Friday, February 27, 2009

Mohon maaf...

3 comments
Maaf buat para pelawat semua.Penulis sekarang sdg berada di kampung halaman utk menemani bonda yg telah dibedah & kini sedang terlantar sakit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh..Selesai shj paper mathematics,penulis terus bergegas2 utk pulang ke kampung dgn menaiki bas jam 5.30ptg.Alhmdulillah penulis selamat tiba 2jam berikutnya..Memang tak dpt nak beri tmpuan sepenuhnya pada exam hari tersebut..Tawakkal pdMu ya Allah..InsyaAllah jika ada kesempatan penulis akan menceritakannya.Sejujurnya penulis masih xde mood nak posting anything here..My attention now is just for my lovely mother!
Asif jiddan utk pertanyaan2 di posting comment & di chat box yg masih xsempt utk dijwb..
Penulis mohon jasa baik kalian utk sama2 mendoakan kesihatan & keselamatan bonda penulis..Moga Allah membalas jasa kalian..
wallahu'alam
..

Wednesday, February 25, 2009

Pasca PRU 12:Pilihanraya,Pilihanraya & Pilihanraya..

5 comments
Permatang Pauh...
K.Terengganu....
Bukit Gantang....
Bukit Selambau...
Batang Ai...
Bukit Lanjan???
PERAK??????


Allah....selesai shj PRU12 dulu,tak berhenti2 Malaysia bertukar2 pilihanraya.Yang dah selesai sebanyak 2 pilihanraya.Yang bakal mendatang 3 pilihanraya termasuk yg terbaru di Batang Ai,Sarawak...
Berdasarkan analisis semasa,kekuatan dlm pilihanraya masih memihak kpd Pakatan Rakyat!Walaupun BN berjaya 'mencuri' Perak,tapi itu bukanlah hasil drpd kekuatan ahli @ pimpinan mereka.,tetapi kekuatan dari KEWANGAN mereka.Oleh sebab itu penulis katakan PR berkuasa dlm mana2 pilihanraya kini..Apa cerita di Bukit Lanjan?Jadi tak??Atau lebih menarik lagi di semua DUN Perak??Wah!Ini lagi menarik!!Sama-sama kita nantikan...

Sekadar peringatan...
Umum sudah maklum berkenaan kemantapan saf pimpinan PR walaupun telah diserang dari segenap penjuru oleh BN.Yakinlah kekuatan ini adalah hasil perpaduan dari semua pimpinan & ahli2..Kita tidak mampu menghadapi Umno/BN dgn kekuatan kewangan @ harta kita berbanding mereka.Mereka mempunyai segala kelebihan yg dpt kita lihat dgn pandangan kasar..
Di atas keterbukaan pimpinan PR,penulis sekadar mengusul peringatan agar dapat memilih calon2 yg betul2 sesuai utk mewakili PR menerajui setiap kawasan yg dipertandingkan.Jadikanlah peristiwa di Perak sbg iktibar.Pilihlah calon yg perjuangannya bkn wang,pangkat atau harta..InsyAllah kita akan diberkati olehNya & sentiasa diberi pertolongan dariNya dlm segala urusan..

Wallahu'alm

Tuesday, February 24, 2009

Demokrasi Malaysia Hampeh...

0 comments
Ramai org yg mengata & ada juga yg mengutuk Pas involve in politik di Malaysia ats sebab politik ni katanya kotor..terutama insan2 yg terlibat dlm mana2 'jamaah' Islam..tambah pulak bergabung ngn PKR+DAP.Lagilaaa pening..Hmm.,apa nak jadila org yg macam ni.Tak faham penulis memikirkan golongan ini.Takpela.penulis nk citekan serba sdkit pengalamn penulis..

Penulis telah ditanya oleh seorg hamba Allah ni.,"Kalau kau betol2 yakin Pas ni terbaik,ha bgtau aku apsal Pas ni lebih kurang cm UMNO jer mengata2 org,mengutuk org & apsal x guna sistem syura,bkn sistem demokrasi..??Hah,jawab!"Tuuu dia..ni nak tnya ke nak cari gaduh ni??Heh..tercuit jga hati penulis melayan makhluk nih.Takpa2..soalan stil perlu dijawab.Jawab,mesti kena jawab."Saya pantang dicabarrr.."bak kata our PM...
Oklah.Sebenarnya,kita ni bknnya seronok sgt pun berada dlm sistem negara kita nih.Tapi disebabkan ini je cara @ wasilah yg terbaik & paling sesuai utk menumbangkan 'kejahilan' UMNO,so kita involve la dlm politik Malaysia ni.Bagi sesiapa yg masih tak tau,Islam ada ajar bagaimana utk Islam ditegakkan salah satunya dgn meruntuhkan jahiliyah @ ayt fullnya-'Islam tertegak ats keruntuhan jahiliyah'.Jahiliyah di sini bkn bermaksud org yg bodoh,org yg tiada sijil SPM,org yg tak pergi sekolah ataupun org yg tak dpt masuk U.Tapi jahiliyah di sini bermaksud mereka yg tak faham ttg hukum hakam Islam,tak pandai menguruskan sesuatu berlandaskan Islam,mereka yg tak mahu ikut suruhan Allah & tak tinggalkan larangannya,mereka yg ambil spruh ayat Quran & tinggal separuh yg lain.Hah,itulah JAHIL namanya.!Jadi UMNO tu agak2nya tak jahil ke??Klu jahil,mmg patut la kita tumbangkan tuan2 sekalian...
Berbalik persoalan Pas pun mengutuk & mengata..Heh.Baiklah.Klu anda dikutuk dan dicerca sedangkan anda tak bersalah,adakah anda akan berdiam diri??Samalah jg dgn Pas.Kita bkn sengaja utk mengutuk & sbgnya.Tetapi kita ingin menyatakan kebenaran yg telah dipesongkan oleh golongan jahiliyah ni.Hatta dlm court sendiri pun Islam membenarkan kita 'membuka aib' utk menegakkan kebenaran.Klau tak percaya,tak payah buka kitab2 yg muktabar.Just buka buku teks Syariah Islamiyah tingkatan 5 shj utk mengetahuinya..Dlm tu ada diberitahu..
Satu lagi yg kita perlu maklum.Menegakkan negara Islam atau menegakkan hukum hakam Islam adalah satu perkara yg wajib utk semua umat Islam.Tidak terlepas hatta seorg sekalipun.Perumpamaan yg mudah utk semua fahami.Wudhu' merupakan perkara yg sunat.Solat perkara yg wajib ditunaikan.Tapi utk kita solat perlu ada wudhu'.So,secara tak langsung wudhu' yg sunat td dah jadi satu perkara yg wajib utk kita selesaikan solat.Samalah juga dgn politik demokrasi.Kita semua maklum Malaysia menggunakan demokrasi dan tak boleh ditentang kecuali setelah menguasai Malaysia.Menegakkan negara Islam tadi adalah perkara wajib.Menyokong demokrasi tak wajib.So,utk kita tegakkan yg wajib tu,scr tak langsung demokrasi dah jd perkara yg perlu utk kita turuti..Itulah sebabnya Pas involve in democration as our stand or platfor to achieve our mission-negara yg menjlnkan hukum hakam Islam..
Wallahu'alam

Monday, February 23, 2009

Malaysia Dalam Bahaya..!!

