Friday, August 21, 2009

Engkau Muncul Kembali!!Ahlan Wasahlan!!


Beberapa detik ketika lagi,bergembiralah kita wahai ummat manusia yg bergelar muslim kerana bulan yg amat kita sayangi & nanti-nantikan bakal menjenguk kita buat kali yg ke seterusnya..Ramadhan Kareem!!Alhamdulillah,syukur dipanjatkan kpd Allah Taala atas kasih sayangNya memanjangkan lagi umur ini & pengharapan yg setinggi-tingginya dimohonkan agar diri ini berkesempatan menyambut kedatangan bulan penuh berkat,bulan Ramadhan yg hanya beberapa langkah mendampingi diri insan hina ini..

Ramai yg pandai & teruja utk membuat sambutan bulan keberkatan ini..Andai diamati,terdapat pelbagai jenis cara manusia di dunia ini meraikan kehadiran bulan berkat ini.Ya!Allah amat menyukai hamba-hambaNya meraikan kehadiran bulan Ramadhan..Tetapi bagaimana pula dgn beberapa jenis golongan ini yg juga menyambut kehadiran Ramadhan tapi di dlm versi yg agak berlainan iaitu:

*Situasi 1
"Wah!Dah nak Ramadhan da ni.Dah tempah ke belum tapak utk kita buka gerai sepanjang Bazar Ramadhan nanti???Boleh buat duit lebih.Kaya kita!Kayaaaa...."

<..menjadikan bulan Ramadhan sebagai 'wasilah' penting utk mengaut keuntungan.Bukan utk mengaut segala kelebihan pahala yg terkandung di dlmnya...>

*Situasi 2
Jualan mega!!Diskaun sehingga 80%!!!Mari!Mari!Mari!Jangan lepaskan peluang ini!
"Adusss!Dah Ramadhan dah.Baju raya tak tempah lagi...Eh,kali ni kita nak pakai baju tema warna apa??Kuning?Ungu?HIJAU PUTIH??Kelabu taik anjing????Ishh.....Pening!Pening!"

<..Alahaaaiii..,Ramadhan baru je nak start.,dah kelam kabut memikirkan tentang baju raya..Puasa entah ke mana.Shopping sana,shopping sini...Tarawih pun tunggang langgang..Ingatlah,bahawa ajal kita pun belum tentu lagi masih dipanjangkan..>

*Situasi 3
"Bulan Ramadhan ni mesti banyak masjid & surau nak guna imam..Bolehlah aku mencelah-celah offer diri.Dapat jugak RM50 sekali terawih..Kalau RM50 darab 10 malam je aku jadi imam,hui!Dah RM500!!!Tu belum aku jadi bilal lagiii....."

<..terdapat juga puak-puak yg sebegini sebenarnya.Situasinya lebih kurang sama dengan situasi 1 tadi.Cumanya yg ini agak melampau 'strateginya'..Jadikanlah bulan Ramadhan ini satu bulan khas utk kita beribadat seikhlas-ikhlasnya.Memohon ampunan & redha Allah Taala di atas ibadah yg dilakukan..>

Itulah beberapa golongan yg menyambut kedatangan Ramadhan.Berbagai strategi dirancang utk melalui hari-hari sepanjang Ramadhan.Kita mohon berlindung daripada Allah Taala agar dijauhkan sejauh-jauhnya daripada tergolong di dlm golongan yg sebegitu.

Ingatlah kita semua bahawa tidak semua drpd kita berpeluang utk merasai lagi kehangatan bulan Ramadhan.Lihatlah sekeliling kita.Sudah berapa ramai insan yg hampir dgn kita pergi buat selama-lamanya tanpa sempat berjumpa dgn Ramadhan kali ini.Ramadhan datang menjenguk kita hanya 30 hari shj.Kedatangannya membawa berjuta-juta 'buah tangan' utk diberi & diagihkan kepada kita semua.Hanya tinggal kita shj sama ada mahu ataupun tidak untuk menerimanya...Rebutlah peluang ini sebaik mungkin & sama-sama kita memperbanyakkan doa mengharapkan agar kita berjaya bertemu dgn Malam LailatulQadr yg tersirat di dlm Ramadhan..Amiiin

1 comments:

oyop on August 21, 2009 at 7:00 PM said...

i like it!! hahaha

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template