Monday, August 31, 2009

Otak cetek!Akal pendek!

2 comments
Nukilan daripada firman Allah Taala dlm surah Al-An'am ayat 108 yg bermaksud:

"...dan jgnlah kamu memaki sembahan yg mereka sembah selain Allah,kerana mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa dasar pengetahuan.Demikianlah Kami menjadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka.Kemudian kpd Tuhan tempat kembali mereka,lalu Dia akan memberitahukan kpd mereka apa yg telah mereka kerjakan.."

Berdasarkan ayat ini,bknlah bermaksud Allah Taala bimbang atau takut dgn makian dan cacian yg akan dilakukan oleh org yg tidak beriman dgnNya kerana Allah itu maha kuat lagi gagah utk menimpakan sesuatu bala bencana ke atas sesiapa yg menyekutukan & mempersendakan agamaNya yakni Islam.Tetapi ayat ini mengajar kita bahawa inilah cara sebenar selaku umat terbaik-umat Islam utk kita mendampingi manusia-manusia yg tidak beragama Islam.Walaupun kita berbeza Tuhan,berbeza pendirian,berbeza tujuan,namun Islam mengajar kita utk kita sering menghormati apa yg penganut agama lain sembah.Dlm masa yg sama juga,kita berusaha utk mengajar & menunjukkan qudwah,cth tauladan yg baik kpd penganut agama lain agar mereka melihat & faham sesungguhnya Islam inilah sebenar-benar agama yg perlu utk dianuti.Oleh kerana itulah,baru kita akan faham apa yg dimaksudkan dgn Islam itu agama yg indah,Islam itu agama yg mulia,Islam itu agama yg sejahtera & Islam itu utk semua!

Namun,malang buat agama suci Islam kerana penganutnya sendiri pun tidak faham & lebih jijiknya tidak mahu cuba utk memahami apa yg dimaksudkan dgn Islam itu agama yg indah,mulia,sejahtera & Islam itu utk semua..Lantas membiarkan diri dgn penuh bangga & bongkak menolak serta memaki hina golongan ulama' yg telah disuratkan oleh Islam merupakan pewaris bg sekalian nabi yg tidak akan muncul lagi sehinggalah hari kiamat bagi memastikan umat manusia sentiasa menjadikan ajaran Islam sebagai pakaian harian mereka.Apabila golongan paling elit agama pun ditolak & ditentang,lahirlah umat Islam yg mempelajari Islam hny pd teorinya shj,tiada guru & tiada sumber yg sahih.Maka mereka akan mengerjakan ajaran Islam mengikut logik akal.Logik akal menjadi panduan utk mereka menetapkan sebarang hukum & sebarang tindakan dlm kehidupan seharian.Contohnya,pakai tudung panas.Udara tak masuk.Boleh menyebabkan pening,migrain & sbgnya....Itulah hasil drpd pemikiran berlandaskan logik akal.Akhirnya meletakkan hukum hakam Islam hilang entah ke mana..

Hal ini jugalah yg terjadi di Selangor baru-baru ini yg berjaya menzahirkan merekalah sebenar-benar pejuang bangsa & lebih hebat lagi merekalah sebenar-benar pejuang AGAMA.!Pejuang agama CAP AYAM!Tindakan anda berarak membawa kepala lembu & memijak-mijaknya sebagai protes terhadap kerajaan negeri yg ingin membina sebuah kuil Hindu adalah satu tindakan yg amat bodoh!Hanya layak dilakukan oleh manusia yg mempunyai otak yg mereng,akal yg pendek & pemikiran yg kolot.Anda benar-benar memalukan Islam & kesemua penganut agama Islam!Anda memberi wajah yg buruk kpd tubuh badan Islam!Anda menjadi penghalang kpd tersebarnya Islam itu kpd penganut agama lain utk menerima kesucian Islam!Membuatkan kata-kata Islam itu indah,mulia & sejahtera hanya tinggal sekadar retorik semata-mata!

Rujuklah kembali kpd surah Al-An'am yg telah diturunkan oleh Allah tersebut.Inilah kesannya apabila menjadikan agama sebagai talian utk berpolitik.,bukan ikhlas utk mengembang & meluaskan syiarnya.Andai benar anda betul-betul mahu perjuangkan Islam,Islam tidak pernah mengajar penganutnya menghina sembahan agama lain.Mungkin betul pembinaan kuil itu perlu dibantah & anda mempunyai idea yg lebih bernas.Tetapi dgn apa yg anda lakukan,itu bukanlah jalan penyelesaian yg bijak!Bagi sy,ia tidak lebih hanya sekadar utk kepuasan berpolitik semata-mata.Politik sempit yg amat popular buat anda...Cuba fikirkan baik-baik mengikut akal yg waras.Tindakan tersebut merupakan tindakan yg sgt bodoh yg boleh mewujudkan permusuhan kaum yg amat dahsyat antara Melayu & Hindu.Anda bermain dgn sensitiviti kaum & agama mereka.!Saya yakin & percaya kita semua sedia maklum bahawa penganut Hindu merupakan antara golongan yg sgt taksub dgn agama mereka & sanggup bertumpah darah demi agama yg mereka anuti.Andalah sebenar-benar golongan yg layak disumbat ke dlm ISA!Namun,perarakan anda tidak disertai langsung dgn FRU,tiada langsung semburan gas pemedih mata,tiada langsung tangkapan & tiada langsung manusia yg disumbat terus ke ISA..

