Saturday, March 21, 2009

Kerajaan Perpaduan...PAS-BN????


Masih tak habis-habis cadangan pembentukan kerajaan antara Pas-Bn..Penulis kadang-kadang jadi naik muak mendengar setiap cadangan-cadangan yg diusulkan untuk pembentukan kerajaan ini..Ingin penulis tegaskan di sini,penulis menyokong penuh keputusan Mursyidul Am,Tuan Guru Nik Aziz yg menolak pembentukan kerajaan ini!

1.Penolakan pembentukan kerajaan ini bukanlah atas sebab kita bersungguh2 menganggap mereka musuh kita.Tidak!Kita semua sedar bahawa mereka juga mad'u kita.Tapi seandainya mereka tidak ada sedikit pun usaha utk mengubah cara & sistem hidup kerajaan kepada Islam,kita tidak akan ke mana-mana dlm pembentukan ini.Percayalah!Mereka tak menunjukkan sikit pun nak berubah kepada sistem Islam.Kita pulak yg kena tunggu mereka lama-lama utk terima cadangan ini.Hey,kalau betul mereka nakkan islam,buat apa tangguh-tangguh??Jawapan boleh diberi sekelip mata jer.Kita yg di pihak yg benar ni pulak yg terhegeh-hegeh nak ajak mereka,buat apa??!!Kita bukan tak pernah ajak mereka sebelum ni,bahkan kita telah terperangkap dlm jerat yg mereka ciptakan suatu masa dahulu.Takkan kita nak lagi??Hati & jiwa mereka memang dah totok dgn perjuangan mereka.Kalau mereka menerima kita sekalipun,tunggulah satu hari nanti mereka akan 'boring' dgn kita dan akhirnya kita akan ditendang semula macam cempedak busuk!Saya berani cakap begini sebab saya sendiri hidup dlm keluarga dr sebelah sana.Jujurnya saya tak nampak pembentukan ini akan memudahkan kemenangan Islam di Malaysia.Bahkan akan melambatkan lagi kemenangan Islam..

2.Mengulas pandangan Tuan Guru Nik Aziz..Saya juga bersetuju.Dalam muktamar lepas,kita sebulat suara mengatakan kita akan terus memperkuatkan Pakatan Rakyat.Itu keputusan muktamar.Kalau keputusan muktamar pun kita tak nak ikut,apa lagi gunanya kita bermuktamar.Hilang terus sinar kredibiliti muktamar Pas di negara ini.Nothing from that!Keputusan muktamar itulah yg menjadi garis panduan kpd kita utk meneruskan gerak kerja selepas ini...

3.Cadangan kita utk membentuk kerajaan perpaduan ini saya lihat bakal memberi impak negatif yg besar kpd Pas..Hubungan kita dlm PR akan menjadi keruh.Sahabat2 dari parti lain akan hilang sedikit sebanyak kepercayaan mereka kpd kita.Seolah-olah kita mempermainkan mereka dlm penggabungan ini.Kita bergabung semata-mata utk memperoleh kerusi yg lebih dlm negeri & kemudian boleh menjalankan agenda kita dgn lebih berjaya.Kita seperti mementingkan diri sendiri..Tolong.Ini bukan wajah Pas!Saya mohon setinggi-tinggi padaNya agar Pas dihindari dari topeng ini.!

Seandainya pembentukan ini berjaya,kita akan kehilangan ramai sahabat dari PR.Tak berdosakah kita pada mereka yg telah bersama-sama susah payah membentuk kerajaan dlm PR??Apabila suara kita dah boleh didengar ramai hasil kejayaan dlm PR,kita nak tinggalkan mereka pula utk membentuk kerajaan dgn BN.Apa ni??Katakanlah kita berjaya membentuk kerajaan dgn BN,tiba-tiba sampai satu masa mereka menendang kita.Situation ini membuatkan kita terkontang-kanting sorang2.Sudah tiada kawan utk diajak bergabung sedangkan itulah cara terbaik utk sebarkan Islam di negara ni..Makin bertambah pihak-pihak yg perlu kita hadapi.Adakah ini strategi terbaik utk memenangkan Islam??Mustahil...

Saya thiqah setinggi-tingginya pada pimpinan yg diketuai oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang.Saya yakin pasti ada perancangan sebenar yg saya tidak ketahui.Coretan saya di atas adalah berdasarkan maklumat yg saya dapat & saya sendiri sukar utk menerimanya.Tapi,seandainya maklumat itulah perkara sebenar yg berlaku sekarang.,Allah.....Apapun,coretan di atas sebagai revision kita bersama hanya semata-mata utk kesucian perjuangan ini.Takbir!

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template