Sunday, February 8, 2009

Muhasabahkan bersama...


Dgn nama Allah S.W.T,penguasa sekalian alam..
Dlm nukilan penulis yg lalu,penulis telah menerangkan serba sedikit berkenaan jamaah Pas-apa sebenarnya yg di bawa & diperjuangkan oleh Pas.Kali ini,penulis tertarik utk memberi serba sedikit pandangan berkenaan pandangan jamaah-jamaah lain terhadap Pas..Semoga para pembaca membacanya dgn hati tulus ikhlas semata-mata utk mencari KEBENARAN.,bertepatan dgn tema blog ini:"MENEGAK KEBENARAN"...

Umum sedia maklum,terdapat pelbagai jamaah di dunia hatta di Malaysia sendiri terdapat berpuluh-puluh jamaah Islam.Which one is the best??Persoalan ini adalah persoalan asas yg perlu dihadam oleh org yg benar-benar beriya-iya utk berjuang membawa Islam.Persoalan ini sbnrnya mudah utk di jwb seandainya anda faham ciri-ciri jamaah yg perlu disertai.Utk memudahkan anda,ciri utama adalah dgn memilih jamaah induk yg mula-mula tertubuh di negara anda.Nak dipendekkan cerita,Pas adalah jamaah induk yg ditubuhkan di Malaysia.Ini kenyataan.Penulis bercakap bkn atas sbb penulis berada dlm jamaah ini,tetapi setelah penulis sendiri melakukan kajian.Ikhlas dari hati kecil ini..Hatta andai anda membaca artikel penulis yg lalu,penulis bukanlah lahir dlm keluarga yg 'pure' Pas.Malah adalah family yg 'totok' UMNO.Tak mengapa.Kita tumpukan pada bab ini.Jadi,inilah yg jamaah yg 'the best'.!Syumul!Terangkum dlmnya kesemua prinsip-prinsip Islam yg perlu diperjuangkan.Termasuklah politik yg telah di salah erti oleh org kebanyakan.

"Habis tu,mana datang byk-byk jamaah yg lain??"This is a common question for those who are really interested to involve in jamaah.Begini.Melalui pembacaan penulis,kuliah-kuliah,persoalan-persoalan yg telah penulis kemukakan sebelum penulis menjumpai jamaah Pas,tertubuhnya jamaah-jamaah lain adalah drpd pecahan Pas itu sendiri.Bagaimana boleh berpecah??Lumrah hidup,pasti ada yg tidak sekepala dgn ibuayah,tidak sekepala dgn pimpinan.Lalu inisiatifnya adalah dgn menubuhkan jamaah yg lain.Jadi,tertubuhnya jamaah itu adalah atas dasar tidak puas hati.

Masuk kepada point baru,bolehkah tubuhkan jamaah Islam atas dasar tidak puas hati??Bolehkah kita ikut??Tapi dia bawa Islam.Jawapannya TAK BOLEH sama sekali.!Utk bab ini,penulis syorkan kepada pembaca yg berminat dgn berjamaah agar hadam dgn silibus 'Adab-Adab Berjamaah'..Penting!Kita nak masuk tandas pun perlukan adab,inikan pula utk membawa perjuangan Islam,lagilah memerlukan kefahaman tentang adab-adabnya...Teruskan pengkajian anda dgn hati yg tulus ikhlas semata-mata utk mencari 'kebenaran'.Pasti akan anda temuinya & akan merasai kemanisan dlm berjamaah."Bila sudah kenal,barulah kita cintakannya.Lautan api pun sanggup direnangi.."-memetik kata-kata insan yg sedang dilamun cinta.

Ketahuilah,apabila anda telah menemui kebenaran tersebut,anda akan tahu pula bagaimana caranya utk kita berurusan dgn jamaah Islam lain yg juga membawa Islam.Melalui jamaah ini,jujur penulis katakan penulis telah diasuh agar tidak memburuk-burukkan jamaah yg lain.Tapi,if mereka ingin memburuk-burukkan kita,pasrahkan hati kerana mereka masih belum menemui 'hidayah' jamaah mana yg sebenarnya yg terbaik.Penyertaan mereka dlm perjuangan & memahami Islam lebih baik drpd tiada langsung usaha utk bekerja utk Islam.Cuma wadah mereka shj yg masih pincang..

Penulis ingin mengambil secuit kesempatan di sini utk mempersoalkan @ meminta penjelasan drpd wakil PKPIM.Mohon anda terangkan,apakah sebenarnya yg anda ingin peroleh sebenarnya??Nak kata tidak menerima politik,tak juga sebab di UIAM,PKPIM merupakan salah satu 'parti' yg bertanding di kampus tersebut.So??Kedua,betulkah memperjuangkan Islam yg SYUMUL??Sebelum tu,minta faham betul-betul definisi & ciri-ciri syumul.Penulis mendapat direct information drpd shbt penulis di UIAM yg mengatakan dia telah difitnah oleh wakil PKPIM yg bertanding dlm PRK lalu & bermacam lagi hamburan yg diterima..Baik.Kalau kami salah & anda betul,inikah cara yg BETUL yg Islam gariskan??Mohon ulasan..Ketiga.Anda sokong perjuangan Islam??Adakah tindakan anda yg sanggup menggabungkan diri anda bersama Aspirasi yg jelas memihak kpd BN merupakan cara terbaik utk sebarkan Islam andai anda ikhlas perjuangkan Islam??Penulis tersangat-sangat mohon ada wakil-wakil PKPIM yg sudi menerangkan kpd penulis.Penulis hanya ingin mengetahui pendirian anda.Bukan utk 'menghentam' anda krn penulis telah katakan sebentar tadi bahawa penulis tidak diasuh utk memburukkan jamaah Islam yg lain.

Semoga sama-sama kita peroleh manfaat drpd apa yg kita perbincangkan..Wallahuta'ala 'alam..

1 comments:

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi on February 11, 2009 at 12:28 AM said...

salam'alaik..
berkata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna kepada sahabat Ikhwan.. "Aku tidak mengatakan bahawa Jama'ah ini (Ikhwanul Muslimin) sebagai satu jama'ah yang syumul, tapi ketahuilah jama'ah ini menuju kepada kesyumulan"

Umat Islam tidak akan kuat tanpa jamaah, Jamaah tidak akan kuat tanpa pemimpin, dak ianya juga masih tidak akan berjaya bilamana tiada ketaatan kepada jamaah...

taat dan wala' pada satu jamaah...hehe...

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template