Saya kira,jika manusia-manusia di Malaysia masih tidak terbeliak biji mata terhadap suasana politik negara ini,anda memang ibarat katak bawah tempurung.Masih tak sedar,masih tak insaf..Marilah kita sama-sama meluaskan cara pemikiran kita khususnya meletakkan Islam di tempat tertinggi dlm setiap apa yg kita fikirkan.Merdekakan pemikiran anda sebebas-bebasnya.Hasilnya,anda akan mengetahui bahawa masih byk hak-hak kita yg masih terabai..Open & clear your mind!

Friday, August 21, 2009

Engkau Muncul Kembali!!Ahlan Wasahlan!!

1 comments
Beberapa detik ketika lagi,bergembiralah kita wahai ummat manusia yg bergelar muslim kerana bulan yg amat kita sayangi & nanti-nantikan bakal menjenguk kita buat kali yg ke seterusnya..Ramadhan Kareem!!Alhamdulillah,syukur dipanjatkan kpd Allah Taala atas kasih sayangNya memanjangkan lagi umur ini & pengharapan yg setinggi-tingginya dimohonkan agar diri ini berkesempatan menyambut kedatangan bulan penuh berkat,bulan Ramadhan yg hanya beberapa langkah mendampingi diri insan hina ini..

Ramai yg pandai & teruja utk membuat sambutan bulan keberkatan ini..Andai diamati,terdapat pelbagai jenis cara manusia di dunia ini meraikan kehadiran bulan berkat ini.Ya!Allah amat menyukai hamba-hambaNya meraikan kehadiran bulan Ramadhan..Tetapi bagaimana pula dgn beberapa jenis golongan ini yg juga menyambut kehadiran Ramadhan tapi di dlm versi yg agak berlainan iaitu:

*Situasi 1
"Wah!Dah nak Ramadhan da ni.Dah tempah ke belum tapak utk kita buka gerai sepanjang Bazar Ramadhan nanti???Boleh buat duit lebih.Kaya kita!Kayaaaa...."

<..menjadikan bulan Ramadhan sebagai 'wasilah' penting utk mengaut keuntungan.Bukan utk mengaut segala kelebihan pahala yg terkandung di dlmnya...>

*Situasi 2
Jualan mega!!Diskaun sehingga 80%!!!Mari!Mari!Mari!Jangan lepaskan peluang ini!
"Adusss!Dah Ramadhan dah.Baju raya tak tempah lagi...Eh,kali ni kita nak pakai baju tema warna apa??Kuning?Ungu?HIJAU PUTIH??Kelabu taik anjing????Ishh.....Pening!Pening!"

<..Alahaaaiii..,Ramadhan baru je nak start.,dah kelam kabut memikirkan tentang baju raya..Puasa entah ke mana.Shopping sana,shopping sini...Tarawih pun tunggang langgang..Ingatlah,bahawa ajal kita pun belum tentu lagi masih dipanjangkan..>

*Situasi 3
"Bulan Ramadhan ni mesti banyak masjid & surau nak guna imam..Bolehlah aku mencelah-celah offer diri.Dapat jugak RM50 sekali terawih..Kalau RM50 darab 10 malam je aku jadi imam,hui!Dah RM500!!!Tu belum aku jadi bilal lagiii....."

<..terdapat juga puak-puak yg sebegini sebenarnya.Situasinya lebih kurang sama dengan situasi 1 tadi.Cumanya yg ini agak melampau 'strateginya'..Jadikanlah bulan Ramadhan ini satu bulan khas utk kita beribadat seikhlas-ikhlasnya.Memohon ampunan & redha Allah Taala di atas ibadah yg dilakukan..>

Itulah beberapa golongan yg menyambut kedatangan Ramadhan.Berbagai strategi dirancang utk melalui hari-hari sepanjang Ramadhan.Kita mohon berlindung daripada Allah Taala agar dijauhkan sejauh-jauhnya daripada tergolong di dlm golongan yg sebegitu.

Ingatlah kita semua bahawa tidak semua drpd kita berpeluang utk merasai lagi kehangatan bulan Ramadhan.Lihatlah sekeliling kita.Sudah berapa ramai insan yg hampir dgn kita pergi buat selama-lamanya tanpa sempat berjumpa dgn Ramadhan kali ini.Ramadhan datang menjenguk kita hanya 30 hari shj.Kedatangannya membawa berjuta-juta 'buah tangan' utk diberi & diagihkan kepada kita semua.Hanya tinggal kita shj sama ada mahu ataupun tidak untuk menerimanya...Rebutlah peluang ini sebaik mungkin & sama-sama kita memperbanyakkan doa mengharapkan agar kita berjaya bertemu dgn Malam LailatulQadr yg tersirat di dlm Ramadhan..Amiiin

Monday, August 17, 2009

Satu Lawan Satu

1 comments
Pilihanraya Kecil Dun Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara PAS & BN.PAS diwakili oleh Ustaz Salleh Man,Pesuruhjaya PAS P.Pinang manakala BN akan diwakili oleh Sdr.Rohaizat Othman..Bagaimanapun,hasrat seorang lagi 'jaguh' Malaysia dlm pilihanraya kecil,Sdr Kamarul Ramizu utk sekali lagi bertanding tidak kesampaian apabila borang pencalonannya ditolak disebabkan kelewatan..