4 comments
Dahsyat!Cukup dahsyat..!
Belum ditabal sbg PM,mcm-mcm problem dah timbul menghangatkan iklim Malaysia..Itulah Najib Razak.Ini satu peringatan utk semua.!Makhluk ini cukup berbahaya..Sehingga sanggup mencetuskan huru-hara di pihak istana yg kita sanjung tinggi selama ini..Puak ini akan menggunakan apa sahaja cara asalkan nafsu serakah mereka dapat dipenuhi termasuklah istana..


Bermula dgn beberapa hari shj mengambil alih jwtn Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak,Najib memulakan langkah 'jahanamnya'..Sekejap je dpt negeri Perak.Tajol Rosli punyalah terkial-kial nak rampas Perak tu,tapi Najib sekejap je..Hanya mengambil masa lebih kurang seminggu shj utk merampas Perak.Apalah Tajol Rosli ni..Tak pandai langsung!Tak cukup duit kot...Najib TPM,kaya...
Kemudian konco Najib meneruskan 'perjuangan' jijiknya di Kedah.Hmm..Nasib baik org PKR yg kali ni berani sikit.Kerusi DUN pun kosong.Pilihanraya lagilah kita..
Dan yg terbaru pula di Selangor..Wah!Hebatnya bakal PM aku nih!!Tak sangka beliau sehebat ini..!'Bangganya' aku menjadi anak senegeri beliau..DUN di Selangor pun akan kosong juga.Tapi strategi di Selangor ni lain sikit.Dia tak guna duit.Tapi dia guna video utk ambil gambar ADUN yg bujang trangtangtang..So,3 Bukit bakal menjadi saksi hasil keperkasaan kuasa Najib Razak-Bukit Gantang,Bukit Selambau,Bukit Lanjan...

Ha,cukup tak bukti utk penulis katakan Najib ni hebat??Dlm masa sebulan shj beliau boleh menjadikan Malaysia perlu lalui 3 pilihanraya kecil!3 pilihanraya bknnya sikit tuan-tuan!Payah utk kita jumpa selama ini..Tapi di bwh Najib Razak,segalanya tidak mustahil...HEBAT!HEBAT!HEBAT!

Utk YB-YB Pakatan..,bersiap sedialah anda dgn agenda-agenda 'Ustaz' Najib Razak yg bakal mendatang.Entah apa pulak la slps ini yg akan dia buat & siapalah pula yg bakal masuk perngkapnya..Heh.,kelakar rasanya.YB-YB pun hidup dlm ketakutan,trauma..Rakyat apatah lagiii..Habislah aku duk di Malaysia nih.."KITA TENGOK,SIAPA YANG KENA!!!"

Doakan Kejayaanku...

0 comments
Dgn nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani...
Penulis ingin mengambil kesempatan utk memohon maaf atas segala kesilapan yg telah dilakukan sama ada sengaja @ tidak.Utk pengetahuan semua,penulis sedang berada dlm fatrah final exam yg akan bermula pd Rabu ini,25 Februari 2009.
Penulis mengharapkan agar para pengunjung dpt mendoakan kejayaan penulis..
Wallahu'alam...

Wednesday, February 18, 2009

TERKEJUT??Tak Payah....

2 comments
"Hah.,gini rupanya perangai die??"terdetik di hati penulis sejurus mengetahui sendiri sikap seorang rakan yg agak penulis hormati...
Nampak ok,tapi masyaAllah,cam tak terurus jer hidup..Kalau minta keluarkan hujah-hujah menerusi ayat-ayat Al-Quran,hui!Dialah antara yg terkehadapan.30 juzu' dihafalnyer!Tak kurang juga dgn hadith-hadith yg muktabar.Kalau minta bercakap soal-soal agama,berasap mulut-mulut..

Satu hari,terasa benar ingin melawat sahabat ni.Jadi,menujulah penulis ke kamar sang sahabat ini.."Mana satulah katilnya nih?"getus hati kecil ini..Cari punya cari...,jumpa pun!
Allah!Ini ke katilnya??Biar betul..
Cadar ada,tapi serupa setahun tak dibasuh.Selimut tak berlipat langsung.Baju berlonggok atas tilam..Hapak jugak baunyer.Bawah katil jgn ceritalah..Dilapik 3 inci habuk..Hmm..mana pergi tuannya nih??

Penulis menuju ke bilik study dgn harapan dptlah menatap wajah shbt pada hari tersebut..Ingatkan kamar jer yg serabut,meja study pun mcm dkt dapur restoran jer..BERSEPAH!Buku tak tersusun langsung!Kertas-kertas berterabur!!Tapi,pandai pulak letakkan tazkirah-tazkirah di dinding meja study..Heh,hampeh!

Entahlah.Tak tau apa yg nak penulis katakan.Patutlah org susah nak dgr ckp org yg nak berdakwah ni.Kekemasan tak jaga langsung!Ni lah antara golongan-golongan yg merencatkan proses dakwah.Memalit najis di muka para pendakwah-pendakwah yg ulung.Patutnya,bila dah asyik bercakap pasal Islam tu,pandai-pandaila nak jaga kebersihan.Ni tak.Mengalahkan orang lain lagi adalah..Penulis sangat kecewa.Harapan jujur dari penulis kpd orang-orang yg nak bawa Islam ni,jagalah penampilan & kekemasan diri anda tu.Mandi tu biarlah sebersih-bersihnya.Kalau org biasa tu tau nak pentingkan bau wangi,org yg bawa Islam ni tak kan nak bau busuk kot.ZUHUD???Zuhud apa gini kalau bdn tu pun 10 meter da dapat bau busuknya..Baju pun tak iron.Kasut pun berhabuk.Apa guna bercakap soal yg besar-besar hingga skop perbincangan merangkumi strategi mencapai daulah Islamiyah hatta Khilafah Islamiyah!!Tapi,diri sendiri pun ntah ke mana-mana lagi.Kebersihan pun tak tentu hala.So,fikir-fikirkanlah.Sekadar nasihat dari ALFAQIRBILLAH...........
Wassalam..

