Friday, September 4, 2009

Permulaan Kepada Memahami Agama


Selepas Subuh tadi,saya berkesempatan utk menadah kitab Misbahul Munir Fi Ma'rifatillah Al Qadir.Alhamdulillah,suka di ruangan blog ini utk saya berkongsi serba sedikit ilmu yg telah dipelajari yg telah membicarakan berkenaan ilmu aqidah..Sebelum pergi kpd perkara-perkara aqidah yg lebih besar,ada perkara kecil sebenarnya yg kita tak perasaan ataupun sememangnya kita tak tahu dan tak nak ambil tahu.Pertama,apakah takrifan sebenar 'AGAMA' yg seringkali kita sebut-sebutkan.?Perlu kita yakin setinggi-tingginya,agama yg HANYA diterima oleh Allah adalah ISLAM dan takrifan agama yg sebenar adalah syariat yg diturunkan oleh Allah melalui kalam atau lidah para nabi,kemudian ia disampaikan kepada sahabat-sahabat,tabi' tabi'in sehinggalah kpd para ulama' yg masih tinggal kini utk disampaikan kpd seluruh umat manusia biasa utk terima,ikut,patuh & amalkan segala apa yg telah Allah Taala suruh.Ini menjadikan,apa shj yg diajar oleh nabi adalah drpd Allah Taala yg sewajibnya utk kita ikut kerana dunia ini Dia yg punya dan di penghujung hidup dunia ini nanti,kita akan kembali semula kepadaNya.Tak kan ada seorg doktor,jurutera,menteri hatta ulama' yg akan hidup sampai bila-bila.Oleh sebab itu,mana mungkin boleh kita perkecilkan urusan-urusan agama dlm kehidupan seharian.Dan juga perlu utk kita yakini bahawa setiap perkara walau sekecil-kecil perkara dan masalah,PASTI ada hukum & cara penyelesaiannya di dlm Islam.Setiap masalah yg manusia hadapi,COMFIRM 100% ada penyelesaiannya dlm Islam.!Masalah arak,ada dlm Islam, bagaimana utk diselesaikan.Masalah rogol.Masalah ragut.Masalah bunuh.Tak terkecuali masalah kerajaan Perak,comfirm ada penyelesaiannya dlm Islam.Itupun kalau kita rujuk kpd cara Islam..Sekadar selingan.Kebiasaan kita pada hari ini hanya pandai menyebut dia beragama sedangkan maksud agama itu pun masih tunggang terbalik.Nak kahwin,nak kepada orang yg beragama.,terutama kaum wanita yg mahukan lelaki yg beragama kononnya sbg pasangan hidup.Tak terkecuali juga kaum lelaki.Tetapi apakah jenis 'agama' yg dimaksudkan pun kita tak tahu.Adakah memegang tasbih 24 jam itulah yg kita kira sbg beragama?Adakah yg selalu pakai kopiah atau purdah itulah yg kita declare sbg org beragama yg kita mahukan?Ataupun kita mahukan org beragama yg mempunyai tanda hitam di dahi???Suara sedap bila mengaji?Serban lilit 100 kali??Mungkin semua itu betul,tetapi mungkin juga semua itu palsu.Hanya 'hiasan' dlm mereka beragama...

Disebabkan semua perkara hatta sekecil-kecil perkara ada di dalam Islam,maka semua itu mempunyai hukum-hukum.Dan hukum,pasti ada ganjaran,pasti ada balasannya andai kita patuh atau engkar.Terdapat 4 hukum teras/asas/dasar di dlm Agama Islam iaitu Hukum AQAL,Hukum SYARA',Hukum WADH'I & Hukum ADAT..Untuk menjadikan kita sebagai sebenar-benar muslim yg beriman dgn Allah Taala,meyakini akan kesemua hukum ini merupakan permulaannya.Gabungan keempat-empat hukum inilah yg akan memandu kita mengetahui mengapa perlunya kita tunduk patuh serta mengagungkan kebesaran Allah.Perasaan & tindakan inilah yg tercetus dek kerana inilah siraman & baja kpd aqidah kita.Apa pula itu aqidah??Aqidah adalah satu ikatan.Ikatan pengharapan,ikatan keyakinan,ikatan kesungguhan kita yg hanya akan membesarkan Allah,mengagungkan syariat-syariatNya serta menafikan kekuasaan manusia,yg sebenarnya bersifat maha lemah.Kita membuang pengabdian atau kebergantungan yg tinggi terhadap sesama manusia dan kita gantikan dgn hanya mengabdikan diri hanya kpd Allah.!

Buat kali ini,huraian hanya kpd hukum AQAL.Hukum Aqal terbahagi pula kpd 3 iaitu:

WUJUB-ertinya sungguh atau betul sungguh atau comfirm 100%!
ISTIHALAH-ertinya mustahil
JAWAZ-ertinya boleh

Contoh mudahnya bg menggambarkan ketiga-tiga hukum ini adalah;
Wujub/comfirm si ayah lagi tua dari anak..Istihalah/mustahil anak lagi tua dari si ayah..Dan jawaz/boleh isteri tu lagi tua dari suami..

Sekadar itu buat perkongsian kali ini.Andai ada sebarang kesilapan,sama-sama kita perbetulkan.Wallahu'alam


0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template