Bagi menghadapi 'serangan' drpd puak UMNO/BN,PAS difahamkan akan mengekalkan 5 prinsip yg telah digunapakai sewaktu pilihanraya kecil DUN Penanti iaitu:

1. Beriman & bertaqwa kpd Allah
2. Memperlihatkan akhlak yg mulia sbg seorang muslim
3. Menjadi ahli yg patuh kpd arahan pimpinan parti
4. Istiqamah dlm memenangkan Pakatan Rakyat
5. Turun mengundi bg yg layak utk mengundi

Sekalung doa & harapan dipanjatkan agar pilihanraya yg bakal diadakan pd 25 Ogos ini akan memihak kpd perjuangan berasaskan Islam.Takbir!

Thursday, July 30, 2009

Coretan Kembali Menghiasi..

1 comments
Langkahan demi langkahan perlu diatur dgn cermat & penuh gagah agar corak hiasan hidup ini bakal menyinari keseluruhan kehidupan.Alhamdulillah syukur kpd Ilahi kerna dgn limpahan rahmat & kasih sayangNya jualah diri ini masih bernyawa & diberi peluang menggarap langkah-langkah bg menuju ke destinasi yg sebenar kelak.Hidung masih bernafas,nadi masih berdenyut & perut masih berisi.Namun hati??Kadang-kadang lupa utk diisi..Sekadar secebis muhasabah.

Tanggal 7 Julai lalu,termaktublah kehadiran diri ini utk meneruskan pengembaraan ilmu di kampus utama UIAM,Gombak.Masa dirasakan begitu cepat.Umur tanpa disangka sudah jauh meningkat..Sepanjang berada di kampus ini,sudah terlalu byk peristiwa di sekeliling yg berlaku & tidak sempat utk dikupas bersama.Adat kehidupan,pasti memerlukan masa utk meniti setiap langkahan yg ada..Dek kerana itulah tidak sempat utk sama-sama berkongsi isu semasa.Utk mencipta langkahan yg gagah perkasa,pasti perlu bermula dgn step pertama iaitu merangkak.Begitulah jua kehidupan di kampus baru.Dalam jangkamasa sebulan saya letakkan utk melalui proses merangkak-memerhatikan gelagat rakan di kampus baru.Memerhatikan suasana kehidupan pelajar-pelajar lain terutamanya pelajar-pelajar dari luar negara yg mempunyai pelbagai corak kehidupan & fahaman/mazhab,serta menyesuaikan diri ini dgn kehidupan di 'alam' yg baru..Ternyata ianya cukup penat & berat utk dilalui.

Proses ini amat penting..Jgn dipandang enteng walau sehebat mana sekalipun anda.Berpeganglah dgn kata-kata ini.,

"Kejayaan yg besar tercipta dr kejayaan yg kecil.Dan utk memperoleh setiap kejayaan,tawanlah diri anda terlebih dahulu.."

Apabila diri telah berjaya ditawan,sudah berdaya menyesuaikan diri dgn suasana,maka langkahan yg lebih yakin bakal dicorakkan dgn lebih mudah...Langkahan inilah yg bakal memandu diri ke arah mana yg ingin dibawa.Tambahan lagi,amanah yg bakal dihadapi lebih besar cabarannya berbanding sebelum ini.Jadi.,inilah yg akan menjadi pasak utk menghadapi kesemua amanah yg bakal terpikul kelak..Semoga kalian para pengunjung sekalian dapat mendoakan kesejahteraan serta dipermudahkan olehNya utk saya mengorak langkah di bumi UIAM Gombak ini..Wallahu'alam

Friday, July 3, 2009

Perginya Sebutir Lagi Permata Islam

2 comments
Alfatihah....
Tepat jam 12 tgh mlm tadi,seorang sahabat akrab sy,Mohd Nabil Marwan telah menghembuskan nafasnya yg terakhir setelah beberapa lama menderita penyakit yg ditanggung.Allahyarham akan dikebumikan di Batu 23,Sg Nibong,Sekinchan dlm jam 10 pagi ini..

Seperkenalan saya bersama arwah,terlalu byk kenangan yg tidak dapat dilupakan.Arwah merupakan seorang yg periang & mudah bergaul.Merupakan seorang yg aktif di dlm persatuan & kami pernah bekerjasama di dlm menggerakkan beberapa program ketika di CFS IIUM.Semoga usaha gigih arwah di dlm perjuangan Islam ditambah dgn keberkatan sayyidul ayyam;hari Jumaat ini bisa meletakkan arwah bersama golongan yg soleh & mendapat rahmat perlindungan drpd Allah S.W.T. di akhirat kelak..Alfatihah

Wednesday, July 1, 2009

Kalau Sudah Kaki Kelentong..

1 comments
Alkisah terdengar berita mengatakan ada seekor sesumpah nak menyertai sebuah parti politik..Bertambah 'seronok'nya cerita ini,parti yg dikatakan itu adalah sebuah parti yg memperjuangkan Islam..Wah!Magik!Sejak bila binatang pun ada hati nak masuk parti politik..??Akhir zaman...macam-macam perkara pelik berlaku..

Baca punya baca.,rupanya Pak Cik Ezam Noor empunya dirinya.

