Sunday, April 12, 2009

Hidup Seorang Pengemis..



Aku dilahirkan tanpa sebarang keistimewaan..
Tiada harta,tiada rupa yg menawan..
Tiada apa yg dapat dibanggakan..
Terus melangkah setapak demi setapak..
Mengharungi arus hidup di dunia ini..
Tanpa tujuan yg sebenar..


Tatkala diri meningkat dewasa..
Ku seakan temui sinar dunia yg sebenar..
Sinar yg menghubungkan jambatan ke sana..
Sinaran inilah yg mendewasakan aku..
Menjadi sebenar-benar insan..
Yang perlu sentiasa taat & patuh..
Kepada segala perintah Tuhan..
Penguasa sekalian alam..

Barulah ku sedar..
Erti hidup berTuhan..
Setiap detik,setiap saat..
Pasti ada yg memerhatikan..
Barulah ku sedar..
Berkuasanya Dia Tuhan..
Setiap apa yg terjadi..
Pasti itulah ketentuan..

Sinaran yg kutemui ini juga merupakan ketentuan..
Ku merangkak sedikit demi sedikit..
Meniti membina kefahaman..
Memperkukuhkan kepercayaan..
Menguatkan semangat & keazaman..
Kerna ku sedar..
Sinaran ini bukanlah warisan..
Tetapi akulah yg perlu perjuangkan..

Pelbagai pengalaman aku timbakan..
Bahkan masih tidak cukup utkku lengkapkan..
Bertukar-tukar insan..
Yang memberikan bimbingan..
Marah,cacian,kutukan & sindiran...
Sememangnya menguji kemarahan..
Dan juga sifat kejantanan..
Namun ku masih takkan serik...
Semuanya itu adalah sebagai bekalan..
Ku harus sedar..
Hidup ini lebih dahsyat..
Andai tidak ditarbiyahkan..

Terus merangkak menuju alam remaja..
Pasti pelbagai ujian datang bertandang..
Ku ingatkan diri & hati..
Aku produk pentarbiyahan..
Kukuhkan iman,sematkan perjuangan..
Jgn dicampur haq & kebatilan..

"Ya Allah,
Thabatkanlah hati ini..
Menempuh hari-hari yg masih berbaki..
Agar dpt ku turuti impian hati..
Utk menyusuli lorong-lorong ulama' & syuhada'..
Yang Engkau kasihi..."

Ku mohon semua turut memahami..
Inilah realiti sebenar hidup..
Seorang bergelar Pengemis..
Bagi mengejar Redha Sang Ilahi....

Tulus Ikhlas: Alfaqirbillah
120409:12:02pm

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template