Friday, March 20, 2009

Felda: Peneroka Terhutang Budi??


Kadang-kadang rasa bertuah juga dilahirkan dlm kalangan penduduk Felda kerana pelbagai limpahan 'nikmat' diterima drpd kerajaan..kadang-kadang jelaa..Tapi bila sudah merantau ke negeri-negeri orang & tercampak di merata-rata tempat sejak umur 13 tahun,barulah dapat rasa sendiri makna nikmat yg dikecap bila duduk di Felda.Betullah pepatah kata;jauh perjalanan,luas pandangan..memang luas pun pandangan yg dpt penulis lihat.seluas-luasnya & suka utk penulis berkongsi pandangan ini bersama rakyat-rakyat Felda yg masih lagi tak keluar-keluar dari pertapaan mereka di sana.

Hari ni,20 Mac 2009 bersamaan hari Jumaat,tercatat satu sejarah barangkali buat para peneroka Felda apabila mereka berkumpul beramai-ramai di Felda Jengka 23 dek kerana ingin 'membalas' perhimpunan yg dilakukan oleh Anak yg diketuai oleh Sdr Mazlan Aliman & Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bersama peneroka-peneroka yg lain.Penulis mendapat byk maklumat mengenai perhimpunan ini kerana penggerak utama yg menggerakkan perhimpunan ini hanya tinggal sebumbung shj dgn penulis..hehe.Berdasarkan maklumat,sepatutnya majlis ini diadakan di Dewan Balora Mastika,tapi terpaksa ditukar kerana keadaan dewan tersebut yg amat dhaif lagi nazak.Dgr kata,program tersebut mendapat sambutan yg menggalakkan dgn kehadiran peneroka-peneroka yg ramai dari seluruh negara..wallahu'alam.Penulis sempat la juga mencuri-curi pandang tentatif yg digarap utk majlis tersebut.Penulis tertarik dgn satu slot shj iaitu di penghujung majlis;Ikrar para peneroka utk memberi sepenuh taat setia kpd Felda...heh,tercuit juga hati ni..Mana tidaknya.Bait-bait ikrar tu pun penulis dah membacanya lebih awal dari ikrar tersebut dibacakan..Dan kalau diamati,seolah-olah peneroka-peneroka ni sanggup diperbuat apa sahaja oleh majikan mereka nh.Kalau majikan buat baik,alhamdulillah laa..berbaloi la berikrar taat setia.tapi kalau majikan tipu???hahaha,jadi bahan jela peneroka-peneroka ni..

Takpalah.kita tinggalkan dulu majlis tersebut.Biarlah mereka gembira dgn labu-labunya..Buat org yg tinggal di Felda,meh sini penulis nk cerita sikit realiti sebenar hidup anda di Felda..
Kalau anda tak sedar,Felda merupakan talian hayat yg paling kuat / talian hayat terakhir bg kerajaan@UMNO...Susah utk kita jumpa kawasan Felda ni dimenangi oleh pihak pembangkang..Sebab apa??Sebab anda semua telah didoktrinkan akal fikiran anda bahawa segala apa kemudahan yg telah diberi oleh pihak Felda merupakan satu jasa yg perlu dikenang & boleh diungkit bila-bila masa shj oleh mereka..Jadi,bila anda menentang walau sikit pun,anda akan dilabel sbg org yg telah menderhaka & tak mengenang budi!
"Dulu kau susah..sape yg tolong kalau bkn felda??""Apa lagi yg kau tk dpt duduk dlm Felda ni yg kau nak tentang sgt tu??tak reti bersyukur ke???""Dulu siapa kita,sekarang siapa kita kalau Felda tak tolong...""anak kau berjaya hasil bantuan sape?Feldaaaa..."bla..bla...antara dialog2 yg biasa didendangkan oleh org kuat Felda...

Inilah realitinya.maaf penulis katakan.Sebenarnya penduduk-penduduk Felda ni la yg paling 'enak' diperkotak-kaitkkan oleh kerajaan bg memastikan undi memihak kpd mereka.Jelas nyata.apabila tiba musim PRU,barulah mcm2 projek & imbuhan yg akan diterima oleh org Felda..Habis shj PRU,nothing..Senyap mcm tu je..

