Saturday, May 30, 2009

Perlunya Rebranding..


Penjenamaan semula di dlm sesuatu urusan perniagaan amat penting bagi memastikan kelangsungan keuntungan syarikat.Penjenamaan semula bakal menarik minat pelanggan-pelanggan agar mereka tidak merasa jemu dgn produk-produk penghasilan syarikat kita..Pelbagai cara boleh utk kita 'rebranding'kan mengikut kepada kekreatifan masing-masing..

Begitu juga dgn dakwah..Dakwah perlu juga utk dijenamakan semula..Membawa maksud perlunya dipelbagaikan uslub-uslub dakwah ataupun cara-cara kita menyampaikan dakwah.Ia perlu dilihat juga kepada persekitaran.Perlu juga dilihat kepada kondisi sasaran serta keupayaan kita untuk menggerakkan dakwah tersebut..Andai uslubnya hebat & sesuai utk target sasaran tetapi kita tidak mampu utk melaksanakannya,juga bakal menggagalkan proses rebranding dakwah tersebut..Jadi,beberapa aspek perlu utk diperhatikan bagi menjayakan proses rebranding ini agar 'pengguna' tidak merasa jemu dan bosan dengan cara kita berdakwah..All in all.,rebranding tidak dapat dinafikan amat-amat penting utk segala perkara..

Atas saranan itu jugalah saya mengambil inisiatif utk melakukan proses rebranding ke atas blog ini..Tema blog ini drpd 'Pengemis Redha Ilahi' telah ditukar kpd 'Coretan Kalam Pemuda' dan menjurus kepada 'Nurturing The Best Leader'.Membawa harapan agar penulisan-penulisan drpd anak muda ini bakal mengikut jejak langkah pemimpin hebat di serata dunia.Proses penjenamaan semula ini bukanlah hanya utk penulis,tetapi ia juga didoakan agar harapan tersebut dipanjangkan kpd sidang pengunjung sekalian..Dan nantikan sedikit sebanyak lagi pembaharuan di dlm blog ini.Semoga sidang pengunjung sekalian dapat terus mengunjungi blog ini dan mendoakan agar penulis terus istiqamah menceburi bidang penulisan ini.Akhir kalam,mohon maaf atas segala kekurangan & kesulitan di dlm blog ini..Penulis hanya meluahkan pandangan penulis menerusi penulisan,gambar-gambar & apa juga yg ada di dlm laman ini utk tatapan pengunjung sekalian.Dan sukacita utk penulis izinkan kembali utk anda semua menghantar sebarang komen di artikel-artikel yg telah dan akan di 'publish'kan..Salam penulisan,salam perjuangan..Wallahu'alam

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template