Pak Cik Ezam Noor + Sesumpah = No Komen..
Bermadah PCEN,andai Pas dpt membuktikan bahawa parti itu adalah kuasa dominan di dlm PR,hari ini juga beliau akan menyertai Pas!Sakit mental ke apa dia ni??Mana tidaknya..Hanya org yg waras shj berkata sebegini rupa.Oleh sebab itu para alim ulama hatta agama kita sekalipun menyuruh kita utk sentiasa mencermin diri sendiri,ukur baju di badan sendiri dlm melakukan apa-apa perkara di dlm kehidupan..Boleh utk PCEN menyertai Pas,tetapi hanya sekadar ahli biasa shjlah.Itupun sudah lebih memadai drpd tidak sertai langsung ditambah dgn mempersendakan golongan ulama yg benar-benar ikhlas berjuang utk menegakkan agama.At least ketika mengundi,bertambahlah satu undi manusia yg ingin lihat bagaimana 'Islam Memimpin Perubahan'.Tugas PCEN,kala menjelang pilihanraya,bolehlah PCEN turun bersama ahli-ahli yg lain utk menggantung bendera,menampal poster,mengutip derma tika berlangsungnya ceramah-ceramah & tukang mengibarkan bendera Pas.Itu pun sudah byk pahalanya..Kita ni,nak jadi ulama,jauh langit dgn bumi.So,tersangat eloklah kita menjadi penyokong kpd ulama itu.Moga-moga kita boleh mengikut jejak langkahan mereka terselamat dari azab seksaan yg maha pedih kelak.Andai tak dpt semua,paling tidak kita dapat merasai 'bauan' ulama tersebut..Ibaratnya,berkawan dgn tukang besi,kita akan terpalit dgn debu-debu besi,hangatnya besi & panasnya besi.Tetapi,andai kita berkawan dgn penjual minyak wangi,terpalitlah kita dgn wangian bau minyak tersebut...Jadi,jika itulah yg PCEN inginkan,pintu utk masuk ke Pas memang sentiasa terbuka.Tak payah tunggu Pas keluarkan statement.Sekarang pun boleh..
Kenyataan PCEN ni memang cukup dangkal..Cuba kita bayangkan,Pak Jib peminat bola sepak EPL,bersungguh-sungguh memuji pasukan Arsenal yg diminatinya ketika ini dek kerana sedang mengungguli persada liga.Kadang-kadang lebih dia drpd Arsene Wenger mencorak atur taktik pasukan.Tapi,pada season seterusnya,bertukar.Sokong Liverpool pulak dah!Sebab Liverpool mengungguli liga.Liverpool sudah hebat!Tambah lagi merupakan juara Champions League..=)Apakah persepsi kita terhadap Pak Jib??Adakah sama situasi Pak Jib dgn situasi PCEN??Yes,sama!Lebih-lebih lagi mereka berdua ni memang kaki kelentong.Cakap lebat...Wallahu'alam

Sunday, June 28, 2009

Apabila Talian Hayat Terputus...

0 comments
Gegak gempita negara 'dimomokkan' dgn pergolakan pengasasan Kerajaan Perpaduan/Unity Government yg digagaskan oleh Pas-Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang.Tambah menghangatkan,berlaku sedikit perbalahan di antara 2 Tok Guru yg terkenal dgn istiqamahnya bersama perjuangan Islam.Menjelang klimaksnya.,TGNA mengeluarkan kenyataan supaya Timb.Presiden Pas,Ust Nasharuddin Md Isa meletakkan jawatan selaku Ahli Parlimen & jawatan di dlm Pas.Panas menusuk ke dlm diri setiap ahli Pas tidak kira sama ada ahli biasa mahupun barisan pimpinan.Masing-masing seolah celaru dgn keadaan ini.Masalah ini tidak hanya berlegar di kalangan Pas,tetapi memberi kesan yg hebat kpd 'ahli' Pakatan Rakyat yg lain.PKR & DAP masing-masing memandang serong terhadap rakan kongsi mereka.Adakah mereka menjadi mangsa boneka oleh Pas di dlm pembentukan pakatan ini..

Hari-hari dilalui dgn situasi yg bercelaru..Tetapi situasi ini ibarat emas yg jatuh di depan mata bg pihak lain-Umno/Bn.Kuasa media menambahkan sendi kekuatan bg mereka.Digunakan mereka sebaik mungkin.Keadaan yg panas semakin bertambah terik.Kadang-kala ribut petir.Kilat sabung-menyabung dek kuasa sang media.Televisyen,akhbar,majalah,radio & bermacam lagi sumber media 'dikerahkan' utk mengulas isu ini tetapi dgn ulasan yg berlainan warna.Ya!Ini adalah emas!Berturut-turut tumpas di dlm pilihanraya yg ditandingi sehingga seakan koma & kini ada pihak yg sanggup menghulurkan bantuan,semestinya tidak bisa dilepaskan..Muka perlu dimaniskan.Hati perlu dizahirkan suci walaupun hitam metallic keadaannya.Keikhlasan berbunga di mulut demi sebuah perpaduan yg diomongkan.Diri sentiasa dlm keadaan siap siaga utk berunding demi sebuah 'perpaduan'.Namun,adakah ia benar satu keikhlasan utk membina perpaduan??

Gagasan ini telah difikirkan,dikerahkan kudrat & idea drpd insan di dlm sebuah parti kecil yg tidak memiliki kuasa besar di dlm tampuk pemerintahan.Namun hati insan ini cukup besar.Mungkin keikhlasannya lebih besar!Insan inilah sebenarnya yg ingin melihat perpaduan terbina di negara ini setelah melihat kucar-kacirnya massa kini..Andai pihak sana lebih ikhlas hatinya,mengapa kuasa yg ada di tangan tidak digunakan utk mencetus idea seperti ini?Adakah perpaduan hanya terbentuk apabila masjid-masjid besar dibina?Bukan shj besar,malah berkilau-kilau sinarannya nun jauh di Terengganu..

