Thursday, February 5, 2009

Duhai Pakatan Perak...


Dgn namamu Ya Allah yg maha pengasih lg maha penyayang...
Salam mujahadah buat semua..

3 keADILan, 1 DAP...

Jumlah ini sudah cukup membuatkan para pimpinan Sona tersenyum girang menantikan saat kembali bertapak di negeri Perak..Alhamdulillah Allah S.W.T masih menjaga 'kesucian' & keselamatan Parti Islam se-Malaysia (PAS)..TAKBIRR!!

Penulis tidak tahu bagaimana ingin diulas mengenai hal ini.Cuma bagi penulis,penulis memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana para pimpinan dari 'pihak' yg menjadi pilihan penulis masih thabat dgn dasar perjuangan yg kita sama-sama perjuangkan-ISLAM..Penulis tidak akan sekali-kali berhenti utk berdoa,memohon rahmat & pertolongan drpd Allah agar sentiasa melindungi setiap tapak langkah perjuangan PAS agar tiada seorang pun dari pimpinan hatta ahli-ahlinya yg tergolong dlm golongan 'almutasaqitun'-golongan-golongan yg tercicir..




"Ya Allah...Kau kuatkanlah hati para pimpinanku,shbt-shbtku dlm berjuang memartabatkan agamaMu ini.Kau tetapkanlah hati-hati kami,kuatkanlah hati-hati kami agar kami tidak mudah gentar & mengalah dgn serangan musuh-musuh kami terutamanya UMNO!Kuatkanlah iman & tingkatkanlah ketaqwaan kami dlm usaha kami memikul amanah menjaga agamaMu ini..."

Berbalik kpd peristiwa 'lompat-melompat' parti di Perak..Penulis hanya berpegang pada satu shj.Andai betul & anda yakin dgn dasar yg anda perjuangkan itu,anda tidak akan dgn mudahnya main lompat-melompat..Bagi penulis,mustahil sama sekali kes ini tidak melibatkan politik wang.Mustahil!!Andai anda dihidangkan dgn sejumlah wang yg begitu banyak,mustahil anda dpt berpaling daripada menerimanya.,termasuklah penulis sendiri (nauzubillah)..mohon dihindarkan.Penulis belum lagi diuji dgn keadaan sedemikian.Cuma penulis sentiasa ingatkan hati ini,hanya IMAN yg akan memberi jawapannya!Hanya IMAN yg akan memandu kita!!Hanya IMAN yg akan menentukan segalanya!!!Fikirlah sendiri wahai pejuang-pejuang Pakatan..di mana letaknya iman kalian..


Wahai para da'ie Parti Islam se-Malaysia (PAS)!!!
Ingatlah!Dasar yg kita perjuangkan adalah ISLAM!Jalan yg kita tuju adalah mardhatillah!Amanah yg kita pikul merupakan talian yg bersambung dgn Allah,penguasa seluruh alam!!Yakinlah bahawa jln yg kita tempuhi & akan tempuhi ini penuh dgn onak duri kerana kita sedang berurusan dgn zat pencipta..Bukan mudah utk menggapai redha & syurgaNya & teramatlah susah utk membawa orang lain turut serta ke sana..Tapi,sbg orang yg dipilih olehNya,tidak dapat tidak kita perlu utk memikul amanah ini..Laksanakanlah ia dgn seIKHLAS hatimu tanpa mengimpikan apa-apa ganjaran dunia.Ganjaran akhirat adalah segalanya..Ingatlah,kita mempunyai tempat utama utk memohon pertolongan.Pohonlah selalu padanya.Sesungguhnya Dia amat menyukai hamba-hambanya yg selalu merintih & memohon pdNya...

Salam perjuangan yg tinggi penulis nukilkan buat para pendokong gerakan Islam di Perak terutama Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yg tidak jemu-jemu menerima tohmahan terutamanya dr phak 'musuh'..Semoga Allah shj yg akan membalas segalanya dgn memberi ganjaran yg setimpal dgn apa yg telah anda semua usahakan..Buat pembawa & pengikut UMNO,ingatlah..selagi mana anda berpegang dgn dasar assobiah anda yg jijik,busuk & penuh dgn najis tersebut,anda tidak akan sekali-kali senang.Bukan shj di dunia,malah akhirat jua.nauzubillahh...Ingatlaahh..."Kebenaran Pasti Datang!!!"

p/s:sama-sama kita doakan Allah S.W.T memberikan pertolongan kpd para pendokong & penyokong gerakan Islam di Malaysia khususnya di Perak.Amiiin...

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template