Wednesday, February 18, 2009

TERKEJUT??Tak Payah....


"Hah.,gini rupanya perangai die??"terdetik di hati penulis sejurus mengetahui sendiri sikap seorang rakan yg agak penulis hormati...
Nampak ok,tapi masyaAllah,cam tak terurus jer hidup..Kalau minta keluarkan hujah-hujah menerusi ayat-ayat Al-Quran,hui!Dialah antara yg terkehadapan.30 juzu' dihafalnyer!Tak kurang juga dgn hadith-hadith yg muktabar.Kalau minta bercakap soal-soal agama,berasap mulut-mulut..

Satu hari,terasa benar ingin melawat sahabat ni.Jadi,menujulah penulis ke kamar sang sahabat ini.."Mana satulah katilnya nih?"getus hati kecil ini..Cari punya cari...,jumpa pun!
Allah!Ini ke katilnya??Biar betul..
Cadar ada,tapi serupa setahun tak dibasuh.Selimut tak berlipat langsung.Baju berlonggok atas tilam..Hapak jugak baunyer.Bawah katil jgn ceritalah..Dilapik 3 inci habuk..Hmm..mana pergi tuannya nih??

Penulis menuju ke bilik study dgn harapan dptlah menatap wajah shbt pada hari tersebut..Ingatkan kamar jer yg serabut,meja study pun mcm dkt dapur restoran jer..BERSEPAH!Buku tak tersusun langsung!Kertas-kertas berterabur!!Tapi,pandai pulak letakkan tazkirah-tazkirah di dinding meja study..Heh,hampeh!

Entahlah.Tak tau apa yg nak penulis katakan.Patutlah org susah nak dgr ckp org yg nak berdakwah ni.Kekemasan tak jaga langsung!Ni lah antara golongan-golongan yg merencatkan proses dakwah.Memalit najis di muka para pendakwah-pendakwah yg ulung.Patutnya,bila dah asyik bercakap pasal Islam tu,pandai-pandaila nak jaga kebersihan.Ni tak.Mengalahkan orang lain lagi adalah..Penulis sangat kecewa.Harapan jujur dari penulis kpd orang-orang yg nak bawa Islam ni,jagalah penampilan & kekemasan diri anda tu.Mandi tu biarlah sebersih-bersihnya.Kalau org biasa tu tau nak pentingkan bau wangi,org yg bawa Islam ni tak kan nak bau busuk kot.ZUHUD???Zuhud apa gini kalau bdn tu pun 10 meter da dapat bau busuknya..Baju pun tak iron.Kasut pun berhabuk.Apa guna bercakap soal yg besar-besar hingga skop perbincangan merangkumi strategi mencapai daulah Islamiyah hatta Khilafah Islamiyah!!Tapi,diri sendiri pun ntah ke mana-mana lagi.Kebersihan pun tak tentu hala.So,fikir-fikirkanlah.Sekadar nasihat dari ALFAQIRBILLAH...........
Wassalam..

2 comments:

Anonymous said...

siapakah si dia itu???
:)

'abid on February 23, 2009 at 5:09 PM said...

siapa tu x boleh la penulis bagitau..rahsiaaa

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template