Akhirnya.,emas ini rupanya seketul batu shj.Gagasan ini berakhir episodnya setelah insan tadi bersama para pejuangnya sebulat suara menarik balik keputusan pembentukan kerajaan perpaduan ini kerana melihat mudharatnya lebih besar dari manfaat.Setelah mengetahui ia hanyalah seketul batu jalanan,disepaknya & diambil lantas dibaling ia oleh pihak yg 'ikhlas' tadi ke lautan.Di caci akan batu itu seburuk-buruknya seolah-olah batu itu langsung tiada gunanya..Namun,itulah realitinya.Hati yg 'suci' & mulut yg berbunga tadi kembali kepada keadaan asal mereka..Hati terus hitam metallic & mulut tetap busuk berbuih-buih.Hayat semakin nampak ke penghujungnya..Mungkin akan terus koma.Talian hayat yg ingin dihulurkan terpaksa ditarik semula dek kerana bimbang bisa menghidupkan gergasi yg tidak kenal akn persahabatan,persaudaraan serta perpaduan yg sebenar..

Thursday, June 25, 2009

Pilih,Cara & Buat.!!

0 comments
Realiti alam dunia,pasti berat menguji kita utk menetapkan sebarang keputusan bg menjamin kelangsungan hidup di dunia ini & seterusnya kehidupan di akhirat.Namun,kita kerap tewas menguruskannya..Diburukkan lagi andai ditimpa musibah-musibah,diri lebih dikuasai perasaan putus asa,lemah semangat & tidak bermaya utk mengatasinya.


Ironinya.,kita kurang dibekalkan dgn fikiran yg positif di dlm diri.Apabila diri sering dilingkari pemikiran yg negatif,musibah yg menimpa cukup sukar utk ditandingi..Positifkan pemikiran kita!Maka,kita hanya memerlukan satu letusan lagi bg menghadapi situasi ini!Ayuh,bersama berubah berbekalkan 'amanat' ini!


1.Kehidupan kita dikelilingi banyak perkara yg memerlukan kita utk membuat keputusan.Tanpa sifat berani menerajui diri,kita bakal tumpas dlm membuat sesuatu keputusan hidup kerana setiap keputusan bakal diiringi pula dengan pelbagai risiko.Justeru,kita perlulah belajar utk memilih.Bukan membuat pilihan membabi buta,tetapi buatlah PILIHAN YANG BETUL!Buatlah pemerhatian sedalam-dalamnya di dlm setiap pilihan yg bakal kita lakukan kerna permulaan pilihan kita inilah yg bakal memimpin kita kpd kelangsungan hidup.Sebagai manusia,akal selaku raja utk kita membuat keputusan.Oleh itu,buatlah pilihan yg betul didasari akal fikiran.


2.Setelah pilihan dibuat,ia akan menjadi sia-sia andai kita tidak membekalkannya dgn cara/strategi.Jadi,kepilkankan pilihan tersebut dgn CARA YANG BETUL!Pakar motivasi sering mengajar kita utk sentiasa berstrategi di dlm hidup ini.Jika cara yg dilakukan salah waimma pilihan itu sehebat gunung,pasti ia bakal membuahkan hasil yg mengecewakan & merugikan.Mesti diingat,rajin BUKAN jaminan seseorang itu berjaya dlm apa yg telah dipilihnya andai cara yg disertakan adalah cara yg 'hampeh'.!Kerana itulah seringkali kita berjumpa manusia yg telah membuat pilihan yg betul,sudah rajin tetapi kerajinannya itu tidak didasari dgn cara yg sebenar.Maka,inilah yg bakal membibitkan rasa putus asa apabila penghujung pilihan yg dilakukan menemui kegagalan..

3.Apabila kita sudah memiliki satu pilihan yg betul.,disertakan pula dgn perancangan atau cara yg betul.,maka di sinilah kerajinan itu perlu diletuskan!Buatlah pilihan kita itu dgn BETUL-BETUL!

Buat Pilihan Yang Betul!
Buat Dengan Cara Yang Betul!
Buat Betul-Betul!!!

Wednesday, June 10, 2009

Sisa Hidup..

0 comments
Bermula awal bulan 6 ini,sy berada di salah sebuah negeri yg merupakan tanah tumpah darah para ulama' tersohor-Terengganu Darul Iman.Menghabiskan saki baki cuti yg ada dgn 'menerokai' kehidupan sebagai manusia biasa.Lantas menyebabkan ruangan ini kosong tanpa sebarang perkembangan terbaru sedangkan beberapa peristiwa penting telah berlaku serata Malaysia & dunia...

Selepas 31 Mei-kenduri kahwin sepupu di Kemaman,sy terus ke Kuantan utk membantu abg kandung mengemas rumah.Baru shj berpindah setelah ditukar utk bertugas di masjid negeri.Kemudian esoknya,pulang ke rumah seorg lg abg di Bukit Payung,K.T'ganu..Sepanjang berada di sini.,macam-macam dah berlaku.Terutama peristiwa stadium 'hebat' kemegahan rakyat Terengganu yg runtuh..Sempat la utk menjenguk.Sehari sebelum runtuhan,itulah pertama kali sy 'mengunjungi' stadium ni.Esoknya,terus roboh..=)

Muktamar Tahunan Pas juga tidak dapat diikuti dgn sepenuhnya.Hanya membelek-belek akhbar harian utk mengetahui sedikit sebanyak perkembangan.Tapi alhamdulillah,dgr kata berjln dgn lancar dan hebat.Tahniah kpd saf pimpinan yg baru naik.Moga dapat memantapkan lagi parti & gerakan Islam ini yg sememangnya penuh dgn cabaran besar.

