Sunday, February 8, 2009

Perkara yg sering disalah tafsir...


Penulis mulakan dgn memuji Allah S.W.T,penguasa sekalian alam...

Satu kesalahfahaman berkenaan perjuangan PAS yg kian menjadi perbualan hangat bkn shj drpd golongan yg 'anti' PAS,hatta org yg tergolong dlm anak-beranak PAS itu sendiri pun tak faham apa sebenarnya teras perjuangan PAS.. Serba sedikit yg ingin penulis coretkan di sini berkenaan fahaman ini.Pertama,ramai org menganggap PAS adalah PAS-sebuah parti politik semata-mata yg merupakan parti kedua terkuat selepas UMNO..Kedua,ramai yg mengatakan bahawa PAS mempergunakan Islam utk menggerakkan parti mereka dlm politik di Malaysia..Jadi ini satu perkara yg sgt jijik!

Buat saudara-saudari yg mempunyai pemikiran seperti ini,sila BUANGKAN!!
Buat pengetahuan semua,PAS bergerak adalah sebagai sebuah JAMAAH ISLAM.Dlm Islam,definisi ringkas jamaah adalah sebuah organisasi yg bermunazzamah (tersusun) yg memperjuangkan 'amar ma'ruf,nahi mungkar & seterusnya berjuang bagi menegakkan kembali daulah & khilafah Islamiyah yg telah jatuh.Jadi,inilah perkara asas yg perlu anda bersihkan dlm minda anda berkenaan PAS..PAS bkn parti politik semata,tapi adalah sebuah jamaah.PAS=JAMAAH..Disebabkan di Malaysia org familiar dgn penggunaan 'PARTI',jadi diletakkanlah ia di dlm nama pertubuhan ini..Sekadar nama shj yg bertukar,tapi yg paling penting teras perjuangan PAS tetap sama dari dulu sampai sekarang.Sebagai sebuah jamaah,tidak dapat tidak kita membawa dakwah Islam.Dakwah dlm Islam pula pecah kpd 4 perkara:-

*Daie (pendakwah) *Mad'u (sasaran) *Maudhu' (tajuk2) *Uslub (cara-cara berdakwah)

Utk perkataan 'PARTI' td,ia termasuk dlm uslub (cara-cara) PAS berdakwah iaitu mengikut persekitaran Malaysia yg sememangnya familiar dgn perkataan tersebut.Tapi barang diingat,dasar @ bahan yg dibawa oleh PAS tidak akan berubah sama sekali..Kekal selamanya iaitu dasar Islam.Nama shj yg bertukar.Apabila POLITIK merupakan salah satu perkara yg termasuk dlm dasar Islam,tidak dpt tidak PAS perlu perjuangkannya.Jadi ini bermakna Islam dulu,baru politik.Bukannya politik dahulu,Islam kemudian..

Justeru,bagi golongan-golongan termasuk golongan jamaah-jamaah Islam lain yg menJUMUDkan pemikirannya berkenaan perjuangan PAS dgn mengatakan PAS membusukkan agama Islam dgn menjerumuskan diri dlm politik yg kotor adalah bercanggah sama sekali!!Politik itu kotor bkn disebabkan PAS.Politik dlm Islam tak kotor.Tapi yg mengotorkannya adalah pemerintah!Jadi,penubuhan sebuah jamaah Islam yg syumul amat diperlukan bagi mencuci kekotoran ini.Perlulah kita semua faham sedalamnya berkenaan proses menggerakkan dakwah amat-amat memerlukan uslub yg pelbagai,fleksibel & sistematik bagi memastikan kelangsungan dakwah Islam,dgn syarat kita tidak terkeluar dari garis panduan syara' @ dasar yg diperjuangkan..Memetik salah satu situasi PAS sekarang yg menggabungkan diri bersama PKR & DAP juga merupakan satu uslub utk menyebarkan dakwah Islam dgn lebih mudah.PAS bknnya terlalu taksub inginkan jawatan-jawatan tertinggi dlm negeri,tetapi dgn kuasalah dakwah Islam itu mudah digerakkan.Jadi,inilah yg mendorong penggabungan ini..Sekali lagi diingat,jgn sampai dasar perjuangan tergadai...
Mengapa tidak bergabung dgn UMNO???Mengapa dgn PKR & DAP?? Cukup mudah utk menjawabnya..Anda kaji dasar perjuangan UMNO & anda kaji dasar perjuangan PAS.Comparekan keduanya.Ngam tak???Boleh masuk??Jawabnya...jgn harap!!Satu perkara juga yg perlu kita semua perlu ambil cakna.Kalau nak juga kedua-dua parti ini bergabung demi kemajuan 'Melayu' yg amat disayangi UMNO tu,kita tukar ayat.Bukan PAS masuk UMNO,tapi UMNO masuk PAS!!!YES!This is the best answer & the best solution!!Bukan Melayu shj yg maju,tapi semua kaum akan turut maju..MASALAHNYA???Nak ke UMNO tu bergabung dgn PAS???Tepuk dada sendiri....

Sekadar sedikit coretan ikhlas dari diri penulis yg serba dhaif & diharapkan pembaca juga ikhlas menerima & memikirkannya..Let us think about it,lillahitaala!!Wallahu'alam

2 comments:

Anonymous said...

salam... betul ana sokong. hadaf perjungan pas adalah untuk memastikan syiar Islam tersebar diseluruh dunia. Bukan sekadar menang di semua parlimen. Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah bersiap sedia untuk mengisi kemengangan kita nanti dengan dakwah Islam..
wallahu'lam...

DzuLagiL on February 9, 2009 at 1:18 AM said...

salam,
teruskan berkarya...
teruskan perjuangan....

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template