Saturday, February 7, 2009

Di Manakah Ia..???


Salam perjuangan buat semua pelawat alfaqirbillah...
Terpangu sejenak penulis dek memikirkan maslahat-maslahat yg menimpa diri khususnya & saudara-saudara seIslam amnya..Kenapalah susah sgt nak qiamullail???Penulis berminat utk berkongsi dgn semua saat-saat qiamullail ini menjadi 'barang' yg sgt dihargai..

Antara masa-masa org muslim amat menghargai kemanisan qiamullail adalah..:

-Ketika ditimpa musibah yg amat dahsyat..
-Ketika Ramadhan..
-Ketika hampir dgn examination..
-Ketika mengharapkan kemenangan dlm pertandingan..
-Ketika mencari jodoh (solat istikharah)..
-Ketika..,ketika..,ketika...

Masa-masa yg disebutkan di atas semuanya memberitahu kita bahawa qiamullail ini akan didirikan atas sebab-sebab tertentu..Mesti kena ada sebab,barulah qiamullail didirikan..Penulis hanya ingin mengingatkan diri penulis yg hina ini.Andai sahabat-sahabat @ para pembaca tidak bersetuju,terpulang..Penulis sedia menerima komen-komen anda..

Penulis agak kecewa dgn diri penulis kerana penulis gagal menyemai diri penulis dgn solat-solat malam..Dimanakah kedudukan solat ini di dlm diri aku?Kecil & hinanya diri ini di hadapan ulama'-ulama' yg mewarisi perjuangan para anbia' & teramat-amat kecil,hina & jijiknya diri ini di hadapan Khaliq yg maha kuasa!!!Mulut & hati beria-ia mengalunkan kata-kata berbaur semangat Islam,tapi qiamullail???Solat-solat sunat??Zikir-zikir????.....

Sedih memikirkan nasib diri...
Penulis masih tercari-cari sinar 'hidayah' agar diri ini menjadi insan yg hampir bersama Sang Pencipta..Penulis teramat bimbang sekiranya sinar itu tidak sempat utk ditemui sehinggalah ajal memanggil diri ini..
"KE MANAKAH IA MENGHILANG...??????YA ALLAH,KETEMUKANLAH AKU DENGAN SINARAN KEBENARAN & SINARAN HIDAYAHMU...."


p/s: penulis memohon agar kalian sentiasa mendoakan Allah S.W.T sentiasa melindungi kehidupan penulis...amiiin



0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template