Bila berjalan merata tempat,pergi ke ceruk-ceruk kampung,bandar,pekan-pekan & lain2 lagi tempat di Terengganu ni & berjumpa dgn pelbagai jenis manusia.,sememangnya menzahirkan betapa besarnya amanah bg sesiapa yg ingin menggelarkan diri mereka sbg pejuang especially pejuang Islam.Sejujurnya sy seakan 'terjumpa' satu platform yg terbaik utk diri ini survive kehidupan yg masih bersisa utk menjadi seorg yg digelar pejuang...

Saturday, May 30, 2009

:: Diari Hidupku :: < 1 >

0 comments
30 Mei 2009

Hari ini aku akan pulang ke kampung sblh mak yg terletak di Kg Meraga Beris,Kijal,Kemaman Terengganu..Aku akan bertolak pagi ini ke sana bersama kakak..Anak sulung Pak Teh akan melangsungkan perkahwinan pada esok hari..Jadi perlu utk balik awal tolong-tolong apa yg patut.Cadangnya nak balik hari Khamis lagi,tapi disebabkan beberapa masalah,rancangan terpaksa dibatalkan..

Aku akan berada selama beberapa hari di sana.Mungkin 3 atau 4 hari..Sepatutnya hari ini juga aku perlu menghadiri satu perjumpaan penting melibatkan mahasiswa-mahasiswa anak Jengka.Mohon seribu kemaafan atas ketidak hadiran.Semoga apa yg bakal diperbincangkan membuahkan gerak kerja yg mantap & maha hebat.Jadi sepanjang aku di Terengganu,kalam-kalam di dlm blog ini juga akan 'terhenti' buat seketika,insyAllah...Wallahu'alam

Perlunya Rebranding..

0 comments
Penjenamaan semula di dlm sesuatu urusan perniagaan amat penting bagi memastikan kelangsungan keuntungan syarikat.Penjenamaan semula bakal menarik minat pelanggan-pelanggan agar mereka tidak merasa jemu dgn produk-produk penghasilan syarikat kita..Pelbagai cara boleh utk kita 'rebranding'kan mengikut kepada kekreatifan masing-masing..

Begitu juga dgn dakwah..Dakwah perlu juga utk dijenamakan semula..Membawa maksud perlunya dipelbagaikan uslub-uslub dakwah ataupun cara-cara kita menyampaikan dakwah.Ia perlu dilihat juga kepada persekitaran.Perlu juga dilihat kepada kondisi sasaran serta keupayaan kita untuk menggerakkan dakwah tersebut..Andai uslubnya hebat & sesuai utk target sasaran tetapi kita tidak mampu utk melaksanakannya,juga bakal menggagalkan proses rebranding dakwah tersebut..Jadi,beberapa aspek perlu utk diperhatikan bagi menjayakan proses rebranding ini agar 'pengguna' tidak merasa jemu dan bosan dengan cara kita berdakwah..All in all.,rebranding tidak dapat dinafikan amat-amat penting utk segala perkara..

Atas saranan itu jugalah saya mengambil inisiatif utk melakukan proses rebranding ke atas blog ini..Tema blog ini drpd 'Pengemis Redha Ilahi' telah ditukar kpd 'Coretan Kalam Pemuda' dan menjurus kepada 'Nurturing The Best Leader'.Membawa harapan agar penulisan-penulisan drpd anak muda ini bakal mengikut jejak langkah pemimpin hebat di serata dunia.Proses penjenamaan semula ini bukanlah hanya utk penulis,tetapi ia juga didoakan agar harapan tersebut dipanjangkan kpd sidang pengunjung sekalian..Dan nantikan sedikit sebanyak lagi pembaharuan di dlm blog ini.Semoga sidang pengunjung sekalian dapat terus mengunjungi blog ini dan mendoakan agar penulis terus istiqamah menceburi bidang penulisan ini.Akhir kalam,mohon maaf atas segala kekurangan & kesulitan di dlm blog ini..Penulis hanya meluahkan pandangan penulis menerusi penulisan,gambar-gambar & apa juga yg ada di dlm laman ini utk tatapan pengunjung sekalian.Dan sukacita utk penulis izinkan kembali utk anda semua menghantar sebarang komen di artikel-artikel yg telah dan akan di 'publish'kan..Salam penulisan,salam perjuangan..Wallahu'alam

Friday, May 29, 2009

Kematian Itu Pasti.Tapi...

0 comments
Hari ini telah berlaku satu kematian di tempat sy..Alhamdulilah,jenazah meninggal dunia pada hari Jumaat,penghulu segala hari.Diberitahu bahawa kematian tersebut adalah disebabkan penyakit barah yg telah sekian lama ditanggung oleh jenazah menyebabkan berat badannya menjadi susut yg teramat sgt..Apapun,sy mengharapkan agar kita semua dpt menyedekahkan alfatihah & mendoakan agar jenazah ditempatkan bersama-sama org yg mendapat perlindungan drpd Allah di akhirat kelak..Alfatihah..