Tiada Faedah Langsung Berjamaah..!!HAKIKAT!!

2 comments
TAKDER PEKDAH LANGSUNG BERJAMAAH!!
Kalau perangai lebih kurang cam org biase jer...

TAKDER PEKDAH LANGSUNG BERJAMAAH!!
Kalau kelas pun susah nak pergi...

TAKDER PEKDAH LANGSUNG BERJAMAAH!!
Kalau berjiwang pun payah nak hindar
Kekadang melampau2 plak tu...

TAKDER PEKDAH LANGSUNG BERJAMAAH!!
Kalau solat pun last2 minit..

TAKDER PEKDAH LANGSUNG BERJAMAAH!!
Kalau SOLAT JEMAAH pun susah ya amat!!
Ceramah berdegar-degar!!!


TAKDER PEKDAH LANGSUNG BERJAMAAH!!
Kalau kat MASJID pun payah nk jumpa..!!

TAKDER PEKDAH LANGSUNG BERJAMAAH!!
Kalau mengaji sehari 2 muka pun jarang2!!

TAKDER PEKDAH LANGSUNG BERJAMAAH!!
Kalau ma'thurat sekali sehari pun x bace...

TAKDER PEKDAH LANGSUNG BERJAMAAH!!
Kalau ckp pimpinan pun xnak ikut..

TAKDER PEKDAH LANGSUNG BERJAMAAH!!
Kalau tidoooo jer memanjang..

TAKDER PEKDAH LANGSUNG BERJAMAAH!!
Kalau komitmen pun payah nak bagi..

SOOO???NI LAH HAKIKAT SEBENAR BUDAK2 YG MENGAKU JOIN USRAH!BUDAK2 YG MENGAKU JOIN JAMAAH!BUDAK2 YG MENGAKU NAK BERDAKWAH!BUDAK2 YG MENGAKU NAK TEGAKKAN ISLAM!BUDAK2 YG MENGAKU NAK JADI AHLI SYURGA!BUDAK2 YG MENGAKU NAK 'MENGEMIS REDHA ILLAHI'!!!BUDAK2 YG NAK MENATAP WAJAH ALLAH!!!HAH,INILAH ORANGNYA!!
HARAPAN TINGGI MENGGUNUNG!PERANGAI LANGSUNG TAK BOLEH PAKAI!

*Artikel ini tiada kena mengena kpd sesiapa pun.Tapi kpd sesiapa yg dah rasa terpukul tu,baguslah sgt-sgt..Artikel ini hanya utk mengingatkan diri penulis khususnya..Bak kata Nabil Si Raja Lawak..,"LU PIKIRLA SENDIRI!"

Sunday, February 15, 2009

Malam Jamuan Hisbah

0 comments
Slm ukhuwah buat semua..
Pada 13 Februari lalu,penulis telah menghadiri jamuan akhir semester utk hisbah penulis yg telah diadakan di dataran mahallah.Meriah,seronok & puas hati.Ungkapan yg dapat penulis gambarkan tentang jamuan tersebut.Terima kasih kpd semua AJK program di atas usaha anda menjayakan jamuan tersebut.Wallahu'alam..


Friday, February 13, 2009

Gerakan Dakwah Tiada Penghujungmya...

2 comments
Dgn menyebut namaMu ya Allah,diwaktu pagi & ptg...

Tidak dapat penulis luahkan bagaimana beratnya rasa diri menerima ujian drpd Allah dlm mengharungi perjalanan hidup selaku insan yg menceburkan diri dlm gerakerja dakwah Islam..Sepanjang minggu ini pelbagai rintangan & ujian yg datang silih berganti yg amat berat utk ditanggung oleh penulis.Kadangkala tidak terjangkau dek akal fikiran penulis bahawa penulis akan menerima ujian dari jalan yg langsung tidak disangka-sangka..Penulis cuba utk menguatkan semangat meneruskan hidup ini.Penulis sedar ujian ini tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dgn ujian yg menimpa pejuang-pejuang Islam terdahulu...

"adakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan shj dgn hanya mengatakan 'aku telah beriman' sedangkan kamu tidak diuji????"-alAnkabut(1-2)

Benarlah firman Allah ini..Penulis secara jujurnya tidak dpt jangkakan apakah nasib penulis selepas ini.Penulis seringkali bimbang,tatkala diri kini bersemangat melaungkan kata-kata dakwah,tapi penghujung kesudahannya terkeluar dari golongan org yg berjuang dlm Islam..Na'uzubillah.Mohon setinggi-tingginya dijauhkan..Hanya doa & sedikit bekalan semangat yg mengiringi perjalanan hidup penulis dlm jln ini.Penulis memohon agar para pembaca sekalian sama-sama mendoakan agar penulis terus thabat di atas jln ini..

Penulis yakin.Setiap masalah yg menimpa dlm menggerakkan dakwah Islam pasti ada penyelesaiannya..Gerakan dakwah Islam ibarat air mengalir.Anda tahanlah di bahagian mana sekalipun,dia akan tetap mencari jalan lain utk terus mengalir..Dan begitulah juga dakwah ISLAM!Pasti ada penyelesaian!Allah bersama kita!!Doakan penulis!!!

Sepagi di Kilang Yakult..

0 comments
Dgn nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang...

Alhamdulilah,pada 11 Februari lalu penulis telah berkesempatan utk melawat kilang Yakult yg terletak di kawasan perindustrian Seremban.Penulis berasa bertuah kerana tersenarai dlm kalangan peserta utk melihat dgn lebih dekat lagi bagaimana pemprosesan lengkap minuman Yakult..Tiada apa yg dapat penulis ungkapkan selain berasa sungguh teruja dgn kecanggihan alatan yg digunakan..Seringkali terbit bait-bait ayat ini di bibir penulis,

"Kepala otak siapalah yg bijak sgt ni yg dapat mencipta mesin yg sebegini kompleks ciptaannya...??"

Penulis tidak dapat berselindung lagi dari terus memuji Sang Pencipta yg tentunya lebih hebat lagi ciptaannya.."Pencipta mesin pun dah dikira hebat,pencipta kpd yg mencipta mesin itu tentulah jauh berganda hebatnya!!"ALLAHUAKBAR!!!

Berikut merupakan kenangan penulis di kilang Yakult...


