Wednesday, September 23, 2009

Kembalinya Kepada Fitrah


Terdapat beberapa golongan manusia yg menyambut ketibaan 'Aidilfitri.Ada golongan yg gembira,sedih & tidak kurang juga ada yg langsung tiada apa-apa perasaan menyambut kehadiran Syawal yg penuh barakah.Namun,hakikatnya kita masih belum benar-benar menghayati hikmah di sebalik Syawal yg menjelang tiba.Yang hanya kita tahu adalah kita boleh bercuti & pulang ke kampung halaman bersama sanak saudara yg lain.Tak kurang juga sambutan 'aidilfitri ini mudah utk kita ingati dgn meningkatnya kadar kemalangan jalanraya.Ataupun 'aidilfitri adalah masa utk kita menghantar ucapan-ucapan kemaafan melalui kad raya ataupun dgn cara yg lebih mudah iaitu SMS.Itulah 'aidilfitri..

FITRAH YANG PERLU DIHAYATI

Hari ini merupakan hari ke-4 Syawal..Alhamdulillah kita masih dapat melihat org ramai masih gembira menyambut 'aidilfitri dgn mengunjung sanak-saudara & sahabat handai.Masih banyak lagi stok kuih raya yg tersimpan.Lemang,ketupat,dodol & pelbagai lagi juadah raya masih terasa lagi 'aura' keenakannya..Syukur atas pemberian Allah ini.Benar apa yg dikatakan oleh tok khatib di dlm khutbah 'aidilfitri tempoh hari.Kita bertuah dpt meraikan 'aidilfitri dlm suasana sebegini.Bagaimana pula dgn saudara se-Islam kita di negara lain..Bila difikirkan kembali,rupanya diri ini lebih malang barangkali berbanding saudara-saudara di seberang sana.Kita dpt menyambut perayaan ini dlm suasana yg aman,alhamdulillah.Mereka pula menyambut 'aidilfitri dlm suasana sekeliling yg dipenuhi ujian Allah.Apabila diri sering dilingkari dgn ujian Allah,di situlah terselit kekuatan iman yg bisa memudahkan diri utk menggapai kasih sayang & redhaNya serta mudah utk mendapat syurga yg diidam-idamkan.Namun,beranikah diri ini utk berada di situasi tersebut??

'Aid asalnya drpd kalimah 'aidu beerti pulang.Fitri,dari kalimah fitrah iaitu asal/suci..Inilah pengertian yg seringkali kita terlepas pandang.Sebab itulah dlm suasana aman sebegini kita susah utk mempunyai iman sekental saudara di sana.Ujian Tuhan jarang menimpa,pengertian 'aidilfitri pun tak difahami.Mana mungkin kita dapat menghayati dgn sepenuh jiwa akan untungnya Ramadhan & untungnya Syawal..Allah Taala telah menyediakan satu 'pakej rangsangan' yg cukup istimewa buat hambaNya utk mengecas hati,jiwa,iman & taqwa agar menyedari hakikat sebenar kejadian mereka.

Kita diwajibkan berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadhan yg tersedia bermacam-macam nikmat & hikmah serta promosi-promosi hebat yg tak kan sama sekali dapat nikmati di 11 bulan yg lain.30 hari tersedia utk kita membuang kotoran-kotoran,menambah power iman serta amalan tanpa gangguan drpa iblis & syaitan..Setelah menyempurnakan 30 hari yg penuh keberkatan tersebut,muncul pula Syawal utk kita sama-sama raikan sehingga diharamkan kpd kita semua utk berpuasa pada hari tersebut.Oleh sebab itulah kita dikatakan kembali kpd fitrah.Fitrah asal kejadian kita sbg manusia,sbg hamba Allah yg hanya menumpang seketika di muka bumiNya sebelum berjumpa dgn hari kpd sekalian hari yg sama sekali kita tidak dapat lari & kembali semula ke muka bumi.Fitrah kita suci drpd sebarang kotoran.Ramadhan sbg medan utk kita mencuci diri dari dosa-dosa.Muhasabahkan diri sepanjang 11 bulan lalu yg telah diharungi dgn penuh dosa & noda.Setelah selesai 'cucian',Allah sediakan bulan Syawal utk kita mulakan kembali hidup sebagai hambaNya yg taat.Apa yg buruk yg dilakukan sebelum ini ditinggalkan..Kembalilah semula kita kpd fitrah kejadian,suci ibarat kain putih.

11 BULAN YANG PERLU DIHARUNGI

Sebelum Ramadhan yg mulia pergi selangkah demi selangkah meninggalkan kita,'dia' telah mengingatkan kita utk byk beramal ibadat sewaktu kehadirannya agar kita dapat bertahan mengharungi hidup selama 11 bulan mendatang yg penuh onak dugaan.Beruntunglah bagi sesiapa yg benar-benar merebutnya tetapi amat malang bg sesiapa yg membuat sambil lewa tika 'dia' hadir di sisi.Kini,kita perlu menunggu kembali akan kehadirannya..Hakikatnya,masih adakah lagi Ramadhan akan datang bg diri kita.??Adakah dapat lagi kita 'menatap' wajah Ramadhan??Berpuasa..Bersahur..Tadarus..Solat tarawih..Semua itu belum pasti.Lambaian Ramadhan dgn penuh senyuman semakin menjauhi kita..Tinggallah kita sendirian bertarung dgn iblis,syaitan & hawa nafsu utk mengharungi hari-hari mendatang tanpa Ramadhan di sisi..Semoga dapat kita bertemu semula dgnnya pada tahun akan datang..Amiin

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template