Kematian tidak dpt lari dr kamus setiap makhluk ciptaan Allah Taala..Manusia,tumbuhan,haiwan,bumi,planet-planet & apa shj yg bergelar ciptaan Allah pasti musnah satu hari kelak..Selaku manusia biasa,sy berasa 'takut' akan kematian.Takut sekiranya amalan masih tidak mencapai 'gred' A+ bg menggapai redha Allah utk merasai nikmat syurgaNya yg kekal abadi..Dan kematian yg berlaku pd hari ini seakan memuhasabahkan kembali diri ini akan amal ibadat yg dilakukan..Adakah cukup sbg bekalan?Atau masih terdapat sedikit lagi kekurangan utk mengecap nikmat syurga seandainya nyawa dicabut ketika ini..??

Seusai solat Jumaat td,solat jenazah didirikan utk si mati..Namun,inilah yg 'memeningkan' sy..Tatkala mayat masih terbujur kaku di dlm masjid,sudah terdengar suara jemaah yg bergelak ketawa.Seakan-akan tiada apa-apa yg berlaku..Yang menjadi bertambah hairannya,bkn kanak-kanak.,tapi org tua yg secara logik akalnya memang dah tak berapa lama lagi utk mengikut jejak langkah si mati..Perlakuan tersebut bkn shj tidak menghormati jenazah,tapi tak menghormati masjid sedangkan khutbah hari ini baru shj berbuih bercakap ttg adab-adab di masjid..

Mungkin inilah hakikat akhir zaman..Seringkali juga kita mendengar kisah-kisah org yg hadir ke rumah-rumah org yg meninggal dunia,selesai shj membaca Yaasin di atas rumah,turun rumah terus berasap,hisap rokok & bersembang..Bkn setakat bersembang,tapi bergelak ketawa tanpa ada sedikitpun rasa keinsafan di dlm diri..Entahlah dunia...Semoga diri ini dihindari drpd sifat begitu..Amiin Ya Rabbal 'Alamiin

Tuesday, May 26, 2009

Faham Islam Dari Tasawwurnya

0 comments
Sy baru shj pulang dr Bandar Jengka..Dlm perjalanan pulang.,sempat utk sy mendengar ceramah yg dikeudarakan menerusi siaran Radio Malaysia Pahang yg disiarkan setiap hari selepas azan Zohor..

Tajuk hari ni agak menarik.Ya,cukup menarik!Kalau Tok Jib pasang radio negeri dia ni,mesti best..heh.Ini antara yg dapat sy ulaskan drpd ceramah yg sempat sy dengari tadi iaitu penceramah menyatakan bahawa kita perlu kenal Islam ni drpd tasawurrnya..Kena kenal Islam ni drpd 'asal-usulnya'..Bila kita kenal Islam drpd usulnya.,kita akan faham akan tanggungjawab kita selaku org Islam.Kita akan laksanakan segala suruhan Allah bkn kerana paksaan,tetapi atas dasar amanah selaku seorang Islam yg wajib mengabdikan diri kpd Allah..

Penceramah juga menyentuh para pemimpin..Walau kita ni kecil kedudukannya..Walau kita ni besar ke.,tapi dgn Allah Taala WAJIB kita tunduk & laksanakan suruhanNya.Walau di mana kita berada.Buat segala suruhanNya.Tapi kebanyakan org masa kini mengenal Islam drpd musuh mereka..Apabila kita kenal Islam drpd musuh.,maka kita akan laksanakan Islam sekadar utk lawan musuh je laa..Bkn atas sbb kita betul2 berasa bertanggungjawab utk mengabdikan diri kpd Allah..Atas kerana itulah perlu utk kita kenal Islam drpd tasawwurnya yg sebenar...
Wallahu'alam..Sekadar berkongsi

Puasa Sunat & Mogok Lapar

0 comments
Hari ini akan bermulanya 'program' berpuasa sunat & mogok lapar khususnya di Perak sebagai bantahan kpd kerajaan kudeta Be End di Perak serta sebagai usaha utk memohon istana membubarkan DUN Perak..

Sekonyong-konyong.,maka ramailah mufti yg bersuara mengenai hal ini..Dlm Utusan Malaysia yg haru-BIRU,mufti Johor mengulas akan mogok ini.Katanya.,Allah tak bagi/melarang buat macam tu..Disebelah dia,ada YB 'katak' lama dari Kelantan yg nak juga utk memberikan komen..Kata dia pulak,biarkanlah mogok tu dibuat.Kalau buat,buatlah dgn bersungguh-sungguh sampai mati.Nanti kita akan taburkan bunga sbg tanda menghormati mereka sbg pejuang demokrasi..Dan sebelum itu juga..,mufti Perak juga menyanggah akan 'program' ini...

Entahlah..malas nk ulas tentang mufti-mufti ni.Kalau hal si 'katak' tu.,lantak dia lah.Ni,halnya tuan2 yg mufti ni..Nak ckp lebih2 nanti,mereka ni 'ulama'..*arap2 jgn ular dlm semak sudah laa...Mereka lebih 'banyak' ilmunya drpd sy.Masakan boleh diangkat menjadi mufti.Tapi.,kenapa dlm hal mcmni br terpampang muka & kenyataan2 mufti.Mana kenyataan2 berkenaan hukum rasuah dlm Islam.Mana kenyataan berkenaan hukum aurat dlm Islam..Terutama pemimpin2 dan isteri2 pemimpin yg nak memimpin masyarakat ke arah Islam..Dgn bangganya menayang2kan aurat mereka..Mana???Mana kenyataan berkenaan ini??Ni yg hairan & 'memanaskan' suhu badan ni...Satu lagi.,memang dasar manusia..Suka tgk salah org.Tengok pd 'mogok' shj.Tapi tak ulas pun tentang puasa sunat tu...Heh.Ikut andalah...bak kata org.,
"kubur asing-asing..." =)

Monday, May 25, 2009

Ada Apa Dengan Kalimah Syahadah..?? <..Vol 2..>

1 comments
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah Taala & masih mengizinkan diri ini utk meneruskan beberapa coretan di ruangan ini.Insyallah sy akan meneruskan perbincangan mengenai aqidah/kalimah syahadah..