Insaflah wahai org Felda..!!Tidak dapat dinafikan pelbagai kemudahan kita terima hasil dari Felda.Kita dapat hidup senang duduk di Felda.Tapi,itukah semua yg kita cari selama hidup sebagai 'penumpang' yg sementara di muka bumi ni??Majikan kita laksanakan kerja atas dasar utk jasa-jasa tersebut dikenang,bkn atas dasar AMANAH dgn Allah.So,bila dibuat sedikit laporan berkenaan kesilapan Felda,terus melenting...Anda boleh lihat sendiri kehidupan di Felda2 yg ada..masyarakat jauh dari menerima ilmu-ilmu agama.Surau-surau & masjid tidak digerakkan dgn baik.Kuliah-kuliah agama payah nak dengar..Anak-anak muda bebas pergaulan mereka.Masjid cantik,besar..tapi jawatankuasanya pun dibarisi oleh org yg mcm chipsmore.Kejap ada kat masjid,kejap takde.Yg banyaknya,takde..Inikah semua yg anda impikan??Hidup mewah!Kereta boleh beli 4-5 buah!!Tapi jiwa kontang!!Jujur penulis katakan.Org yg hidup di Felda boleh jadi lebih kaya dari manusia yg tinggal di bandar.Rumah free..,tanah luas..Macam-macam boleh buat.Tapi,disebabkan dah rasa senang dgn bantuan2 yg diperoleh dr Felda,semua tu dah jadi tak berharga..Apa bekalan yg anda semua nak bawa kelak bila berhadapan dgn Dia???Paysheet??Sawit??Batang getah??Geran tanah???Cukup semua tu nak jawab soalan-soalan yg bakal diajukan di kubur nanti.??

"Dulu anda dtg dgn berjalan kaki.Mungkin rumah jauh utk ke surau.Takpa...Allah berikan nikmat dpt motor..so,bolehlah naik motor pergi ke surau..Takdalah penat.Hujan pulak..Allah bg pulak nikmat kereta utk mudah ke surau...Pun tk pergi jugak?????tak cukup lagi ke?????"
Patutnya soalan macam ni la diajukan kpd peneroka-peneroka Felda..Hidup ni biar la semata-mata nak cari redha Dia..bkn nak cari kesenangan hidup.Nak hidup senang.,alhamdulillah Allah da bagi hidup di Felda ni senang,so ambillah kesempatan utk hidup senang 'di sana' pula...jgn hanyut dengan kesenangan yg ditanam oleh majikan kita:FELDA!
AWAS!Kesenangan yg mereka berikan itu hanya setakat di dunia..Mereka tidak menyediakan utk kita kesenangan di akhirat..Jangan terpedaya!!!

6 comments:

Btree Jengka on March 21, 2009 at 12:41 AM said...

Akhi kata 'duduk bawah satu bumbung'he he, hati hati kut bumbung tu hempap kepala.tq atas pendedahan anta.

Anonymous said...

Mir,bapak ko msuk tv...glamour U...

Anonymous said...

heh,dia yg masuk tv..bkn aku..
'org kuat' felda la katakannn...

Anonymous said...

slm buat "kalam nadi kota"..insyallah,ngah mengorak step la ni supaya bumbung tu tak hempap sekali kepala nih.hehe..doa2knla dipermudah sgala urusan..totok sgt da tuuuu..susoh bbenor

LKTP1436 on March 21, 2009 at 7:19 AM said...

Aku ada juga tulis gak pasal kisah ni....
bacalah di LKTP1328 yang turut disenaraikan didalam Blog Generasi Felda............oi blog kau orang ada disenarai disana, tak pernah tengok ke ?......jengok, jengok le...
Blog generasi felda menyenaraikan semua, tanpa mengira parti politik mana.........berilah sokongan....
kalau generasi felda tak sokong sapa lagi nak sokong oi........

Anonymous said...

harap2 LKTP1328 ni memang betul2 free la..jgn jadi cam bdn2 bebas lain sudaaa..cam SPR tu.cakap je lebih dia bebas..taula jawab depan Allah nanti

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template