Monday, March 23, 2009

Ada Apa Dengan PPSMI..??


Isu PPSMI menjadi salah satu perkara yg besar mewarnai senario politik tanah air kini.Walaupun agak terlewat utk saya mengulas berkenaan perkara ini,saya akn cuba merungkai isu ini dari sudut pandangan Islam..
Menyebarkan ajaran Islam(berdakwah) merupakan satu perkara yg menjadi tuntutan kepada setiap individu muslim yg sehari-harian mentadabburkan diri kpd yg maha kuasa serta mengucap dua kalimah syahadah yg menjadi pegangan paling utuh sebagai seorang yg bergelar muslim..Ulama' juga ada yg menetapkan hukum wajib utk setiap umat Islam berdakwah.Tidak dpt tidak utk semua umat Islam menguasai ilmu-ilmu agama dengan mendalam agar ajaran Islam boleh diterima oleh semua bangsa,agama,kaum,puak,suku dsb..Jadi,suka utk saya ulang sekali lagi bahawa semua umat Islam perlu menguasai ilmu-ilmu agama supaya suruhan Allah utk menyebarluaskan agamaNya dpt difahami oleh segenap lapisan masyarakat dunia..Berbalik kpd isu PPSMI,saya dpt lihat dua kelemahan yg direncanakan sendiri oleh Kementerian Pelajaran khasny & kerajaan amnya melalui isu ini.

1. Kalau betul belajar dlm B.Inggeris itu akan memberi kelebihan kpd kita utk menyaingi negara-negara maju lain,kenapa pihak kerajaan tidak mengutamakan pembelajaran Pendidikan Islam tu dlm B.Inggeris terlebih dahulu??Bukankah ulama' telah mengatakan wajib utk kita berdakwah/sebarkan Islam.?So,bila belajar ttg Islam tu dlm B.Inggeris,tak ke lebih mudah utk kita sebarkan dakwah??Sebarkan agama Islam dgn belajar Matematik & Sains,mana yg perlu kita utamakan???Belajar Matematik & Sains itu hanyalah fardhu kifayah.Fardhu kifayah ni bermaksud bila telah ada org yg boleh menguasai perkara tersebut,maka terlepaslah tanggungjawab itu ke atas kita.Di negara kita ni berlonggok org yg da pakar dlm hal ni..Tapi utk dakwah Islam,boleh hantar wakil je ke??Tidak!Dakwah utk sebarkan Islam terletak di atas bahu setiap individu muslim.Setiap org akn dipersoalkn di akhirat kelak.Jadi,dlm isu PPSMI ni,kita dapat lihat bahawa pihak kerajaan tidak ada sensitiviti utk mengutamakan ajaran Islam.Mereka lebih suka rakyat mengagung-agungkan pembelajaran fardhu kifayah & hari ini telah terbukti perencanaan mereka berjaya.Kita masing-masing mabuk mengejar pelajaran-pelajaran sedangkan ajaran Islam terus lenyap dlm diri utk dikuasai.

2.Ini perkara nature,fitrah..Memanglah kita akan jadi hebat sekiranya kita boleh menguasai B.Inggeris,lagi-lagi dlm subjek ni..Tapi dalam pembelajaran Matematik & Sains ni,dia ada byk formula & istilah-istilah penting yg perlu kita fahami utk kita kuasai sesuatu perkara dlm subjek tersebut.Kita perlu ingat.Kita ingin lahirkan orang yg pakar & mahir dlm bidang tersebut.Bukan org yg hebat menghafal teori-teori dlm bidang tersebut.Fitrah dunia,utk kita mudah faham perkara tersebut,mestilah kita kena guna bahasa yg kita selalu guna dlm kehidupan seharian.Mahirkan diri kita dulu dgn perkara tersebut,barulah belajar dlm bahasa lain.Bahasa ni kulit je sebenarnya.Yang penting kita kena faham isi yg ada kat dlm tu iaitu teknik-teknik dia.So,utk mudah faham & kuasai teknik-teknik tu,gunalah bahasa harian kita.Bila dah faham tentang perkara tu,terpulanglah kpd kita selepas tu utk belajar dlm bahasa apa pun..Barulah akan lahir insan yg betul-betul pakar dlm perkara tersebut.Bukan sekadar pelajar yg hebat menghafal teori semata-mata.