Kali ini kita masuk kepada kalimah syahadah iaitu kalimah agung,kalimah yg tersangat 'mahal' & kalimah yg sungguh terpuji yg bukan shj bisa membezakan diri sebagai seorg islam,tetapi juga dpt membezakan seorang muslim-mu'min dan seorang mu'min-muttaqin.LAAILAHA ILLALLAH..
Kalimah ini 'terpecah' kpd dua bahagian..

i. Laailaha -tiada Tuhan yg disembah..
ii.Illallah -melainkan Allah..

Permulaan kalimah ini kita
NAFIKAN SEKERAS-KERASNYA bahawasanya tiada sebarang 'Tuhan' pun yg layak disembah.Tiada satu barang pun di dunia ini yg berhak kita sembah.Tiada satu benda pun yg kita boleh sembah.Tiada!Sama ada batu yg keras,gunung-ganang yg terpasak gagah,pokok yg tinggi menjulang & teguh berdiri..,semuanya tidak layak sama sekali utk kita menyembahnya!Patung,binatang,tumbuhan,hatta manusia sekalipun-Abuya,Ayah Pin,Hj Kahar dsb bukanlah benda yg hebat!Bukanlah brg yg layak utk kita semua jadikan sembahan!Sikit pun tak layak!Kita nafikan semuanya....

Tetapi kemudian kita sambungkan kalimah ini dengan menyatakan...
"..kecuali ALLAH SUBHANAHUWATAALA..."

Hanyasanya Allah shjlah yg perlu disembah!Hanya Allah shjlah yg layak disembah!Hanya Allah shjlah yg maha perkasa,maha gagah ,maha kuat,maha tinggi,maha Esa,maha adil dan segala jenis kekuasaan hanya milik Allah S.W.T yg menjadikan Dia sahajalah yg layak utk kita semua sembah serta tunduk & patuh sekerdil-kerdilnya!Sehina-hinanya!Sekeji-kejinya di hadapan Allah Taala!!Tiada satu barang pun yg setanding atau setara dgnNya.Dialah yg berkuasa menciptakan semuanya!Dialah yg perkasa menguasai semuanya!Dialah yg maha teratur mentadbir semuanya!Dan kita ini adalah hanya 'cebisan' ciptaanNya.Masih terdapat lagi perkara yg lebih hebat diciptakan oleh Allah Taala..Menunjukkan betapa kerdilnya kita utk dibandingkan dgn Allah Taala....ALLAHUAKBAR!

Oleh kerana itulah,bisanya kalimah ini utk kita selaku seorg Islam memegang & menghayatinya.Kita tanam!Kita pasak!Kita paterikan kalimah ini sekukuh-kukuhnya di dlm hati.Apabila ia telah mencengkam erat di dlm hati kita,ia akan menafikan segala jenis kekuasaan lain di dlm diri kita dan meletakkan Allah segala-galanya..Hasilnya,kita akan sentiasa yakin dgn Allah.Yakin dgn hukum-hakamnya!Kita akan sentiasa yakin melaksanakan syariat perintahNya!Kita akan yakin akan pertolonganNya!Setiap suruhan & larangannya pasti terselit hikmah disebaliknya..Dia tidak memerlukan kita tetapi kita yg memerlukan Dia..

Dengan memegang sungguh-sungguh akan kalimah ini,kita akan letakkan Allah mengatasi segala-galanya..Dan apabila Allah diletakkan mengatasi segalanya,jadilah kita sebenar-benar hamba yg tunduk patuh pd suruhanNya,takut akan azab seksaanNya & menentang keras golongan yg cuba utk menafikan syariatNya.Lahirlah kita sebagai seorg Islam yg bukan sekadar nama,sekadar pusaka atau puaka.,tetapi kita akan menjadi seorg Islam yg tegar imannya,taat sifatnya & juga betul-betul yakin dgn ajaran Islam.Inilah KUNCI kpd aqidah.Aqidah diibaratkan seperti akar tunjang keIslaman kita.Ia perlu dibaja,disiram & dijaga rapi dgn amalan-amalan yg baik & soleh..Apabila kita telah bajai,sirami & jagainya..,maka akan tumbuhlah cabang-cabang & dedaun serta buah-buah akhlak yg masak ranum,cantik dipandang mata,segar isinya & bisa menjadi tarikan manusia yg lain..Inilah hasil apabila IBU aqidah kita fahami.Allah juga telah nukilkan menerusi firmanNya di dlm surah Ibrahim,ayt ke-24 yg bermaksud..:

"..tidakkah kamu mengira bahawa Allah telah membuat perumpamaan kalimah yg baik (kalimah tayyibah) seperti pohon yg baik.Akarnya teguh,dan cabangnya menjulang ke langit..."

Semoga penghayatan kalimah ini kembali subur di dlm diri kita bersama & mengukuhkan lagi ikatan aqidah disepanjang jalan dunia ini..Ilalliqa'

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template