Akhirnya,tibalah hari yg dinantikan oleh semua rakyat Malaysia.Tepat jam 8 pagi,kesemua pusat pengundian akan dibuka di Bukit Gantang,Bukit Selambau & Batang Ai.Setelah hampir 10 hari berkempen dgn pelbagai ragam & isu2 yg dibangkitkan,maka hari inilah yg menjadi penentuan.Selamat mengundi diucapkan kepada seluruh masyarakat di Bukit Gantang, Bukit Selambau & Batang Ai.Buatlah pilihan yg terbaik utk kesejahteraan di dunia & akhirat.Pilihlah pemimpin yg jujur & amanah dlm melaksanakan tugasnya..Sama-sama kita nantikan keputusannya...
Dilahirkan di Jengka 16,Bdr Jengka Pahang.Merupakan anak ke-8 drpd 9 orang adik-beradik.Memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Jengka 16:(1996-2001).Kemudian melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK):(2002-2006).Kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Ekonomi.Sebarang ulasan berbentuk peribadi bolehlah disalurkan melalui emel deislamiclife@yahoo.com
As Syahid Syeikh Ahmad Yaseen merupakan pengasas utama Harakah Al-Muqawwamah Al-Islamiyyah (HAMAS).Beliau telah memimpin HAMAS mendepani segala cabaran sehinggalah beliau syahid dibunuh secara kejam oleh rejim Israel pada 22 Mac 2004 ketika sedang meninggalkan sebuah masjid di bandar Gaza selepas menunaikan solat Subuh.Syeikh Ahmad Yaseen dilahirkan pada 1 Januari 1929 di perkampungan Palestin Majdal yg terletak berhampiran bandar kecil Jaffa di wilayah Ashqelon.Perkampungan ini merupakan sebahagian wilayah Palestin yg telah dirampas oleh rejim Israel.Beliau telah mengalami kecederaan ketika bermain bersama rakan baiknya,Syeikh Abdullah Siyyam,ketika berumur sekitar 15 tahun.Walaupun beliau seorang yang lumpuh sejak remaja,semua ini tidak menghalang bapa kpd 12 org cahaya mata ini utk menerajui jihad menentang rejim Israel.Kerusi roda yg menjadi medium utama pergerakan beliau tidak pernah membataskan perjuangan beliau.Seksaan demi seksaan yg diterima tika berada di dalam tahanan tidak pernah mematikan jiwa serta pemikirannya.Inilah dia salah seorang mujahid ulung.Walaupun fizikalnya lumpuh,namun jiwanya menjadi barah buat rejim Israel.Bagaimana dengan kita??
Detik Hidup
Kalendar
Klik gambar untuk besarkan....
SAF PIMPINAN MRC
Daripada 'Aisyah r.a katanya,aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda dalam rumahku demikian:
"Ya Allah,barangsiapa yg menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan ummatku,kemudian dia membuat kesengsaraan pada mereka,maka berilah kesengsaraan kepada orang itu sendiri. Sedang barangsiapa yg menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan ummatku, kemudian dia menunjukkan kasih sayang kepada mereka,baik ucapan ataupun perbuatannya, maka kasih sayangilah orang itu."
'Tangan yg memberi lebih baik drpd yg menerima.'Sumbangan anda diperlukan.Sumbanglah demi kelangsungan & keperkasaan Pas Pahang.
Kezaliman;Syurga Dunia,Penjara Akhirat!!
Masih ramai anak-anak kecil yang menangis kesedihan tanpa ayah di sisi.Hidup tidak menentu sedangkan ayah ditahan tanpa kesalahan & tiada pembelaan.Bayangkan anda di tempat mereka.Ayuh!!Kita bersama kobarkan semangat menentang kezaliman ini!Demi sebuah keadilan & keamanan hakiki!I.S.A-Internal Security Act satu kezaliman!
seimbas di uiam
Mula menjejakkan kaki di CFS IIUM Petaling Jaya pada pertengahan tahun 2007 dalam jurusan ECONS-Economics And Management Sciences.Menjadi Chairman Hisbah di Mahallah Umar Al-Khattab 2 pada semester pertama.Juga memegang jawatan sebagai Vice CEO Entrepreneurs Club untuk 1 semester.Semester kedua dipindahkan ke Kampus Nilai.Memegang jawatan selaku CEO bagi Entrepreneurs Club selama 1 semester.Seterusnya menjadi Presiden MRC sessi 2008/2009.
SEIMBAS DI SMAP KAJANG
Mula menjejakkan kaki ke SMAP Kajang pada tahun 2002.Pernah memegang amanah sebagai Pimpinan Majlis Nuqaba' bermula 2004-2006.Menjadi Pengawas Pusat Sumber Sekolah bermula 2003-2006 & memegang amanah selaku Pengerusi Badan Pengawas Pusat Sumber pada tahun 2006.Juga merupakan Pengerusi Kelab Seni Islam pada tahun 2006.Menyertai pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran kategori Hafazan & juga merupakan ahli kumpulan nasyid All For Ummah SMAP Kajang.Sekalung penghargaan buat para pendidik di SMAP Kajang.
0 comments:
Post a Comment