Saturday, March 14, 2009

Ukhuwah Pemimpin Utama Jamaah


Bila sebut shj tentang jamaah,secara automatik kita akan terus terpandang akan sejumlah manusia yg ramai dlm sesuatu perkara..Apa bezanya kita berjamaah dlm persatuan dgn berjamaah atas dasar perjuangan Islam??Hakikatnya,jauh bezanya..!!
Jamaah dlm kita berpersatuan tidak sama jlnnya yg perlu kita susuri.Kita akan 'berjuang' habis-habisan utk pastikan persatuan kita akan menjadi yg terbaik,dipandang tinggi oleh manusia lain,memperoleh kewangan yg mantap dan kita akan terus-terusan berjuang agar sasaran yg digarap oleh persatuan akan tercapai.Kalau tak tercapai,bos marah-buat postmoterm dan kemudian baiki semula kesilapan2 tersebut.Dan begitulah seterusnya saban tahun......Ya,cukup cantik!Sentiasa memperbaiki kesilapan lalu agar tidak diulangi di masa hadapan...

Tapi,penulis selalu ingin menasihatkan para pejuang gerakan Islam.Kita berjamaah dlm persatuan tidak sama dgn kita berjamaah dlm gerakan Islam.Kita berada dlm jamaah yg mendokong gerakan Islam tidak boleh meniru cara gerak kerja dlm persatuan.Sekali kita mengatakan kita berjamaah dlm jamaah Islam,ingatlah bahawa kita sedang berurusan dgn Allah S.W.T.Dosa pahala menjadi igauan kita.Syurga neraka menjadi tujuan kita..Pilihlah jln penyelesaian yg terbaik agar kita tidak terpalit dgn dosa dan tempat akhir kita adalah neraka!!

Sedarlah kalian semua!
Ukhuwah adalah perkara yg paling penting dlm kita berjamaah.Hati-hati kita perlu diikat dgn kuat.Jiwa-jiwa kita perlu sentiasa saling faham-memahami antara satu sama lain..Tidak dapat disangkal,bagi sesebuah syarikat juga amat mementingkan ikatan ukhuwah sesama pekerja bagi memastikan gerak kerja syarikat berjalan lancar & berjaya.Jadi,utk gerakan Islam,lagilah penting!Kerana kita perlu pastikan kerja agama Allah ini sentiasa berjaya.Atas sbb itulah penulis katakan ukhuwah sgt3 penting dlm jamaah kita.Ikatlah hati-hati kita atas ruh Tauhid!Ruh yg sentiasa mengingatkan kita akan kekuasaan Allah!Ruh yg sentiasa mengingatkan & menyedarkan kita bahawa jln yg kita tempuh ini adalah jln yg sukar,susah,payah & penuh dgn ujian!!Oleh kerana itu,pentingnya ukhuwah supaya masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing,masing-masing dpt menerima kelemahan masing-masing & masing-masing dpt tampung kekurangan yg lain.Hasilnya,kita akan dpt lihat apabila ada yg susah kita dpt bersama merasa susah,menangis biar kita sama-sama tangiskan,ketawa sama-sama ketawa,suka sama-sama kita rasai & berjaya kita sama-sama kecapi.Itulah manisnya ukhuwah apabila kita sama-sama ikhlas berjuang di atas jalannya!!!

Wahai pejuang gerakan Islam!!Jangan dibimbang,jgn dilayan & jgn kita mudah gelabah andai ikatan ukhuwah ini diuji.Ujian ukhuwah ini lumrah!Pasti akan ada.Wajib ada!!Sedangkan ikatan kawan sesama sepasukan pemain bola sepak yg sering terdedah auratnya pun sering teruji,inikan pula ukhwah org2 yg memperjuangkan Islam.Pasti syaitan/iblis yg mengganggu adalah taraf2 general!Gunakan segala kelicikan kita utk menyelesaikan masalah tersebut.Jgn takut & jgn dilayan perasaan.Sekali kita ikutkan perasaan,awas!!Jamaah anda sedang berada dlm keadaan yg sgt bahaya.Justeru,kembalilah kepada panduan kita yg 4-AlQuran,Sunnah,Ijma',Qias...InsyaAllah jika kita ikut semua ini,rahmat & keberkatan Allah sentiasa mengiringi perjuangan kita!Yakinlah!!
Wassalam.....

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template