalah nasibmu selepas ini.Ketua Menteri Melaka ni...hmmm,mcm ni rupa perangai ketua sebuah negeri..yg peliknya,ramai pula yg menyokong pemimpin mcm ni.nak kata tak ada ilmu,tak juga.maybe tak cukup ilmu agama kot.nasib Ali Rustam ni dlm bahaya..beliau sbnrnya boleh digantung keahlian ataupun boleh terus dibuang dari jadi ahli UMNO & jawatannya sbg ketua menteri Melaka pun akan dilucutkan..tapi disebabkan dia ni kategori puak 'jerung' dlm UMNO,so beliau hanya tidak dibenarkan bertanding utk pemilihan kali ini..telus ke lembaga disiplin UMNO????"lu pikir la sendiri..."

kes Ali Rustam ni juga membuatkan ramai yg merasa bangga di atas ketelusan UMNO...ini membuktikan UMNO betul2 bersungguh utk membanteras rasuah.hebat tak hebatnya UMNO.tak kira siapa,pasti tak terlepas dari hukuman ini...heh,sekali fikir memang la hebat.memang la telus..tapi kalau anda dua kali fikir & berkali-kali fikir,anda akan tahu yg hal ini membuktikan
PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO MEMANG TERBUKTI TERLIBAT DGN RASUAH!!rasuah memang menjadi mainan biasa bagi mereka...percayalah..

dan satu perkara perlu diingat,apa cerita dgn Najib tu??dah diselidik ke belum?????hah.,ini bapak segala jerung nih.rugi kalau terlepas...mungkin inilah jerung yg makan altantuya tuu...wallahu'alam
'tepuk dada,tanya najib...'
Wassalam....

Saturday, March 14, 2009

Ukhuwah Pemimpin Utama Jamaah

0 comments
Bila sebut shj tentang jamaah,secara automatik kita akan terus terpandang akan sejumlah manusia yg ramai dlm sesuatu perkara..Apa bezanya kita berjamaah dlm persatuan dgn berjamaah atas dasar perjuangan Islam??Hakikatnya,jauh bezanya..!!
Jamaah dlm kita berpersatuan tidak sama jlnnya yg perlu kita susuri.Kita akan 'berjuang' habis-habisan utk pastikan persatuan kita akan menjadi yg terbaik,dipandang tinggi oleh manusia lain,memperoleh kewangan yg mantap dan kita akan terus-terusan berjuang agar sasaran yg digarap oleh persatuan akan tercapai.Kalau tak tercapai,bos marah-buat postmoterm dan kemudian baiki semula kesilapan2 tersebut.Dan begitulah seterusnya saban tahun......Ya,cukup cantik!Sentiasa memperbaiki kesilapan lalu agar tidak diulangi di masa hadapan...

Tapi,penulis selalu ingin menasihatkan para pejuang gerakan Islam.Kita berjamaah dlm persatuan tidak sama dgn kita berjamaah dlm gerakan Islam.Kita berada dlm jamaah yg mendokong gerakan Islam tidak boleh meniru cara gerak kerja dlm persatuan.Sekali kita mengatakan kita berjamaah dlm jamaah Islam,ingatlah bahawa kita sedang berurusan dgn Allah S.W.T.Dosa pahala menjadi igauan kita.Syurga neraka menjadi tujuan kita..Pilihlah jln penyelesaian yg terbaik agar kita tidak terpalit dgn dosa dan tempat akhir kita adalah neraka!!

Sedarlah kalian semua!
Ukhuwah adalah perkara yg paling penting dlm kita berjamaah.Hati-hati kita perlu diikat dgn kuat.Jiwa-jiwa kita perlu sentiasa saling faham-memahami antara satu sama lain..Tidak dapat disangkal,bagi sesebuah syarikat juga amat mementingkan ikatan ukhuwah sesama pekerja bagi memastikan gerak kerja syarikat berjalan lancar & berjaya.Jadi,utk gerakan Islam,lagilah penting!Kerana kita perlu pastikan kerja agama Allah ini sentiasa berjaya.Atas sbb itulah penulis katakan ukhuwah sgt3 penting dlm jamaah kita.Ikatlah hati-hati kita atas ruh Tauhid!Ruh yg sentiasa mengingatkan kita akan kekuasaan Allah!Ruh yg sentiasa mengingatkan & menyedarkan kita bahawa jln yg kita tempuh ini adalah jln yg sukar,susah,payah & penuh dgn ujian!!Oleh kerana itu,pentingnya ukhuwah supaya masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing,masing-masing dpt menerima kelemahan masing-masing & masing-masing dpt tampung kekurangan yg lain.Hasilnya,kita akan dpt lihat apabila ada yg susah kita dpt bersama merasa susah,menangis biar kita sama-sama tangiskan,ketawa sama-sama ketawa,suka sama-sama kita rasai & berjaya kita sama-sama kecapi.Itulah manisnya ukhuwah apabila kita sama-sama ikhlas berjuang di atas jalannya!!!

