Thursday, July 30, 2009

Coretan Kembali Menghiasi..


Langkahan demi langkahan perlu diatur dgn cermat & penuh gagah agar corak hiasan hidup ini bakal menyinari keseluruhan kehidupan.Alhamdulillah syukur kpd Ilahi kerna dgn limpahan rahmat & kasih sayangNya jualah diri ini masih bernyawa & diberi peluang menggarap langkah-langkah bg menuju ke destinasi yg sebenar kelak.Hidung masih bernafas,nadi masih berdenyut & perut masih berisi.Namun hati??Kadang-kadang lupa utk diisi..Sekadar secebis muhasabah.

Tanggal 7 Julai lalu,termaktublah kehadiran diri ini utk meneruskan pengembaraan ilmu di kampus utama UIAM,Gombak.Masa dirasakan begitu cepat.Umur tanpa disangka sudah jauh meningkat..Sepanjang berada di kampus ini,sudah terlalu byk peristiwa di sekeliling yg berlaku & tidak sempat utk dikupas bersama.Adat kehidupan,pasti memerlukan masa utk meniti setiap langkahan yg ada..Dek kerana itulah tidak sempat utk sama-sama berkongsi isu semasa.Utk mencipta langkahan yg gagah perkasa,pasti perlu bermula dgn step pertama iaitu merangkak.Begitulah jua kehidupan di kampus baru.Dalam jangkamasa sebulan saya letakkan utk melalui proses merangkak-memerhatikan gelagat rakan di kampus baru.Memerhatikan suasana kehidupan pelajar-pelajar lain terutamanya pelajar-pelajar dari luar negara yg mempunyai pelbagai corak kehidupan & fahaman/mazhab,serta menyesuaikan diri ini dgn kehidupan di 'alam' yg baru..Ternyata ianya cukup penat & berat utk dilalui.

Proses ini amat penting..Jgn dipandang enteng walau sehebat mana sekalipun anda.Berpeganglah dgn kata-kata ini.,

"Kejayaan yg besar tercipta dr kejayaan yg kecil.Dan utk memperoleh setiap kejayaan,tawanlah diri anda terlebih dahulu.."

Apabila diri telah berjaya ditawan,sudah berdaya menyesuaikan diri dgn suasana,maka langkahan yg lebih yakin bakal dicorakkan dgn lebih mudah...Langkahan inilah yg bakal memandu diri ke arah mana yg ingin dibawa.Tambahan lagi,amanah yg bakal dihadapi lebih besar cabarannya berbanding sebelum ini.Jadi.,inilah yg akan menjadi pasak utk menghadapi kesemua amanah yg bakal terpikul kelak..Semoga kalian para pengunjung sekalian dapat mendoakan kesejahteraan serta dipermudahkan olehNya utk saya mengorak langkah di bumi UIAM Gombak ini..Wallahu'alam

1 comments:

'aisya on August 2, 2009 at 11:59 AM said...

“Ke Arah Mencapai Matlamat Tertinggi”

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template