Ayuh!!Berikan sokongan yg padu agar sistem pembelajaran ini dapat dimansuhkan dan bersama-sama kita mendaulatkan bahasa ibunda kita!Biar kita jadi insan hebat yg lahir dari bahasa ibunda!!

3 comments:

Anonymous said...

salam,berkenaan isu ppsmi ni.mmg hkum belajar maths & sc hnyalh fardhu kifayah,tp tidakkh saudara t'fikir,ppsmi dpt m'beri impak yg postf.melalaui pngalamn sy sendiri,slepas form 5,sy mngalami kesukaran utk "alih bahasa" kerana d matrk pmbelajaran semuany m'gnkn BI.kenapa guna BI???sbb krajaan nk beri peluang plajar2 melanjutkn pelajarn kt luar negara???kenapa?????lebih ramai yg akn mnguasai bidang2 kritikal & yg paling pnting sekaligus dpt membantu usaha dakwah islamiah.kite kne pandang yg positif.bukan sy mengecilkn bahasa ibunda.cth sedia ad-jepun.rakyat menggunakan bhs jepun & usaha2 yg dlakukn oleh rakyat b'lipat kali ganda utk martabatkn bhs mreka.tp kite d malaysia,x ramai yg begitu.ramai yg menuturkan bhs melayu meringgkuk dlm penjara & pesat serenti.jadi ini adalh salah satu usaha lain kerajaan utk bantu rakyat & generasi sekarng utk lahirkn lebih ramai doktor/jurutera muslim/muslimah."alih bahasa" semasa d peringkat universiti mnyebabkan rmai pelajar yg terkandas,so dgn ppsmi,pendedahan awal tlah dbrikan sedikit sbyk dpt bantu pelajar.itu hanyalah pendapat sy.harap x marah,ok-i love islam

Anonymous said...

trima kasih 'anonymous'.bgus komenny..cuma ad dua perkara yg sy nk igtkn.
1.dlm kita membntah,bkn bermkna kita haramkan terus belajar b.iggeris.sbb itu klu anda ikuti btul2 bantahan ini,kita mahukn bhs melayu diutamakan dlm sbjek ini supaya kita mudah utk kuasai.dlm masa yg sma,b.inggeris diperkukuhkan.kukuhkan b.inggeris tu.mslh yg terjadi adlah krn student blaja BI sambil lewa je..bila anda dah boleh kuasai BI,vocab pun byk & anda dah faham konsep2 dlm sains & math,so susah ke nk faham??just change it in english..

2.skit sy nk tegur.anda katakan ramai yg tuturkn b.melayu ni meringkuk dlm penjara..heh.sdr,inilah yg kita nak ubah.anda sanggup ke trus tgk bangsa kita ni memonopoli penjara2??plik ayat sdr tu..klu jepun boleh,knapa kita tak boleh??pnjg klu nk hurai..sumeny berbalik kpd usaha kerajaan tu.sy tinggalkn anda dgn persoalan ni.sampai bila kita nk jadi pengguna brg2 ngara luar.?bila plk kita nk jd pngeluar utama brg yg digunakan oleh sluruh negara yg memerlukan mereka pulak utk faham bahasa kita bg memudahkn mereka gunakan brg tersebut.??mustahil/tak benda ni bleh jadi??anda jwb dulu soalan ni.insyallah baru boleh sy teruskn huraian sy coz sy tak tau lagi sejauh mana jiwa 'kemelayuan' anda..wallahu'alm

محمد إدريس on March 25, 2009 at 8:24 PM said...

Teaching science and maths in English can have grave effects on Malaysia. Read my latest blog entry to find out more.

Thanks!

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template