Wahai pejuang gerakan Islam!!Jangan dibimbang,jgn dilayan & jgn kita mudah gelabah andai ikatan ukhuwah ini diuji.Ujian ukhuwah ini lumrah!Pasti akan ada.Wajib ada!!Sedangkan ikatan kawan sesama sepasukan pemain bola sepak yg sering terdedah auratnya pun sering teruji,inikan pula ukhwah org2 yg memperjuangkan Islam.Pasti syaitan/iblis yg mengganggu adalah taraf2 general!Gunakan segala kelicikan kita utk menyelesaikan masalah tersebut.Jgn takut & jgn dilayan perasaan.Sekali kita ikutkan perasaan,awas!!Jamaah anda sedang berada dlm keadaan yg sgt bahaya.Justeru,kembalilah kepada panduan kita yg 4-AlQuran,Sunnah,Ijma',Qias...InsyaAllah jika kita ikut semua ini,rahmat & keberkatan Allah sentiasa mengiringi perjuangan kita!Yakinlah!!
Wassalam.....

Thursday, March 12, 2009

'Asif Jiddan 'Ala Kullihal...

0 comments
Salam..
Maaf da lama x update blog.penulis terpaksa menghadiri satu program dari 6-12hb Mac 2009..insyallah penulis akan cuba utk meneruskan penulisan2 di dlm blog ini..syukran atas sokongan kalian semua.barakallahufikum.wassalam
p/s: bonda da semakin sihat.da boleh berjalan..alhamdulillah

Monday, March 2, 2009

Syukurku padaMU...

0 comments
Alhamdulillah...
Hari ni mak da bleh kluar dari hospital.Tadi abah call.Kakak da ambil mak utk dibawa ke rumahnya.Senang skit utk dijaga...
Syukran utk smua yg sma2 mendoakan keselamatan mak penulis..Syukran!Syukran!Syukran!

Sunday, March 1, 2009

Sekadar Coretan Insan Kerdil..

6 comments
Ingin mengambil kesempatan utk menjwb soalan2 yg diaju di chat box hari tu...Yg lain2,masa lain pula la rasanya..InsyaAllah...
Tentang org dakwah yg pointer trun tu,mereka bukan TAK TAHU urus masa,tp TAK MAHU urus masa..anda joinla mne2 jamaah sekalipun,pasti ditekankan bab pengurusan masa.pasti ada slot2 yg membincangkn cara2 bahagi masa stadi & dkwah...Just tinggal,diri sendiri shj yg menentukan sama ada nak praktikkan @ tidak..so,terpulanglaa...
Bila berbicara ttg urusan membantu agama Allah,xbolehla kita leka dgn tugasan2 kita selaku pelajar..Org yg mengaku bekerja utk agama Allah ni kdg2 terleka dgn tugas2 'dakwah' sehingga terganggu study.Boleh jd,dek kerana selalu meeting,sampai jadi tak sedap hati jika sehari tak meeting...MasyaAllah..Jika diamati,masih byk sbnrnya masa terluang yg boleh diisi utk study.Tapi telah disalahguna utk tido!Tidur!Tidur!Tidur!Hmm...apa nak jadi..
Allah ni maha adil...Kita byk berusaha utk menjayakan urusan dakwah.Yes,Allah bg kerja dakwah kita berjaya.tapi urusan study kita tak byk usahakan,so Allah bg takat yg kita usaha jela...Fair bukan??dah kalau asyik tido,Allah bg kjyaan utk taraf org tido laaa...
Penat..Mmg penat once you really involve in dakwah..That's why we need to manage our time properly & the most important,FOLLOW IT!Hidup org dakwah xboleh sama dgn org biasa..Sharp & strict with your time..Yang biasa terjadi adalah jadual @ planner ada,tapi kita x strict dgn jadual yg kita buat...

Jadi,berubahlah dari sekarang wahai para daie..!!!Wallahu'alam

Kecilnya Pengorbananku Buat Bonda...