Penulis di pintu masuk kilang


Bersama seorang shbt di lobi kilang..


Bersama advisor program..


Khusyuk mendengar penerangan berkenaan Yakult..

Barangan Yakult yg diterima..

Pas-Pakatan-Sirah....

0 comments
Dgn namaMu ya Allah,ku memujiMu diwaktu pagi & ptg...

Ramai yg mempersoalkan penyertaan Pas dlm Pakatan Rakyat sedangkan perjuangan Pas jauh berbeza dgn perjuangan parti-parti lain yg ada dlm Pakatan terutama DAP.InsyaAllah kali ini penulis cuba utk merungkai serba sedikit sirah yg dpt menjadi panduan utk menjawab persoalan yg membelenggu akal fikiran kita,mengapa teraju pimpinan Pas mengambil keputusan utk menyertai gabungan ini..

Penulis tidak menafikan bahawa penulis sendiri seringkali mempersoalkan mengapa penggabungan ini berlaku.Tapi,penulis sentiasa mengingatkan diri penulis utk thiqah(percaya) keputusan yg telah diambil oleh saf pimpinan terutama Mursyidul Am sendiri,setiap keputusan pasti telah dirujuk dari Al-Quran @ Sunnah @ Qias...Tambahan pula Pas mempunyai sayap Dewan Ulama'.Sudah tentu keputusan ini mempunyai hikmah yg besar.Siapalah diri penulis utk dibandingkan dgn saf-saf ulama' yg ada dlm Pas..Jauh.Bagai langit dgn bumi..!

Akhirnya,persoalan yg terbuku dlm benak hati penulis terungkai jua setelah mendengar kuliah drpd Ust Wan Ji-slh seorang naqib usrah dlm Pas..Daripada kuliah tersebut,para pimpinan Pas mengambil keputusan penggabungan ini berdasarkan sirah nabi.Ketika Nabi S.A.W mengambil keputusan utk kembali semula ke kampung halamannya-Makkah,baginda telah dihalang utk masuk ke sana.Setelah menggunakan pelbagai cara,baginda akhirnya akur & mengambil keputusan utk pulang ke Madinah..Melihatkan situasi tersebut,seorang kafir Quraisy bernama Mut'am b. 'Addi (nama selepas keIslamannya) telah mempelawa dirinya utk membantu Nabi utk masuk ke Makkah..Setelah berurusan dgnnya,baginda Nabi telah bersetuju & akhirnya berjaya masuk ke Makkah.Selama beradanya Nabi di sana,Mut'am b. 'Addi tersentuh dgn keperibadian Nabi & para sahabat serta tertarik dgn gaya kepimpinan Nabi S.A.W & akhirnya mengambil keputusan memeluk Islam...

Hikmahnya...
Inilah pendekatan yg ingin Pas ambil.Walaupun kita tahu bahawa PKR & DAP mempunyai ahli yg kuat berpegang pd agama selain Islam,tetapi mereka tidak menghalang Pas dari terus menyebarkan Islam melalui ceramah-ceramah perdana,kuliah-kuliah di masjid & surau-surau..Berbanding dgn UMNO yg secara terang-terangan hebat menghalang Pas dari menganjurkan sebarang ceramah,merantai masjid-masjid yg dianggap menyentuh hal politik sedangkan politik & Islam itu tidak dpt langsung utk dipisahkan..Oleh kerana itulah para pimpinan sepakat utk tidak bersatu dgn UMNO,tetapi terus thabat dlm pakatan ini.Umum juga telah maklum & mengetahui situasi di negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan terutama diteraju oleh Pas.Penerimaan terhadap Pas oleh golongan bukan Islam semakin hangat dgn penyertaan mereka di dlm Kelab Penyokong Pas!Bagai cendawan tumbuh selepas hujan!!Hatta ada yg mengatakan ramai drpd mereka telah memeluk agama Islam!

Lihat & renung-renungkanlah...
Seandainya kita benar-benar ikhlas utk menyebarkan Islam,kita akan cuba sedaya upaya utk mencari cara yg paling terbaik utk org mengenali & memahami Islam.Bukan menjadikan Islam sebagai alat utk menaikkan nama diri,menaikkan nama persatuan,menaikkan nama keluarga & sebagainya..Letakkanlah diri kita di saf yg menyokong kepimpinan ulama'..Seandainya UMNO betul-betul ingin membawa Islam,dah lama mereka akan menggabungkan diri di dlm Pas.Ingat,UMNO yg bergabung dgn Pas,bkn Pas bergabung dgn UMNO!

Semoga tulisan ini dapat membantu sedikit sebanyak kefahaman kita tentang pergerakan Pas & terutama sekali berkenaan perjuangan Islam..Wallahu'alam

Sunday, February 8, 2009

Muhasabahkan bersama...

1 comments
Dgn nama Allah S.W.T,penguasa sekalian alam..
Dlm nukilan penulis yg lalu,penulis telah menerangkan serba sedikit berkenaan jamaah Pas-apa sebenarnya yg di bawa & diperjuangkan oleh Pas.Kali ini,penulis tertarik utk memberi serba sedikit pandangan berkenaan pandangan jamaah-jamaah lain terhadap Pas..Semoga para pembaca membacanya dgn hati tulus ikhlas semata-mata utk mencari KEBENARAN.,bertepatan dgn tema blog ini:"MENEGAK KEBENARAN"...

Umum sedia maklum,terdapat pelbagai jamaah di dunia hatta di Malaysia sendiri terdapat berpuluh-puluh jamaah Islam.Which one is the best??Persoalan ini adalah persoalan asas yg perlu dihadam oleh org yg benar-benar beriya-iya utk berjuang membawa Islam.Persoalan ini sbnrnya mudah utk di jwb seandainya anda faham ciri-ciri jamaah yg perlu disertai.Utk memudahkan anda,ciri utama adalah dgn memilih jamaah induk yg mula-mula tertubuh di negara anda.Nak dipendekkan cerita,Pas adalah jamaah induk yg ditubuhkan di Malaysia.Ini kenyataan.Penulis bercakap bkn atas sbb penulis berada dlm jamaah ini,tetapi setelah penulis sendiri melakukan kajian.Ikhlas dari hati kecil ini..Hatta andai anda membaca artikel penulis yg lalu,penulis bukanlah lahir dlm keluarga yg 'pure' Pas.Malah adalah family yg 'totok' UMNO.Tak mengapa.Kita tumpukan pada bab ini.Jadi,inilah yg jamaah yg 'the best'.!Syumul!Terangkum dlmnya kesemua prinsip-prinsip Islam yg perlu diperjuangkan.Termasuklah politik yg telah di salah erti oleh org kebanyakan.

