Thursday, April 16, 2009

Hebatnya Subky Latif


Hari ni hari Khamis..Kebiasaannya kat tempat aku ni jual Harakah awal sehari dari edisi sebenar..
Aku akan pastikan aku tidak terlepas membelinya.Jadi seperti sediakala,aku perlu menyusun 'strategi' utk membeli Harakah..(nak beli Harakah pun kena ada strategi..darurat,darurat.hehe)

Seawal jam 7 pagi,aku ke kedai makan membeli sedikit juadah utk sarapan,berhampiran dgn kedai yg menjual Harakah..Tapi kedai tu stil tutup."Aduss..,problem nih."Takpe2...,pasang plan kedua."Setelah pulang ke rumah & mengemas apa yg patut,aku kembali semula ke kedai tadi..Tengok dari jauh,mcm xde paper Harakah..Yang ada hanya Wasilah & Suara Keadilan..Cadangnya,nak beli dah Wasilah,rupa2nya Harakah ada jauh sikit..Dah tinggal satu je dah pun.."Fuh,nasib baik ada lagi.."legaaa..."Pelik2..ramai jugak rupanya peminat Harakah kat Jengka aku ni.Tapi,knape la x menang2 lagi..??hmmm.."

*serba sedikit kronologi utk penulis mendapatkan Harakah dlm hidup..=)

Berbalik kpd tajuk,saya tertarik dgn penulisan penulis hebat-Sdr Subky Abdul Latif di bwh tajuk "Sekadar Hendak Memalukan Pas".Cerita berkisar tentang shbt sePakatan-Nga Kor Ming membaca ayat suci AlQuran semasa kempen di Perak...Saya terfikir2 juga bagaimana cara penerangan terbaik utk memahamkan manusia yg tak faham lebih2 lagi kpd manusia berdarah biru bersenjatakan keris..Setelah membaca penulisan ini,inilah antara penerangan yg boleh kita guna pakai utk menjawab perihal isu ini..

Pihak 'seberang' takkan berhenti utk terus memburukkan imej Pas selaku pihak yg sentiasa taat memperjuangkan Islam..Pertalian 'ukhuwah' bersama DAP amat membimbangkan mereka dari dulu lagi dan hasilnya kita boleh lihat kejayaan PR pada hari ini.Dulu Pas sudah pernah bergabung dgn DAP di dlm BA.Setelah diapi-apikan oleh pihak seberang,maka berpecahlah Pas-DAP..Kali ini,bergabung kembali disertai juga oleh KeADILan..

Hasil penggabungan ini,maka tertimbullah isu ini..Buat anda semua,fikirlah dari kaca mata Islam.Ini merupakan dakwah yg berjaya kita ke atas shbt yg bkn Islam..Islam tidak pernah sekali-kali menghalang sesiapa drpd membaca ayat suci alQuran.Kecuali bagi sesiapa yg membaca utk mempermainkannya atau membaca dan kemudian mentafsirkan ayat tersebut berlawanan dgn maksud yg sebenar.Tetapi,sdr Kor Ming mentafsirkan ayat yg dibacanya dgn jelas,'sebijik' dgn apa yg ada di dlm tafsir.Jika hendak menghukum dia atas 'kepelatan' pembacaannya,itu tidak adil.Berapa ramai manusia Islam di Malaysia ni yg membaca Quran dgn bunyi yg sungguh 'syahdu'..(hasil keberjayaan Islam Had Hari).Itu org Islam,org yg bukan Islam bagaimana??Sudah tentu bunyinya lagi 'syahdu'..

Org yg bukan Islam sudah mahu berjinak2 dgn sumber utama kita.Seandainya betul kita mahu menarik mereka mengenali Islam,cara membuat laporan polis bukanlah uslub(method) dakwah yg terbaik.Pergi ke balai polis siap dgn berserban lagi!Apa maksudnya serban putih anda tu??!!Itu bukan nak mendaulatkan Islam,itu nak mengotorkan Islam!Fikirlah wahai shbt seummatku!(bukan seBANGSAku.klu bangsa,belum tentu lagi dia Islam)
Memetik sedikit penulisan Sdr Subky,
'Bagi puak yg mencerca Kor Ming,tiada apa yg dapat kita buat.Pada mereka,Tok Guru(Nik Aziz) yg membaca & gunakan AlQuran dgn betul & berusaha mendaulatkannya,juga mereka kata tidak betul..Mereka cerca & kutuk perjuangan Tok Guru,sudah tentu(comfirm) mereka menolak Nga Kor Ming..'

Org yg baca betul pun mereka hentam,inikan pula org yg pelat bacaannya..Jelas,semua itu utk kepentingan politik!Bkn semata-mata utk menjaga kesucian AlQuran..!
Wallahu'alam.Tahniah Sdr Subky atas artikel yg hebat!

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template