Monday, May 25, 2009

Ada Apa Dengan Kalimah Syahadah..?? <..Vol 2..>


Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah Taala & masih mengizinkan diri ini utk meneruskan beberapa coretan di ruangan ini.Insyallah sy akan meneruskan perbincangan mengenai aqidah/kalimah syahadah..

Kali ini kita masuk kepada kalimah syahadah iaitu kalimah agung,kalimah yg tersangat 'mahal' & kalimah yg sungguh terpuji yg bukan shj bisa membezakan diri sebagai seorg islam,tetapi juga dpt membezakan seorang muslim-mu'min dan seorang mu'min-muttaqin.LAAILAHA ILLALLAH..
Kalimah ini 'terpecah' kpd dua bahagian..

i. Laailaha -tiada Tuhan yg disembah..
ii.Illallah -melainkan Allah..

Permulaan kalimah ini kita
NAFIKAN SEKERAS-KERASNYA bahawasanya tiada sebarang 'Tuhan' pun yg layak disembah.Tiada satu barang pun di dunia ini yg berhak kita sembah.Tiada satu benda pun yg kita boleh sembah.Tiada!Sama ada batu yg keras,gunung-ganang yg terpasak gagah,pokok yg tinggi menjulang & teguh berdiri..,semuanya tidak layak sama sekali utk kita menyembahnya!Patung,binatang,tumbuhan,hatta manusia sekalipun-Abuya,Ayah Pin,Hj Kahar dsb bukanlah benda yg hebat!Bukanlah brg yg layak utk kita semua jadikan sembahan!Sikit pun tak layak!Kita nafikan semuanya....

Tetapi kemudian kita sambungkan kalimah ini dengan menyatakan...
"..kecuali ALLAH SUBHANAHUWATAALA..."

Hanyasanya Allah shjlah yg perlu disembah!Hanya Allah shjlah yg layak disembah!Hanya Allah shjlah yg maha perkasa,maha gagah ,maha kuat,maha tinggi,maha Esa,maha adil dan segala jenis kekuasaan hanya milik Allah S.W.T yg menjadikan Dia sahajalah yg layak utk kita semua sembah serta tunduk & patuh sekerdil-kerdilnya!Sehina-hinanya!Sekeji-kejinya di hadapan Allah Taala!!Tiada satu barang pun yg setanding atau setara dgnNya.Dialah yg berkuasa menciptakan semuanya!Dialah yg perkasa menguasai semuanya!Dialah yg maha teratur mentadbir semuanya!Dan kita ini adalah hanya 'cebisan' ciptaanNya.Masih terdapat lagi perkara yg lebih hebat diciptakan oleh Allah Taala..Menunjukkan betapa kerdilnya kita utk dibandingkan dgn Allah Taala....ALLAHUAKBAR!

Oleh kerana itulah,bisanya kalimah ini utk kita selaku seorg Islam memegang & menghayatinya.Kita tanam!Kita pasak!Kita paterikan kalimah ini sekukuh-kukuhnya di dlm hati.Apabila ia telah mencengkam erat di dlm hati kita,ia akan menafikan segala jenis kekuasaan lain di dlm diri kita dan meletakkan Allah segala-galanya..Hasilnya,kita akan sentiasa yakin dgn Allah.Yakin dgn hukum-hakamnya!Kita akan sentiasa yakin melaksanakan syariat perintahNya!Kita akan yakin akan pertolonganNya!Setiap suruhan & larangannya pasti terselit hikmah disebaliknya..Dia tidak memerlukan kita tetapi kita yg memerlukan Dia..

Dengan memegang sungguh-sungguh akan kalimah ini,kita akan letakkan Allah mengatasi segala-galanya..Dan apabila Allah diletakkan mengatasi segalanya,jadilah kita sebenar-benar hamba yg tunduk patuh pd suruhanNya,takut akan azab seksaanNya & menentang keras golongan yg cuba utk menafikan syariatNya.Lahirlah kita sebagai seorg Islam yg bukan sekadar nama,sekadar pusaka atau puaka.,tetapi kita akan menjadi seorg Islam yg tegar imannya,taat sifatnya & juga betul-betul yakin dgn ajaran Islam.Inilah KUNCI kpd aqidah.Aqidah diibaratkan seperti akar tunjang keIslaman kita.Ia perlu dibaja,disiram & dijaga rapi dgn amalan-amalan yg baik & soleh..Apabila kita telah bajai,sirami & jagainya..,maka akan tumbuhlah cabang-cabang & dedaun serta buah-buah akhlak yg masak ranum,cantik dipandang mata,segar isinya & bisa menjadi tarikan manusia yg lain..Inilah hasil apabila IBU aqidah kita fahami.Allah juga telah nukilkan menerusi firmanNya di dlm surah Ibrahim,ayt ke-24 yg bermaksud..:

"..tidakkah kamu mengira bahawa Allah telah membuat perumpamaan kalimah yg baik (kalimah tayyibah) seperti pohon yg baik.Akarnya teguh,dan cabangnya menjulang ke langit..."

Semoga penghayatan kalimah ini kembali subur di dlm diri kita bersama & mengukuhkan lagi ikatan aqidah disepanjang jalan dunia ini..Ilalliqa'

1 comments:

oyop on May 25, 2009 at 8:01 PM said...

Amir....teruskn usaha ko letak input2 yg camnie....best baca!

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template