Friday, March 27, 2009

Apabila Ayam Berkokok...


"Dan takutlah kamu pada hari kamu semua akan dikembalikan kepada Allah lalu ditunaikan kepada tiap-tiap diri kamu apa yg dilakukan & diusahakan dalam keadaan mereka itu tidak dizalimi sedikitpun.."
-Al Baqarah: 281

"Demi Allah,aku tidak bimbang kamu menjadi fakir,tetapi aku bimbang dibentangkan kepada kamu dunia sebagaimana ia dibentangkan kepada umat-umat terdahulu drpd kamu lalu kamu berkelahi sebagaimana mereka berkelahi,maka dunia mebinasakan kamu sebagaimana dia pernah membinasakan umat terdahulu.."
-Laungan Amaran Dari Rasulullah S.A.W

Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a mengingatkan kepada kita semua agar kita menelusuri terlebih dahulu laluan utk menggapai hidayah Allah Taala.Perkara ini telah dinukilkan di dlm buku Bidayatul Hidayah:Permulaan Jalan Hidayah..Ini adalah sekadar permulaan bagi kita utk mendapat hidayah Allah.Saya tertarik dgn isi yg terkandung di dlm buku ini..

Banyak perkara yg menyentuh hati naluri ini mengingatkan bahawa cukup kerdil diri ini utk mendapat sekelumit cuma hidayah Allah.Sebagai sedikit perkongsian buat semua,Imam Ghazali menggariskan beberapa perkara yg perlu kita kerjakan sebaik sahaja 'ayam berkokok' sehinggalah ayam kembali ke tempat 'peraduannya' utk kita mulakan langkah menggapai hidayah dr Allah Taala..

1. Selesai sudah solat Subuh,Isyraq & Dhuha,adalah afdhal bg kita utk pergi menuntut ilmu yg bermanfaat.Dikatakan ilmu yg bermanfaat itu adalah ilmu yg semakin mendekatkan diri kita kpd Allah Taala,menambahkan rasa takut kita kpdNya seandainya kita tidak menyempurnakan segala suruhanNya.Imam Ghazali telah menyebutkan segala ilmu itu terkandung di dlm kitab Ihya' Ulumiddin yg perlu utk kita utamakan mentadabburnya berbanding ilmu-ilmu cabang atau ilmu Masail Khilafiyah.Betapa penting utk kita utamakan belajar ilmu-ilmu usul drpd ilmu-ilmu furu'..Setelah kita selesai mencari ilmu yg bermanfaat,tidak mengapalah utk kita menuntut ilmu Masail Khilafiyah tersebut..

2. Memperbanyakkan berzikir,membaca AlQuran & bertasbih kerana inilah darjat seorang 'Abid dan merupakan cara hidup org yg soleh.Beruntunglah kita andai ini yg kita sering laksanakan setiap hari.

3. Buatlah sebarang pekerjaan yg dapat memberi kebaikan kpd org-org Islam dan dpt menggembirakan hati org-org beriman.Selain itu kita digalakkan utk membantu org yg soleh di dlm pekerjaan mereka terutama membantu para ulama' & ahli-ahli agama dlm melaksanakan tugasan mereka.

4. Sekiranya kita tidak dapat melaksanakan mana-mana satu dari 3 pekerjaan di atas,cukuplah bg kita utk melakukan perkara yg dapat menyempurnakan hajat kita sendiri & mencari nafkah bg diri & keluarga asalkan tidak mengganggu kehidupan org lain atau lidah & tangan kita ini tidak digunakan utk menyusahkan kehidupan org lain.

Allah..!!Betapa kerdil rasanya diri ini.Bolehkah aku mencapai taraf sebenar-benar 'Abid yg sentiasa meletakkan Allah sebagai tujuan dlm hidupku dlm keadaan iman yg sentiasa berbolak-balik ini???Ini baru langkah mula utkku menggapai hidayah Ilahi,sudah terasa berat utk kusempurnakan..Apakah hidayahNya sentiasa bersamaku dlm kehidupanku seharian??

Mulakan Langkah Mengemis RedhaNya...

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template