"Habis tu,mana datang byk-byk jamaah yg lain??"This is a common question for those who are really interested to involve in jamaah.Begini.Melalui pembacaan penulis,kuliah-kuliah,persoalan-persoalan yg telah penulis kemukakan sebelum penulis menjumpai jamaah Pas,tertubuhnya jamaah-jamaah lain adalah drpd pecahan Pas itu sendiri.Bagaimana boleh berpecah??Lumrah hidup,pasti ada yg tidak sekepala dgn ibuayah,tidak sekepala dgn pimpinan.Lalu inisiatifnya adalah dgn menubuhkan jamaah yg lain.Jadi,tertubuhnya jamaah itu adalah atas dasar tidak puas hati.

Masuk kepada point baru,bolehkah tubuhkan jamaah Islam atas dasar tidak puas hati??Bolehkah kita ikut??Tapi dia bawa Islam.Jawapannya TAK BOLEH sama sekali.!Utk bab ini,penulis syorkan kepada pembaca yg berminat dgn berjamaah agar hadam dgn silibus 'Adab-Adab Berjamaah'..Penting!Kita nak masuk tandas pun perlukan adab,inikan pula utk membawa perjuangan Islam,lagilah memerlukan kefahaman tentang adab-adabnya...Teruskan pengkajian anda dgn hati yg tulus ikhlas semata-mata utk mencari 'kebenaran'.Pasti akan anda temuinya & akan merasai kemanisan dlm berjamaah."Bila sudah kenal,barulah kita cintakannya.Lautan api pun sanggup direnangi.."-memetik kata-kata insan yg sedang dilamun cinta.

Ketahuilah,apabila anda telah menemui kebenaran tersebut,anda akan tahu pula bagaimana caranya utk kita berurusan dgn jamaah Islam lain yg juga membawa Islam.Melalui jamaah ini,jujur penulis katakan penulis telah diasuh agar tidak memburuk-burukkan jamaah yg lain.Tapi,if mereka ingin memburuk-burukkan kita,pasrahkan hati kerana mereka masih belum menemui 'hidayah' jamaah mana yg sebenarnya yg terbaik.Penyertaan mereka dlm perjuangan & memahami Islam lebih baik drpd tiada langsung usaha utk bekerja utk Islam.Cuma wadah mereka shj yg masih pincang..

Penulis ingin mengambil secuit kesempatan di sini utk mempersoalkan @ meminta penjelasan drpd wakil PKPIM.Mohon anda terangkan,apakah sebenarnya yg anda ingin peroleh sebenarnya??Nak kata tidak menerima politik,tak juga sebab di UIAM,PKPIM merupakan salah satu 'parti' yg bertanding di kampus tersebut.So??Kedua,betulkah memperjuangkan Islam yg SYUMUL??Sebelum tu,minta faham betul-betul definisi & ciri-ciri syumul.Penulis mendapat direct information drpd shbt penulis di UIAM yg mengatakan dia telah difitnah oleh wakil PKPIM yg bertanding dlm PRK lalu & bermacam lagi hamburan yg diterima..Baik.Kalau kami salah & anda betul,inikah cara yg BETUL yg Islam gariskan??Mohon ulasan..Ketiga.Anda sokong perjuangan Islam??Adakah tindakan anda yg sanggup menggabungkan diri anda bersama Aspirasi yg jelas memihak kpd BN merupakan cara terbaik utk sebarkan Islam andai anda ikhlas perjuangkan Islam??Penulis tersangat-sangat mohon ada wakil-wakil PKPIM yg sudi menerangkan kpd penulis.Penulis hanya ingin mengetahui pendirian anda.Bukan utk 'menghentam' anda krn penulis telah katakan sebentar tadi bahawa penulis tidak diasuh utk memburukkan jamaah Islam yg lain.

Semoga sama-sama kita peroleh manfaat drpd apa yg kita perbincangkan..Wallahuta'ala 'alam..

Perkara yg sering disalah tafsir...

2 comments
Penulis mulakan dgn memuji Allah S.W.T,penguasa sekalian alam...

Satu kesalahfahaman berkenaan perjuangan PAS yg kian menjadi perbualan hangat bkn shj drpd golongan yg 'anti' PAS,hatta org yg tergolong dlm anak-beranak PAS itu sendiri pun tak faham apa sebenarnya teras perjuangan PAS.. Serba sedikit yg ingin penulis coretkan di sini berkenaan fahaman ini.Pertama,ramai org menganggap PAS adalah PAS-sebuah parti politik semata-mata yg merupakan parti kedua terkuat selepas UMNO..Kedua,ramai yg mengatakan bahawa PAS mempergunakan Islam utk menggerakkan parti mereka dlm politik di Malaysia..Jadi ini satu perkara yg sgt jijik!

Buat saudara-saudari yg mempunyai pemikiran seperti ini,sila BUANGKAN!!
Buat pengetahuan semua,PAS bergerak adalah sebagai sebuah JAMAAH ISLAM.Dlm Islam,definisi ringkas jamaah adalah sebuah organisasi yg bermunazzamah (tersusun) yg memperjuangkan 'amar ma'ruf,nahi mungkar & seterusnya berjuang bagi menegakkan kembali daulah & khilafah Islamiyah yg telah jatuh.Jadi,inilah perkara asas yg perlu anda bersihkan dlm minda anda berkenaan PAS..PAS bkn parti politik semata,tapi adalah sebuah jamaah.PAS=JAMAAH..Disebabkan di Malaysia org familiar dgn penggunaan 'PARTI',jadi diletakkanlah ia di dlm nama pertubuhan ini..Sekadar nama shj yg bertukar,tapi yg paling penting teras perjuangan PAS tetap sama dari dulu sampai sekarang.Sebagai sebuah jamaah,tidak dapat tidak kita membawa dakwah Islam.Dakwah dlm Islam pula pecah kpd 4 perkara:-

*Daie (pendakwah) *Mad'u (sasaran) *Maudhu' (tajuk2) *Uslub (cara-cara berdakwah)

Utk perkataan 'PARTI' td,ia termasuk dlm uslub (cara-cara) PAS berdakwah iaitu mengikut persekitaran Malaysia yg sememangnya familiar dgn perkataan tersebut.Tapi barang diingat,dasar @ bahan yg dibawa oleh PAS tidak akan berubah sama sekali..Kekal selamanya iaitu dasar Islam.Nama shj yg bertukar.Apabila POLITIK merupakan salah satu perkara yg termasuk dlm dasar Islam,tidak dpt tidak PAS perlu perjuangkannya.Jadi ini bermakna Islam dulu,baru politik.Bukannya politik dahulu,Islam kemudian..

