Sunday, March 22, 2009

Ke Mana Tumpahnya Perjuangan Mahasiswa


Bung Karno bermadah.,"Berikan aku 10 org pemuda.Akan ku gegarkan dunia ini!"
Di zaman Nabi S.A.W.,pemuda-pemuda merupakan front liner dlm setiap peperangan menentang puak kafir.Hatta Usamah Zaid misalnya telah dilantik utk mengetuai satu peperangan seusia 16 tahun lagi.Menunjukkan pemuda pada ketika tersebut merupakan penggerak utama kepada kebangkitan Islam & pemudalah golongan tertinggi yg bisa merobah panorama dunia.Hidup pemuda di ketika itu bukan hidup jasad semata,tetapi hidupnya mereka disebabkan hati yg disulam dgn ruh Tauhid utk terus mendaulatkan agama Allah.Jiwa mereka tidak lekang dari sentiasa meletakkan Allah sbg tujuan akhir mengharapkan secebis keredhaan dariNya...

Ke mana perginya pemuda-pemuda zaman kini?Lebih-lebih lagi pemuda yg menggelarkan diri mereka sebagai mahasiswa.Apabila disebut shj mahasiswa,pasti golongan ini golongan yg tinggi daya pemikirannya.Dalam ilmu yg dimiliki serta hebat perwatakannya.Tak kira dicampak ke mana sekalipun,pasti mereka hidup.Bukan hidup jasad,tetapi hidup segala-galanya.Golongan ini juga akan sentiasa dipandang 'mulia' oleh masyarakat.Namun dewasa kini kita dapat lihat bahawa golongan pemuda bertopengkan mahasiswa ini sudah jadi ibarat sampah & tidak salah sekiranya saya katakan mereka juga tergolong dlm kumpulan sampah masyarakat!Ilmu yg diperdalami entah hilang dicampak ke mana..Langsung hilang kredibiliti selaku insan yg bergelar mahasiswa seperti ciri-ciri yg telah saya katakan tadi..Useless!!

Jika dulu golongan pemuda/mahasiswa diangkat,disanjung & diberi penghormatan yg tinggi oleh segenap lapisan masyarakat,tapi kini terbukti golongan ini hanya menjadi penyeri-penyeri di setiap kampus-kampus yg tumbuh ibarat cendawan dlm negara kita.Lebih malang lagi ajaran agama yg menjadi panduan utama utk kejayaan dunia akhirat sedikit demi sedikit lenyap di jiwa golongan ini.Natijahnya,lahirlah golongan mahasiswa yg menjadi peserta Akademi Fantasia,Malaysian Idol,memenuhi pusat-pusat hiburan di serata Malaysia,memenuhi taman-taman dlm keadaan berdua-duaan tanpa ikatan yg sah & lebih menjijikkan terpampang di dada-dada akhbar golongan ini jugalah yg melahirkan anak luar nikah & menjuarai kes-kes perzinaan!!Tidak salah bukan mereka semua ini digelar sampah masyarakat?

Apakah sebabnya..??
"Aku tinggalkan kalian semua dgn dua perkara yg sekiranya kamu berpegang dgnnya tidak akan menyesatkan kamu iaitu,AlQuran & Sunnahku.."
Inilah punca utama yg menyebabkan hal ini terjadi.Para pemuda telah 'dilarikan' drpd mendalami sedalam-dalamnya berkenaan agama.Sekiranya terdapat golongan yg ke arah ini mereka akan dikecam & akan dikenakan pelbagai tindakan-tindakan yg termaktub di dlm undang-undang sekolah & kampus.Semakin mereka meningkat dewasa,mereka menjadi semakin lemau utk mengadap buku-buku agama.Jiwa mereka semakin pudar utk menerima ajaran agama.Nafsu makin membuak-buak menyebabkan ia berjaya menguasai diri & akhirnya lahirlah golongan pemuda/mahasiswa yg bertopengkan syaitan dgn melakukan perkara yg bercanggah dgn syariat!!Adakah ini golongan yg diharap-harapkan bagi membarisi teraju kepimpinan utama sebuah negara??Tetapi inilah realiti sekarang.Manusia yg penuh dgn kegiatan-kegiatan yg bertentangan dgn agama inilah yg akan membarisi kepimpinan negara dan golongan yg mempunyai pengetahuan agama akan terus ditentang & terus dipinggirkan..

Wahai para mahasiswa!!
Kembalilah kpd ajaran Islam!Islamlah yg bakal membawa kalian ke jalan sebenar dlm menongkah hidup ini & juga menghadapi hari penentuan kelak..Hidupkanlah jiwa-jiwa kalian dgn cahaya panduan Islam..bernaunglah kalian semua di bawah kepimpinan yg dipandu oleh ulama' kerana nabi telah mengingatkan kita bahawa ulama' adalah pewaris nabi-nabi yg akan 'menyelamatkan' kita semua drpd lembah kehinaan & juga seksaan api neraka yg tidak dapat digambarkan kedahsyatan azabNya.
Hidupkan Kembali Roh Mahasiswa!!!

2 comments:

lempengterbakar on March 23, 2009 at 8:02 AM said...

bukan hamka...as-syahid hassan al-banna lar...

'abid said...

thnks buat lempengterbakar.actually,ramai yg cakap bende nih.ad ckp syed qutb,ad ckp hasan albanna.,ad ckp hamka,ad ckp soekarno dsb..xpe.kali ni an da tukar soekarno.esok an tukar lain plak.hehe...tak kesa la spe pun.pegang la dgn ayat tu yg pentingny..khsus buat semua mahasiswa!

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template