Saturday, April 4, 2009

Tolong!Buktikan Kita Betul-Betul Bijak..!!


Belum terlambat rasanya utk saya mengucapkan jutaan tahniah kpd YAB Dato' Seri Najib Tun Razak di atas perlantikan beliau sbg Perdana Menteri Malaysia ke-6 & tidak lupa juga jutaan penghargaan buat Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi selaku mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5..

Satu pertukaran yg menarik yg saya kira juga bakal mencorak wajah Malaysia yg baru.Apakah wajah yg baru itu,kita sama-sama nantikan..Syabas buat Najib.Walau apapun,riak 'perubahan' dr Najib telah kelihatan.Seusai dilantik sebagai PM yg baru,Najib bijak dgn mengambil 2 langkah penting yg boleh mengaburi mata rakyat Malaysia.Langkah ini cukup licik,tetapi bijak!Pertama,Najib menarik semula penggantungan akhbar Harakah & Suara Keadilan tatkala massa sedang mempergiatkan gerak kerja menghadapi pilihanraya tanggal 7hb April ini.Kedua,pembebasan tahanan ISA seramai 13 org termasuk 2 org pimpinan Hindraf yg diutuk keras akan tindakan penahanan mereka.

Jika diamati,kedua-dua tindakan yg diambil oleh Najib ini bisa memberi simpati & keyakinan terhadap Najib & barisan kerajaan yg baru.Hal ini lantas akan memberi sedikit impak kemenangan kpd Be End (BN) di dlm pilihanraya terdekat nanti.Saya bimbang perkara ini akan menjadi suatu umpan yg akan dimakan oleh rakyat yg semakin menunjukkan bait-bait perubahan kpd Pakatan Rakyat.Sebab itu saya katakan,tindakan Najib ini licik,tetapi bijak!Bijak bg Najib,tetapi sebenarnya licik & jijik kpd rakyat.

Sebijak-bijak Najib,kita lagi bijak!!
Tidak dapat dinafikan 2 tindakan yg diambil Najib itu bagus & terpuji.Tetapi saya khuatirkan akan jangka masa panjang hayat rakyat ini di bawah kepimpinan beliau.Kita sedia maklum,Pak Lah mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai seorang yg bersih peribadinya & disokong dek kerana waris keturunan ulama' serta memulakan gagasan baru Malaysia dgn Islam Hadhari yg betul-betul memberikan impak yg besar kpd senario politik negara.Tetapi,lama-kelamaan 'kuasa sakti' itu terhakis sedikit demi sedikit.Pelbagai masalah melanda negara.Kadar jenayah semakin meningkat & berleluasa..Itu Pak Lah yg dikatakan Mr Clean..Bagaimana pula dgn Najib??Beliau bkn Mr Clean sprti Pak Lah di awal pengambilalihan kuasa ini.

Pelbagai kes yg telah kita dengar melibatkan Najib.Justeru,amat tidak wajarlah utk kita menilai kepimpinan Najib menerusi 2 tindakan awal yg di buat oleh beliau.Saya sentiasa teringat kata-kata Tn Guru Nik Aziz...Memetik kata-kata beliau:

"Kita bukan menentang UMNO.Kita tentang dasar yg dibawa oleh UMNO iaitu dasar kebangsaan (puak).Bukan dasar Islam.Islam menolak dasar assobiyah (berpuak-puak).Jadi nak tak nak orang yg berada dlm UMNO yg terus menerus menegakkan dasar itu terpaksa kita jatuhkan agar dasar Islam dapat ditegakkan.."

"Pas & Umno ni adalah bekas shj.Seperti cawan/pinggan/mangkuk..Apa yg penting adalah barang yg kita isi di dlm bekas tersebut..Air ke,nasi ke.,bubur ke...Jadi dlm Pas kita isi Islam.Tapi dlm Umno,mereka isi bangsa.Mana boleh..."

Inilah serba sedikit ulasan drpd Tn Guru yg sering menjadi pegangan saya.Utk kes Najib tadi,begitulah gambarannya.Selagi Najib terus-terusan bersama dgn dasar tersebut,jgn dipinta utk Malaysia akan berubah.Lebih-lebih lagi dgn hanya memulakan pemerintahan awal beliau dgn 2 tindakan tadi,telah kita jadikan sbg batu asas utk kembali mempercayai kerajaan.Tidak!Jgn termakan dgn tindakan tersebut.Kecualilah Dato' Najib bertukar atau menukarkan dasar UMNO kpd Islam,barulah kita beri sepenuh sokongan padu kpd beliau.Islamlah penyelamat negara,bangsa & sudah pastinya AGAMA.Ini telah terbukti di dlm Pas sekarang.jadi,fikir-fikirkanlah..Buktikan kita betul-betul bijak..!!!!!

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template