3 comments
Rabu,25 Feb 2009
Dlm kaki melangkah menuju ke dewan exam,terdetik utk menelefon abah,mohon sekali lagi restu drinya & mak utk memudahkn aku menjwb exam kejap lagi.Padahal smlm baru shj telefon.Entah knp mlm td aku termimpi2kn mak & abah..
"Asslmu'alaikum.abh pkba?Sihat?Mak?Tgh buat apa tu??"
"Alhamdulillah,sihat2 je.Nak pergi klinik kjap.mak demam.."
"Demam??Teruk ke??"
"Eh,xdela.Biasa2 jer.Baru mlm td demam.."
"Ooh..doakan amir ye.nak exam da ni.Minta maaf byk2 klu ada slh silap............."
Antara petikan perbualan aku & abah.Aku tak puas hati.Selesai exam,aku cuba telefon mak.Tak dpt..Terus aku cuba telefon kakak yg sdg berada di Jengka..
"Mak sakit ei??"
"Mana awk dpt tahu..?Hmm..,nthla.mlm td muntah2.Sakit perut..Tak larat je nampak..Gastrik kot.Skrg ada kat Hospital Jengka.Kena thn wad.."
Aku dah mula tak sedap hati..Stil cuba menyedapkn hati sbb esk ada paper lagi.

26 Feb 2009
Kaki terus menuju ke bilik exam.Tapi kali ni agak lemah.Otak asyik teringat2kn mak..Message yg dihntar pd kkk mlm td bertnyakn kesihatan mak masih tak berbls menmbhkn risau di hati.Memang xdpt beri fokus sepenuhnya pd exam hari tu.Baru shj 10minit exam bermula,ada message masuk..Sbnrny tak boleh on hp.Tp lupa plak nk off.Sbbkan risau,aku buka message tersebut...
"Tlg sama2 doakan.Mak sakit apendix.Mak kne bedah ptg ni...-k.Jnah"
Allah......!Tak dpt digmbarkn perasaan hati ini ketika itu.Dpan mata kertas exam.Tawar sje utk dijwb..Tapi tetap digagahkn juga.Selesai exam,aku menelefon abgku.ramai adik beradik sudah ada di hospital termasuk relatives yg dtg dr t'ganu.Tak dpt nak tumpang balik sama.Hny kakak di Penang & Mesir dan adik di asrama yg tidak dpt pulang..Aku terus bergegas utk pulang ke Phg dgn menaiki bas jam 5.30ptg..Sejam kemudian kakak hntr message,mak dah selamat keluar dr bilik bedah.Alhamdulillah.Sampai di Phg jam 7.45mlm..Dah tak boleh da melawat pesakit..Semua berkmpul utk mkn mlm.Lama sudah rasany tak berkumpul mcmni.Dptlah serba sedkit meleraikn kesedihan hati.Pelbagai perkara yg telah terjadi tadi diceritakan oeh abgku..Tadi tangan mak yg dicucuk jarum utk masukkan air,bleeding.Mujur kakak sulung seorg doktor.Sebelum doktor yg bertugas dtg,kakak membntu mencuci darah tersebut.Doktor pun dtg.Doktor tu kata, "ni bkn bleeding,tapi darah beku.." "darah beku apa mcmni nih??bleeding la ni.."sampuk kakakku dgn tegas.."Awak ni nurse ke?!"dktor tu bertanya.."Tak,saya doktor.""Hah,doktor hospital mana??""Putrajaya.." balas kakakku sambil menunjukkan kad kuasa hspital putrajaya."Huh,saat2 mcmni pun nak 'kencing' org.".getus hatiku.. Aku cuba juga utk naik ke ats bertemu dgn mak menggunakan pas pelawat kakak yg menjd penjaga mak selama mak di hospitl..
Mak berada di tingkt 6,wad kenanga 7..
Smpai di katil mak,aku tak dpt utk menahan rasa sedih.Berlinang air mata melihat keadaan mak.Tak pernah aku lihat mak yg ceria selama ini jadi sebegini rupa.Wayar berselirat di muka mak..Ku kucup tgn & dahi mak.Dosa2 terhadap mak muncul dlm diri.rasa sgt berdosa terhdpnya..Sempatkah lagi utk aku memohon maaf & bertaubat???Mak terjaga.Kupandang wajah mak yg lemah.Sangat2 lemah..Mak cuba utk berckp.Tapi tak jelas.Ku dekatkan telinga di mulut mak supaya mudah utkku mendgr percakapannya...Ya Allah.,Engkau shj yg mengetahui isi hati hambamu.........

