Friday, February 13, 2009

Pas-Pakatan-Sirah....


Dgn namaMu ya Allah,ku memujiMu diwaktu pagi & ptg...

Ramai yg mempersoalkan penyertaan Pas dlm Pakatan Rakyat sedangkan perjuangan Pas jauh berbeza dgn perjuangan parti-parti lain yg ada dlm Pakatan terutama DAP.InsyaAllah kali ini penulis cuba utk merungkai serba sedikit sirah yg dpt menjadi panduan utk menjawab persoalan yg membelenggu akal fikiran kita,mengapa teraju pimpinan Pas mengambil keputusan utk menyertai gabungan ini..

Penulis tidak menafikan bahawa penulis sendiri seringkali mempersoalkan mengapa penggabungan ini berlaku.Tapi,penulis sentiasa mengingatkan diri penulis utk thiqah(percaya) keputusan yg telah diambil oleh saf pimpinan terutama Mursyidul Am sendiri,setiap keputusan pasti telah dirujuk dari Al-Quran @ Sunnah @ Qias...Tambahan pula Pas mempunyai sayap Dewan Ulama'.Sudah tentu keputusan ini mempunyai hikmah yg besar.Siapalah diri penulis utk dibandingkan dgn saf-saf ulama' yg ada dlm Pas..Jauh.Bagai langit dgn bumi..!

Akhirnya,persoalan yg terbuku dlm benak hati penulis terungkai jua setelah mendengar kuliah drpd Ust Wan Ji-slh seorang naqib usrah dlm Pas..Daripada kuliah tersebut,para pimpinan Pas mengambil keputusan penggabungan ini berdasarkan sirah nabi.Ketika Nabi S.A.W mengambil keputusan utk kembali semula ke kampung halamannya-Makkah,baginda telah dihalang utk masuk ke sana.Setelah menggunakan pelbagai cara,baginda akhirnya akur & mengambil keputusan utk pulang ke Madinah..Melihatkan situasi tersebut,seorang kafir Quraisy bernama Mut'am b. 'Addi (nama selepas keIslamannya) telah mempelawa dirinya utk membantu Nabi utk masuk ke Makkah..Setelah berurusan dgnnya,baginda Nabi telah bersetuju & akhirnya berjaya masuk ke Makkah.Selama beradanya Nabi di sana,Mut'am b. 'Addi tersentuh dgn keperibadian Nabi & para sahabat serta tertarik dgn gaya kepimpinan Nabi S.A.W & akhirnya mengambil keputusan memeluk Islam...

Hikmahnya...
Inilah pendekatan yg ingin Pas ambil.Walaupun kita tahu bahawa PKR & DAP mempunyai ahli yg kuat berpegang pd agama selain Islam,tetapi mereka tidak menghalang Pas dari terus menyebarkan Islam melalui ceramah-ceramah perdana,kuliah-kuliah di masjid & surau-surau..Berbanding dgn UMNO yg secara terang-terangan hebat menghalang Pas dari menganjurkan sebarang ceramah,merantai masjid-masjid yg dianggap menyentuh hal politik sedangkan politik & Islam itu tidak dpt langsung utk dipisahkan..Oleh kerana itulah para pimpinan sepakat utk tidak bersatu dgn UMNO,tetapi terus thabat dlm pakatan ini.Umum juga telah maklum & mengetahui situasi di negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan terutama diteraju oleh Pas.Penerimaan terhadap Pas oleh golongan bukan Islam semakin hangat dgn penyertaan mereka di dlm Kelab Penyokong Pas!Bagai cendawan tumbuh selepas hujan!!Hatta ada yg mengatakan ramai drpd mereka telah memeluk agama Islam!

Lihat & renung-renungkanlah...
Seandainya kita benar-benar ikhlas utk menyebarkan Islam,kita akan cuba sedaya upaya utk mencari cara yg paling terbaik utk org mengenali & memahami Islam.Bukan menjadikan Islam sebagai alat utk menaikkan nama diri,menaikkan nama persatuan,menaikkan nama keluarga & sebagainya..Letakkanlah diri kita di saf yg menyokong kepimpinan ulama'..Seandainya UMNO betul-betul ingin membawa Islam,dah lama mereka akan menggabungkan diri di dlm Pas.Ingat,UMNO yg bergabung dgn Pas,bkn Pas bergabung dgn UMNO!

Semoga tulisan ini dapat membantu sedikit sebanyak kefahaman kita tentang pergerakan Pas & terutama sekali berkenaan perjuangan Islam..Wallahu'alam

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template