Justeru,bagi golongan-golongan termasuk golongan jamaah-jamaah Islam lain yg menJUMUDkan pemikirannya berkenaan perjuangan PAS dgn mengatakan PAS membusukkan agama Islam dgn menjerumuskan diri dlm politik yg kotor adalah bercanggah sama sekali!!Politik itu kotor bkn disebabkan PAS.Politik dlm Islam tak kotor.Tapi yg mengotorkannya adalah pemerintah!Jadi,penubuhan sebuah jamaah Islam yg syumul amat diperlukan bagi mencuci kekotoran ini.Perlulah kita semua faham sedalamnya berkenaan proses menggerakkan dakwah amat-amat memerlukan uslub yg pelbagai,fleksibel & sistematik bagi memastikan kelangsungan dakwah Islam,dgn syarat kita tidak terkeluar dari garis panduan syara' @ dasar yg diperjuangkan..Memetik salah satu situasi PAS sekarang yg menggabungkan diri bersama PKR & DAP juga merupakan satu uslub utk menyebarkan dakwah Islam dgn lebih mudah.PAS bknnya terlalu taksub inginkan jawatan-jawatan tertinggi dlm negeri,tetapi dgn kuasalah dakwah Islam itu mudah digerakkan.Jadi,inilah yg mendorong penggabungan ini..Sekali lagi diingat,jgn sampai dasar perjuangan tergadai...
Mengapa tidak bergabung dgn UMNO???Mengapa dgn PKR & DAP?? Cukup mudah utk menjawabnya..Anda kaji dasar perjuangan UMNO & anda kaji dasar perjuangan PAS.Comparekan keduanya.Ngam tak???Boleh masuk??Jawabnya...jgn harap!!Satu perkara juga yg perlu kita semua perlu ambil cakna.Kalau nak juga kedua-dua parti ini bergabung demi kemajuan 'Melayu' yg amat disayangi UMNO tu,kita tukar ayat.Bukan PAS masuk UMNO,tapi UMNO masuk PAS!!!YES!This is the best answer & the best solution!!Bukan Melayu shj yg maju,tapi semua kaum akan turut maju..MASALAHNYA???Nak ke UMNO tu bergabung dgn PAS???Tepuk dada sendiri....

Sekadar sedikit coretan ikhlas dari diri penulis yg serba dhaif & diharapkan pembaca juga ikhlas menerima & memikirkannya..Let us think about it,lillahitaala!!Wallahu'alam

Saturday, February 7, 2009

Di Manakah Ia..???

0 comments
Salam perjuangan buat semua pelawat alfaqirbillah...
Terpangu sejenak penulis dek memikirkan maslahat-maslahat yg menimpa diri khususnya & saudara-saudara seIslam amnya..Kenapalah susah sgt nak qiamullail???Penulis berminat utk berkongsi dgn semua saat-saat qiamullail ini menjadi 'barang' yg sgt dihargai..

Antara masa-masa org muslim amat menghargai kemanisan qiamullail adalah..:

-Ketika ditimpa musibah yg amat dahsyat..
-Ketika Ramadhan..
-Ketika hampir dgn examination..
-Ketika mengharapkan kemenangan dlm pertandingan..
-Ketika mencari jodoh (solat istikharah)..
-Ketika..,ketika..,ketika...

Masa-masa yg disebutkan di atas semuanya memberitahu kita bahawa qiamullail ini akan didirikan atas sebab-sebab tertentu..Mesti kena ada sebab,barulah qiamullail didirikan..Penulis hanya ingin mengingatkan diri penulis yg hina ini.Andai sahabat-sahabat @ para pembaca tidak bersetuju,terpulang..Penulis sedia menerima komen-komen anda..

Penulis agak kecewa dgn diri penulis kerana penulis gagal menyemai diri penulis dgn solat-solat malam..Dimanakah kedudukan solat ini di dlm diri aku?Kecil & hinanya diri ini di hadapan ulama'-ulama' yg mewarisi perjuangan para anbia' & teramat-amat kecil,hina & jijiknya diri ini di hadapan Khaliq yg maha kuasa!!!Mulut & hati beria-ia mengalunkan kata-kata berbaur semangat Islam,tapi qiamullail???Solat-solat sunat??Zikir-zikir????.....

Sedih memikirkan nasib diri...
Penulis masih tercari-cari sinar 'hidayah' agar diri ini menjadi insan yg hampir bersama Sang Pencipta..Penulis teramat bimbang sekiranya sinar itu tidak sempat utk ditemui sehinggalah ajal memanggil diri ini..
"KE MANAKAH IA MENGHILANG...??????YA ALLAH,KETEMUKANLAH AKU DENGAN SINARAN KEBENARAN & SINARAN HIDAYAHMU...."


p/s: penulis memohon agar kalian sentiasa mendoakan Allah S.W.T sentiasa melindungi kehidupan penulis...amiiin



Hidup Ibarat Roda...

1 comments
"Ya Allah..,
Kuatkanlah keimananku.Tetapkanlah hati & diriku di atas jlnmu.Semoga ku dapat menikmati saat-saat indah menatap wajahMu.."


Kita semua sudah sedia maklum keadaan terkini di Perak.Bagi penulis,penulis menyerahkan segala urusan kpd Allah.Dialah yg maha kuasa & maha mengetahui perkara sebenar yg berlaku di sana.Dan ingatlah,doa-doa orang yg dizalimi adalah antara doa yg sangat mustajab.Kita sama-sama nantikan episod seterusnya dari Perak...

Entah mengapa hati penulis sejak kebelakangan ini tidak berapa 'stabil'..Penulis tidak menolak kemungkinan masih banyak tugasan-tugasan yg perlu penulis laksanakan.Penulis juga bimbang 'kualiti' ibadah penulis kini kian menurun..Ku amat mengimpikan saat-saat kemanisan bersamaMu ya Allah muncul kembali...Inilah yg dikatakan hidup ibarat roda..Begitu juga iman.Sekejap kita akan berasa selesa,sekejap kita akan berasa gundah gulana.Saat inilah terujinya keimanan & ketaqwaan kita sebagai hambaNya..Penulis ingin mengambil kesempatan di sini utk memohon shbt-shbt & saudara-saudari utk sama-sama mendoakan kesejahteraan diri penulis.Semoga Allah S.W.T shjlah yg dapat membalas jasa baik kalian dgn ganjaran yg setimpal..

