Tuesday, February 24, 2009

Demokrasi Malaysia Hampeh...


Ramai org yg mengata & ada juga yg mengutuk Pas involve in politik di Malaysia ats sebab politik ni katanya kotor..terutama insan2 yg terlibat dlm mana2 'jamaah' Islam..tambah pulak bergabung ngn PKR+DAP.Lagilaaa pening..Hmm.,apa nak jadila org yg macam ni.Tak faham penulis memikirkan golongan ini.Takpela.penulis nk citekan serba sdkit pengalamn penulis..

Penulis telah ditanya oleh seorg hamba Allah ni.,"Kalau kau betol2 yakin Pas ni terbaik,ha bgtau aku apsal Pas ni lebih kurang cm UMNO jer mengata2 org,mengutuk org & apsal x guna sistem syura,bkn sistem demokrasi..??Hah,jawab!"Tuuu dia..ni nak tnya ke nak cari gaduh ni??Heh..tercuit jga hati penulis melayan makhluk nih.Takpa2..soalan stil perlu dijawab.Jawab,mesti kena jawab."Saya pantang dicabarrr.."bak kata our PM...
Oklah.Sebenarnya,kita ni bknnya seronok sgt pun berada dlm sistem negara kita nih.Tapi disebabkan ini je cara @ wasilah yg terbaik & paling sesuai utk menumbangkan 'kejahilan' UMNO,so kita involve la dlm politik Malaysia ni.Bagi sesiapa yg masih tak tau,Islam ada ajar bagaimana utk Islam ditegakkan salah satunya dgn meruntuhkan jahiliyah @ ayt fullnya-'Islam tertegak ats keruntuhan jahiliyah'.Jahiliyah di sini bkn bermaksud org yg bodoh,org yg tiada sijil SPM,org yg tak pergi sekolah ataupun org yg tak dpt masuk U.Tapi jahiliyah di sini bermaksud mereka yg tak faham ttg hukum hakam Islam,tak pandai menguruskan sesuatu berlandaskan Islam,mereka yg tak mahu ikut suruhan Allah & tak tinggalkan larangannya,mereka yg ambil spruh ayat Quran & tinggal separuh yg lain.Hah,itulah JAHIL namanya.!Jadi UMNO tu agak2nya tak jahil ke??Klu jahil,mmg patut la kita tumbangkan tuan2 sekalian...
Berbalik persoalan Pas pun mengutuk & mengata..Heh.Baiklah.Klu anda dikutuk dan dicerca sedangkan anda tak bersalah,adakah anda akan berdiam diri??Samalah jg dgn Pas.Kita bkn sengaja utk mengutuk & sbgnya.Tetapi kita ingin menyatakan kebenaran yg telah dipesongkan oleh golongan jahiliyah ni.Hatta dlm court sendiri pun Islam membenarkan kita 'membuka aib' utk menegakkan kebenaran.Klau tak percaya,tak payah buka kitab2 yg muktabar.Just buka buku teks Syariah Islamiyah tingkatan 5 shj utk mengetahuinya..Dlm tu ada diberitahu..
Satu lagi yg kita perlu maklum.Menegakkan negara Islam atau menegakkan hukum hakam Islam adalah satu perkara yg wajib utk semua umat Islam.Tidak terlepas hatta seorg sekalipun.Perumpamaan yg mudah utk semua fahami.Wudhu' merupakan perkara yg sunat.Solat perkara yg wajib ditunaikan.Tapi utk kita solat perlu ada wudhu'.So,secara tak langsung wudhu' yg sunat td dah jadi satu perkara yg wajib utk kita selesaikan solat.Samalah juga dgn politik demokrasi.Kita semua maklum Malaysia menggunakan demokrasi dan tak boleh ditentang kecuali setelah menguasai Malaysia.Menegakkan negara Islam tadi adalah perkara wajib.Menyokong demokrasi tak wajib.So,utk kita tegakkan yg wajib tu,scr tak langsung demokrasi dah jd perkara yg perlu utk kita turuti..Itulah sebabnya Pas involve in democration as our stand or platfor to achieve our mission-negara yg menjlnkan hukum hakam Islam..
Wallahu'alam

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template