Wednesday, September 2, 2009

Rahmat.??Pengampunan..??Bebas..????


Dalam sedar tak sedar,hari ini kita telah menjengah ke hari yg ke-12 Ramadhan.Bermakna,hny tinggal lebih kurang 18 hari shj lagi utk kita sama-sama mengaut keuntungan-keuntungan,bonus-bonus serta promosi-promosi yg terhidang di sepanjang bulan mulia ini..Syaitan-syaitan yg dibelenggu makin menguntum senyum dek kerana tidak lama lagi mereka bisa menjalankan kegiatan harian mereka seperti biasa tanpa sebarang halangan..

Namun,hanya manusia yg masih tidak sedar akan hal ini.,termasuk empunya diri barangkali.Bukan kesedihan yg dirasakan,tetapi senyuman pula yg berkuntum di bibir-bibir.Semakin menghala ke penghujung Ramadhan,semakin lebar senyuman yg terukir..Raya sudah hampir!Kuih sudah disediakan.Baju raya sudah siap ditempah.Langsir,karpet,sofa,tv,.......Semuanya telah siap tersedia.Manakan tidak kita tersenyum lebar....Sememangnya,aidilfitri disambut dgn sebenar-benar fitrah.Fitrah memandang dunia lebih drpd Allah.!

Dalam diam-diam Ramadhan,rupanya sepuluh yg pertama telah berlalu..Ke mana perginya RAHMAT Allah yg tersedia di dlmnya??Adakah berjaya digapai??Memperoleh rahmat drpd Allah bukanlah sesuatu yg mudah dan juga bukanlah sesuatu yg payah..Allah telah menyediakan bulan yg mulia ini sbg tempat utk memperoleh rahmatNya dgn cara yg cukup mudah.Alangkah rugi & hinanya diri ini andai tidak tergolong di dlm golongan orang-orang yg mendapat rahmatNya..Bukan shj rahmat Allah tidak dikecapi,malah laknat Allah pula yg diterima.!Nauzubillahiminzalik...Mohon setinggi-tingginya drpd Allah Taala agar dihindarkan drpd termasuk ke golongan tersebut...Kini,kita telah menjengah masuk pula ke fasa ke-2 Ramadhan iaitu fasa pengampunan..Bahkan hari ini merupakan hari ke-2 sudah dilalui.Apakah persediaan kita utk melalui & memperoleh pengampunan Allah yg Maha Besar ini??Yang bisa memasukkan kita ke dalam syurgaNya yg indah abadi??Tepuk dada tanya iman......

Pelbagai lagi tawaran-tawaran istimewa yg Allah Taala sediakan utk kita semua kecapi & tawaran tersebut hanya sekali dalam setahun..Terutama lailatulqadar.Bertuah sungguh bagi manusia yg berjaya mendapat malam lailatulqadar yg akan menjenguk kita dalam beberapa hari lagi..Namun bilakah ketibaannya,itu adalah rahsia.Hanya insan yg istiqamah beribadah mentaati Allah shj yg akan berjaya bertemu dgnnya..Semoga insan kerdil ini menjadi salah seorang hamba yg berjaya memperolehnya..Amiiin

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template