"Ya Allah..ampunilah segala dosaku.Sesungguhnya diri ini benar-benar terasa sedikit terbeban dgn tugasan-tugasan yg perlu disiapkan sesegera mungkin.Hanya Engkaulah tempat utama untukku berserah,memohon seinfiniti kudrat & keupayaan utk diri ini tabah & tenang menghadapi segala yg mendatang..Lapangkanlah dadaku.Berikanlah aku kejayaan di dunia & akhirat..amiiinnn..."
-alfaqirbillah

Thursday, February 5, 2009

Duhai Pakatan Perak...

0 comments
Dgn namamu Ya Allah yg maha pengasih lg maha penyayang...
Salam mujahadah buat semua..

3 keADILan, 1 DAP...

Jumlah ini sudah cukup membuatkan para pimpinan Sona tersenyum girang menantikan saat kembali bertapak di negeri Perak..Alhamdulillah Allah S.W.T masih menjaga 'kesucian' & keselamatan Parti Islam se-Malaysia (PAS)..TAKBIRR!!

Penulis tidak tahu bagaimana ingin diulas mengenai hal ini.Cuma bagi penulis,penulis memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana para pimpinan dari 'pihak' yg menjadi pilihan penulis masih thabat dgn dasar perjuangan yg kita sama-sama perjuangkan-ISLAM..Penulis tidak akan sekali-kali berhenti utk berdoa,memohon rahmat & pertolongan drpd Allah agar sentiasa melindungi setiap tapak langkah perjuangan PAS agar tiada seorang pun dari pimpinan hatta ahli-ahlinya yg tergolong dlm golongan 'almutasaqitun'-golongan-golongan yg tercicir..




"Ya Allah...Kau kuatkanlah hati para pimpinanku,shbt-shbtku dlm berjuang memartabatkan agamaMu ini.Kau tetapkanlah hati-hati kami,kuatkanlah hati-hati kami agar kami tidak mudah gentar & mengalah dgn serangan musuh-musuh kami terutamanya UMNO!Kuatkanlah iman & tingkatkanlah ketaqwaan kami dlm usaha kami memikul amanah menjaga agamaMu ini..."

Berbalik kpd peristiwa 'lompat-melompat' parti di Perak..Penulis hanya berpegang pada satu shj.Andai betul & anda yakin dgn dasar yg anda perjuangkan itu,anda tidak akan dgn mudahnya main lompat-melompat..Bagi penulis,mustahil sama sekali kes ini tidak melibatkan politik wang.Mustahil!!Andai anda dihidangkan dgn sejumlah wang yg begitu banyak,mustahil anda dpt berpaling daripada menerimanya.,termasuklah penulis sendiri (nauzubillah)..mohon dihindarkan.Penulis belum lagi diuji dgn keadaan sedemikian.Cuma penulis sentiasa ingatkan hati ini,hanya IMAN yg akan memberi jawapannya!Hanya IMAN yg akan memandu kita!!Hanya IMAN yg akan menentukan segalanya!!!Fikirlah sendiri wahai pejuang-pejuang Pakatan..di mana letaknya iman kalian..


Wahai para da'ie Parti Islam se-Malaysia (PAS)!!!
Ingatlah!Dasar yg kita perjuangkan adalah ISLAM!Jalan yg kita tuju adalah mardhatillah!Amanah yg kita pikul merupakan talian yg bersambung dgn Allah,penguasa seluruh alam!!Yakinlah bahawa jln yg kita tempuhi & akan tempuhi ini penuh dgn onak duri kerana kita sedang berurusan dgn zat pencipta..Bukan mudah utk menggapai redha & syurgaNya & teramatlah susah utk membawa orang lain turut serta ke sana..Tapi,sbg orang yg dipilih olehNya,tidak dapat tidak kita perlu utk memikul amanah ini..Laksanakanlah ia dgn seIKHLAS hatimu tanpa mengimpikan apa-apa ganjaran dunia.Ganjaran akhirat adalah segalanya..Ingatlah,kita mempunyai tempat utama utk memohon pertolongan.Pohonlah selalu padanya.Sesungguhnya Dia amat menyukai hamba-hambanya yg selalu merintih & memohon pdNya...

Salam perjuangan yg tinggi penulis nukilkan buat para pendokong gerakan Islam di Perak terutama Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yg tidak jemu-jemu menerima tohmahan terutamanya dr phak 'musuh'..Semoga Allah shj yg akan membalas segalanya dgn memberi ganjaran yg setimpal dgn apa yg telah anda semua usahakan..Buat pembawa & pengikut UMNO,ingatlah..selagi mana anda berpegang dgn dasar assobiah anda yg jijik,busuk & penuh dgn najis tersebut,anda tidak akan sekali-kali senang.Bukan shj di dunia,malah akhirat jua.nauzubillahh...Ingatlaahh..."Kebenaran Pasti Datang!!!"

p/s:sama-sama kita doakan Allah S.W.T memberikan pertolongan kpd para pendokong & penyokong gerakan Islam di Malaysia khususnya di Perak.Amiiin...

Monday, February 2, 2009

Guruku bertambah...

0 comments
Slm mujahadah buat semua...
Tanggal 19 Januari lepas,penulis telah berjaya memulakan pelajaran berkenaan pengubatan Islam di Darussyifa' atau nama panjangnya Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia..Alhamdulillah setelah melepasi sesi interview,penulis telah berjaya digolongkan ke dalam kumpulan yg ke-21 pelajar Darussyifa'.Tidak dapat penulis bayangkan betapa gembiranya hati penulis bahawa penulis akan menjadi salah seorang anak murid kepada ulama' tersohor dunia, Alfadhil Tn Guru Dato' Dr Haron Din.Penulis berasa sungguh bertuah & ini merupakan satu lagi 'pengembaraan' terbaru dlm hidup penulis.Semoga usaha penulis utk menghayati ilmu-ilmu Allah akan sentiasa dipermudahkan olehNya.Insya-Allah..
Wassalam..


Logo Darussyifa'..

Guru kesayanganku..

Tuan Guru sedang menyampaikan kuliah..

Sunday, February 1, 2009

Warkah buat ayahnda tersayang...

0 comments

Slm istiqamah dlm perjuangan ini..
"Ayahku Seorang UMNO..."
Barangkali inilah tajuk yg paling sesuai utk membuat konklusi isi penulis kali ini.Penulis terasa cukup terpanggil utk menulis mengenai perkara ini.Entah mengapa hati ini terasa amat rindu & sayang terhadap ayahnda di kampung..Hanya diriku & Dia shj yg mampu mengetahui isi sebenar hati ini .Betapa menebalnya kasih & sayang penulis kpd ayahnda yg tercinta..

