Tuesday, March 24, 2009

"Product Made In Jamaah": Di Mana Kelebihannya??


'Hidup ini merupakan satu persinggahan dan kita akan kembali pada yg menciptakan..'-memetik huraian bait lagu di dlm blog ini..
Hakikatnya,kehidupan sebenar kita adalah kehidupan di akhirat kelak.Bahagialah hidup kita selamanya andai termasuk dlm golongan yg berjaya 'mengemis' redha sang pencipta tetapi malang semalang-malangnyalah kita seandainya tercampak ke jurang api neraka yg tidak terjangkau dek akal fikiran akan seksaannya.Segalanya tertumpu di dunia.Di sinilah tempat kita berladang.Menanam benih-benih ibadah utk disemai dan dikutip hasilnya di kilang akhirat..Semakin banyak biji-biji benih yg ditanam,semakin yakinlah kita bahawa keuntungan hasilnya semakin hampir.Tetapi barang diingat,sekiranya kita tidak mendapat restu dari 'empunya tanah',biji-biji yg ditanam pasti menjadi satu kerja yg sia-sia.Hanya penat yg dikerahkan,hanya peluh yg dijejekkan.Tetapi hasilnya 'dikaut' semua oleh 'tuan' empunya tanah lantas dicampak ke tempat yg setaraf baginya..Inilah perkara yg saban hari manusia terleka utk mengetahui betapa pentingnya utk kita semua merendahkan diri,menjadi seorang pengemis yg sentiasa dgn penuh pengharapan tunduk kepada sang empunya tanah agar tanaman yg disemai mendapat restu dan hasilnya dapat menjadi tiket utk mengaut keuntungan abadi.....

Allah banyak menukilkan di dlm AlQuran berkenaan pentingnya manusia mengikut langkah-langkah yg sebenar utk menggapai syurgaNya..Bahkan step-step ini sering diulang beberapa kali di dalam surah-surah yg berbeza.

"Berimanlah kamu kepada Allah & RasulNya dan berjihadlah(berjuang) kamu di atas jalan Allah dgn dgn harta kamu & diri kamu......"

Beriman kepada Allah & RasulNya-diletakkan tanggungjawab tersebut ke atas bahu setiap individu muslim utk merealisasikannya tetapi utk berjihad di atas jln Allah S.W.T,ia melibatkan diri & juga org lain sepertimana firmanNya..:

" Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yg berjihad di jalanNya dalam barisan yg teratur,mereka seakan-akan seperti satu bangunan yg tersusun kukuh.."

Lantas,terbinalah satu jamaah Islam yg menggerakkan jihad ini supaya dapat digarapkan perencanaan yg padu & jitu bagi memastikan kelangsungan jihad semata-mata utk mencari redha Ilahi & syurga yg abadi..Di sinilah bermulanya sistem tarbiyah.Ia disusun dgn penuh teliti dan digerakkan dgn penuh berkualiti agar didikan yg diadun bisa melahirkan para pejuang yg kuat imannya,kental jiwanya serta tinggi semangatnya..Mereka tidak sekali-kali cuai,culas atau mudah utk dicantas tetapi mereka terbina dgn memiliki hati yg cekal,cekap dan tangkas!

Tarbiyah yg disemai merupakan adunan ramuan-ramuan yg berhubungan langsung dgn Allah Taala.Didikan yg diberi merupakan peringatan-peringatan akan amanah yg ditaklifkan oleh sang pencipta terhadap hambaNya yg perlu dilaksanakan.Produk keluaran tarbiyah ini akan sentiasa disuntik dengan kesusahan-kesusahan yg semestinya menjadi asam garam dalam memperjuangkan Islam sebagaimana firmanNya:

"Alif Lam Mim..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dgn hanya mengatakan, 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji?"

Mereka yg teradun dgn resipi ini akan tepu dgn kesusahan,tegar dgn ketabahan serta kental dgn provokasi-provokasi musuh yg sentiasa mencucuk jarumnya utk merobek & mengganggu gugat kebenaran Islam.Perjuangan yg dilakarkan adalah semata-mata utk Allah Taala,penguasa sekalian alam.Tiada yg terhebat drpdNya.Dialah yg maha kuasa ke atas segala sesuatu.Maka hasilnya,terbentuklah bungkusan-bungkusan produk tarbiyah yg setia serta ikhlas berjuang,bukan atas dasar nama.Bukan atas dasar jawatan & pangkat.Bukan atas dasar kewangan.Bukan atas dasar keturunan.Dan yg terpenting bukan atas dasar BANGSA!Mereka akan tahu bahawa kesusahan dlm perjuangan ini adalah hanya atas dasar ISLAM!Perjuangan atas dasar ini sahajalah yg diterima oleh Rabbi.Perjuangan inilah yg bakal ditanya olehNya di akhirat kelak.Perjuangan inilah sebenar-benar perjuangan.Perjuangan inilah yg paling hampir denganNya.Perjuangan Islamlah yg perlu diutamakan,bukan bangsa yg perlu diutamakan!

Bersatu dan berjihadlah wahai kaum muslimin dgn semangat & roh kebenaran..
Bersama kita kembalikan izzah Islam.Yakinlah kita dgn kekuatan Islam.Yakinlah kita dengan janji Allah Taala bahawa suatu hari nanti,Islam pasti kembali gemilang.Untuk itu,bersamalah kita terus menggarap idea-idea semata-mata utk Islam tercinta.Bertahanlah kita semua dengan serangan-serangan musuh.Kita bina kekuatan kita.Jangan bergantung kepada kelemahan musuh kerana kitalah produk... "MADE IN JAMAAH!!"

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template