Monday, August 31, 2009

Otak cetek!Akal pendek!


Nukilan daripada firman Allah Taala dlm surah Al-An'am ayat 108 yg bermaksud:

"...dan jgnlah kamu memaki sembahan yg mereka sembah selain Allah,kerana mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa dasar pengetahuan.Demikianlah Kami menjadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka.Kemudian kpd Tuhan tempat kembali mereka,lalu Dia akan memberitahukan kpd mereka apa yg telah mereka kerjakan.."

Berdasarkan ayat ini,bknlah bermaksud Allah Taala bimbang atau takut dgn makian dan cacian yg akan dilakukan oleh org yg tidak beriman dgnNya kerana Allah itu maha kuat lagi gagah utk menimpakan sesuatu bala bencana ke atas sesiapa yg menyekutukan & mempersendakan agamaNya yakni Islam.Tetapi ayat ini mengajar kita bahawa inilah cara sebenar selaku umat terbaik-umat Islam utk kita mendampingi manusia-manusia yg tidak beragama Islam.Walaupun kita berbeza Tuhan,berbeza pendirian,berbeza tujuan,namun Islam mengajar kita utk kita sering menghormati apa yg penganut agama lain sembah.Dlm masa yg sama juga,kita berusaha utk mengajar & menunjukkan qudwah,cth tauladan yg baik kpd penganut agama lain agar mereka melihat & faham sesungguhnya Islam inilah sebenar-benar agama yg perlu utk dianuti.Oleh kerana itulah,baru kita akan faham apa yg dimaksudkan dgn Islam itu agama yg indah,Islam itu agama yg mulia,Islam itu agama yg sejahtera & Islam itu utk semua!

Namun,malang buat agama suci Islam kerana penganutnya sendiri pun tidak faham & lebih jijiknya tidak mahu cuba utk memahami apa yg dimaksudkan dgn Islam itu agama yg indah,mulia,sejahtera & Islam itu utk semua..Lantas membiarkan diri dgn penuh bangga & bongkak menolak serta memaki hina golongan ulama' yg telah disuratkan oleh Islam merupakan pewaris bg sekalian nabi yg tidak akan muncul lagi sehinggalah hari kiamat bagi memastikan umat manusia sentiasa menjadikan ajaran Islam sebagai pakaian harian mereka.Apabila golongan paling elit agama pun ditolak & ditentang,lahirlah umat Islam yg mempelajari Islam hny pd teorinya shj,tiada guru & tiada sumber yg sahih.Maka mereka akan mengerjakan ajaran Islam mengikut logik akal.Logik akal menjadi panduan utk mereka menetapkan sebarang hukum & sebarang tindakan dlm kehidupan seharian.Contohnya,pakai tudung panas.Udara tak masuk.Boleh menyebabkan pening,migrain & sbgnya....Itulah hasil drpd pemikiran berlandaskan logik akal.Akhirnya meletakkan hukum hakam Islam hilang entah ke mana..

Hal ini jugalah yg terjadi di Selangor baru-baru ini yg berjaya menzahirkan merekalah sebenar-benar pejuang bangsa & lebih hebat lagi merekalah sebenar-benar pejuang AGAMA.!Pejuang agama CAP AYAM!Tindakan anda berarak membawa kepala lembu & memijak-mijaknya sebagai protes terhadap kerajaan negeri yg ingin membina sebuah kuil Hindu adalah satu tindakan yg amat bodoh!Hanya layak dilakukan oleh manusia yg mempunyai otak yg mereng,akal yg pendek & pemikiran yg kolot.Anda benar-benar memalukan Islam & kesemua penganut agama Islam!Anda memberi wajah yg buruk kpd tubuh badan Islam!Anda menjadi penghalang kpd tersebarnya Islam itu kpd penganut agama lain utk menerima kesucian Islam!Membuatkan kata-kata Islam itu indah,mulia & sejahtera hanya tinggal sekadar retorik semata-mata!

Rujuklah kembali kpd surah Al-An'am yg telah diturunkan oleh Allah tersebut.Inilah kesannya apabila menjadikan agama sebagai talian utk berpolitik.,bukan ikhlas utk mengembang & meluaskan syiarnya.Andai benar anda betul-betul mahu perjuangkan Islam,Islam tidak pernah mengajar penganutnya menghina sembahan agama lain.Mungkin betul pembinaan kuil itu perlu dibantah & anda mempunyai idea yg lebih bernas.Tetapi dgn apa yg anda lakukan,itu bukanlah jalan penyelesaian yg bijak!Bagi sy,ia tidak lebih hanya sekadar utk kepuasan berpolitik semata-mata.Politik sempit yg amat popular buat anda...Cuba fikirkan baik-baik mengikut akal yg waras.Tindakan tersebut merupakan tindakan yg sgt bodoh yg boleh mewujudkan permusuhan kaum yg amat dahsyat antara Melayu & Hindu.Anda bermain dgn sensitiviti kaum & agama mereka.!Saya yakin & percaya kita semua sedia maklum bahawa penganut Hindu merupakan antara golongan yg sgt taksub dgn agama mereka & sanggup bertumpah darah demi agama yg mereka anuti.Andalah sebenar-benar golongan yg layak disumbat ke dlm ISA!Namun,perarakan anda tidak disertai langsung dgn FRU,tiada langsung semburan gas pemedih mata,tiada langsung tangkapan & tiada langsung manusia yg disumbat terus ke ISA..

Saya kira,jika manusia-manusia di Malaysia masih tidak terbeliak biji mata terhadap suasana politik negara ini,anda memang ibarat katak bawah tempurung.Masih tak sedar,masih tak insaf..Marilah kita sama-sama meluaskan cara pemikiran kita khususnya meletakkan Islam di tempat tertinggi dlm setiap apa yg kita fikirkan.Merdekakan pemikiran anda sebebas-bebasnya.Hasilnya,anda akan mengetahui bahawa masih byk hak-hak kita yg masih terabai..Open & clear your mind!

2 comments:

Anonymous said...

setuju :)

faisalzulkifli on August 31, 2009 at 6:57 PM said...

heh, maroh napok...sabor2, bulan ramadhan bang...
bukak ape mlm nih..?

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template