27 Feb 2009
Pagi2 lagi aku telah ke hospital dgn memandu kereta abah..Kubawa bersama bekal bubur utk santapan mak di pagi tersebut..Sudah hampir 2 hari mak tak mkn.Mesti terlalu lapar..Setibanya di hospital,aku diberitahu mak masih tak dibenarkan mkn."Ya Allah..,kesiannya mak.."rintih hati kecilku..Aku tunggu seketika di samping mak sambil mengusap2 ubun2 lembut mak..Kejap lagi kena balik ke rumah semula utk mengambil abah yg penat dek terlalu lama berjaga sejak kelmarin..Besarnya pengorbanan abah.Moga Allah membalas jasamu...Setelah tiba di rumah,tak sempat utk melabuhkan punggung,aku pergi semula ke hospital bersama adik beradik yg lain..kemas serba sdkit shj apa yg patut di rumah.Waktu melawat pd hari tersebut stat jam 12.30-2.30 ptg..Aku solat jumaat di masjid kg berhampiran..Selesai solat jumaat,saudara mara & abg kakak yg perlu bekerja pulang ke tempat masing2.Tinggallah aku bersama seorg lg kakak yg byk berkorban membantu mak..Ptg itu,ku menjaga mak bersama kakak..Mlmnya,mak kelihatan sedikit segar..Alhamdulilah...Kakak dr Penang juga baru shj pulang...

28 Feb 2009
Pagi ini,aku tidak ke hospital.Abah minta tlg dia utk menjaga kedai..Abah ke hospital bersma kakak..Mak masih juga tak boleh makan hari ini..Hmm..laparnya mak..Ku tak putus2 mengirimkan doa agar mak kembali sihat.Ptg itu,barulah aku ke hospital bersama tok wan yg setia berada sejak mak dimasukkan ke hospital..Aku memandu sendiri kerana abah dah tak larat utk ke sana.Penat sgt kulihat tubuhnya...hari ni mak telah ditukarkan katil.Setibanya di hospital,ramai tetamu yg dtg menjenguk mak..Alhamdulilah..sejak mak di hospital,dia tak jemu2 dikunjungi oleh pelawat.Kawan2 abah & saudara mara tak putus2 dtg ke sana..Harap dgn kehadiran mereka dptlah mengurangkan derita sakit yg ditanggung oleh mak..Aku perlu ke bndar utk mengambil kakak ipar yg baru hbis urusan kerja di KL yg dtg dgn menaiki bas kerana suaminya kini berada di Kelantan..baru smlm pulang,hari ni dtg semula..Allah..,besarnya pengorbanan mereka nak dibandingkan dgn pengorbananku terhadap mak..Abang sulungku yg bertugas di masjid Raub turut pulang bersama keluarganya.Dek kerana terlalu penat,mereka singgah sebentar shj di hospital & kemudian pulang ke Jengka..Kesian kulihat wajah sorang2.Penat.Tapi tak dihiraukan demi ibu tercinta!!Sebenarnya aku perlu menghadiri satu perjumpaan di kampus.So,tak dptlah utkku menghadirinya..Ku sgt bersyukur mempunyai shbt2 seperjuangan yg tidak jemu utk berjuang.Tidak dpt ku nafikan hati ini sering teringtkan kalian di sana.Diri ini memohon sejuta kemaafan kerana byk menyusahkn kalian terutama dlm masa2 begini.Ku tahu,masih terlalu byk perkara yg perlu disiapkan.Ditambah pula dlm fatrah exam..Tapi ku tak dpt utk membantu..Mak tiada siapa utk dijaga..Kdang2 ku tak tau mana satu perlu ku fokuskan..Maaf sahabat.Diri ini sememangnya seorang insan yg sgt lemah........

1 Mac 2009
Pagi ini,aku tidak juga ke hospital.Abah sekali lagi memintaku utk membantu menjaga kedai..Alhamdulilah,mak dah boleh mkn hari ni.Bersyukur aku pdMu ya Allah...Tapi,hari ni aku perlu pulang semula ke kampus kerana masih ada satu paper yg perlu aku hadapi.Belum cukup persiapan utkku menghadapinya...Ku bimbang dgn keadaan mak.Ikutkan hati,ku ingin sentiasa berada di sampingnya.Ku ingin membalas semula jasa2ny yg telah menjgaku sewaktu kecil..ku ingin merasa sendiri kesusahan menanggung beban menjaga & mengasuhku...Tapi,apakan daya.Ku perlu juga utk meneruskan pengajianku.Dan itulah harapan mak utk melihatku berjaya..Hmmm.,entahla.hati ni seakan pudar utk menjawab exam nanti.Buku pun tak sempat utk dibuka lagi..Allaahhh......Lemahnya insan ini.

Buat adik beradikku..
Ku bangga mejadi adik kalian..Tak dapat nak dibandingkan pengorbanan kalian dgn pengorbanan diri ini..Ku doakan agar kalian selamat & sentiasa mendapat rahmat & lindungan dr Allah di dunia & akhirat.Hanya ini yg adikmu dpt bantu menjaga mak...Ku pohon setinggi kemaafan andai tak dpt memberi sepenuh tumpuan terhadap mak..Doakan kejayaan adikmu..'Asif Jiddan 'Ala Kullihal...
Wassalam.....
 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template