Ayahnda..
Ku tahu dirimu telah banyak berkorban sepanjang kehidupanku .Sanggup bersusah-payah semata-mata ingin melihat anak ke-8 mu ini berjaya,bukan shj di dunia malah di akhirat.Ku akui dirimu juga telah mengerah seluruh keringatmu utk membesarkan & memberi sepenuh kasih sayang serta perhatian yg tinggi terhadap masa depan kesemua sembilan org anakmu..Ku juga tidak malu utk mengakui bahawa kita datang dari keluarga yg sgt susah @ lebih mudahnya MISKIN..Tetapi berkat usaha gigihmu yg sentiasa di bantu & disokong penuh oleh bonda tercinta,kau berjaya mengubah hidup keluarga..Setinggi-tinggi kekaguman ku melihat kegigihanmu itu.Ku masih mengingati beberapa peristiwa sewaktu kita susah dahulu kala..Dalam perjalanan ke kebun getah bersama seorang lagi adik kesayanganku dgn menaiki motor Honda C70,tiba-tiba motor yg kami naiki terbalik disebabkan jln yg licin.Sebelah kakimu tersangkut di celah-celah gear & sebelahnya lagi ditindih oleh badan motor.Ku melihat raut wajahmu ketika itu.Ku tahu dirimu sedang menahan kesakitan,tapi tidak diendahkan..Satu peristiwa lagi yg masih segar diingatanku,yg tidak dpt ku bayangkan betapa susahnya penderitaan yg kau alami.Peristiwa ini berlaku semasa awal-awal ayahnda menyertai ahli keluarga Felda.Seperti biasa ayahnda akan keluar di awal pagi utk ke ladang getah yg terletak di Felda Kg. Awah,lebih kurang 20km (penulis tidak pasti) dari rumah.Setelah siap menoreh getah pd tengahari tersebut,ayahnda pulang ke rumah dgn membawa tong yg berisi susu getah,meredah jln yg pada ketika itu hanyalah tanah merah dgn harapan dapatlah dijual susu itu bg menampung perbelanjaan keluarga..Hanya Allah yg Maha Mengetahui.Dalam perjalanan pulang,tiba-tiba motor terbalik.Susu getah yg dibawa tumpah membasahi jln..Tidak dapatku menahan sebak hati ini mengenangkan peristiwa yg ayahnda alami.Dari pagi sehingga tengahari mengerah tenaga menoreh getah semata-mata ingin melihat anak & isteri tersayang mendapat 'rezeki' di hari tersebut,susu tumpah di tengah jalan..Berbagai-bagai ujian lagi yg ayahnda hadapi yg tidak dapat penulis rungkaikan segalanya di sini..

Ayahnda seorang yg tabah..
Dipimpin tangan anak-anaknya sedari usia kecil (lebih kurang 4 tahun) utk ke surau,mengenali tikar sejadah.Anak-anaknya (termasuk penulis) diasuh utk ke sana & membuang tahi cicak di surau.Carilah keberkatan di sebalik kerja yg sedikit cuma itu.Masih kuingat,setiap Ahad mlm Isnin pula,ayahnda akan mengajar Fardhu 'Ain kpd anak-anaknya termasuk anak-anak Felda yg lain.Ku terlalu mengimpikan saat-saat itu kembali.

Akan tetapi..,
Ayanhda merupakan seorang pejuang UMNO.Sedangkan semua menyedari bahawa UMNO merupakan sebuah parti yg memperjuangkan agenda bangsa dgn memegang prinsip-prinsip assobiah yg sama sekali tidak diterima oleh Islam.Maaf utk saya katakan..Tetapi inilah realitinya!!

Buatmu ayahnda tercinta..
Bagi diri ini yang telah diberi peluang oleh ayahnda dgn menghantar diri ini mempelajari serba sedikit ilmu agama-ilmu yg paling penting utk kejayaan di dunia & akhirat,anaknda yakin dgn apa yg telah anaknda pelajari,berkat didikan ayahnda sendiri..UMNO bukanlah pilihan yg sebenar..Buat pengetahuan ayahnda,diri ini tidak pernah menyalahkanmu atau membangkangmu bergiat aktif di dalam UMNO kerana ku sedar kau amat menyayangi anak-anakmu & ingin melihat mereka semua berjaya.Kita semua juga memahami cara pendekatan UMNO terhadap rakyatnya,termasuklah ayahnda sendiri.Walaupun diri ini pernah dimarahi olehmu wahai ayahnda,tetapi anaknda akan tetap di atas jln ini selagi mana ia tidak bercanggah dgn syara'..Ku sekali-kali tidak menyalahkanmu & ku terima segala apa yg bakal ku tempuhi kerna ku telah sematkan di dlm hati ini bahawa segala-galanya terpulang kepada rahmat & hidayah Allah ke atas hambanya.Aku tidak akan putus asa utk terus mendoakan semoga Allah S.W.T memberimu petunjuk akan apa yg engkau perjuangkan.Andai tidak sempat utkmu wahai ayahndaku utk berada di dlm perjuangan yg sebenar,tidak mengapa.Anakmu ini akan mengambil alih utk terus thabat memikul amanah ini.Semoga dgn usaha yg sgt sedikit dari anaknda ini,kita sama-sama diberi pertolongan & mendapat syafaat di akhirat kelak.Bertemu kita di syurga abadi.,sama-sama menatap wajahMu Ya Rabbi..Insya-Allah.Awas pimpinan tertinggi UMNO/Kerajaan!!Aku tidak akan sekali-kali redha dgn penerapan nilai-nilai hidup yg telah kamu semua aturkan terutama kpd ahli-ahli keluargaku yg sememangnya dapat menjerumuskan kami semua ke lembah kebinasaan terutama di akhirat kelak!!Aku tidak akan sesekali teragak-agak utk mempersoalkan tindakanmu di akhirat kelak.Awas juga buat "ulama'-ulama'" UMNO!Kalian juga merupakan penyumbang besar kpd penyelewengan fahaman rakyat Malaysia terhadap Islam!

Slm sayang buat ayahnda....
Wassalam...

"KEBENARAN PASTI DATANG!!!"

P/s:Buat adik-beradikku yg menatap coretan ini,ini hanyalah luahan hati seorang adikmu..Buatlah penilaian yg sewajarnya dgn hati yg tulus ikhlas.Diri ini hanya ingin membuka minda kita semua,lillahitaala..wallahu'alam

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template