Sunday, February 1, 2009

Warkah buat ayahnda tersayang...



Slm istiqamah dlm perjuangan ini..
"Ayahku Seorang UMNO..."
Barangkali inilah tajuk yg paling sesuai utk membuat konklusi isi penulis kali ini.Penulis terasa cukup terpanggil utk menulis mengenai perkara ini.Entah mengapa hati ini terasa amat rindu & sayang terhadap ayahnda di kampung..Hanya diriku & Dia shj yg mampu mengetahui isi sebenar hati ini .Betapa menebalnya kasih & sayang penulis kpd ayahnda yg tercinta..

Ayahnda..
Ku tahu dirimu telah banyak berkorban sepanjang kehidupanku .Sanggup bersusah-payah semata-mata ingin melihat anak ke-8 mu ini berjaya,bukan shj di dunia malah di akhirat.Ku akui dirimu juga telah mengerah seluruh keringatmu utk membesarkan & memberi sepenuh kasih sayang serta perhatian yg tinggi terhadap masa depan kesemua sembilan org anakmu..Ku juga tidak malu utk mengakui bahawa kita datang dari keluarga yg sgt susah @ lebih mudahnya MISKIN..Tetapi berkat usaha gigihmu yg sentiasa di bantu & disokong penuh oleh bonda tercinta,kau berjaya mengubah hidup keluarga..Setinggi-tinggi kekaguman ku melihat kegigihanmu itu.Ku masih mengingati beberapa peristiwa sewaktu kita susah dahulu kala..Dalam perjalanan ke kebun getah bersama seorang lagi adik kesayanganku dgn menaiki motor Honda C70,tiba-tiba motor yg kami naiki terbalik disebabkan jln yg licin.Sebelah kakimu tersangkut di celah-celah gear & sebelahnya lagi ditindih oleh badan motor.Ku melihat raut wajahmu ketika itu.Ku tahu dirimu sedang menahan kesakitan,tapi tidak diendahkan..Satu peristiwa lagi yg masih segar diingatanku,yg tidak dpt ku bayangkan betapa susahnya penderitaan yg kau alami.Peristiwa ini berlaku semasa awal-awal ayahnda menyertai ahli keluarga Felda.Seperti biasa ayahnda akan keluar di awal pagi utk ke ladang getah yg terletak di Felda Kg. Awah,lebih kurang 20km (penulis tidak pasti) dari rumah.Setelah siap menoreh getah pd tengahari tersebut,ayahnda pulang ke rumah dgn membawa tong yg berisi susu getah,meredah jln yg pada ketika itu hanyalah tanah merah dgn harapan dapatlah dijual susu itu bg menampung perbelanjaan keluarga..Hanya Allah yg Maha Mengetahui.Dalam perjalanan pulang,tiba-tiba motor terbalik.Susu getah yg dibawa tumpah membasahi jln..Tidak dapatku menahan sebak hati ini mengenangkan peristiwa yg ayahnda alami.Dari pagi sehingga tengahari mengerah tenaga menoreh getah semata-mata ingin melihat anak & isteri tersayang mendapat 'rezeki' di hari tersebut,susu tumpah di tengah jalan..Berbagai-bagai ujian lagi yg ayahnda hadapi yg tidak dapat penulis rungkaikan segalanya di sini..

Ayahnda seorang yg tabah..
Dipimpin tangan anak-anaknya sedari usia kecil (lebih kurang 4 tahun) utk ke surau,mengenali tikar sejadah.Anak-anaknya (termasuk penulis) diasuh utk ke sana & membuang tahi cicak di surau.Carilah keberkatan di sebalik kerja yg sedikit cuma itu.Masih kuingat,setiap Ahad mlm Isnin pula,ayahnda akan mengajar Fardhu 'Ain kpd anak-anaknya termasuk anak-anak Felda yg lain.Ku terlalu mengimpikan saat-saat itu kembali.

Akan tetapi..,
Ayanhda merupakan seorang pejuang UMNO.Sedangkan semua menyedari bahawa UMNO merupakan sebuah parti yg memperjuangkan agenda bangsa dgn memegang prinsip-prinsip assobiah yg sama sekali tidak diterima oleh Islam.Maaf utk saya katakan..Tetapi inilah realitinya!!

Buatmu ayahnda tercinta..
Bagi diri ini yang telah diberi peluang oleh ayahnda dgn menghantar diri ini mempelajari serba sedikit ilmu agama-ilmu yg paling penting utk kejayaan di dunia & akhirat,anaknda yakin dgn apa yg telah anaknda pelajari,berkat didikan ayahnda sendiri..UMNO bukanlah pilihan yg sebenar..Buat pengetahuan ayahnda,diri ini tidak pernah menyalahkanmu atau membangkangmu bergiat aktif di dalam UMNO kerana ku sedar kau amat menyayangi anak-anakmu & ingin melihat mereka semua berjaya.Kita semua juga memahami cara pendekatan UMNO terhadap rakyatnya,termasuklah ayahnda sendiri.Walaupun diri ini pernah dimarahi olehmu wahai ayahnda,tetapi anaknda akan tetap di atas jln ini selagi mana ia tidak bercanggah dgn syara'..Ku sekali-kali tidak menyalahkanmu & ku terima segala apa yg bakal ku tempuhi kerna ku telah sematkan di dlm hati ini bahawa segala-galanya terpulang kepada rahmat & hidayah Allah ke atas hambanya.Aku tidak akan putus asa utk terus mendoakan semoga Allah S.W.T memberimu petunjuk akan apa yg engkau perjuangkan.Andai tidak sempat utkmu wahai ayahndaku utk berada di dlm perjuangan yg sebenar,tidak mengapa.Anakmu ini akan mengambil alih utk terus thabat memikul amanah ini.Semoga dgn usaha yg sgt sedikit dari anaknda ini,kita sama-sama diberi pertolongan & mendapat syafaat di akhirat kelak.Bertemu kita di syurga abadi.,sama-sama menatap wajahMu Ya Rabbi..Insya-Allah.Awas pimpinan tertinggi UMNO/Kerajaan!!Aku tidak akan sekali-kali redha dgn penerapan nilai-nilai hidup yg telah kamu semua aturkan terutama kpd ahli-ahli keluargaku yg sememangnya dapat menjerumuskan kami semua ke lembah kebinasaan terutama di akhirat kelak!!Aku tidak akan sesekali teragak-agak utk mempersoalkan tindakanmu di akhirat kelak.Awas juga buat "ulama'-ulama'" UMNO!Kalian juga merupakan penyumbang besar kpd penyelewengan fahaman rakyat Malaysia terhadap Islam!

Slm sayang buat ayahnda....
Wassalam...

"KEBENARAN PASTI DATANG!!!"

P/s:Buat adik-beradikku yg menatap coretan ini,ini hanyalah luahan hati seorang adikmu..Buatlah penilaian yg sewajarnya dgn hati yg tulus ikhlas.Diri ini hanya ingin membuka minda kita semua,lillahitaala..wallahu'alam

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template