Sunday, March 29, 2009

Safety First! Ulama' First!!


Setiap daripada kita mudah utk melafazkan hasrat hati utk selamat (Safety First) di dunia & juga akhirat.Tapi itu semua hanya sekadar mainan lagu indah di mulut sahaja.Hakikatnya apa yg di ajar oleh agama tidak dipatuhi sama sekali.Apa itu agama???Agama bukanlah sekadar sembahyang,puasa,zakat dan mengerjakan haji sahaja.Tetapi agama adalah satu himpunan undang-undang yg dtg dari Allah Taala ke atas Rasulnya.Undang-undang Allah Taala mencakupi sekalian hal.Sekecil adab ke tandas sehinggalah sebesar-besar amanah memerintah sebuah pentadbiran kerajaan berlandaskan agama Islam!Itulah agama..

Oleh kerana itulah seringkali kita diingatkan bahawa pemerintahan @ politik bukanlah 'anak tiri' bagi Islam.Ia termasuk dlm perkara utama dlm agama yg perlu ditegakkan supaya setiap apa yg dilakukan oleh umat Islam di dlm sesebuah negara itu sentiasa di bawah naungan rahmat & keredhaan Allah Taala.Untuk merealisasikan ini semua memerlukan kita kepada mengenali Allah Taala itu sendiri.Kenal sifat-sifatNya.Barulah lahir rasa takut akan azabNya serta lahir rasa syg utk sentiasa melaksanakan suruhanNya..Bagaimana utk mengenali Allah Taala???Itulah hikmah diturunkan nabi-nabi agar mereka dapat menyampaikan ajaran-ajaran Allah Taala.Mengajar kpd sekalian umat akan Allah Taala supaya kita semua tahu bahawa hikmah penciptaan kita ini adalah dari kuasa yg maha perkasa iaitu Allah Taala,tiada yg lain yg setanding dgnNya.Nabi-nabi juga diutus agar menyampaikan amanat-amanat Allah Taala yg termaktub di dlm undang-undangNya tadi supaya setiap manusia ini melaksanakannya..

Bagaimana pula hendak mengenal nabi??Sekarang nabi sudah tiada..???
Disinilah pentingnya ULAMA'!!
Ulama' merupakan pewaris anbia'..Pewaris nabi-nabi..Atas sebab itulah saya ingin bersama-sama mengingatkan kita semua bahawa utk kita letakkan "Safety First" itu tidak salah.Cuma masih ada perkara lain yg perlu kita utamakan iaitu "ULAMA' FIRST!"
Ulama' merupakan golongan yg akan membimbing kita semua ke arah keselamatan dunia & akhirat.Mengajar & membimbing kita menelusuri jalan sebenar utk ke syurga Allah.Mengajar kita mengenal para nabi & seterusnya mengajar kita utk mengenal akan Allah Taala..Jadi,wajarkah utk kita menolak ulama'???Zaman kita sekarang cukup mencabar.Pelbagai ajaran yg muncul yg bisa mengelirukan kita semua dgn mudah yg akhirnya menjerumuskan kita ke lembah murtad!Ulama'lah yg diturunkan oleh Allah utk membetulkan kita semua.Andai kita menolak golongan ini,bersiap sedialah kita utk menghadapi azab Allah Taala yg tidak terperi sakitnya..

Atas dasar itulah sekali lagi saya menyeru kepada kita semua agar jgn sekali-kali memperlekeh & membelakangkan golongan ulama'..Berdiri teguhlahlah kita di bawah kepimpinan mereka kerana merekalah yg akan menjamin kita menggapai redha & syurga Allah.Merekalah pewaris nabi utk membimbing kita ke arah kebenaran..Merekalah yg akan mengajar kita mengenal akan Allah Taala dan segala sifat kekuasaanNya..Moga kasih dan rahmat Allah sentiasa bersama kita.Sama-sama kita doakan agar insan-insan yg masih membelakang & menentang golongan ulama' ini akan memperoleh hidayah dariNya sebelum ajal menjelang tiba...

Mengemis RedhaNya,Ulama' Diutama..!

1 comments:

Ahmad Taufiq Redzuan on March 31, 2009 at 11:14 AM said...

Assalamualaikum,

Sy setuju dgn pandangan saudara,
memang tidak dapat dipertikaikan lagi.

-bersama kepimpinan ulama'-

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template